Thursday 7 November 2013

Ulangkaji SPM 2013

Tajuk Ulangkaji SPM 2013
Tamadung Hwang Ho, Perluasan Kuasa, Hijrah atau pembukaan semula kota  makkah, pengaruh kedatangan islam dalam ekonomi dan peraturan Tanah – Ting 4

Birokrasi di Asia tenggara, Gerakan Islah, Suruhanjaya reid, Pembentukan Malaysia, Pilihanraya atau wawasan 2020, Perang Dingin atau dasar Luar

********* Tajuk Ini hanya untuk Ulangkaji Terkini************ Baca Juga tajuk lain, tiada soalan Ramalan yang betul-betul tepat....Usaha tangga Kejayaan.....

Wednesday 30 October 2013

SPM 2013


SEJARAH 1249/2  SPM 2013


TING
BAB
TUMPUAN







4
1
@@@
Tamadun Hwang Ho (peta m/s 28)- tumpuan kepada nama Bandar dan sumbangan Tamadun Hwang Ho-tumpuan sumbangan pertanian
2
*****
Peta Perluasan kuasa tamadun Awal- Nama tamadun awal yang terlibat dalam perluasan kuasa/nama tokoh dalam tamadun Rom/Yunani/faktor perluasan kuasa
5
****
Hijrah-konsep/tujuan/kesan/Piagam Madinah/Pembukaan Kota Makkah
6
Cara pelantikan Khalifah/ Tugas Khlaifah/Sumbangan Khalifah Umar dan Uthman
8
*****
Pengaruh Islam dalam Pentadbiran dan Perundangan
Pengaruh Islam dalam perdagangan, Mata wang, Percukaian
9
****
Zaman Gelap di Eropah
10
Perbandaran/ Akta Tanah/Pengangkutan

5
1
******
Sistem Pentadbiran Barat/Birokrasi Barat dan Kesan
2
****
Gerakan Islah/Akhbar/ Persatuan ( PASPAM,KMS dan KMM)
3
Ciri Negara bangsa Malaysia dan Madinah/Warisan Kesultanan Melayu Melaka/ Ciri Pentadbiran di Negeri Sembilan
5
Suruhanjaya Reid/Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957/ Kepentingan Perjanjian Persekutuan 1957
6
*****
Semua aspek pembentukan Malaysia
7
1.    Perlembagan ( Keluhuran/Kepentingan/Proses pindaan)
2.    Mahkamah
3.    Pilihan raya

8
******
Rukun Negara
Dasar Pendidikan Kebangsaan (Laporan Razak, Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Kabinet)
Akta Bahasa/Dasar Kebudayaan Kebangsaan/Sukan
Wawasan 2020
9
Dasar Luar/Selatan-selatan

***** Hampir Pasti keluar dalam SPM
@@@ Pilihan soalan struktur no 1 sekiranya perluasan kuasa tidak mengena..


Sunday 20 October 2013

Kertas 2 SPM 2013

  1. Perluasan kuasa – Bab 2 T4
  2. Hijrah/ Pembukaan semula Kota Makkah – Bab 5 T4
  3. Kesan kedatangan Islam dalam bidang pentadbiran dan perundangan – Bab 8 T4
  4. Akta Tanah/ Perbandaran – Bab 10 T4
  5. Sistem Birokrasi Barat – Bab 1 T5
  6. Persatuan Melayu (PASPAM/KMS/KMM) – Bab 2 T5
  7. Negara bangsa Malaysia/Madinah – Bab 3 T5
  8. Mahkamah – Bab 7 T5
  9. Akta Bahasa/Dasar Kebudayaan Kebangsaan/ Sukan – Bab 8 T5
  10. Dasar Luar – Bab 9 T5
  11. Khalifah Abu Bakar/ Umar Al-Khattab – Bab 5 T4
  12. Wawasan 2020 – Bab 8 T5

cadangan jawapan kertas 3

1.    Jelaskan latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia.
-          Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara
-          Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin keselamatan rakyat dan negara
-          Memelihara kepentingan nasional
-          Mengekalkan kedaulatan Negara
-          Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
-          Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
-          Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
-          Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain
-          Hubungan bilateral – hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu
-          Hubungan multilateral – hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan

Latihan kertas 2 spm 2013

SOALAN LATIHAN SPM 2013
TINGKATAN 4
SOALAN STRUKTUR

1          a)    Kemajuan ekonomi Dinasti Shang
            b)    Dua peralatan memudahkan pertanian,
            c)     Mengapakah ekonomi berkembang pesat dalam Tamadun China.                    
            d)     Usaha untuk memajukan pertanian

2          a)    Ibu Kota Dinasti Shang
            b)    Bagaimanakah sistem pemerintahan Dinasti Shang diamalkan,
            c)    Peranan pemerintah Dinasti Shang memajukan pertanian,
            d)    Kepentingan bidang pertanian kepada sesebuah negara.

cadangan jawapan kertas 3

Cadangan Jawapan

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013


Tema Umum : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
 









Tingkatan 5 Bab 9

Kandungan Jawapan

1      Pengenalan ;

-       Maksud pertubuhan serantau
-       Pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain
-       Jika di Asia Tenggara, pertubuhan serantau merujuk kepada pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain lagi.
-       Dalam konteks hubungan luar, hubungan dalam pertubuhan serantau disifatkan sebagai berbentuk multilateral iaitu hubungan melalui pertubuhan.
-       Kepentingan pertubuhan serantau
-       Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial di kalangan negara-negara anggota pertubuhan.
-       Melalui pertubuhan yang dianggotai, negara-negara anggota dapa tmenjalankan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan social untuk kepentingan bersama.
-       Contoh pertubuhan serantau
-       Pertubuhan serantau yang terdapat di Asia Tenggara seperti Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA), Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHLINDO) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).



cadangan jawapan kertas 3

1.    Pengenalan [5 markah]
Nyatakan latar belakang Malaysia dalam hubungan luar

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia iaitu menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Matlamat dasar luar Malaysia juga untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negaraSelain itu menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsaMalaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
            Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.

            Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of South-East Asian Nations (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic Conference (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Allingned Movement (NAM) dan sebagainya.      Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik , ekonomi atau sosial.         Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

2.    Memahami [ 40 markah ]
Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
          
Malaysia mengadakan hubungan dengan negara luar. Banyak faktor yang menentukan dasar luar negara. Faktor-faktor tersebut ialah faktor sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
                       
Faktor Sejarah

Dari segi sejarah, hubungan luar ini telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab, dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.

Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan MalaysiaSetelah mencapai kemerdekaan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zerland. Ini disebabkan pada masa itu Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis yang menggugat keselamatan Malaysia telah mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis. Pada masa yang sama Malaysia masih bergantung kepada barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan sendiri.

cadangan jawapan kertas 3

Soalan 1 :Pengenalan
Jelaskan latar belakang hubungan serantau yang dijalankan oleh Malaysia.

     Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain    Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.    Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

Soalan 2 a   Huraikan faktor yang menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia.   (15 markah)


Thursday 17 October 2013

Cadangan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013

SEJARAH KERTAS 3 ( Pengenalan )
SOALAN:  1
TEMA UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Soalan:   
Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
Jawapan:
      Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain.
            Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961. Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967.
            Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.

Tuesday 15 October 2013

contoh usaha


contoh pengenalan



contoh nilai


contoh faedah


Contoh cabaran dan langkah


contoh hubungan serantau


Contoh Faktor hubungan luar


Contoh rumusan kertas 3 spm


Perjanjian Aqabah

e) Apakah kesan Perjanjian Aqabah kepada masyarakat Islam?             

Perjanjian Aqabah

d) Mengapakah penduduk Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke  
      Madinah ?

Perjanjian Aqabah

c) Nyatakan dua isi Perjanjian Aqabah Kedua.                                

Perjanjian Aqabah

b) Apakah dua syarat Perjanjian Aqabah Pertama?                             

Perjanjian Aqabah

a) Namakan suku kaum Madinah yang menandatangani Perjanjian Aqabah

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho

(d)       Senaraikan dua ciri negara kota Anyang  dalam tamadun Hwang Ho.

Tamadun Hwang Ho

(c)        Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.

Tamadun Hwang Ho

(b)        Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh golongan masyarakat  dalam tamadun Hwang Ho.

Tamadun Hwang Ho

(a)        Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.

Thursday 10 October 2013

Dasar Luar Malaysia

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

·                     Dasar pro-Barat yang antikomunis
·                     Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
·                     Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
·                     Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
·                     Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
·                     Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
·                     Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
·                     Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
            Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
·                     Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
·                     kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
·                     terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
·                     Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
·                     Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

Perpaduan Bab 8 Ting 5

AKTA BAHASA KEBANGSAAN

Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu

·         Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka                                          
·         Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
·         Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa              
·         Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah               
·         Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967                                     
·         Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat                                               
·         Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977                                  
·         Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris                                                           
·         Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

Sistem Pemerintahan

KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .

·         Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
·         Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
·         Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

PTM 1957

SURUHANJAYA REID

Peranan Suruhanjaya REID.

  • Membincang perlembagaan Persekutuan
  • Menyususn Perlembagaan Persekutuan
  • Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu
    • Kerjaan persekutuan yang kuat
    • Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
    • Kedudukan Raja-Raja Melayu
    • Hak istemewa orang Melayu
    • Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
  • Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak
    • Raja-Raja melayu
    • Orang perseorangan
    • Pertubuhan politik
  • Cadangan parti Perikatan diberi perhatian utama sebagai kerajaan
  • Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957
  • Cadangan diterima oleh parlimen british Mei 1957
  • Melahirkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Kelatan & Negeri Sembilan

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.

·         Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
·         Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
·         Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
·         Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
·         Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.

Gerakan Islah

GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

Maksud Gerakan Islah

·         Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
·         Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
·         dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

Tokoh-tokoh /pelopor

·         Sheikh Tahir Jalaludin
·         Syed Syeikh al-Hadi
·         Dr. Burhanuddin al-Helmy

Birokrasi Barat di Thailand

THAILAND

Perubahan yang dilakukan oleh  Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand.

·         melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
·         penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
·         Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
·         Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
·         Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Dasar British

Dasar British Terhadap Pertanian

  1. British memperkenalkan sistem rekod hak milik tanah secara bertulis untuk mengesahkan pemilikan tanah dan digunakan untuk jual beli tanah, cukai, serta pajakan.

  1. Kebenaran pembesar tidak lagi diperlukan oleh individu atau syarikat yang ingin mengusahakan tanah.

Zaman Gelap

  1. Zaman Gelap
-       Maksud Zaman Gelap
-       Ciri-ciri Zaman Gelap ( politik, ekonomi dan sosial )
-       Persamaan Zaman Gelap dengan Masyarakat Feudal Melayu
-       Cara menghidari berlakunya kemunduran negara / masyarakat

ZAMAN GELAP DI EROPAH
                                                 
a)         Maksud Zaman Gelap
  • Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
  • merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6