Sunday 30 October 2016

cadangan jawapan kertas 3 spm 2016

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH SPM 2016

1.    Calon wajib membawa buku teks/ bahan bercetak yang berkaitan.
2.    Jawapan calon wajib ditulis dalam bentuk esei/ karangan dengan ayat yang lengkap.
3.    Calon dikehendaki menulis nombor soalan.
4.    Isi jawapan calon mestilah bersesuaian dengan peruntukan markah.
5.    Setiap pecahan soalan mesti dimulakan dengan muka surat baharu.
6.    Jawapan calon mestilah berdasarkan kehendak soalan. Kehendak soalan perlu diulang-ulang dalam menulis jawapan. Contohnya, bagi menjawab soalan iktibar calon perlu menulis iktibar yang saya perolehi ialah ..... . Iktibar seterusnya ialah.....
7.    Jawapan calon mestilah dimulakan dengan ayat soalan.

Contoh soalan:
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia?
Contoh jawapan:
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia ialah.......


8.    Jawapan calon bagi soalan KBAT mesti mempunyai fakta sejarah, huraian dan contohserta inferens yang bersesuaian(ayat berlapis)
9.    Calon digalakkan menggunakan penanda wacana bagi menunjukkan kesinambungan isi. Contohnya, selain itu,.../ seterusnya,...
10.  Calon tidak digalakkan membatalkan jawapan yang telah ditulis.







LATAR BELAKANG DASAR LUAR MALAYSIA
 Jelaskan latar belakang  perkembangan dasar luar Malaysia
Dasar luar merujuk kepada dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Malaysia mempunyai dasar luar tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara  di dunia.  Penggubalan dasar luar Malaysia bermatlamat memelihara kedaulatan negara dan menggalakkan perkembangan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Dasar luar Malaysia sering berubah berdasarkan perubahan kepimpinan negara dan perubahan yang berlaku di peringkat global, contohnya pada zaman Tunku Abdul Rahman, dasar luar Malaysia bersifat Pro-Barat, namun pada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dasar luar Malaysia mengutamakan prinsip keserderhanaan sejagat.  Terdapat dua bentuk dasar luar Malaysia iaitu bilateral yang merujuk kepada hubungan terus Malaysia dengan negara tertentu hubungan dengan ngara jiran seperti Singapura, Britain, Amerika Syarikat dan lain-lain. Bentuk hubungan luar yang kedua ialah hubungan multilateral iaitu hubungan Malaysia dalam kumpulan atau pertubuhan tertentu seperti dengan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), KOMANWEL, NAM dan sebagainya.








JELASKAN LATAR BERLAKANG PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA
          (a)  Konsep dan bentuk dasar luar Malaysia
          (b)  Kepentingan dasar luar negara

          (a)     Konsep dan bentuk dasar luar Malaysia
Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar luar juga dapat ditakrifkan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah Negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain. Dalam pengertian yang terhad, dasarluar Negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah Negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.Malaysia turut mengamalkan prinsip dasar luar yang berteraskan ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan  hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan Malaysia. Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu hubungan bilateral yang merujuk kepada hubungan terus dengan Negara tertentu contohnya hubungan Malaysia dengan Negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Hubungan secara multilateral merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan seperti hubungan Malaysia dengan negara-negara anggota ASEAN, KOMANWEL, OIC, NAM dan sebagainya.   Dasar luar Maalaysia sering berubah kerana mengambil kira perubahan politik negara dan globalisasi contoh pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Malaysia mengamalkan dasar luar Pro Barat dan kemudian berubah kepada dasar berkecuali semasa pentadbiranTun Abdul Razak dan pada masa kini Malaysia mengamalkan dasar luar bersifat kesederhanaan sejagat. 







          (b)     Kepentingan dasar luar negara
Dasarluar Malaysia bertujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,memelihara keharmonian, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Selain itu matlamat dasar luar  negara juga bertujuan untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab kearah mengekalkan kesejahteraan dunia. Dasar luar juga dapat mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global contohnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Negara luar. Seterusnya dasar luar Malaysia juga bertujuan mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan serta kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campurtangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.
(RujukbukuteksSejarahTingkatan 5 ms. 236 dan 237)




Cadangan jawapan kertas 3 SPM 2016

Monday, 3 October 2016
Kertas 3 SPM 2016
Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Nyatakan matlamat dasar luar negara kita.
5 markah
Isi dan Huraian
2. a   Huraikan faktor-faktor yang menentukan corak dan arah dasar             luar negara.                                                      (20 markah)
b.      Terangkan perkembangan dasar luar negara.    (20 markah)
40 markah
3. Huraikan faedah yang diperoleh Malaysia dengan  menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
15 markah
4. Malaysia adalah salah sebuah negara yang  menganggotai Pertubuhan Komanwel. Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu perjuangan pertubuhan tersebut.
10 markah
5. Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan  telah menjadi pemangkin kepada kejayaan negara .Jelaskan kejayaan tersebut?
10 markah
6. Malaysia terkenal dengan pelbagai idea bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan dunia. Apakah cadangan anda untuk mengekalkan keamanan dunia?
10 markah
7. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
8. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah

cadangan kertas 3 spm 2016

Senarai kandungan
Bil
kandungan
M/surat
1

Maksud / definisi Dasar  Luar Negara ?                                                                                                                                     
6

2

Tujuan /  Matlamat dasar luar Malaysia                                              


7

Latar Belakang Dasar Luar Malaysia 
8

Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia                             
8

3

Terangkan faktor / sebab  penggubalan dasar luar Malaysia

9 – 10

4

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.    
            Atau
               
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan    mengambil kira perubahan kepimpinan negara.
        i.            Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)
      ii.            Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)
    iii.            Tahap Ketiga (1981-2003)                            
Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
i.                    Dasar Pro-Barat
ii.                  Dasar Berkecuali
iii.                Dasar kepentingan Ekonomi                     
Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan
i.                    Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
ii.                  Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
iii.                Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)      


11-14
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan

Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.
Atau

Manfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan kecemerlangan Negara
Atau
Bagaimanakah dasar luar Malaysia menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia
                                                                                                     
                                                                                                                                                                         

14-16
Bil
kandungan
M/surat

5

Dasar Luar Malaysia Sentiasa Berubah Dan Tidak Statik
a)        Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?
Atau
b)       Perubahan pucuk pimpinan negara membawa kepada perubahan dasar luar.
Jelaskan.                                          Atau
c)        Sebab dasar luar perlu berubah dari semasa ke semasa.
Atau
d)       Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.
Atau
e)        Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi global ?                    
Atau
f)    Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ? 


17-18

Kepentingan dasar luar Malaysia
a)        Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan  kemakmuran negara.
Atau
b)       Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara.
Atau
c) Kepentingan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain                                         


18-19

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali
dengan semua negara?


20
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ?

21
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat antarabangsa
21-22

6

Jelaskan cabaran dan  langkah Malaysia  dalam meningkatkan keberkesanan hubungan  dengan negara luar pada era globalisasi hari ini 
                                                                                    Atau
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarahangsa serta langkah mengatasinya.
                                                                                  Atau
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut?

23-25

7


Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar          


                                                                               



25-26

Nilai Kejayaan / Kejayaan / Keberkesanan  dasar luar Malaysia



26

Ramalkan / Andaikan Hala Tuju dasar luar negara pada masa hadapan
Atau
Halatuju dasar luar negara dalam ere globalisasi
Atau

Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi


27-29

Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.
Atau
Dasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar


29

Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau



29-30
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.


30-31

Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara ?


31-32
Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar



8

CATATAN : PILIH SALAH SATU

CONTOH IKTIBAR 1  


32

CONTOH IKTIBAR 2  


33

CONTOH IKTIBAR 3 


33-34

CONTOH IKTIBAR 4  


34-35

9


Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :

a)      Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
b)      Nilai murni
c)      unsur patriotisme yang dapat dihayati
d)      Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang


35-37

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6