ad

Sunday, 20 May 2018

Latihan Bab 4 Tingkatan 4


Bab 4

1          Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana             

I           menyembah patung berhala
II          kemusnahan sistem pengairan
III         kemerosotan ilmu pengetahuan
IV        mengamalkan kepercayaan animisme

A         I dan II
B         I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV    

2          Minum arak sehingga mabuk merupakan amalan biasa dalam masyarakat
            Arab Jahiliah.

            Mengapakah mereka berbuat demikian ?                                          

            A         Mempunyai wang yang banyak
            B         Menambah kekuatan tenaga fizikal
            C         Mendapatkan ketenangan jiwa yang kusut
            D         Menunjukkan kesempurnaan sebagai lelaki



3          Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat
            Arab Jahiliah ?                                                                                  

A         Mengawal Kaabah                 
           B          Menguasai telaga zamzam
C         Merebut hak pungutan cukai
            D         Mengamalkan semangat assabiah


4          Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah ?                     

A         Memencilkan diri
B         Mengelakkan ancaman musuh
C         Mengamalkan semangat kesukuan
D         Mengamalkan kepercayaan politeisme






5          Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah ?  

A         Mewujudkan semangat assabiah
B         Memulaukan persaingan kuasa
C         Memantapkan sistem pentadbiran
D         Memperkukuh perpaduan antara suku

6          Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku di kalangan
            masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.


Perang al-Basus
·         Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
·         Berlangsung selama 40 tahun
 
 







Bagaimanakah peperangan tersebut dapat dielakkan ?                    

A         Mengimbangi taraf ekonomi antara etnik
B         Meningkatkan persefahaman penduduk
C         Memperkuat bidang ketenteraan
D         Meningkatkan kemajuan infrastruktur


7          Peperangan al-Basus berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan
            Bani Taghlib semasa Zaman Jahiliah di Tanah Arab.

            Mengapakah peperangan tersebut berlaku ?                                     

            A         Perebutan harta rampasan perang
            B         Pembunuhan anggota kabilah
            C         Perselisihan tentang hak perniagaan
            D         Pencerobohan kawasan penempatan



8          Apakah faktor-faktor yang menyebabkan munculnya semangat assabiah
            dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah ?                                      

            I           Keadaan geografi
            II          Semangat menuntut bela
            III         Tiada petunjuk daripada ketua
            IV        Terdedah kepada pengaruh luar

           
A         I dan II
            B         I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV   


9          Mengapakah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. terkenal di kalangan bangsa Arab Quraisy

            I           Peniaga yang mahir
            II          Pentadbir yang cekap
            III         Penjaga pintu Kaabah
            IV        Pengurus Telaga Zamzam

            A         I dan II
            B         I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV  


10        Mengapakah Abu Talib mencadangkan Nabi Muhammad s.a.w. bekerja
            dengan Siti Khadijah binti Khuwailid ?                                              

            A         Menimba pengalaman berniaga
            B         Menawarkan upah lumayan
            C         Memperoleh pekerjaan tetap
            D         Mengatasi masalah kewangan

11        Nabi Muhammad s.a.w. diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk
            meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya

            Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab ?
           
            A         Penyebaran Islam di Makkah
            B         Perbalahan antara kaum dielakkan
            C         Perkembangan perdagangan di Makkah
            D         Perlantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

12        Peristiwa di bawah menunjukkan                                                       

Tarikh
Peristiwa

6 Ogos 610 M
(17 Ramadhan)


Wahyu pertama kepada
Nabi Muhammad s.a.w.


A         Agama Islam tersebar
B         Kemunculan kerajaan Islam
C         Penentangan Arab Quraisy terhadap Islam
D         Pemisah Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam

13        Apakah implikasi penerimaan wahyu kedua oleh Nabi Muhammad s.a.w.?  
                                                                                                                        
            A         Pengenalan takwim Islam
            B         Penyebaran agama Islam
            C         Permulaan zaman al-Quran
            D         Perpaduan masyarakat Arab


14        Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada
            peringkat awal di Makkah.

Al-Arqam bin Abu Arqam
 
 



Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam ?   
                                                                                  

A         Membantu mengumpul ayat al-Quran
B         Mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah
C         Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah
D         Merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy


15        Berdasarkan rajah di bawah, X merujuk kepada                                
           


Tiga tahun secara rahsia
 
 
           


X
 
 
Sepuluh tahun secara terbuka
 
                                            



A         Penerimaan Islam di Madinah
B         Penyebaran Islam di Makkah
C         Penghijrahan orang-orang Islam
D         Pengumpulan ayat suci al-Quran


16        Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, ramai hamba memeluk Islam ?

A         Bersedia mati syahid
B         Mendapat hak yang sama           
C         Mendapat keizinan tuannya
D         Berpeluang menjadi pemimpin

17        Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam ?                                                                                                        
            I           Prinsip persamaan taraf
            II          Perbezaan dari segi pangkat
            III         Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’
            IV        Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w.

            A         I dan II
            B         I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV   


18        Dialog di bawah mungkin berlaku antara pemimpin Quraisy di Makkah.



Pemimpin 1   :   Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan
kerana dia menggugat kedudukan kita sebagai
pemimpin

Pemimpin 2   :   Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan
                            dengan amalan nenek moyang kita
                       
 
 











Apakah kesannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w ?                      
   
A         Penyebaran Islam tersekat
B         Perjanjian damai dimeterai
C         Penghijrahan baginda ke Habsyah
D         Pemulauan terhadap keluarga baginda

19        Apakah bentuk pemulauan yang dilakukan oleh masyarakat Arab Quraisy
            terhadap Nabi Muhammad s.a.w. ?                                                    

            A         Melarang segala pertolongan
            B         Menghentikan aktiviti jual beli berhala
            C         Menghalang perjanjian ditandatangani
            D         Membantah penghijrahan keluar ke Habsyah


20        Mengapakah pemulauan orang Arab Quraisy terhadap Nabi Muhammad
            s.a.w. bertahan tiga tahun sahaja ?                                                    
           
A         Campurtangan negara luar
B         Serangan tentera Islam
C         Penurunan wahyu
            D         Bantuan penduduk tempatan

SPM 2010

21.       Peperangan  al-Basus yang berlaku pada zaman jahiliah menunjukkan masyarakat arab mementingkan                                                                                 (m/s 102)
A   agama
B   darjat
C   puak
D   kawasan


22.       Nabi muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-alaq ayat 1-5 pada 6 ogos 610 masihi(17 Ramadhan)
(m/s 107-108)
A     Mengekalkan  persmaaan taraf sesama manusia
B     Penyatuan umat di bawah satu akidah
C    Pembelaan terhadap agama
D    Membaca untuk meningkatkan ilmu

23        Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?
A         Keturunan baginda dihormati
B         Memiliki kebijaksanaan
C         Berpengalaman luas
D         Sentiasa dipercayai

24        Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab    Jahiliah?

I           Menghalalkan amalan riba
II          Menjalankan pemerintahan berpusat
III         Menjalin kerjasama antara kabilah
IV        Mengamalkan perkahwinan bebas

A         I dan II
B         I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV

25        Nabi Muhammad SAW  berjaya membuka semula kota Mekah pada  tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.
Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?

A         Perluasan kegiatan tentera Quraisy
B         Penguasaan ekonomi oleh Rom
C         Penawanan kafilah perdagangan Parsi
D         Pembunuhan seorang anggota Bani Khuzaah



26       
“ Dalam keriangan ini kita mestilah merompak seteru kita, jiran kita, dan saudara kita. Kalau tidak orang lain yang merompak kita.”

Petikan di atas merupakan sebahagian daripada syair Arab.Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berkaitan maksud syair tersebut?
           
A         Rompakan merupakan kewajipan kepada individu
B         Rompakan perlu dilakukan dengan perasaan gembira
C         Rompakan merupakan salah satu aktiviti yang tidak digalakkan
D         Rompakan perlu dimulakan dengan seteru, jiran dan saudara

27       
  • Qusai
  • Abdul Manaf

Apakah kaitan tokoh di atas dengan Nabi Muhammad s.a.w.?

A         Tokoh yang menentang ajaran Islam dengan hebatnya
B         Datuk Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal sebagai pemimpin yang bijaksana
C         Tokoh yang memberi sokongan kuat terhadap dakwah Islamiah di Mekah
D         Sahabat kepada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang turut berdagang ke Syam

28        Apakah perkara penting yang berlaku di Gua Hirak?

I           Tempat Nabi Muhammad s.a.w bertahannuth
II         Turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w
III        Nabi Muhammad s.a.w bersembunyi daripada buruan orang arab Quraisy
IV        Termeterinya perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan orang Quraisy

A         I dan II
B         I dan IV
C         II dan III
D         III dan IV   

29        Apakah faktor  utama yang menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan?

A         Tidak ada gangguan dan tentangan hebat daripada orang Arab Quraisy
B         Sokongan padu daripada pembesar Quraisy dan sahabat nabi
C         Ketinggian akhlak nabi Muhammad s.a.w dan kejujuran sahabat berdakwah
D         Kerjasama yang diberikan oleh sahabat Nabi Muhammad s.a.w semasa berdakwah
30        Apakah peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika dakwah Islamiah dijalankan di bukit Safa?

A         Pembesar-pembesar Quraisy memeluk Islam secara sukarela
B         Sekumpulan orang Islam dibunuh dengan kejam oleh pemuda Quraisy
C         Pemuda Quraisy mengepung dan telah bertindak untuk membunuh Nabi Muhammad
D         Dakwah yang disampaikan terganggu kerana penghinaan Abu Lahab kepada Nabi Muhammad s.a.w
        
SKEMA BAB 4

Bil
Jawapan
Ms

Bil
Jawapan
Ms
1
B
100

16
B
110
2
D
101

17
B
111
3
D
102

18
D
112
4
C
102

19
A
112
5
A
102

20
D
112
6
B
102

21
C
102
7
B
102

22
D
107-108
8
A
102

23
D
105
9
A
103

24
B
100-101
10
C
104

25
D
134
11
B
107

26
A
101
12
D
107

27
B
103
13
B
108

28
A
107
14
C
109

29
C
110-111
15
B
109

30
D
109

No comments:

Post a Comment