Monday, 17 July 2017

Kertas 3 Bab 2 Tingkatan 5



CONTOH 1
TAJUK :  NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KE DUA
Huraikan perkembangan nasionalisme dan hubung kaitkan dengan usaha-usaha mmepertahankan  kedaulatan negara sehngga kini.

Format

Perincian

Markah

Pengenalan

Pengenalan
 Jelaskan maksud gerakan nasionalisme dan faktor  penentangan

5 m

Isi dan Huraian

Faktor pemangkin dan bentuk nasionalisme orang Melayu menentang penjajah

-     Memberikan lapan faktor pemangkin
-     Gerakan Islah
-     Peranan akhbar,majalah dan novel
-     Persatuan negeri





30 m

Menganalisis

Jelaskan Isu-Isu yang dibangkitkan  dalam akhbar sehingga perang dunia ke 2.

i.    Sosial/ Pendidikan
ii.   Ekonomi
       iii.Politik



15m

Aplikasi

Tanggungjawab akhbar
Jelaskan peranan akhbar dalam membentuk Negara maju.



15 m


Kejayaan Negara setelah menggunakan akhbar
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan  kejayaan yang dicapai oleh Negara hasil daripada peranan akhbar.


10m


Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju
Jelaskan  cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia dalam memajukan Negara
Nyatakan langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran di atas





10 m

Nilai Murni

Nyatakan nilai-nilai murni dan patriotisme berdasarkan gerakan nasionalisme di Negara kita.

10 m



Kesimpulan

-Pengetahuan diperoleh
-Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
-Harapan untuk masa depan Malaysia
Gemilang



5m

CADANGAN JAWAPAN
Soalan
isi dan Huraian
Markah
1
Pengenalan
Maksud nasionalisme
·    perasaan cinta akan bangsa dan Negara
·    gerakan membebaskan tanah air
·    membebaskan eko, politik dan budaya

Faktor penentangan
·    dasar penaklukan british
·    eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
·    pelaksanaan pentadbiran barat terhadap masyarakat tempatan
·    kesulitan penduduk tempatan
·    pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
·    campur tangan british dalam adat resam tempatan



5m
2
Faktor pemangkin nasionalisme
·    pengenalan system politik barat
-     memperkenalkan system politik barat
-     memusnahkan pentadbiran tempatan
-     residen mengambil alih pentadbiran negeri
-     pembesar diberi pencen
-     pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai barat
-     mencabar system pentadbiran tempatan
-     menjatuhkan maruah orang melayu
·    Perkembangan Sistem Pendidikan
-    perkembangan sistem pendidikan Inggeris dan pendidikan vernakular Melayu
-    intelektual Melayu mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya
-    mereka memberi sumbangan tenaga dan fikiran menyedarkan bangsa
-    menggunakan idea-idea baru bagi memajukan diri dan menolak British
·    Kesedaran politik serantau
-     negara-negara serantau juga mendorong kebangkitan nasionalisme di T. Melayu
-     Indonesia banyak mempengaruhi nasionalisme di T. Melayu
-     kesedaran politik dan pendidikan yang matang di Indonesia
-     hasil penulisan dan karya jadi rujukan di T Melayu
·    Dasar British
-    dasar terbuka British
-    kesannya ramai orang dagang/asing ke T Melayu
-    meningkatkan jumalah imigran/org. Dagang
-    mereka menguasai eko. T Melayu
-    orang Melayu kekal dengan pertanian padi yg. Tidak dimajukan British
·    Gerakan Pan-Islamisme sedunia
-          merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia
-          tujuan membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
-          antara usaha menentang penjajah Barat di negara Islam
-          tokoh Syeikh Muhammad Abduh memulakan reformis Islam dan tersebar luas
-          penulisan mereka disebarkan dalam majalah al-Manar
-          gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mempunyai matlamat yang sama
·    Kemuculan Mesin Cetak
-     memberi kesan terhadap penyebaran ilmu pengetahuan
-      mendorong penentangan terhadap British
-     saluran akhbar dan majalah serta kitab agama
-      idea menentang penjajah disebarkan
·    Pendudukan Jepun
-     menjadi pemangkin gerakan nasionalisme di T Melayu
-     konsep Kawasan Kesemakmuran Asia ditekankan
-     dapat menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengan Jepun
-     janji memerdekakan T Melayu
-     kesengsaraan hidup kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan
-     memberi pengalaman pahit menyedarkan bahawa semua penjajah adalah sama
·    Penguasaan Parti Komunis Malaya
-     PKM menguasai T Melayu selama 14 hari
-     PKM bertindak menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
-     ramai penduduk telah terbunuh
-     menyedarkan orang Melayu dan menyebabkan semakin benci Komunis
-     membangkitkan lagi semangat menentang penjajah

Cara gerakan nasionalisme
·    Gerakan Islah
-     gerakan pemulihan
-     membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam
-     gerakan bermula di Mesir
-     dipelopori oleh Kaum Muda
·    idea-idea
-     masyarakat Melayu perlu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
-     menjana Islan dari sudut kemajuan Dunia
-     menggesa orang Melayu memajukan ekonomi
-     menggesa orang Melayu memajukan aspek sosial
-     berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah dlm. Fikiran orang Melayu
-     mereka mengkritik raja dan pembesar Melayu
-     yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
·    menyatakan nama-nama akhbar,novel dan majalah
-    warta Malaya, lembaga Malaya, Majlis, Warta Negara, Utusan Melayu, Fajar Sarawak
-    majalah guru, pengasuh, bulan Melayu
-    novel Keris Melak, Anak Mak Lela Gila, Putera Gunung Tahan, Melor Kuala Lumpur
·    Kesatuan Melayu Singapura
-    Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
-    Persatuan Melayu Miri, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Melayu
            Sarawak
-     Kesatuan MelayuMuda
-     Kongres Melayu


3
·    Isu sosial/pendidikan
-     memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
-     menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
-     gesa orang Melayu meninggalkan sikap negatif
-     menggalakkan aktiviti tabungan
-     kemahiran orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan di pertingkatkan
-     pendidikan perlu diperbaiki dengan penekanan nilai-nilai ekonomi
-     memartabatkan bahasa Melayu
-     tidak meninggalkan pendidikan Islam
-     nilai baik dalam masyarakat perlu pelihara
-     pendidikan inggeris juga penting
·    Isu ekonomi
-   menubuhkan syarikat kerjasama
-   minta British mengurangkan kemasukan orang dagang
-   galakakkan orang Melayu berniaga
-   larang orang Melayu jual tanah pada orang asing
-   seruan berjimat cermat
-   perkampungan Khas Orang Melayu di Kuala Lumpur
·    Isu politik
-   mengkritik kerajaan British kerana telah mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu
-   mengkritik raja-raja Melayu dan pembesar tempatan
-   menolak dasar pilih kasih British
-   meminta diwujudkan Malay Administrative Service (M.A.S)
-   meyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
-   menentang sebarang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan