Sunday 2 October 2016

Bahan K3 SPM 2016

Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia
5 markah
Isi dan Huraian
2. Asas penggubalan dasar luar Malaysia
15 markah
3. Perkembangan dasar luar Malaysia
a) Tahap Pertama                                                        10 markah      
b) Tahap Kedua                                                          10 markah
c) Tahap Ketiga                                                           10 markah
30 markah
4. Impak yang diperoleh Malaysia melalui hubungan berbaik-baik dengan semua Negara.
10 markah
5. Faedah yang diperoleh Negara daripada lawatan rasmi pemimpin Negara ke Negara lain.
10 markah
6. Dasar luar yang dijalankan oleh Malaysia memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat Malaysia. Buktikan.
10 markah
7. Malaysia mengalami pelbagai cabaran dalam mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua Negara.
a) Nyatakan cabaran tersebut.
b) Berikan cadangan untuk mengatasi cabaran tersebut.
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah



Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.
(b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.
(c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
(d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
(e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
5 markah
Isi dan Huraian
2. Asas penggubalan dasar luar Malaysia

 Faktor sejarah
·                 Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
·                 Contoh China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
·                 Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan
·                 Pada masa ini terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
·                 Contoh hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
·                 Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan  Britain dan negara
·                Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand
·                 Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
·                 Ancaman ini menggugat keselamatan Malaysia
·                 Keadaan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan anti
komunis
·                 Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
·                 Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan

·         Faktor ekonomi
·                 Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas
·                 Malaysia juga menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan
ekonominya
·                 Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar bijih timah
dan getah
·                 Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara maju
seperti  Britain dan Amerika Syarikat
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran juga modal
dari negara-negara tersebut
·                 Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing
·                 Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan
peluang pekerjaan.
·                 Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur,   pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea
·                 Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara
sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran
barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. 

·                Faktor politik
·                 Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia
berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip keamanan
sejagat
·                 Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain.
·                 Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau AsiaBarat
·                 Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip  dan Piagam Pertubuhan Bangsa-
 Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia
·                 Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

·         Faktor geografi
·                 Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
·                 Malaysia bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti
·         Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei
·                 Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
·                 Dengan ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan Malaysia

·         Faktor demografi
·                 Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam sejajar
dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel disebabkan dasar negara
berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin
·                 Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan
sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
·                 Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkanMalaysia menentang dasar Apartheid
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Afrika Selatan sehinggalah Afrika Selatan
menghapuskan Dasar Apartheid
·                 Faktor kepelbagaian kaum di Malaysia mempengaruhi hubungan serantau Malaysia
15 markah
3. Perkembangan dasar luar Malaysia
a) Tahap Pertama                                                        10 markah    

 Tahap Pertama
·          Dilaksanakan oleh  Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
·         Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang anti-
komunis serta berbaik-baik dengan jiran dan negara Komenvel.
·         Dasar luar berkenaan  disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial
·            Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
·            Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
·            Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956 dengan British.
·            Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara
·            Dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan jiran
·            Hal ini disebabkan timbulnya  krisis dengan negara-negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti  konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),  terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965)  dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965)
·            Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian
·            Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun   1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura
·            Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain kerana Malaysia  dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.
·            Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan  anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.
·            Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hal utamanya iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya  permintaan Barat termasuk Britain
·            Ketiga, pelabur Britain  masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian
·            Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan juga mencari pasaran baru
  
b) Tahap Kedua                                                          10 markah

Tahap Kedua
·            semasa pemerintahan Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1972-1976)
·            Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
·            Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur
·            Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China
·            Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali  (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN
·            Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
·            Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatic dengan Vietnam pada tahun 1976.
·            Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran

c) Tahap Ketiga                                                           10 markah

Tahap Ketiga
·            dilaksanakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)
·            Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan  penekanan kepada kepentingan ekonomi.
·            Kepentingan ini berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun
·            Dalam usaha untuk mencapai matalamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih  erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan  krisis Vietnam dan Kampuchea
·            Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia
·            Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam perkerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik
·            Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan Dato’ Seri Dr. Mahathir ke Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan
·            Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak.
·            Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan diplomatic dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga
30 markah
4. Impak yang diperoleh Malaysia melalui hubungan berbaik-baik dengan semua Negara.
10 markah
5. Faedah yang diperoleh Negara daripada lawatan rasmi pemimpin Negara ke Negara lain.
10 markah
6. Dasar luar yang dijalankan oleh Malaysia memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat Malaysia. Buktikan.
10 markah
7. Malaysia mengalami pelbagai cabaran dalam mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua Negara.
a) Nyatakan cabaran tersebut.
b) Berikan cadangan untuk mengatasi cabaran tersebut.
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah







2 comments:

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6