Tuesday 29 May 2018

Sejarah Kertas 3 Bab 3 Tingkatan 4


Soalan [sebulan sebelum peperiksaan]


TEMA: 7 PENGARUH HINDU BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA


Soalan  Hari Peperiksaan:

 Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal Asia Tenggara, dalam pelbagai aspek kehidupan, merangkumi  sistem pemerintahan dan pentadbiran, kesenian serta kesusasteraaan.

Huraikan pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan awal Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan keunikan budaya masyarakat Malaysia pada hari ini.


Aspek
Perincian
Markah Penuh

Memahami latar belakang pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara

1. Jelaskan latar belakang kedatangan pengaruh Hindu Buddha ke Asia Tenggara
5M
Memahami pengaruh Hindu Buddha dalam kerajaan awal Asia Tenggara

2. Huraikan pengaruh Hindu Buddha dalam kerajaan awal Asia Tenggara berdasarkan aspek berikut:-
        i)            Sistem pemerintahan dan pentadbiran (15M)
      ii)            Kesenian  dan kesusasteraan (15M)


30M

Menganalisis
Pengaruh Hindu dan Buddha
3. Berdasarkan pengaruh Hindu Buddha:-
        i)            Jelaskan Kepentingan candi kepada masyarakat awal Asia Tenggara.(8M)

      ii)            Jelaskan kepentingan Bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal Asia Tenggara.(7M)


15M
Mengaplikasi pengaruh Hindu dan Buddha
4. Apakah  kesan pengaruh agama Hindu Buddha kepada masyarakat Malaysia hari ini.






15M





Menilai

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


10M
Mencipta / menjana idea
6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai keunikan budaya.
  i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam memupuk kebudayaan nasional. (5M)
ii) Jelaskan langkah-langkah memupuk kebudayaan nasional. (5M)


10M
Menghayati nilai-nilai murni
7. Nyatakan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme daripada pemupukan kebudayaan kebangsaan demi kemajuan negara.



10M
Kesimpulan
8. Rumusan
      Pengetahuan diperoleh
      Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
      Harapan untuk masa depan  ke arah mencapai perpaduan yang jitu


5M




Skema jawapan:

Soalan
Isi dan Huraian
Markah

1.
 Jelaskan latar belakang kedatangan pengaruh Hindu Buddha ke Asia Tenggara.

-          Kepercayaan awal masyarakat Asia Tenggara ialah kepercayaan animism

-          Cara kedatangan pengaruh ialah melalui
·         Golongan pedagang / Vaisya
·         Golongan Kysatria / Tentera
·         Golongan Pendeta / Brahmin
·         Penerimaan masyarakat pribumi Asia Tenggara terhadap beberapa aspek kebudayaan India



-          Contoh kerajaan awal ialah:
·         Angkor
·         Sukhotai
·         Srivijaya








5M
2.
 Huraikan pengaruh Hindu Buddha dalam kerajaan awal Asia Tenggara berdasarkan aspek berikut:-
i) Sistem pemerintahan dan pentadbiran (15M)

-          Gelaran raja untuk pemerintah negara
-          Sebelum kedatangan pengaruh Hindu Buddha, pemerintah digelar ketua
-          Raja berkuasa mutlak
-          Raja sebagai ketua pentadbiran, ketua tentera, ketua hakim, ketua agama
-          Raja dibantu oleh pembesar.
-          Contoh, gabenor, pegawai tentera dan hakim
-          Konsep dewa- raja (raja tuhan)
-          Istiadat pertabalan dimulakan oleh upacara pertabalan raja
-          Tujuan untuk mengukuhkan lagi kedaulatan raja
-          Peranan golongan Brahmin dalam upacara keagamaan
-          Konsep orde-kosmos
-          negara dianggap sebagai suatu alam semesta
-          raja dan ibu kotanya sebagai pusat alam dan pusat perintahan
-          raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara
-          Contoh kerajaan – Angkor / Srivijaya

ii) Kesenian  dan kesusasteraan (15M)

-          Pembinaan candi
-           Pembinaan monumen
-          Patung Amaravathi
-          Contoh candi di Asia Tenggara (Candi Borobudur, Ankor Wat dan candi Lembah Bujang)
-          Candi Borobudur mewakili agama Buddha Mahayana
-          Terbahagi kepada tingkat yang diwakili oleh patung Stupa dan patung Buddha
-          Tingkat pertama terdapat cerita kehidupan Gautama Buddha
-          Tiga tingkat melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu Sila, Samadhi, dan Panna
-          Candi Angkor Wat melambangkan Orde Kosmos
-          Dibina mewakili agama Hindu
-          Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah
-          Di setiap sudutnya mempunyai menara
-          Candi di Lembah Bujang mewakili agama Hindu Buddha
-          Candi agama Hindu terbahagi kepada dua iaitu Vimana dan mandapa
-          Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan
-          Mandapa ialah bahagian luar candi
-          Candi dinamai berdasarkan sistem penomboran
-          Karya Epik Ramayana / Mahabhrata / Puranas
-          Menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara
-          Pengaruhnya dapat dilihat melalui puisi dan prosa jawa seperti Nagarakertagama dan Arjunawiwaha
-          Bahasa  Sanskrit  digunakan dalam penyebaran agama hindu Buddha






30M
3.
 Berdasarkan pengaruh Hindu Buddha:-
i) Jelaskan Kepentingan candi kepada masyarakat awal Asia Tenggara.(8M)

-          Rumah ibadat
-          Tempat menyimpan abu jenazah raja
-          Tempat menyimpan abu jenazah keluarga raja
-          Tempat menyimpan patung dewa dewi
-          Lambang keagungan seseorang pemerintah
-          Lambang keagungan kerajaan
-          Lambang kehebatan seni bina
-          Lambang pegangan agama
-           

ii)Jelaskan kepentingan Bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal Asia Tenggara.(7M)
-          Bahasa keagamaan
-          Penulisan kitab
-          Bahasa berkomunikasi
-          Bahasa ilmu
-          Maklumat pada batu bersurat
-          Menyampaikan perintah raja
-          Menggambarkan salasilah raja
-          Membuktikan kemahiran mengukir
-          Kemahiran memahat













15M
4.
Apakah kesan pengaruh agama Hindu Buddha kepada masyarakat Malaysia hari ini.
*Adat istiadat / perkahwinan
-          Adat persandingan
-          Hantaran
-          Pulut kuning
-          Majlis berinai
-          Majlis menepung tawar
-          Pelamin
-          Sireh junjung

*Jampi serapah
*Makan sireh
*Melenggang perut
*Cara berpakaian
*adat bertindik
* adat pertabalan raja
* alat muzik diraja


15M
5.
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

             *Perayaan kaum disambut oleh semua rakyat Malaysia
    - Hari Raya Aidilfitri / AidilAdha
    - Tahun Baru Cina
    - Krismas
    - Deepavali
    - Wesak
    - Hari Gawai
    - Pesta Ponggal


              *Kebudayaan nasional
    - Citrawarna
    - alat muzik
    - Tarian
    - Nyanyian

                *Makanan- kepelbagaian rasa
      - Ketupat
      - nasi impit
      - rendang
      - nasi dagang
      - nasi kerabu
      - nasi lemak
      - Maruku
      - Cappati
      - Tossai
      - Putu Mayam
      - Kuih Bulan
      - Yong Tau Fu


10M
6.
Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya.
  i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam memupuk    kebudayaan nasional. (5M)

-          Sentimen perkauman masih ada dalam kalangan masyarakat
-          Kurang semangat patriotik
-          Ancaman budaya asing
-          Perbezaan fahaman politik
-          Perbezaan bahasa / dialek


ii) Jelaskan langkah-langkah memupuk kebudayaan nasional. (5M)

-          Dasar Pendidikan Kebangsaan
-          Dasar Kebudayaan Kebangsaan
-          Sukan untuk semua (SUKMA/ 1Murid 1Sukan)
-          Sekolah 1 Malaysia
-          Konsep 1 Malaysia
-          Penghayatan Rukun Negara
-          Sambutan Kemerdekaan
-          Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan




10M
7.
Nyatakan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme daripada pemupukan kebudayaan kebangsaan demi kemajuan negara.

-          Semangat cinta akan bangsa dan negara
-          Kerjasama kaum
-          Toleransi kaum
-          Mengekalkan tradisi
-          Mewujudkan perpaduan
-          Bersedia menerima perubahan ke arah kebaikan
-          Bersedia menghadapi cabaran
-          Berwawasan
-          Kreatif
-          Inovatif
-          Hormat-menghormati

10M
8.
Rumusan
      Penerapan nilai-nilai yang baik untuk mewujudkan generasi yang berketrampilan
      Masyarakat seimbang dari segi rohani dan jasmani
      Melahirkan masyarakat yang berdaya saing
       Masyarakat  mampu menghadapi cabaran globalisasi
      Memantapkan perpaduan kaum bagi menghadapi ancaman luar
      Mencapai hasrat 1Malaysia

5M

1 comment:

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6