Sunday 2 October 2016

Kertas 3 SPM 2016

Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia
5 markah
Isi dan Huraian
2. Matlamat, sumbangan dan faedah Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
15 markah
3. Matlamat, sumbangan dan faedah Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
20 markah
4. Peranan Malaysia menyertai ASEAN
20 markah
5. Manfaat hubungan luar Malaysia untuk menjamin kedaulatan dan kesejahteraan pembangunan Negara.
10 markah
6. Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia hasil daripada hubungan luar dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa
10 markah
7. a) Cabaran yang dihadapai oleh Malaysia dalam hubungan luarnya.
    b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas

10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah


Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.
(b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.
(c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
(d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
(e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
5 markah
Isi dan Huraian
2. Matlamat, sumbangan dan faedah Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel

1. Ditubuhkan pada tahun 1931 yang terdiri dari negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka.
2. Terdiri dari 54 buah negara maju dan negara sedang membangun.
3. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.
4. Penubuhannya bertujuan untuk membina semangat setia kawan antara negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.
Faedah yang diperoleh
1. Selepas merdeka, Komanwel bertindak membantu Malaysia memelihara keamanan serta kedaulatan negara melalui sekatan terhadap pengaruh Parti Komunis Malaya.
2. Perjanjian AMDA menjanjikan bantuan kepada negara kita sekiranya diserang musuh semasa berkonfrantasi dengan Indonesia.
3. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan hal-hal yang berkait dengan kepentingan bersama.
4. Pada tahun 1989, mesyuarat CHOGM mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.
5. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.
6. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan bisasiswa dalam bidang pendidikan.
Sumbangan Malaysia
1.Tuan rumah CHOGM pada tahun 1989.
2. Bersuara lantang menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
3. Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
15 markah
3. Matlamat, sumbangan dan faedah Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

1. OIC ditubuhkan pada tahun 1971 melalui idea Tunku Abdul Rahman dan berpusat di Jeddah Arab Saudi.
2. Terdiri daripada 57 buah negara dan 3 negara lagi sebagai pemerhati.
3. OIC bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam, mengekalkan perdamaian dalam segala
persengketaan, dan memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
4. OIC membantu negara Islam dengan menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia, dan Afghanistan.
Sumbangan OIC kepada negara-negara anggota
1. Bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan.
2.Bantuan kewangan diberi kepada negara kurang maju seperti Sudan, Nigeria, dan Chad.
3. Menubuhkan Bank Pembangunan Islam supaya dapat menyalurkan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.
Sumbangan Malaysia kepada OIC
1. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai setiausaha agung OIC yang pertama.
2. Malaysia menjadi pengantara dengan menyelesaikan peperangan di Iran-Iraq.
3. Menyokong rakyat Palestin dalam mendapatkan semula tanah mereka dari Israel.
4. Pada tahun 1974 dan tahun 2003, Malaysia menjadi tuan rumah persidangan OIC.
5. Pada tahun 2002, Malaysia menganjurkan persidangan menentang pengganas di negara Islam.
6. Tawaran biasiswa diberi kepada pelajar negara OIC semasa belajar di UIAM.
7. Malaysia menyarankan dinar emas digunakan dalam urusan perdagangan dalam kalangan negara Islam.
8. Malaysia mendapat penghormatan kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
Faedah yang diperoleh Malaysia
1. OIC membantu Malaysia dalam menubuhkan UIAM
2. Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi menjalankan projek-projek untuk kepentingan rakyat. Malaysia dalam Pertubuhan Serantau

20 markah
4. Peranan Malaysia menyertai ASEAN

1. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
2. ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura kemudian ditambah anggotanya menjadi 10, iaitu Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos, dan Kampuchea.
3. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam zon Asia Tenggara.
Matlamat ASEAN
(a) Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
(b) Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan.
(c) Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan, dan perindustrian.
(d) Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
(e) Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Kejasama ASEAN
1. Melalui mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN pada November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur dilaksanakan dengan mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)
2. ZOPFAN bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.
3. Pada tahun l984, Menteri-menteri Luar mengisytiharkan ASEAN sebagai zon bebas senjata nuklear, iaitu tidak membenarkan kapal-kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
4. Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian, iaitu projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan Aceh(Indonesia).
5. Pada tahun 1992, AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas) diumumkan dalam kemuncak ASEAN di Singapura.
6. Memperluas sikap kerjasama ekonomi dengan negara China, Jepun, dan Korea Selatan atau Perundingan Ekonomi Asia (EAEC). Idea ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad tetapi ditentang oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
7. Kerjasama secara tidak rasmi diteruskan melalui konsep ASEAN + 3 yang merujuk kepada kerjasama antara negara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Menteri-menteri luar negara-negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan tenteng kerjasama yang ingin diwujudkan.
8. Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN(SEAMEO). Sebuah Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) ditubuhkan di Pulau Pinang.
9. Dalam bidang kebudayaan dan sosial, mengadakan Festival Kebudayaan dan Kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
10. Mengadakan Sukan SEA bagi merapatkan a hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.
11. Dalam bidang pelancongan, pada tahun 1992 telah dilancarkan Tahun Melawat ASEAN.

20 markah
5. Manfaat hubungan luar Malaysia untuk menjamin kedaulatan dan kesejahteraan pembangunan Negara.
10 markah
6. Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia hasil daripada hubungan luar dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa
10 markah
7. a) Cabaran yang dihadapai oleh Malaysia dalam hubungan luarnya.
    b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah





No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6