Sunday 24 October 2021

Tropical Village, Ayer Hitam, Johor

Minggu lepas kami plan short trip ke selatan. Seminggu plan, search macam-macam termasuklah apa yang menarik di Muar, Batu Pahat dan Melaka. 

Di Batu Pahat, banyak tempat menarik dan kami tertarik dengan Tropical Village Ayer Hitam. So kami study di carian google dan tonton di YouTube berkenaan tempat tersebut. 





Gambar di atas berdasarkan carian saya. Kami sekeluarga tak sabar nak ke sana, check google pun, google mention close 7.00pm.


Tapi, indah khabar dari rupa, ini yang kami lihat.




Bagi saya, please update tempat menarik di Batu Pahat. Kesian kami yang datang dari jauh.

:(

Tuesday 19 October 2021

Panduan Pelaksanaan PBD Secara Dalam Talian

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang membantu guru mengesan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka.

Maklumat yang terkumpul ini memberi petunjuk kepada guru untuk merancang tindak susul bagi membantu perkembangan pembelajaran murid.

Sejajar dengan kemajuan dunia digital dalam pendidikan, kaedah PdP dan pentaksiran juga mengalami perubahan.

Pelbagai alat digital dan aplikasi baharu dicipta, maka penggunaannya boleh dioptimumkan mengikut kesesuaian untuk pelaksanaan PdP dan PBD.

PBD secara dalam talian atau online merujuk kepada kaedah pentaksiran yang menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dan aplikasi untuk mentaksir murid.

Antara peralatan komunikasi yang sesuai digunakan untuk PBD dalam talian adalah seperti telefon, komputer, tablet, mesin faksimili dan sebagainya. Manakala aplikasi komunikasi pula adalah seperti sistem pesanan mesej, suara, e-mel atau sidang video.

Contoh aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Google Meet, Telegram, WhatsApp,
Zoom dan lain-lain.

KPM juga menyediakan pelantar pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) atau pelantar pembelajaran lain yang sesuai dan membolehkan guru mengakses Google Classroom serta aplikasi pembelajaran seperti Quizizz, Kahoot, Wordwall, Padlet dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti pembelajaran seperti kerja projek, kuiz, pembentangan, tunjuk cara dan lain-lain boleh dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan pelantar pembelajaran yang sesuai.

Friday 15 October 2021

Tahap II (Tahun 4 - 6) | Sejarah (Tahun 4) Tokoh Terbilang Kesultanan Me...

Tahap II (Tahun 4 - 6) | Sejarah (Tahun 5) - Jata Negara

Tahap II (Tahun 4 - 6) | Sejarah - Perayaan Masyarakat Di Malaysia

Tahap II (Tahun 4 - 6) | Sejarah (Tahun 4) - Kerajaan Melayu Awal

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah - Yamtuan Antah Dan Antenom

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah - Kedaulatan Negara Dicabar

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah - Kegiatan Ekonomi Negara

Teroka (2021) | Tahap II : Sejarah - Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah, PSV - Jata Negara

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah - Agama dan Kepercayaan di Malaysia

Teroka (2021) | Tahap 2 Tahun 5 : Sejarah - Institusi Diraja

Teroka (2021) | Tahap 2: Sejarah, Sains - Masyarakat: Kawasan Tempat Tin...

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah (Pendidikan Sivik) - Sukan Kebangsaan ...

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah - Bendera Kebangsaan

Teroka (2021) | Tahap II: Sejarah - Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Teras (2021) | Tahap II - Sejarah : Negeri - Negeri Di Malaysia

Teras (2021) | Tahap II: Sejarah (Pendidikan Sivik) - Pemupukan Jati Diri

Teras (2021) | Tahap II: Bahasa Melayu, Sejarah - Demi Tanah Airku

Teras (2021) | Tahap II: Sejarah - Dol Said & Maharaja Lela

Teras (2021) | Tahap II : Sejarah (Pendidikan Sivik) - Demi Janji Dan Masa

Teras (2021) | Tahap 2: Sejarah - Kaum Di Malaysia

Teras (2021) | Tahap 2: Sejarah, Bahasa Melayu - Bangkit Berjuang, Penja...

Teras (2021) | Tahap 2: Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik - Perayaan Masyara...

Teras (2021) | Tahap 2: Sejarah, Sains, Sivik - Zaman Prasejarah

Powerpoint KSSR (Semakan 2017) Sejarah Tahun 5

KSSR (Semakan 2017) Sejarah Tahun 5 Unit 1 Unit 2 Unit 3 Unit 4 Unit 5 Unit 6 Unit 7 Unit 8 Unit 9 Unit 10 Unit 11 Unit 12

Powerpoint KSSR Sejarah Tahun 6

KSSR Sejarah Tahun 6

Powerpoint KSSR (Semakan 2017) Sejarah Tahun 4

Unit 1 Unit 2 Unit 3 Unit 4 Unit 5 Unit 6 Unit 7 Unit 8 Unit 9 Unit 10 Unit 11

Unit 11: Hang Tuah Laksamana Terbilang

 

Wednesday 13 October 2021

Kad Touch and Go Expired?

Pernah tak mengalami kad touch and go expired?
jang risau.. cara sangat senang, tak perlu ke mana-mana counter touch and go, semuanya online..

Klik pautan ini untuk baca beberapa perkara yang anda perlu ketahui https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/


Jika isi maklumat hari ini, esok anda boleh tracking permohonan di pautan ini menggunakan kod unik yang dihantar ke emel anda https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/CheckStatus.aspx

mudah kan? saya dh cuba, keesokannya, refund dah ada dalam bank saya, alhmdlh..
selamat mencuba!

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6