Sunday 2 October 2016

Kertas 3 SPM 2016

Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Bentuk-bentuk hubungan luar Malaysia
5 markah
Isi dan Huraian
2. Perkembangan dasar luar Malaysia sering berubah setelah Negara kita mencapai kemerdekaan sehingga kini. Jelaskan perkembangan tersebut.
20 markah
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi corak penggubalan dasar luar Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang.
25 markah
4. Sumbangan dan faedah yang diperoleh Malaysia melalui hubungan luar tersebut.
10 markah
5. Peranan rakyat untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di peringkat antarabangsa.
10 markah
6. Terdapat pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan luar Malaysia di peringkat antarabangsa.
a) Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
b) Berikan cadangan anda untuk menghapuskan persepsi buruk terhadap Malaysia di peringkat antarabangsa.
10 markah
7. Sejak mencapai kemerdekaan sehingga kini Malaysia sering terdedah kepada pelbagai cabaran di peringkat antarabangsa.
a) Terangkan cabaran yang dihadapi tersebut.
b) Sebagai pemimpin masa depan, bagaimana Negara kita boleh mengatasi cabaran tersebut?
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah


Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Bentuk-bentuk hubungan luar Malaysia

·    Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain
·    Iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral
·    Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu Contohnya hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam
·      Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju yang lain seperti Britain dan Amerika Syarikat
·    Hubungan multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya
5 markah
Isi dan Huraian
2. Perkembangan dasar luar Malaysia sering berubah setelah Negara kita mencapai kemerdekaan sehingga kini. Jelaskan perkembangan tersebut.

. Pada tahap pertama, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
2. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970) berdasarkan kepada faktor politik, ekonomi, dan sosial.
3. Faktor politik yang berkaitan dengan ancaman komunis di Asia Tenggara serta Parti Komunis Malaya di dalam negara, mendorong Malaysia meminta bantuan dari negaranegara Komanwel, iaitu Britain, Australia, dan New Zealand.
4. Sebagai usaha untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis, satu perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dilaksanakan pada tahun 1956.
5. Melalui perjanjian ini, British akan memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara.
6. Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian:
(a) Perjanjian dengan Thailand dan Filipina melalui pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961.
(b) Perjanjian MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina.
(c) Perjanjian ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura.
7. Dari segi ekonomi, Malaysia amat bergantung kepada Britain kerana
(a) Malaysia terlibat dalam anggota blok sterling dalam menjalankan perdagangan melalui nilai mata wang paun sterling.
(b) Malaysia memberi tumpuan pada hasil bijih timah dan getah kerana permintaan dari negara Barat seperti Britain.
(c) Britain masih menguasai ekonomi Malaysia melalui sistem perladangan dan perindustrian.
8. Malaysia membina rangkaian dagangan dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman bagi mengurangkan pergantungan serta mencari pasaan baru.

1. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
2. Dasar Malaysia berubah kerana kurangnya peranan AMDA serta pengaruh Britain di Timur.
3. Selain itu, disebabkan juga oleh pergolakkan di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
4. Dalam mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) dengan negara anggota ASEAN.
5. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis, iaitu China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, dan Mongolia.
6. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vitnam pada tahun 1976.
7. Malaysia mengatasi masalah pelarian Vietnam dengan bantuan negara jiran.

1. Malaysia menekankan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan, dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.
2. Malaysia mengadakan hubungan dengan negara-negara ASEAN, misalnya melalui penyelesaian masalah krisis Vietnam dan Kampuchea.
3. Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur melalui Jepun dan Korea Selatan dengan mengambil dan menerima pakai nilai-nilai murni seperti semangat cinta akan negara, kesungguhan dalam pekerjaan serta etika pengurusan kerja yang baik.
4. Mengadakan hubungan dua hala melalui lawatan ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean, dan Pasifik Selatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam lawatan tersebut, misi perdagangan serta perjanjianperdagangan dua hala yang menguntungkan dititikberatkan.
 Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Selepas merdeka,
Malaysia terlibat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan, dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
20 markah
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi corak penggubalan dasar luar Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang.

Faktor sejarah
·                Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
·                 Contoh China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
·                 Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan
·                 Pada masa ini terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
·                 Contoh hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
·                 Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan  Britain dan negara
·                Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand
·                 Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
·                 Ancaman ini menggugat keselamatan Malaysia
·                 Keadaan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis
·                 Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
·                 Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan

·         Faktor ekonomi
·                 Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas
·                 Malaysia juga menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan ekonominya
·                 Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar bijih timah dan getah
·                 Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara maju seperti  Britain dan Amerika Syarikat
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran juga modal dari negara-negara tersebut
·                 Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing
·                 Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.
·                 Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea
·                 Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. 

Faktor politik
·                 Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip keamanan sejagat
·                 Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.
·                 Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau AsiaBarat
·                 Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip  dan Piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia
·                 Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

·         Faktor geografi
·                 Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
·                 Malaysia bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei
·                 Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
·                 Dengan ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia

·         Faktor demografi
·                 Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel disebabkan dasar Negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin
·                 Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
·                 Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkanMalaysia menentang dasar Apartheid
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Afrika Selatan sehinggalah Afrika Selatan menghapuskan Dasar Apartheid
·                 Faktor kepelbagaian kaum di Malaysia mempengaruhi hubungan serantau Malaysia
25 markah
4. Sumbangan dan faedah yang diperoleh Malaysia melalui hubungan luar tersebut.
10 markah
5. Peranan rakyat untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di peringkat antarabangsa.
10 markah
6. Terdapat pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan luar Malaysia di peringkat antarabangsa.
a) Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
b) Berikan cadangan anda untuk menghapuskan persepsi buruk terhadap Malaysia di peringkat antarabangsa.
10 markah
7. Sejak mencapai kemerdekaan sehingga kini Malaysia sering terdedah kepada pelbagai cabaran di peringkat antarabangsa.
a) Terangkan cabaran yang dihadapi tersebut.
b) Sebagai pemimpin masa depan, bagaimana Negara kita boleh mengatasi cabaran tersebut?
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah





1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu, boleh minta jwpn utk nmbor 6,7 dan 8 ?? soalannya nmpk sukar

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6