Sunday 30 October 2016

LATAR BELAKANG DASAR LUAR MALAYSIA
 Jelaskan latar belakang  perkembangan dasar luar Malaysia
Dasar luar merujuk kepada dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Malaysia mempunyai dasar luar tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara  di dunia.  Penggubalan dasar luar Malaysia bermatlamat memelihara kedaulatan negara dan menggalakkan perkembangan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Dasar luar Malaysia sering berubah berdasarkan perubahan kepimpinan negara dan perubahan yang berlaku di peringkat global, contohnya pada zaman Tunku Abdul Rahman, dasar luar Malaysia bersifat Pro-Barat, namun pada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dasar luar Malaysia mengutamakan prinsip keserderhanaan sejagat.  Terdapat dua bentuk dasar luar Malaysia iaitu bilateral yang merujuk kepada hubungan terus Malaysia dengan negara tertentu hubungan dengan ngara jiran seperti Singapura, Britain, Amerika Syarikat dan lain-lain. Bentuk hubungan luar yang kedua ialah hubungan multilateral iaitu hubungan Malaysia dalam kumpulan atau pertubuhan tertentu seperti dengan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), KOMANWEL, NAM dan sebagainya.








JELASKAN LATAR BERLAKANG PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA
          (a)  Konsep dan bentuk dasar luar Malaysia
          (b)  Kepentingan dasar luar negara

          (a)     Konsep dan bentuk dasar luar Malaysia
Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar luar juga dapat ditakrifkan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah Negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain. Dalam pengertian yang terhad, dasarluar Negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah Negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.Malaysia turut mengamalkan prinsip dasar luar yang berteraskan ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan  hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan Malaysia. Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu hubungan bilateral yang merujuk kepada hubungan terus dengan Negara tertentu contohnya hubungan Malaysia dengan Negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Hubungan secara multilateral merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan seperti hubungan Malaysia dengan negara-negara anggota ASEAN, KOMANWEL, OIC, NAM dan sebagainya.   Dasar luar Maalaysia sering berubah kerana mengambil kira perubahan politik negara dan globalisasi contoh pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Malaysia mengamalkan dasar luar Pro Barat dan kemudian berubah kepada dasar berkecuali semasa pentadbiranTun Abdul Razak dan pada masa kini Malaysia mengamalkan dasar luar bersifat kesederhanaan sejagat. 







          (b)     Kepentingan dasar luar negara
Dasarluar Malaysia bertujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,memelihara keharmonian, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Selain itu matlamat dasar luar  negara juga bertujuan untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab kearah mengekalkan kesejahteraan dunia. Dasar luar juga dapat mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global contohnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Negara luar. Seterusnya dasar luar Malaysia juga bertujuan mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan serta kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campurtangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.
(RujukbukuteksSejarahTingkatan 5 ms. 236 dan 237)




 





















JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA SELEPAS MENCAPAI KEMERDEKAAN

Penggubalan dasar luar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara.
  Faktor sejarah merupakan salah satu faktor penentu corak dan arah dasar luar Malaysia. Kelangsungan hubungan perdagangan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dengan negara China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu.Hubungan Melayu serumpun berlaku dengan Indonesia,Brunei dan Singapura. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britian dan Australia dan New Zealand.  Ancaman komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar pro-Barat dan antikomunis. Walau bagaimana pun Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana tiada keupayaan pertahanan.
Faktor ekonomi turut menjadi faktor penentu arah dasar luar.Malaysiamengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan pelbagai negara bagi memajukan ekonominya.Malaysia merupakan  pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Oleh itu telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat untuk memasarkan hasil keluaran dan pelaburan modal.
 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah mengambil beberapa langkah bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.  Melalui Dasar Pandang Ke Timur, kemasukan pelabur dari Jepun dan Korea digalakkan. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
Pengubalan asas dasar luar juga ditentukan oleh faktor politik. Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
Faktor Geografi turut menjadi asas penggubalan dasar luar Negara.Kedudukan  Malaysia yang   strategik di Asia Tenggara  dan bersempadan dengan kebanyakan negara di rantau ini mendorong hubungan baik denganseperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.
Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.
Faktor terakhir menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia ialah faktor demografi.Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana penduduknya majoriti beragama Islam. Malaysia juga tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
 Malaysia mengiktiraf hak asasi manusia dan menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan tersebut. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
(Rujuk buku teks muka surat 237 -239)

PERUBAHAN DASAR LUAR MALAYSIA MENGIKUT TAHAP-TAHAP BERIKUT :

(a)     Tahap Pertama (Tunku Abdul Rahman 1957-1970)
Dasar luar Malaysia pada tahap ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman yang memperlihatkan dasar pro-barat yang anti komunis serta berbaik-baik dengan dengara jiran dan Komanwel. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia menandatangani PerjanjianPertahanan Ingeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian pihak British akan memberi bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran.Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas berkaitan isu pembentukkan Malaysia seperti konfrontasidengan Indonesia (1963 -1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-samaThailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.



(b)     Tahap Kedua (Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah seiring perubahan kepimpinan Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981) kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Selain itu, perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Seterusnya, dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia ini beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman , Bebas dan Berkecualiatau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Di samping itu, negara kita Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
(c)     Tahap Ketiga (Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad Tahun 1981 Hingga Tahun 2003)
Dasar luar Malaysia pada tahap ini dibawah era kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara yang membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. Selain itu, Dasar Pandang Ke Timur juga telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Seterusnya, Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga.
(d)     Dasar Kesederhanaan Global (Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak)

Dasar luar Malaysia yang dilaksanakan pada masa kini adalah kesinambungan daripada pemimpin-pemimpin terdahulu. Dasar ini diteruskan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik. Dasar ini juga memberi penekanan terhadap kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN, OIC dan sebagainya. Ini dibuktikan dengan kepentingan Malaysia dalam menjalinkan hubungan dua hala dengan negara-negara rakan dagangan seperti China, Jepun, Singapura, dan Amerika Syarikat.
    
Seterusnya, dasar luar Malaysia turut menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dua hala dalam pendekatan dasar luar Malaysia kerana ianya lebih efektif dan telus dengan hanya melibatkan dua negara dalam membincangkan isu-isu yang ada kena mengena di antara kedua-dua negara tersebut. Di samping itu, ia juga dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau halangan yang boleh membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara yang terlibat.


MENGAPA MALAYSIA MENGAMALKAN DASAR BERKECUALI DARI TAHUN 1972 HINGGA KINI?

Dasar berkecuali dan berbaik-baik semua negara ini dipelopori oleh Tun Abdul Razak dan diteruskan para pemimpin sehingga kini atas beberapa faktor seperti faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik ialah kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu) dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. Selain itu, Malaysia juga berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mementingkan keamanan sejagat. Maka, Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan  semua negara termasuk negara berfahaman komunis seperti China,Jerman Timur,Korea Utara,Vietnam Utara dan Mongolia . Di samping itu, Konsep Zon Aman , Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN)  telah dicadangkan oleh Malaysia telah diterima pakai oleh negara- negara ASEAN.  Malaysia turut menganggotai negara-negara berkecuali (NAM) yang memberi tumpuan tanpa menyokong blok Barat dan blok Komunis. Malaysia juga dilantik sebagai tuan rumah sidang kemuncak NAM yang disertai oleh semua negara berkecuali.

Berikutnya, perubahan dasar ini juga disebabkan oleh faktor ekonomi iaitu Malaysia tidak mahu terlalubergantung kepada negara Britain dan ingin mencari pasaran baru. Oleh yang demikian, Malaysia telah membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Jerman Barat dan negara-negara lain kecuali negara Israel. Selain itu, Malaysia juga menekankan aspek perdagangan,pelaburan dan pembangunan. Sehubungan itu, Malaysia menjalinkan hubungan perdagangan dengan semua negara termasuklah negara maju dan negara Dunia Ketiga.
Seterusnya semasa era kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau telah meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau, terutama dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua hala dengan negara-negara rakan dagang dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya.
Berikutnya dari aspek sosial, Malaysia juga turut menghormati hak asasi manusia. Oleh itu Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela negara membangun seperti isu Palestin, mencadangkan penghapusan dasar Apartheid, dan isu benuaAntartika. Selain itu, kerjasama dalam bidang pendidikan dalam kalangan negara ASEAN seperti RECSAM dan Rancangan Colombo yang menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa. Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.



















PADA PANDANGAN ANDA MENGAPAKAH DASAR LUAR MALAYSIA  BERSIFAT DINAMIK DAN TIDAK STATIK
Pada pandangan saya, dasar luar Malaysia dilihat  tidak statik, kerana pembentukannya  merupakan satu proses yang dinamik dan berkembang dengan mengambil  kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.
       Dasar luar Malaysia mengambil kira perubahan keadaan politik semasa. Selepas  kemerdekaan, Malaysia menghadapi ancaman komunis. Oleh itu, Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis. Ini adalah kerana Malaysia memerlukan bantuan pertahanan dan ketenteraan daripada negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New Zealand. Dasar ini menyebabkan Malaysia dihormati oleh dunia kerana berperanan membendung ancaman komunis di rantau Asia Tenggara.
     Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak  disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China.
   Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia,beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur
            Dalam aspek ekonomi,Malaysiamerupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Malaysia menjalin hubungan baik dengan Britain kerana mengharapkan pasaran daripada negara tersebut. Tambahan pula, pelabur Britain merupakan pelabur utama dalam sektor perladangan dan perindustrian di Malaysia.
Namun, menyedari Malaysia tidak boleh sentiasa bergantung kepada Britain dan Amerika untuk memajukan ekonomi negara, Malaysia perlu meluaskan lagi pasaran hasil negara selaras dengan prinsip mengamalkan pasaran bebas. Dasar luar ini  telah meningkatkan lagi kemajuan ekonomi negara,melalui pengurangan pergantungan kepada Britain dan mencari pasaran baharu  seperti Amerika Syarikat,Jepun dan Jerman Barat. Ini dapat meningkatkan sumber pendapatan negara.
            Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir lebih memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Penekanan tersebut berkaitan dengan isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun. Oleh itu, Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan nilai perdagangan negara kita. Beliau juga memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Dasar ini juga bertujuan menggalakkan pelaburan dari negara berkenaan ke Malaysia.
            Hubungan Malaysia-Jepun terus diberi perhatian utama dalam dasar luar Datuk Sri Najib Tun Razakyang masih meneruskan dasar-dasar yang sedia ada. Ini boleh dilihat berdasarkan perangkaan statistik yang menunjukkan bahawa Jepun masih merupakan antara negara penyumbang penting kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia.
             Perubahan dasar luar Malaysia yang menekankan kepentingan ekonomi juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara membangun melalui pertubuhan KOMANWEL , SELATAN-SELATAN serta negara Islam melalui OIC. Hal ini bertujuan meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan contohnya penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP). Selaras dengan perubahan tersebut juga, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
             Malaysia mula menjalin hubungan baik dengan negara ASEAN bagi meningkatkan kemajuan negara. Kerjasama ekonomi melalui ASEAN ialah dengan melancarkan projek baja urea. Projek tersebut mampu menjana ekonomi pertanian dengan lebih baik. Malaysia juga berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC dan ASEAN +3. Usaha ini giat dijalankan semasa pemerintahan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad.
   
Penghormatan dunia terhadap sikap berkecuali Malaysia menyebabkan negara kita menyertai pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di Congo dan mewakili pasukan pengaman PBB bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Malaysia juga dipilih menyertai pasukan pemerhati bagi meleraikan krisis Iran-Iraq dan Kampuchea serta menjadi pasukan pengaman ke Bosnia.Keadaan ini menyebabkan imej Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.
    Hubungan Malaysia dengan negara Komanwel menyebabkan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi persidangan ketua-ketuakerajaanKomanwel (CHOGM). Dalam persidangan tersebut, anggota Komanwel telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan tanggungjawab negara-negara anggota dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.Ini menunjukkan keprihatinan Malaysia dalam menangani isu alam sekitar.
.

















Terangkan manfaat yang diperoleh Malaysia melalui penggubalan dasar luar negara sehingga kini.
Terangkan faedah yang diperoleh Malaysia melalui pengamalan dasar luar yang bersifat dinamik   
Bincangkan manfaat yang diperoleh Malaysia melalui  pelaksanaan dasar luar yang bersifat dinamik
Manfaat yang diperoleh oleh Malaysia melalui perlaksanaan dasar luar yang bersifat dinamik adalah bantuan ketenteraan. Dasar luar ini yang pro barat dan anti komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel. Keadaan ini membolehkan Malaysia mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia, dan New Zealand bagi menghadapi ancaman komunis yang semakin berpengaruh di Tanah Melayu pada ketika itu.
Manfaat yang diperoleh Malaysia melalui penggubalan dasar luar negara sehingga kini adalah dalam aspek politik,ekonomi dan sosial. Dalam aspek politik, wujudnya kestabilan serantau. Hal ini  kerana melalui ASEAN, hasil daripada Deklarasi Kuala Lumpur ,Malaysia telah mencadangkan supaya negara-negara ASEAN diisytiharkan sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali (ZOPFAN ) . Dengan adanya perisyitharan tersebut rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni serta dapat menjamin kestabilan politik di negara ini. Secara tidak langsung kedaulatan negara kita dapat dikekalkan.
Di samping itu negara kita bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila ASEAN mengisytiharkan rantau ini sebagaiZon Bebas Senjata Nuklear yang tidak membenarkan mana-mana kapalmenggunakan perairan rantau ini untuk membawa senjata nukleardengan ini rakyat Malaysia bebas daripda ancaman senjata nuklear.
Seterusnya,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan jika negara di ceroboh atau  dilanda bencana contohnya peristiwa tsunami yang melanda Asia pada tahun 2004. Contohnya Jepun, China dan Britain  menghulurkan bantuan kepada Malaysia kerana wujudnya hubungan baik yang sedia terjalin
Selain itu,hubungan baik dan erat dengan negara serantau juga dapat meningkat dan memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu   Kawasan Perdagangan Bebas Asean mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan perkhidmatan .Di samping itu Kawasan Perdagangan Bebas Asean(AFTA )juga memberi faedah dari segi perdagangan dan pasaran.Hal ini membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat . Dengan demikian rakyat Malaysia juga dapat membeli barangan yang berkualiti dari negara ASEAN yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan.
Disamping itu dengan penubuhan  Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) berdasarkan konsep dan idea ASEAN + 3 melibatkan negara Cina, Jepun dan Korea Selatan yang dikemukakan Malaysia telah meluaskan lagi kerjasama ekonomi bagi rantau Asia dan Asia Tenggara.
Malaysia juga mendapat manfaat daripada projek kerjasama perindustrian ASEAN seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak. Keadaan ini telah mengembangkan bidang perindustrian dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Melalui Kerjasama Pembangunan Serantau, Konsep Segitiga pertumbuhan ekonomi seperti IMTGT, IMSGT, BIMP-EAGA dengan prinsip “Memakmurkan Jiran” bidang perindustrian pelancongan dan alam sekitar di Malaysia dapat dimajukan.
Manfaat yang lain ialah berlaku pemindahan teknologi automotif dari negara Jepun dan Korea Selatan. Selain itu, juga Malaysia memperoleh kepakaran melalui pemindahan teknologi serta kepakaran dari negara tersebut. Sebagai contohnya industri automotif telah mewujudkan kilang Proton dan Perodua di tanah air.
Manfaat seterusnya, dasar berbaik-baik dengan semua negara membolehkan industri pelancongan Malaysia berkembang. Ramai pelancong melawat negara kita dan ini dapat meningkatkan pendapatan negara melalui sektor perkhidmatan dan perhotelan negara. Bidang ini terus berkembang melalui kempen Tahun Melawat Malaysia dan melancarkan Mata Fair dan Tahun Melawat ASEAN.

Seterusnya Malaysia turut diiktiraf diperingkat antarabangsa dalam misi pengaman di bawah PBB contohnya penghantaran pasukan pengaman ke Namibia.Pasukan pemerhati ke Somalia (MALBATT) dan ke Lubnan. (UNIFIL). Malaysia mendapat pengalaman dan pendedahan kepada situasi konflik dan perang. Ini akan menguji kesiapsiagaan angkatan tentera Malaysia serta serta membolehkan ATM menggunakan doktrin serta prosedur peperangan sebenar.Hal ini terbukti pasukan pengaman Malaysia mendapat pengiktirafan dan pujian dari pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.
Selain itu, manfaat seterusnya peningkatan imej Malaysia di mata dunia pemilihan sebagai pengerusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Selain itu, pemilihan Malaysia sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB telah membuktikan bahawa peranan Malaysia diperingkat antarabangsa dihargai.
Sementara itu dalam bidang sosial juga hasil daripada hubungan serantau yang dijalinkan Malaysia maka wujudnya kerjasama kebudayaan dan kesenian dengan penubuhan tabung kesenian ASEAN dan pertukaran rancangan televisyen antara negara-negara ASEAN seperti rancangan Salam Muhibbah RTM-RTB, dan RTM-RRI. Malaysia juga mendapat faedah dari segi pelancongan dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia buat kali pertama pada tahun 1992 dan akan diteruskan pada tahun hadapan untuk kali keempat dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita.
Selain itu wujud kerjasama dalam bidang sukan. Negara kita telah berjaya mengambil bahagian dalam kejohanan SUKAN SEA dan pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut. Malah Malaysia juga turut mengambil bahagian dalam kejohanan sukan Olimpik yang diadakan di Brazil baru-baru ini serta berjaya membawa pulang 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Kejayaan cemerlang tersebut secara tidak langsung dapat menjulang nama Malaysia di arena antarabangsa.
Faedah seterusnya adalah dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita hasil daripada wujudnya kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Hasil daripada kerjasama tersebut pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) telah diadakan di Pulau Pinang. Penubuhan itu telah memberi banyak manfaat kepada rakyat negara ini terutama dalam
bidang R & D.



DASAR LUAR YANG DIAMALKAN SEJAK NEGARA MERDEKA HINGGA KINI  TELAH BERJAYA MELETAKKAN NAMA MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG DIHORMATI. BUKTIKAN.

Malaysia membantu menyelesaikan konflik antarabangsa serta menyertai pasukan pendamai dibawah PBB contohnya menamatkan perang saudara di Congo. Misi ini berjaya sekaligus meningkatkan imej Malaysia dan dihormati negara luar.    

Seterusnya, Malaysia juga mendesak dan menyokong perjuangan penubuhan negara Palestin dan mengutuk tindakan pencerobohan rejim Israel ke atas Palestin. Kesungguhan ini dibuktikan dengan sokongan melalui Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan OIC.Hal ini menonjolkan keprihatinan Malaysia terhadap isu kedaulatan negara Palestin.

        Dalam hubungan serantau, Malaysia melalui ASEAN telah terlibat secara langsung dalam menyelesaikan konflik di Myanmar dan juga isu pelarian Rohingya. Malaysia juga membantah tindakan junta tentera terhadap masyarakat Islam Rohingya. Tindakan ini telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati dalam memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia. 

                 Malaysia juga lantang membanteras ancaman militan diperingkat antarabangsa. Ini dapat dibuktikan melalui kesungguhan Malaysia menangani ancaman keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan  Daesh , Islamic State (IS) dan Abu Sayyaf. Kesungguhan ini dibuktikan dengan penangkapan ahli-ahli kumpulan berkenaan. Imej Malaysia dalam membanteras keganasan ini mendapat kejayaan seterusnya menjadikan negara Malaysia dihormati dan disegani.


        Dalam aspek ekonomi,Felda telah diberi peluang dalam sektor perladangan dan perhotelan di peringkat antarabangsa.. Kejayaan ini telah meningkatkan ekonomi negara dan menjadi contoh kepada negara luar dalam pengurusan sektor perladangan dan pembangunan tanah seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati.

        Selain itu, Malaysia juga turut membantah Dasar Apartheid di Afrika Selatan iaitu dasar yang membezakan taraf penduduk mengikut warna kulit. Dasar ini bertentangan dengan prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Malaysia. Tindakan Malaysia memulaukan Sukan Komanwel di Afrika Selatan membuktikan bahawa Malaysia bersungguh-sungguh menentang dasar ini sekaligus pendirian Malaysia ini dihormati oleh semua pihak. Dasar ini akhirnya dihapuskan oleh pemerintah Afrika Selatan.

         Seterusnya, Malaysia juga telah menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia dan diletakkan dibawah hak milik atau kuasa semua negara. Konsep kebersamaan yang diperjuangkan oleh Malaysia ini telah mendapat sokongan kebanyakan negara luar menyebabkan Malaysia terus dihormati diperingkat antarabangsa.

         Malaysia juga berusaha memerangi penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa   melalui usul Malaysia dipersidangan antarabangsa yang diadakan di Vienna, Austria. Pelaksanaan hukuman mati  membuktikan kesungguhan Malaysia dalam menangani gejala ini telah menjadikan Malaysia dihormati oleh kebanyakkan negara. Contohnya negara Singapura melaksanakan hukuman mati atas kesalahan pengedaran dadah.
Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Malaysia telah terlibat dalam pencegahan penyakit Aids, penularan wabak ZIKA dan SARS. Kerjasama ini telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen Malaysia dalam menangani penularan wabak berbahaya diperingkat antarabangsa.

        Malaysia juga terlibat dalam pertubuhan pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Malaysia turut terlibat dalam mengekalkan warisan dunia contonhya pengisytiharan   Langkawi Geopark dan bandar warisan di Pulau Pinang dan Melaka. Ini menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam mengekalkan bangunan bersejarah sebagai warisan dunia.

Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai zon aman bebas dan berkecuali (ZOPFAN) juga dicadangkan oleh Malaysia yang mengharapkan rantau ini bebas daripada peglibatan kuasa besar dalam konflik serantau. Malaysia turut menyokong usaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear. Ini dapat mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara.

       Malaysia melalui kerjasama  ASEAN telah berjaya menyelesaikan konflik di Kampuchea dengan Malaysia bertindak sebagai orang tengah membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Malaysia juga bertindak menyelesaikan isu perjuangan Bangsamoro di Selatan Filipina.Penglibatan Malaysia telah membantu mewujudkan keamanan di rantau ini seterusnya meletakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.
Malaysia  sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998. Kejohanan sukan ini telah dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat antara negara terlibat. Kejayaan penganjuran ini telah membuktikan bahawa Malaysia juga mampu menganjurkan sukan yang bertaraf antarabangsa melalui penglibatan seluruh lapisan masyarakat.
        Malaysia menjadi tuan rumah persidangan CHOGM 1989 dan mengisytiharkan Deklarasi Langkawi iaitu berkaitan mengawal dan mengatasi masalah alam sekitar . Kesungguhan ini membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan kelestarian alam sekitar sejagat.
        Pentadbiran Malaysia masa kini menggunakan pendekatan Wasatiyyah dalam menyelesaikan sebarang konflik secara rundingan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyelesaian masalah melibatkan rundingan antara negara seperti isu Kepulauan Spartly. Tindakan ini menekankan kesederhanaan global dalam setiap isu yang menjadikan Malaysia dihormati negara luar.  


DASAR LUAR MALAYSIA TURUT MEMBERI KEUTAMAAN TERHADAP USAHA MENGEMBALIKAN KEAMANAN SEJAGAT. BERIKAN ULASAN ANDA.

Antara usaha Malaysia untuk mengembalikan keamanan sejagat melalui penganjuran  persidangan ketua-ketua negara Asean (ASEAN SUMMIT) yang ke 27 di Kuala Lumpur. Persidangan ini bertujuan menyelesaikan konflik serantau dan antarabangsa.
Malaysia telah berkerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi menguruskan konflik serantau. Malaysia telah memainkan peranan utama dalam usaha menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, Selatan Filipina. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termetrinya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014.
ASEAN berusaha mengekang penyebaran ideologi ekstremisme di rantau ini secara kolektif. Malaysia berada di kedudukan baik untuk berbuat demikian berdasarkan pengalamannya berkaitan kempen anti keganasan. Selain itu, negara ASEAN perlukan rangkaian pertukaran risikan yang baik  agar maklumat tepat dan respons segera terhadap sebarang kemungkinan serangan pengganas dapat dijalankan . Oleh itu, kerjasama yang rapat akan membolehkan ASEAN menjadi rantau yang selamat.
Rondaan bersama pasukan keselamatan Malaysia, Indonesia dan Filipina yang akan dimeterai merupakan satu lagi langkah mekanikal yang akan mengurangkan kejadian jenayah rentas sempadan di kawasan Perairan Laut Sulu. Manakala tindakan yang diambil oleh Malaysia dengan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dapat mengurangkan jenayah rentas sempadan.
Sidang Kemuncak Asean di Vientiane, Laos ke-29 diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengadakan dialog ASEAN + China mengenai Kepulauan Spartly. Satu Kod Tata Perilaku di Laut China Selatan telah disepakati kedua pihak bagi mengurangkan insiden konflik antarabangsa.
Malaysia mempopularkan konsep Kawasan Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Pemimpin negara Malaysia berpegang pendirian bahawa ASEAN mesti bebas daripada pertikaian politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Rusia dan China.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen  negara-negara ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
Malaysia sentiasa memperjuangkan agenda Palestin di semua platform antarabangsa dan telah mencadangkan agar misi pengaman PBB dihantar ke lembah tersebut. Misi pengaman tersebut bagi membantu memulihkan konflik politik serta memantau persoalan berkaitan hak asasi manusia atau perlanggaran terhadapnya.
Malaysia telah menjadi perunding damai di antara Hamas dan Fatah di Palestin bagi menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan.
Malaysia sudah menyatakan komitmen untuk membantu masalah yang berkaitan dengan pelarian Syria dan telah membuka pintu kepada 3000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Pemimpin Malaysia sentiasa memberikan komitmen antarabangsa dengan menghantar tentera pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke negara yang bergolak seperti negara Timor Leste, Bosnia-Hergegovina dan Lubnan.
Kesimpulannya pendekatan diplomasi yang diamalkan oleh Malaysia telah berjaya menjadikan negara dan rantau Asia Tenggara berada dalam situasi aman dan stabil. Sehubungan dengan itu Malaysia telah mengetengahkan pendekatan diplomasi tersebut kepada negara-negara yang sedang bergolak di peringkat antarabangsa.


HALATUJU DASAR LUAR MALAYSIA  PADA MASA HADAPAN
SEKIRANYA ANDA PEMIMPIN PADA MASA SEKARANG, BAGAIMANAKAH DASAR LUAR NEGARA YANG AKAN ANDA JALANKAN DALAM MENGHADAPI CABARAN DI ATAS?
Halatuju dasar luar Malaysia pada masa hadapan boleh dibahagikan kepada politik,ekonomi dan sosial..Dari segi politik, Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur.Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya bagi menjamin keamanan global.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia,Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Contohnya, Malaysia akan terus memperjuang nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara, Malaysia meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang di persetujui dalam ASEAN.Ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentinganekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan ekonomi.Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita.

Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan Negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN.
Malaysia juga akanmeningkat hubungan bilateral dengan negara-negara  jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau.Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin,Afrika,Asia Barat serta negara Maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.Semua ini dilakukan melaui misi lawatan pemimpin ke negara –negara tersebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan.Untuk itu Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi Negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam aspek sosial, Malaysia juga akan meneruskan usaha untuk mengadakanpertukaran rancangan televisyen, Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood termasuk dari Asia Barat
Selain itu, usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar akan diteruskan  dengan menganjurkan dan menyertai sukan bertaraf antarabangsa. Contohnya Sukan Sea dan Komanwel
Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan  Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.
Selain itu,Malaysia akan meneruskan usaha membangunkan pendidikan serantau dengan memperkukuh fungsi RECSAM seperti menyebarkan maklumat pendidikan Sains dan Matematik kepada negara-negara ASEAN dan menganjurkan kursus inovatif dalam pengajaran Sains dan Matematik.Program pertukaran pelajar juga akan diteruskan melibatkan pelajar tempatan dengan universiti luar negara.Universiti tempatan juga membuka cawangan di luarnegara.Contohnya USM yang membuka cawangannya di India.Usaha ini penting agar dapat menjamin pembangunan pendidikan di negara kita mahupun negara serantau.







SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA
Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam Komanwel, PBB, NAM, Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam OIC.
            Malaysia pernah menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989 di mana Deklarasi Langkawi yang berkaitan isu pencemaran alam sekitar telah diisytiharkan. Isu ini berkaitan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengatasi masalah pencemaran. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah sukan Komanwel pada tahun 1998.
            Malaysia memainkan peranan yang aktif di peringkat PBB dengan menghantar pasukan pengaman ke Congo/ Zaire, Namibia dan Bosnia. Kita juga menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran/ Iraq, Kampuchea, Timor Leste, Lubnan dan lain-lain. Contoh MALBAT bertugas dengan UNPROFOR mengawasi genjatan senjata dan perlucutan senjata di Bosnia dan Lubnan.
Malaysia juga berpendirian tegas mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestine dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestine di Kuala Lumpur. Malaysia telah menyarankan Benua Antartika dijadikan warisan dunia.
Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua Persidangan Anti Dadah di Vienna,  Austria pada tahun 1987. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail dilantik menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik di Myanmar.
Pada Oktober 2015 di Perhimpunan Agung PBB, Perdana Menteri Dato Seri Najib telah menyatakan kesediaan Malaysia menerima 3000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun dalam usaha menyelesaikan isu pelarian perang Syria. Hal ini direalisasikan secara berperingkat-peringkat mulai Mei 2016. Kerajaan Malaysia juga telah mencadangkan PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca munculnya kumpulan pengganas pada abad ke 21.
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pernah menjadi Setiausaha Agung pertama OIC dan penubuhan OIC sendiri merupakan idea beliau. Penubuhan UIAM di Kuala Lumpur telah menyediakan peluang pendidikan kepada negara-negara anggota. Di samping itu Malaysia pernah mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara  untuk urusan perdagangan dan ekonomi yang lain. Malaysia turut berperanan negara-negara anggota dalam bidang kewangan melalui Bank Pembangunan Islam.
Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebanyak 11 kali membuktikan komitmen Malaysia dalam meningkatkan perdagangan produk-produk halal ke seluruh dunia.
Penubuhan Negara-negara Selatan merupakan idea Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe. Kumpulan 15 (G15) telah ditubuhkan dan mewujudkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan SITTDEC iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota.





















PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN PERINGKAT ANTARABANGSA

Antara peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa ialah  membantumenyelesaikan konflik antarabangsa. Contohnya  sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilihmenyertai pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo dan pada tahun 1990 an, Malaysia juga telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pengaman ke Bosnia. Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam menentang dasar apartheid di Afrika Selatan dan menyarankan Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik bersama.

            Seterusnya , Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan kedaulatan duniamelalui penganjuran persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara  Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

            Berikutnya, peranan Malaysia dalam bidang sosial dapat dilihat dari aspek pendidikan. Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara Komanwel dengan menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan melalui Rancangan Colombo. Seterusnya, melalui PBB Malaysia telah mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM).  Kerjasama dalam bidang sukan telah dicapai melalui penganjuran sukan Komanwel yang bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan negara anggota misalnya Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998. Seterusnya peranan Malaysia membantu negara-negara lain misalnya, memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.
            Di samping itu,Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawahPBB.Contohnya kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). Malaysia juga telah mengadakan kerjasama ekonomi dengan negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).Malah, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun.
            Melalui kerjasama Malaysia dengan Negara-Negara Selatan,dapatmengatasi masalah hargaekspot bahan –bahan mentah serta  meningkatkan  kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju.Contohnya penubuhan Pusat   Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.
            Sementara itu, peranan Malaysia dalam OIC ialah Malaysia mengesyorkan  penggunaan dinaremas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.














KEBERKESANAN DASAR LUAR MALAYSIA DALAM MENINGKATKAN TARAF SOSIOEKONOMI NEGARA SEHINGGA KINI

JELASKAN KEPENTINGAN PELAKSANAAN DASAR LUAR NEGARA DALAM MEMBAWA KEMAJUAN EKONOMI DAN SOSIAL.
Kepentingan pelaksanaan dasar luar negara dalam membawa kemajuan ekonomi dan sosial ialah melalui Dasar Pandang Ke Timur, masyarakat disarankan menerima nilai-nilai murni daripada negara Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik contohnya prinsip 6S dan Kaizen untuk diaplikasikan dalam kehidupan serta budaya bekerja seharian. Kesungguhan bekerja dan menepati masa yang ditetapkan akan membantu peningkatan sektor ekonomi negara melalui pengurusan kerja yang berkualiti.
 Selain itu, hubungan dagang antara Malaysia dengan Jepun akan dapat dipertingkatkan seterusnya mengurangkan kebergantungan pasaran kepada negara barat khususnya negara Britain. Hubungan ini membuka ruang untuk berlakunya perpindahan teknologi ke dalam negara terutama dalam sektor perindustrian.Contohnya pembinaan teknologi dalam industri automobil dan elektronik.  Kesannya, akan wujud industri perkilangan yang akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Ini akan menyebabkan ekonomi negara berkembang pesat.
Seterusnya dasar berbaik-baik dengan negara jiran memberi keuntungan kepada negara melalui perolehan tenaga kerja sama ada mahir atau separa mahir khususnya dalam sektor pembinaan, perkilangan dan pertanian. Kesan daripada hubungan baik tersebut, akan mengundang syarikat – syarikat gergasi dari negara luar untuk membuat pelaburan modal dengan membina kilang-kilang yang seterusnya akan memajukan sektor perindustrian di Malaysia.
Selain itu, Malaysia mengamalkan pasaran bebas serta menjalin hubungan dagangdengan semua negara untuk mengekalkan kedudukan ekonomi. Ini membolehkan Malaysia menjalin hubungan dagang dengan negara luar dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan negara melalui kegiatan eksport dan import.
Malaysia juga mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semuanegara untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok barat atau komunis.Kesannya wujudlah hubungan diplomatik dengan negara-negara  berfahaman komunisseperti China dan Vietnam. Hasilnya masalah pelarian Vietnam   dapat di atasi dengankerjasama semua negara lain seperti Amerika Syarikat. Seterusnya akan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara serantau.

 Malaysia juga menyokong piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sertamenentang dasar Aparteid yang diamalkan di negara Afrika Selatan. Ini secara tidak  langsung dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Penubuhan negara Palestin serta sokongan terhadap saranan Benua Antartika sebagai warisan dunia  diharapkan dapat menyelesaikan pertelingkahan dan konflik antara negara terbabit. Inimenunjukkan Malaysia berperanan penting dalam usaha mewujudkan keamanan  sejagat.   
















CABARAN DAN LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN PELAKSANAAN DASAR LUAR MALAYSIA PADA MASA HADAPAN.

Cabaran dalam mengukuhkan pelaksanaan dasar luar Malaysia antaranya adalah tekanan daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai aspirasi berbeza. Contohnya, cadangan perjanjian TPPA dengan Amerika Syarikat yang mendapat tentangan hebat daripada parti pembangkang dan NGO yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Langkah mengatasinya, mengadakan penerangan dan sesi dialog kepada masyarakat supaya memahami cadangan pelaksanaan sesuatu dasar. Penerangan boleh dilakukan pada peringkat Parlimen, diperingkat akar umbi melalui media massa.
    
Seterusnya, konflik antarabangsa turut menjadi cabaran untuk mengukuhkan pelaksanaan dasar luar Malaysia pada masa hadapan. Contohnya, konflik perang saudara di Syria telah menjejaskan hubungan Malaysia dengan Syria. Krisis ini turut mengorbankan rakyat yang tidak bersalah. Oleh itu, Malaysia berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan membawa masuk 3000 pelarian ke negara ini. Malaysia berusaha menyelesaikan konflik tersebut melalui OIC dan PBB.

Kedudukan negara yang strategik di Asia Tenggara telah menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin dan kegiatan penyeludupan seperti pemerdagangan manusia, transit pengedaran dadah dan bahan cetak rompak. Isu pemerdagangan manusia telah menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan negara terlibat seperti China dan Myanmar.  Langkah mengatasinya melalui kerjasama pasukan keselamatan serantau perlu direalisasikan. Contohnya, gambar-gambar penjenayah diedarkan dalam kalangan Interpol.



Ancaman kedaulatan negara apabila Malaysia menjadi tempat persembunyian kumpulan pemisah Selatan Thai, Filipina dan Acheh. Langkah mengatasi yang boleh dilakukan adalah mengadakan rundingan dengan ketua-ketua negara yang terlibat. Contohnya isu pencerobohan Lahad Datu, Malaysia perlu meminta supaya kerajaan Filipina untuk membenteras kumpulan pengganas tersebut.

Isu kehilangan pesawat MH370 telah sedikit sebanyak telah menimbulkan keresahan dalam kalangan warganegara China.  Malaysia juga telah menghantar wakil negara ke China untuk memberi penjelasan tentang kejadian sebenar kehilangan pesawat.

Isu pelabelan minyak kelapa sawit di Eropah telah menjejaskan eksport komoditi ke pasaran Eropah kerana minyak kelapa sawit terpaksa bersaing dengan minyak sayuran yang lain. Langkah yang boleh diambil melalui penerangan yang dijalankan oleh MPOB.

Isu kebanjiran pelarian Islam Rohingya dari Myanmar ke Malaysia. Negara-negara anggota ASEAN yang lain bersifat lepas tangan. Langkah mengatasinya ialah Malaysia bersama-sama anggota Asean perlu mengadakan rundingan dan kerjasama mengatasi sesuatu isu dengan lebih bertanggungjawab. Secara tidak langsung menjamin kekukuhan hubungan serantau dan antarabangsa.

     Isu keganasan global seperti Daesh dan IS turut memberi kesan terhadap keamanan sejagat. Langkah untuk mengekang penularan idea tersebut ialah melalui pengenalan Undang-undang anti keganasan (POTA) dan SOSMA oleh kerajaan mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian rakyat.






JELASKAN CABARAN DAN LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN HUBUNGAN BAIK NEGARA KITA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Cabaran yang dihadapi negara kita Malaysia dalam mengekalkan hubungan dengan negara jiran ialah masalah persempadanan dengan negara jiran terutamanya dengan Indonesia dan Singapura.Masalah sempadan dengan Indonesia ialah berkaitan dengan Pulau Ambalat dan Pulau Sipadan.Manakala dengan Singapura pula berkaitan dengan Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang.
Dalam usaha untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut Malaysia telah mengambil beberapa langkah yang dianggap bersesuaia antaranya ialah mengadakan perundingan peringkat menteri, contohnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.Dalam masyuarat tersebut beberapa isu yang boleh mengggugat kerjasama akan dibincang dan diselesaikan.
Penyelesaian melalui Mahkamah Antarabangsa juga telah dilakukan terutama berkaitan sempadan yang bertindih. Contohnya perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura dan Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia.
            Masalah  lain yang dihadapi oleh Malaysia dengan negara jiran ialah masalah pemerdagangan manusia,barangan salah seperti senjata api,dadah,mercun,haiwan dan lain-lain lagi. Kebanyakan barang salah yang masuk ke negara kita adalah dari negara jiran terutama yang bersempadan dengan negara kita.
Dalam menyelesaikan masalah jenayah sempadan kerjasama antara pasukan keselamatan negara ini dengan negara jiran juga telah diwujudkan contohnya menubuhkan APPM,UPP dan ESCOM. Kerjasama ini bertujuan untuk mengekang kemasukan barang terlarang seperti sejata api, dadah, mercun. haiwan dan lain-lain lagi.







            Kemasukan pendatang asing tanpa izin atau  PATI  juga boleh menjejaskan hubungan kita dengan negara jiran. Kebanyakan pedatang tanpa izin ini adalah  untuk mencari ekonomi di negara kita terutamanya dari Indonesia,Filipina dan Vietnam.Terdapat juga perlarian politik dari negara jiran terutama pelarian Rohingya dari Myanmar.
Mengenai pelarian Rohingya negara kita telah bekerjasama dengan PBB iaitu menyediakan tempat untuk pelarian UNHCR dari Rohingya.Kita juga telah menyediakan kemudahan perubatan,pendidikan,tempat ibadat dan lain lagi kepada pelarian tersebut.
            Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh Malaysia tentang isu kebudayaan yang boleh menjejaskan hubungan baik sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana. Contohnya, isu tuduhan kononnya Malaysia mengambil tarian pendet dan Pulau Jemur Indonesia untuk tujuan promosi pelancongan telah membawa sentiment anti-Malaysia oleh segelintir rakyat Indonesia. Situasi ini turut membimbangkan pelajar Malaysia di Indonesia terhadap ancaman keselamatan mereka.
            Isu sebegini perlu atasi secara berhikmah. Contohnya, Menteri Luar Malaysia telah menjelaskan kepada rakan sejawatnya di Indonesia tentang kedudukan sebenar. Sikap rakyat Malaysia juga yang tenang menangani sentimen anti-Malaysia itu telah menyelesaikan isu tersebut tanpa menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
            Pecerobohan ruang angkasa oleh negara jiran terhadap negara kita juga boleh menjejaskan hubungan baik kta dengan negara jiran. Contohya pencerobohan tentera udara Singapura ke dalam ruang angkasa kita di Johor.Pencerobohan daratan juga berlaku contohnya, pencerobohan Sulu dari Filipina  di Lahad Datu juga mecabar hubungan kita dengan negara Filipina.Tidak ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh nelayan asing di perairan laut kita menyebabkan hubungan kita dengan negara jiran tergugat Kebanyakan nelayan asing yang menceroboh perairan kita ialah dari Thailand dan Vietnam.
Latihan ketenteraan bersama antara pasukan tertera Malaysia dengan pasukan tentera negara jiran akan dapat  menjalinkan lagi hubungan baik dengan negara jran. Contohnya, latihan  antara tentera Malaysia dendan tentera Thailand mengeratkan lagi hubungan kita dengan Thailand.

            Selain itu, masalah jenayah yang merentasi sempadan juga menggugat hubungan kita dengan negara jiran. Contohnya, masalah rompakan dan penyeludupan dadah oleh rakyat negara asing di negara ini sukar untuk kita mengambil tindakan.Ianya memerlukan tindakan bersama dari negara jiran.
            Isu tersebut boleh ditangani melalui kerjasama pasukan keselamatan kedua-dua belah negara melalui rondaan keselamatan bersama di sepanjang sempadan negara. Selain itu, pasukan keselamatan kedua-dua negara boleh berkongsi maklumat risikan tentang isu jenayah sempadan ini.
            Masalah pembakaran terbuka dan jerebu oleh negara jiran juga mengggugat hubungan kita dengan negara jiran. Hal ini demikian kerana pembakaran yang berleluasa terutama di Indonesia telah merebak ke negara kita dan ini mengancam kualiti udara di negara kita.
Dalam mengeratkan lagi hubungan kita dengan negara jiran Malaysia telah menghulur bantuan yang diperlukan oleh negara jiran apabila berlaku bencana alam. Contohnya, Malaysia telah menghantar pasukan bomba untuk memadam kebakaran di Indonesia. Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Indonesia dan Filipina apabila negara tersebut dilanda banjir dan gempa bumi.
            Tuntutan pemisah dari negara jiran juga mendatangkan masalah kepada negara kita. Hal ini demikian kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari perlindungan dari tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa di negara mereka.
Malaysia perlu menjadi perantara dalam menyelesaikan isu tuntutan pemisah tersebut supaya dapat diselesaikan dengan aman. Contohnya, Malaysia pernah diminta menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian ini. Hasilnya, puak pemisah bangsa Moro di Filipina  telah berjaya memeterai perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan  Filipina.






            Isu ujian nuklear Korea Utara yang mengancam keselamatan rantau timur. Malaysia telah mengecam tindakan ujian nuklear yang dilakukan oleh Korea Utara yang jelas mencabuli resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB.
            Langkah mengatasi isu tersebut perlu diselesaikan melalui kerjasama PBB. Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa menyeru Korea Utara mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB dan semua pihak yang berkaitan mengawal diri dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan di rantau ini.
            Kritikan media asing terhadap kepimpinan negara juga telah memberi tanggapan yang buruk terhadap imej negara. Laporan media asing tersebut boleh menggugat kestabilan ekonomi negara kerana memberi gambaran negatif dalam kalangan pelabur asing.
            Isu tersebut perlu diselesaikan melalui tindakan undang-undang terhadap media luar negara yang terlibat dengan tidak menganggu hubungan antara negara. Selain itu, penjelasan sebenar bagi menangkis tohmahan tersebut perlu dilakukan oleh Wisma Putra agar isu tersebut tidak berlarutan.

























SEJAUH MANAKAH DASAR LUAR YANG TELAH DIAMBIL OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA MENCAPAI MATLAMAT YANG DIHARAPKAN?

Hubungan rapat Malaysia dengan negara Komanwel menyebabkan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi persidangan Commonwealth Head ofGovernments Meeting (CHOGM). Dalam persidangan tersebut, anggota Komanwel telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan tanggungjawab negara-negara anggota dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga semasa pimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir lebih memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Penekanan tersebut berkaitan dengan isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun. Oleh itu, Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan nilai perdagangan negara kita.
Malaysia juga hendak mengurangkan dominasi kuasa Barat terhadap ekonomi di rantau Asia Tenggara. Hasilnya,wujud  Kerjasama melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asia Economic Caucus (EAEC). EAEC melibatkan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Tetapi ditentang oleh negara maju terutama Amerika. Namun, Malaysia bersama-sama negara ASEAN juga mewujudkan kerjasama ekonomi tidak rasmi antara negara ASEAN dengan negara Timur . Kerjasama ini diadakan melalui konsep ASEAN + 3.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajara  ASEAN (SEAMEO) yang memberi tumpuan kearah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya pembinaan RECSAM di Pulau Pinang.
      Di samping itu negara kita bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila ASEAN mengisytiharkan rantau ini sebagaiZon Bebas Senjata Nuklear yangtidak membenarkan mana-mana kapalmenggunakan perairan rantau ini untuk membawa senjata nuklear.dengan ini rakyat Malaysia bebas daripda ancaman senjata nuklear.
Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia satu persidangan antarabangsa telah diadakan di Vienna 
Dasar luar Malaysia  juga, melibatkan  hubungan dua hala dengan negara membangun dan negara Islam. Hal ini bertujuan meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak
Dasar Pandang ke Timur juga telah diperkenalkan oleh pemimpin negara, iaitu dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia.  Dasar ini juga bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima-pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara,kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.Hal ini dapat meningkatkan mutu kerja dan produktiviti barangan dengan lebih efektif.
Hasil hubungan baik  dengan China , Malaysia dapat meningkatkan bidangekonomi negara dalam sektor  perdagangan .Contohnya hubungan dagangan antara Malaysia dan China telah  mencecah $39.06 bilion pada 2008, meningkat sebanyak 10.3 peratus berbanding dengan 2007. Perdagangan dua hala adalah kurang daripada $100 juta pada 1974 apabila Tun Razak melakukan lawatan bersejarah itu. China kini  menjada rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dan pasaran eksport keempat terbesar negara.

Hasil hubungan baik dengan Singapura ,  Datuk Sri Najib dan Lee Hsein Loong telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama pelaburan di Iskandar Malaysia dan juga mengadakan kerjasama pelaburan di Singapura dalam memajukan  tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di negara tersebut. Ini  secara tidak langsung akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.
Hubungan Malaysia-Jepun terus diberi perhatian utama dalam dasar luar Najib di mana beliau masih meneruskan dasar-dasar yang sedia ada. Ini boleh dilihat berdasarkan perangkaan statistik yang menunjukkan bahawa Jepun masih merupakan antara negara penyumbang penting kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia. Pada tahun 2009, perdagangan dua hala Malaysia-Jepun sahaja berjumlah hampir RM109 bilion. Pada tahun tersebut, Malaysia telah mencatatkan surplus perdagangan dengan Jepun buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun.
























ISU DAN CABARAN GLOBAL YANG DIHADAPI OLEH NEGARA PADA ABAD KE- 21.

Isu dan cabaran dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melibatkan kemasukan pelaburan menyebabkan berlakunya persaingan dengan pengusaha tempatan seperti bidang automatif yang selama ini dilindungi oleh kerajaan iaitu perusahaan kereta Proton dan Perodua. Kerajaan tidak boleh mengenakan cukai import dan kastam kepada kenderaan luar yang berbeza. Selain itu juga proton perlu menepati standard piawaian antarabangsa bagi membolehkan kenderaan mereka dieksport ke negara anggota TPPA .
            Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara perlu bersaing dengan syarikat besar di peringkat antarabangsa yang mempunyai modal dan teknologi terkini serta  rangkaian pengedaran yang luas di serata dunia. Jika gagal bersaing maka IKS tempatan terpaksa “gulung tikar”.
            Rasa tidak puas hati dalam kalangan negara anggota ASEAN terhadap kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam perkembangan ekonomi. Malaysia mempunyai kemampuan modal dan teknologi serta kepakaran terkini untuk membangunkan ekonomi dalam tempoh masa yang singkat berbanding dengan negara lain seperti perusahaan kenderaan Proton dan Perodua.

            Isu tuntutan bertindih terhadap kepulauan Spratly di Laut China Selatan melibatkan negara China, Malaysia, Vietnam , Brunei dan  Filipina . Selain itu isu Pulau Ambalat dan  Pulau Natuna melibatkan  negara Malaysia dan Indonesia . Hal ini menjadi penghalang kepada hubungan dua hala yang lebih erat antara negara terlibat . Disamping itu tindakan provokasi oleh angkatan bersenjata  negara terbabit  boleh menyebabkan kedaulatan negara terancam seperti penahanan nelayan tempatan yang melalui kawasan tersebut. Selain itu menyebabkan sumber ekonomi tidak dapat dieksploitasi oleh Malaysia seperti sektor pelancongan , perikanan dan cari gali seperti  petroleum. Hal ini mengancam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.


            Jerebu menjadi isu utama di negara anggota ASEAN saban tahun. Pembakaran secara terbuka di Indonesia daripada pembersihan hutan untuk pertanian seperti penanaman kelapa sawit menjejaskan kualiti udara negara-negara ASEAN yang berjiran dengan Indonesia. Kesan dari jerebu menyebakan sektor penerbangan di Malaysia terpaksa membatalkan penerbangan tempatan dan antarabangsa . Hal ini menjejaskan sektor pelancongan negara.
            Selain itu, menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia kerana indeks kualiti udara (IPU) yang tidak sihat. Hal ini memudahkan  jangkitan  penyakit bawaan jerebu seperti selesema dan batuk.    

            Isu keganasan antarabangsa melibatan militan Daesh dan IS yang melakukan serangan terbuka terhadap kepentingan negara seperti letupan bom tangan di pusat hiburan Movida di Puchong, Selangor . Kumpulan ini bergerak aktif di selatan Filipina dan selatan Thailand. Hal ini mengancam keamanan dan keselamatan negara.

            Kesimpulannya pelbagai isu dan cabaran dalam meneruskan kesinambungan dasar luar berjaya di atasi oleh Malaysia dengan mengamalkan pendekatan diplomasi dan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencakupi hal ehwal agama, budaya, ekonomi, sosial, politik atau strategik, konsep kesederhanaan akan digunakan sebagai teras utama.

















SEMANGAT PATRIOTIK ATAU CINTAKAN NEGARA DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA PENTING DALAN ERA GLOBALISASI

Kepentingan pertama semangat patriotisme dalam kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
Patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah keselamatan negara
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.

Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.



IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN SEHINGGA KINI. 

Nilai yang saya peroleh daripada kajian ini ialah, Malaysia perlu mewujudkan dasar berbaik-baik dengan semua negara di dunia agar kestabilan politik sentiasa terpelihara. Melalui hubungan luar ini Malaysia akan memperoleh bantuanluarsekiranya dilanda musibah contoh bantuan ketenteraandaripada Britain dan Asutralia ketika Malaysia berhadapan dengan konfrontasi dan ancaman komunis. Dasar luar Malaysia menunjukkan pendirian yang tegas dalam menanggani isu-isu antarabangsa contoh isu pencerobohan Palestin, isu penentangan terhadap dasar apartheid oleh rejim Afrika Selatan dan isu pergolakan politik di Timur Tengah. Prinsip penyelesaian masalah secara rundingan yang diamalkan oleh pemimpin Malaysia telah berjaya menaikkan imej negara yang bencikan peperangan seperti yang berlaku di dunia pada masa kini. Keperihatinanpemimpin Negara terhadap masalah global telah meringankan beban masyarakat dunia yang ditimpa musibah contohnya isu pelarianSyria dan Rohingya. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita wajar menyokong usaha pemimpin Negara membanteras gerakan militan yang boleh menggugat keharmonian hidup rakyat Negara ini contoh ancaman militan Daesh, IS dan sebagainya. Kebaijaksanaan pemimpin Negara dalam menggubal dasar luar sewajarnya diiktiraf oleh rakyat Negara ini kerana perubahan dasar luar dari semasa ke semasa ini Berjaya meningkatkan ekonomi  dan mengukuhkan kestabilan  politik Negara ini, ramai pelancong dan pelabur asing menjadikan Negara ini sebagai destinasi kunjungan mereka. 








KESIMPULAN KESELURUHAN ISI YANG TELAH DIBINCANGKAN. 


Sebagai kesimpulannya pengetahuan yang saya peroleh daripada kajian ini ialah pemimpin Negara kita telah mengambil langkah yang dinamik dalam strategi penggubalan dasar luar Malaysia bagi memastikan Negara dapat terus bersaing dengannegara lain. Malaysia turut mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara demi kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.Prinsip penyelesaian masalahsecara rundingan dalam penggubalan dasar luar Malaysia telah menjadikan Negara kita sentiasa dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Hubungan luar Malaysia telah Berjaya meningkatkan ekonomi negara, hal ini berlaku melalui kemasukan pelaburan asing dalam pelbagai bidang di negara ini.

Nilai murni yang saya peroleh melalui kajianini ialah seluruh rakyat perlu memupuk semangat kerjasama dan saling bantu membantu demi keamanan dan kestabilan politik negara. Dasar luar yang mengutamakan prinsip-prinsip berbaik-baik dengan semua Negara telah menjadikan rakyat Malaysia mudah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat Malaysia juga perlu menghormati prinsip dan kedaulatan negara-negara lain demi mengekalkan keharmonian hidup pada masa hadapan.

Rakyat Malaysia perlu menyokong dasar luar Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin negara ini agar kedaulatan Negara sentiasa terpelihara. Keperihatinan rakyat Malaysia terhadap isu-isu antarabangsa seperti perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan telah meningkatkan lagi imej negara di mata dunia. Rakyat Malaysia juga perlu berganding bahu untuk mempertahankan kedaulatan negara agar dasar luar Malaysia dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

Harapan saya agar dasar luar Malaysia sentiasa diterima baik oleh negara-negara lain di dunia dan mendatangkan manfaat kepada rakyat Negara ini dalam bidang ekonomi dan sosial. Melalui dasar berbaik-baik dengan semua negara di dunia, akan menjadikan Negara kita terus aman dan berdaulat pada masa hadapan. Saya juga berharap Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu antarabangsa melalui rundingan demi keamanan sejagat. Saya juga berharap Malaysia terus menyuarakan isu keamanan dunia melalui pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NAM dan OIC.

Analisa Rumusan
Pengetahuan (P)                    -    2 Isi dan huraian
Iktibar (I)                                    -    2 Isi dan huraian
Unsur Patriotisme (UP)         -    2 Isi dan hraian

Harapan (H)                             -    2 Isi dan huraian

2 comments:

  1. Boleh download jadi pdf kah ni nota semua..??👆☝

    ReplyDelete
  2. Boleh download jadi pdf kah ni nota semua..??👆☝

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6