Tuesday 27 September 2011

Tips Peperiksaan :D


Hari ini bermula sudah peperiksaan SPM kepada semua pelajar SPM 2011.Kepada pelajar-pelajar semua,saya sediakan beberapa tips atau petua untuk anda baca sebelum peperiksaan bermula.Harap ia membantu anda.

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:
Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
Riadah.
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
KESELAMATAN
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda past tidak mahu mengambil peperiksaansewaktu berad dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
Menyerah kalah sebelum berjuang
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaanberdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini.  Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
Merasa belum bersedia
Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.
Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.  Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.  Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.  Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak.  Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.
Berfikiran Positif
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.  Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.
Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan.  Ini akan melemahkan semangat anda.  Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
“Something is better than nothing”
Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.
“If you can’t see it, you can’t have it”.
Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran.  Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini.   Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.  Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.
Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.
1.Duduk dikerusi anda dengan selesa.  Tangan diletakkan diatas peha.  Badan tidak bersandar.  Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.
2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam.  Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.  Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri.  Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.
3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar.  Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu.  Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya.Pilih satu yang paling bermakna kepada anda.  Dimana iaberlaku?  Apa yang berlaku?  Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu.  Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda.  Dengar suara yang ada dengan jelas.  Rasakan apa perasaan anda ketika itu.  Rasakan keseronokan anda pernah dipuji.  Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan.  Biar terasa sedikit sakit.  Buka mata anda, dan pejam kembali.  Ulang langkah 2 – 4 beberapa kali.
5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.  Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan.  Rasakan ketenangan dalam dewan.   Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar.  Rasakan kegembiraan itu.  Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan.  Ide keluar mencurah-curah.  Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM).  Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.
6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
7.Buatkan latihan minda ini 10 – 15 minit setiap hari.  Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.
PERSEDIAAN EMOSI
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi.  Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka.  Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka.   Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda?  Anda mungkin serta-merta menjadi marah.  Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda?  Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati.  Kalaulah begini  tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaanpeperiksaan anda?  Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.  Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.
Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda.  Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.  Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.  Mereka ada suara, biarkanlah mereka.  Anda cuma pekakkan telinga.  Banyakkan bersikap sabar.  Teruskan sahaja kerja anda.  Kekalkan matlamat peperiksaananda.  Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi.  Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif.  Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif.  Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.

PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.  Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah  lah yang menentukannya.  Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
1.Sentiasa bermunajat kepada Allah.  Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalammenghadapi peperiksaan.  Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
2.Minta restu kedua ibu bapa.  Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul.  Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.  Hati yang  banyak berzikir akan memperolehi ketenangan.  Hati juga  lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.   Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, yang
mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.
4.Jauhi maksiat.  Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.  Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.  Hidup juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa.  Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

Wednesday 14 September 2011

Thursday 8 September 2011

Trial esok?

Perjanjian Aqabah
1.     Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian peluk Islam. 621M mengunjungi lagi dan wujud perjanjian Aqabah 1. Syarat Perjanjian:
a.      Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasul
b.     Membantu Nabi saw
c.     Tidak mengamalkan amalan Jahiliyah.
2.     Selepas perjanjian hantar Mus’ab bin Umair untuk mendakwah.
3.     622M Perjanjian Aqabah 2. Syaratnya :
a.      Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
b.     Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
c.     Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
d.     Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
e.      Kesediaan mempertahankan Islam.
4.     Kesan Perjanjian:
a.      Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
b.     Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
c.     Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
d.     Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin
e.      Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
f.       Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
g.     Megembalikan keaman dan persaudaraan  masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.
h.     Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.


Piagam Madinah atau Sahifah Madinah
1.     Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka  Nabi pada 622M- berpandukan wahyu.
2.     Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islam dan Bukan Islam.
3.     Mencatatkan tentang tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya
4.     Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
5.     47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
6.     Boleh dirumus kepada 7 aspek penting yg merangkumi politik, ekonomi, sosial spt
a.      Pentadbiran
      i.          Nabi Muhamad pemimipin di Madinah
      ii.         Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam
b.     Agama
      i.          Bebas mengamalkan sebarang agama
      ii.         Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.
c.     Sosial
      i.          Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama              terhadap negara
      ii.         Tidak boleh bermusuhan
d.     Perundangan
      i.          Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam         kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
      ii.         Undang-undang Islam menekankan pengingsafan dan bukannya jatuhan       hukuman.
      iii.        Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan      jenayah.
e.      Pertahanan
      i.          Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara
f.       Kedudukan kaum Yahudi
      i.          Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah
g.     Ekonomi
      i.          Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
      ii.         Unsur tipu dan riba dihapuskan.

Kepentingan Piagam Madinah

1.     Model kerajaan Islam yang unggul
2.     Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
3.     Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
4.     Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
5.     Berjaya membentuk masyarakat  berasaskan ummah
Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain

Cara pertembungan:
1.     Perdagangan dan perniagaan
a.      Zaman Nabi pertembungan dengan Syam
b.     Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
c.     Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .
2.     Hubungan diplomatik
a.      Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.
b.     Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
3.     Penaklukan dan ketenteraan
a.      Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.
b.     Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.
4.     Kebudayaan
a.      Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.
b.     Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.
5.     Intelektual
a.      Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.
b.     Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.
Kesan Pertembungan

1.     Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.
a.      Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.
2.     Perluasan kawasan penyebaran Islam
a.      Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spt
            i.          Kerajaan Delhi Mughal
            ii.         Cina wujud masyarakat islam
            iii.        Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.
b.     Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan memastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara
            i.          Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah,                                      Mediteranean dan Teluk Parsi.

c.     Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.
d.     Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat.
3.     Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial
a.      Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.
b.     Kebudayaan  dan Intelektual
      i.                Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik,  Sains dan            Teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar - Ilmu Mantik ( Logik ),                            Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.
      ii.               Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman                    Uthmaniyah , Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.
1.     Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan. – dilakukan sehingga zaman Renaissance
2.     Peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian.
4.     Pertukaran pendapat antara cendikiawan.
a.      Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.
b.     Diterjemahkan  daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
c.     Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
d.     Wujudkan budaya keilmuan  dan intelektual yang tinggi.
e.      Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan  ialah:-
      i.                Abu al-Aswad al- Duali 7M
      ii.               Hunayn bin Ishaq 873M – terjemah karya Greek
      iii.              Al-Fazari – terjemahan hasil karya Tamadun India.
5.     Perkembangan penterjemahan dan intelektual.
a.      Zaman kemuncak antara 8M- 1258M , mula runtuh Kerajaan Abbasiyah.
b.     Lahirkan cendikiawan Islam spt:-
      i.                Zakaria al-Razi ( 865 -925M) – Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20                            karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen-ahli                            perubatan Greek
      ii.               Al-Zahrawi ( 936-1013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi
      iii.              Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi.

Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.
Kurang buruh tempatan
Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.
British benar masuk
British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Kemiskinan di negara sendiri.
Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Melayu tidak tentang
Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.
Hubungan tTradisi yg sudah ada.
Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
Peluang kerja.
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
Kestabilan Politik.
Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

1.     Sistem Tiket Kredit
Dikumpul dari kg.
Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.
Ketua bayar wang
Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.
Buat perjanjian
Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.
Sin Kheh diawasi.
Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan.
Tiket dibekalkan.
Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
Pemborong buruh.
Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.

2.     Sistem Pengambilan kakitangan
Majikan hantar pegawainya.
Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
Tambang dibiayai majikan.
Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
Pegawai Iring buruh.
Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

3.     Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
Dilakukan Pegawai Di Cina.
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai yg biayai
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
Diserah tuan rumah kongsi .
Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

4.     Kemasukan Secara Berkumpulan
Tajaan Charles Brook
Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.
Persetujuan ketua Foochow – Sarawak.
Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.
Sektor pertanian.
Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Maksud kangani
Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.

1.     Sistem Buruh Bebas
Sendiri
Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
Atur
Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.
Bebas
Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.

2.     Sistem Kontrak
Majikan biaya
Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.



3.     Sistem Kangani
Lesen
Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
Wang Pendahuluan
Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
Pengurus agensi
Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.

GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU
Maksud Gerakan Islah 
 
*      Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
*       Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
*       dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir
Tokoh-tokoh /pelopor 
*      Sheikh Tahir Jalaludin
*       Syed Syeikh al-Hadi
*       Dr. Burhanuddin al-Helmy



 Matlamat / tujuan / isu
*      menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
*       Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
*       Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
*       Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
*       Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan
*      orang Melayu.
Akhbar/ Majalah
*      Al-Imam
*       Neracha
*       Edaran Zaman
*       Pengasuh
*       Saudara
Tokoh-tokoh 
Sheikh Tahir Jalaluddin
*      Tokoh gerakan Kaum Muda.
*       merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
*       menulis dalam majalah al-Manar.
Syed Syeikh al-Hadi
*      tokoh gerakan Kaum Muda
*       menubuhkan Jelutung Press
*       menerbitkan majalah Saudara.
*       mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang 
*       mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.
Halangan/Tentangan
*      Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum  Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
*       Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
*       Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak  dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
*       Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
*      Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
*       Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya  dalam bentuk pendidikan.
Sumbangan
*      Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
*       Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
*       Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.


Dalam konsep pengasingan kuasa, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu, badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman
 
 





2 (a) Huraikan peranan badan pelaksana di negara kita .
                                                    [8 markah]  
F1
-
Merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan
F2
-
Merupakan pembuat dasar tertinggi negara
F3
-
Penggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
F4
-
Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri
F5
-
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuahatau  beberapa kementerian
H5a
-
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan merancang, menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial negara kita
H5b
-
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri,Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha politik
F6
-
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian  dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio dan akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri
F7
-
Perkhidmatan Awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan
F8
-
Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian
H8a
-
KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai  perkhidmatan awam
F9
-
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan  tugas yang ditetapkan oleh kerajaan
F10
-
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan ytang dikenali sebagai  Ketua Pengarah



Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6