Tuesday 21 March 2017

KBAT Bab 2 Ting 4

1. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan pentadbiran?

Tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota. Hal ini kerana rakyat Yunani berhak menentukan sistem kerajaannya dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta  memilih sistem pemerintahan yang sesuai serta adil. Ini juga adalah untuk menentang kezaliman dalam pemerintahan dan untuk kestabilan politik dalam negara.

Tamadun Hwang Ho

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho?
  Menguruskan pertahanan
  Bertanggungjawab memungut cukai
  Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran raja

Thursday 16 March 2017

KBAT bab 1 Ting 4

Pada pendapat anda, mengapakah Tamadun Indus dianggap memberi sumbangan yang penting   kepada peradaban manusia.

Pada pendapat saya, ini disebabkan oleh keupayaan Tamadun Indus dalam mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Bandar Mohenjo Daro dan Harappa. Hal ini disebabkan oleh sifat keterbukaan masyarakat dalam membuat hubungan luar terutamanya  dengan Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia.

KBAT Bab 1 Ting 4

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang membolehkan masyarakat Indus membina bandar terancang?

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, faktor tersebut ialah sifat keterbukaan masyarakat Indus dalam membina bandar terancang. Hal ini kerana mereka mendalami ilmu pengetahuan daripada  Tamadun Mesopotamia seperti pembakaran batu bata daripada tanah liat dengan suhu yang tinggi.

KBAT Bab 1 Ting 4

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat Indus dalam membina bandar terancang.

Kita mestilah menerima pandangan dan pendapat orang lain agar negara kita dapat mencapai kemajuan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh jalinan kerjasama antara Tamadun Indus dengan Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia dalam pembinaan bandar terancang

KBAT Bab 1 Ting 4

Nyatakan iktibar yang boleh dipelajari oleh generasi muda hari ini daripada sifat keterbukaan Tamadun Indus.

Kita mestilah sentiasa menjalinkan kerjasama dengan negara lain agar negara kita setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, dalam Tamadun Indus, kerjasama antara Tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba menghasilkan pertukaran teknologi.

Rujuk Text Book m/s 27.

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6