Wednesday 27 July 2011

Dner 50years SEDAR

 credit to Mr Sulaiman
 antara yang awal sampai ~
 Kenangan bersama Pak Zul :D

 hehehe :D
 bersama deq Nun!

 @khemah 1
 posing!
 tukang masak ke?
 :D
 ini la suasana pas majlis
 LIKE!
tunggu another 50 years!!

Sunday 17 July 2011

Skema set 1 Gerak gempur sejarah 2011

Namakan sebuah negara kota yang paling menonjol di Yunani.
Athens
Sparta
Corinth

Berikan dua ciri polis yang terdapat di Yunani.
Institusi politik yang merdeka
Jumlah penduduknya kecil (Athens mempunyai 40,000 orang penduduk)
Terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar
Mengandungi sebuah kota
Kawasan pertanian di luar kota
Di dalam polis terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
Mempunyai acropolis (kawasan tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan
Mempunyai agora (tempat pertemuan/ mesyuarat rakyat / pusat ekonomi)

Nyatakan bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sebelum sistem pemerintahan Demokrasi di perkenalkan.
Monarki
Oligarki
Aristokrasi
Diktator / tirani

Apakah sumbangan tamadun Yunani kepada peradaban dunia hari ini ?
Sistem pemerintahan berbentuk Demokrasi
Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik
Rakyat membentuk kerajaan rakyat
Lahir tokoh ilmuan seperti Pythagoras, Hippocrates, Archimedes dan Ptolemy
Lahir ahli falsafah terkenal iaituHeredotus, Socrates, Aristotle dan Plato
Lahir Sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus
Lahir pemikir sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxogaras
Tumbuh banyak sekolah falsafah
Perkembangan dalam bidang pendidikan yang seimbangkan Rohani dan Jasmani
Pengenalan sukan Olimpik

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pemerintahan sistem Demokrasi diamalkan di negara kita ?
Kerajaan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat
Rakyat menjadi wakil dalam pentadbiran
Pemerintah dipilih melalui undian / pilihan raya
Rakyat terlibat dalam membentuk kerajaan
Wakil rakyat menganggotai Dewan Rakyat /parlimen
Mana-mana yang munasabah

Namakan dua orang pendakwah yang menyebar Islam di Asia Tenggara
Syeikh Ismail
Fakir Muhamad
Syarif Amir Sayyid al-Syirazi
Tajuddin al-Asfahani
Syeikh Abdul Aziz
Maulana Abu Bakar
Maulana Yusof

Apakah sifat yang dimiliki oleh pendakwah ?
Peribadi yang baik
Jujur
Lemah lembut

Jelaskan peranan ulama dalam menyebarkan Islam di Melaka
Mengajar perkara asas tentang Islam
Mengajar secara tidak formal
Mengajar secara formal
Menggunakan masjid / istana / rumah sebagai tempat mempelajari Islam
peringkat awal
Pusat pendidikan berkembang ke pondok / pasentren

Nyatakan cara Wali Songo berdakwah di Jawa
Menimbulkan kesedaran
Menanam semangat maksud bekerja
Menanam semangat beramal
Berusaha menghapuskan pengangguran
Mengikis sifat malas
Elak hidup secara mewah
Mengelakkan pembaziran

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Islam boleh tersebar dengan mudah di Asia Tenggara ?
Nilai-nilai Islam yang baik
Dilakukan dengan bijaksana
Sikap terbuka para pendakwah
Pendakwah tidak prajudis
Mana-mana yang munasabah

Siapakah yang mereka bendera negara kita ?
Encik Mohamad Hamzah

Senaraikan pihak yang terlibat sehingga terhasilnya bendera negara.
Majlis Perundangan Persekutuan
Penglibatan 373 pereka
Akhbar The Malay Mail
King George VI

Jelaskan maksud lambang-lambang yang berikut :-
I Bintang berpecah empat belas
Gabungan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia
ii Warna biru
Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum
iii Bulat sabit
Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
Mengapakah bendera kebangsaan diwujudkan ?
Kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
Menaikkan semangat
Membezakan Malaysia daripada negara lain / identiti
Membangkitkan semangat perjuangan / patriotik
Menunjukkan kesetiaan
Bersatupadu / simbol perpaduan
Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara
Menimbulkan rasa bangga terhadap negara
Menunjukkan ketaatan kepada negara
Untuk digunakan dalam istiadat dan majlis rasmi

Sebagai seorang warganegara yang setia kepada negara , apakah tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang menghina bendera negara ?
Melucutkan kewarganegaraan
Menjalani sesi kaunseling
Mengenakan perkhidmatan masyarakat
Hukuman penjara
Denda
Buang daerah / negeri
Dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina negara
Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mencetuskan huru hara
Mana-mana yang munasabah

Apakah maksud Negara Persekutuan ?
Penyatuan beberapa buah negeri
Mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

Nyatakan dua bidang kuasa yang terdapat dalam senarai berikut :
Senarai Persekutuan
Hal ehwal luar negeri
Pertahanan
Keselamatan dalam negeri
Pentadbiran dan keadilan
Kerakyatan negara
Pilihan raya negara
Kewangan
Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
Jabatan ukur, penyelidikan
Kerja raya dan tenaga pusat
Pelajaran
Kesihatan
Keselamatan buruh dan sosial
Orang Asli

Senarai Negeri
Undang-undang Islam
Tanah
Petanian dan perhutanan
Kerajaan tempatan
Perkhidmatan tempatan
Kerajaan negeri
Hari cuti negeri
Undang-undang negeri

Senarai Bersama
Kebajikan sosial
Biasiswa
Taman Negara
Perancangan bandar dan wilayah
Penjagaan haiwan
Kesihatan dan kebersihan awam
Parit dan tali air
Pemulihan
Hiburan awam
Perhubungan


Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ?
Satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah
Dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa
Membantu mengurangkan perbalahan antara etnik
Hubungan baik perlu dipupuk untuk menjamin keharmonian
Sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama

Mana-mana yang munasabah

Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah.
Lelaki yang merdeka
Beragama Islam
Memiliki pengetahuan tentang Islam
Bersifat adil dan sanggup melaksanakan hukum Allah
Mempunyai akhlak yang baik
Tubuh yang sihat dan sempurna serta berfikiran cerdas
Pandai mentadbir kerajaan

Senaraikan tugas-tugas khalifah dalam Islam.
Menjadi ketua negara
Memelihara kedudukan agama Islam
Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
Memastikan kelicinan pentadbiran negara
Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
Melantik atau melucutkan jawatan pegawai pantadbiran negara
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga dan meneruskan ajaran Allah
Mengekalkan perpaduan Ummah
Memantapkan Sistem perundangan Islam
Menguruskan kewangan negara
Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahan beliau.
Politik Pentadbiran
Menubuhkan Majlis Syura - dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin
Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
Beliau melantik Wali / Gabenor sebagai ketua pentadbir awam
Menubuhkan beberapa jabatan penting-
Cth ; Jabatan tentera, Polis, Percukaian dan Perbendaharaan Negara
Jabatan diketuai oleh khatib atau setiausaha
Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain
Hakim dibayar gaji lumayan

Sosial
Mengembangkan pengajian al-Quran
Menyediakan tempat pembelajaran al-Quran
Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah
Memperkenalkan kalendar hijrah
Tahun Hijrah menjadi titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.

Ketenteraan
Khalifah Umar menyusun semula sistem ketenteraan
Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela
Tentera dibayar gaji
Tentera diberi pakaian seragam
Beliau membina markas tentera dibandar utama
Membina kubu pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh
Beliau mewujudkan jawatan panglima tentera
Menggantikan Khalid al- Walid dengan Abu Ubaidah al-Jarah sebagai panglima

Ekonomi
Membina terusan dan taliair- untuk meningkatkan hasil pertanian
Cth: Empangan Abu musa ( Basrah ) dan Terusan Amirul Mukminin ( Mesir )
Menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian
Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar
Memperkenalkan pelbagai jenis cukai/Jizyah ( cukai kepala ) / Kharaj ( cukai tanah )
Mendirikan Baitulmal
Mewujudkan sistem pentadbiran tanah-tanah bertuan dan tanah tidak bertuan

Apakah faktor yang mendorong imigran China dan India ke Tanah
Melayu sejak abad ke -19 ?
Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh British /
British membawa masuk tenaga buruh luar untuk bekerja di lombong-lombong
dan ladang-ladang
Galakan kolonial Britih agar mereka berhijrah / dasar
Penghijrahan mereka tidak pernah ditentang oleh orang Melayu
Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
Terdapat peluang pekerjaan dalam pertanian dan perlombongan
Kestabilan politik di Tanah Melayu
Kemiskinan di tempat asal
Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu

Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke 19.
Kemasukan buruh Cina
Melalui sistem tiket kredit
Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).
Dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan.
Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.
Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.
Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka.

Melalui sistem pengambilan kakitangan,
Majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.
Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.
Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

Sistem pengambilan rumah kongsi
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi

Kemasukan buruh India
Sistem buruh bebas
Datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu
Mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki

Melalui sistem kontrak
Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
Sebagai balasan Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

Melalui sistem kangani
Seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh.
Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.
Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani
Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu telah meninggalkan kesan sosial.

Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda.
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
Tidak terdapat interaksi antara kaum
Tidak ada perpaduan antara kaum
Wujud sistem pendidikan vernakular
taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit
pembangunan tidak seimbang antara wilayah
perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran
Akhbar, majalah dan novel memainkan peranan penting sebagai penggerak kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Jelaskan isu sosial yang dibangkitkan dalam akhbar-akhbar Melayu
pada tahun 1930-an.

i. Sosial
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih
kerja dan tidak mahu berusaha
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan
kerja tangan
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
Menyeru orang melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

ii. Ekonomi
Menggalakkan syarikat kerjasama
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana hal ini mengancam ekonomi tempatan
Menggalakkan perniagaan di kalangan orang melayu
Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
Meminta orang Melayu mengadakan kampung khas orang Melayu di Kuala Lumpur

ii. Politik
Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu
Mengkritik para pembesar dan raja-raja melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat
Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S.) untuk melindumgi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
Jelaskan mesej-mesej yang terdapat dalam novel-novel pada tahun 1930-an
Keris Melaka - Ahmad Bakhtiar
Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda
Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad
Semangat anak muda menentang penjajah
Hargai warisan bangsa
Semangat cintakan tanah air
Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan
Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
Emansipasi wanita
Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah akhbar amat berkesan dalam meniupkan semangat kebangsaan ?
Dikeluarkan setiap hari
Harga murah
Mengunakan medium tulisan jawi
Isu-isu berkaitan dengan masyarakat
Mudah didapati
Penulis/pengarang terdiri daripada orang Melayu
Tiada sekatan daripada pihak penjajah
Mana-mana jawapan yang munasabah

Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
Sarawak
Parti pertama yang menyokong gagasan ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS)
SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
Parti ini kemudiannya menyokong
SUPP terus menentang
PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk parti perikatan
menyokong gagasan ini

Sabah
Sebelum ini tiada parti
melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, parti Kaum Dusun , Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik
Tujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan
Kemudiannya membentuk parti perikatan Sbah menyokong gagasan ini
menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu

Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan
Sabah terhadap pembentukan Malaysia
Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia
Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah
Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.
Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia.
JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah
ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah

Pada pengetahuan sejarah anda , apakah manfaat yang diperolehi daripada
pembentukan Malaysia
Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri
pertanian.
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
Menggalakkan pelaburan
Menggalakkan perkembangan industri pertanian
Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama

Jadual di bawah merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan
Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia apabila menyertai pertubuhan Komanwel ?
Memelihara keamanan
Memelihara kedaulatan negara
Menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
Menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britain / Australia / New Zealand
Mendapat bantuan tentera apabila diserang terutama semasa konfrantasi dengan Indonesia
Menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
Menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan
Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel / Britain dikenakan cukai yang rendah
Malaysia mendapat bantuan teknikal/ biasiswa dalam Rancangan Colombo
Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998
Matlamat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Mengekalkan keamanan dunia
Tidak menyokong blok barat / blok komunis
Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan / persefahaman
Menghormati hak asasi manusia
Membela kepentingan negara sedang membangun
Membela isu Palestin
Kerjasama ekonomi
Membincangkan isu Antartika
Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
Matlamat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
Bersuara dengan satu nada bagi kepentingan umat Islam
Mengekalkan perdamaian dalam segala sengketa
Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati / tidak dicemari
Memberi bantuan kepada negara Islam yang bermasalah
Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam yang kurang maju
Menubuhkan Bank Pembangunan Islam untuk memberi perkhidmatan kewangan kepada anggota

Jelaskan peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
Menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq
Memberi sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan menentang Israel
Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 / 2003
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam
Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6