Sunday 2 October 2016

Kertas 3 SPM 2016

Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia
5 markah
Isi dan Huraian
2. Perkembangan dasar luar Malaysia terbahagi kepada tiga tahap :
a) Tahap Pertama
b) Tahap Kedua
c) Tahap Ketiga

15 markah
10 markah
15 markah
3. Maksud cabaran masa depan Malaysia
15 markah
4. Manfaat pembangunan cabaran masa depan dalam meningkatkan kegemilangan dan kecemerlangan Negara.
10 markah
5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia setelah berjaya menghadapi cabaran masa depan.
10 markah
6. Cabaran Negara dalam era globalisasi dunia hari ini dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
10 markah
7. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
8. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah


Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Matlamat dasar luar Malaysia

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.
(b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.
(c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
(d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
(e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

5 markah
Isi dan Huraian
2. Perkembangan dasar luar Malaysia terbahagi kepada tiga tahap :
a) Tahap Pertama

1. Pada tahap pertama, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
2. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970) berdasarkan kepada faktor politik, ekonomi, dan sosial.
3. Faktor politik yang berkaitan dengan ancaman komunis di Asia Tenggara serta Parti Komunis Malaya di dalam negara, mendorong Malaysia meminta bantuan dari negaranegara Komanwel, iaitu Britain, Australia, dan New Zealand.
4. Sebagai usaha untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis, satu perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dilaksanakan pada tahun 1956.
5. Melalui perjanjian ini, British akan memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara.
6. Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian:
(a) Perjanjian dengan Thailand dan Filipina melalui pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961.
(b) Perjanjian MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina.
(c) Perjanjian ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura.
7. Dari segi ekonomi, Malaysia amat bergantung kepada Britain kerana
(a) Malaysia terlibat dalam anggota blok sterling dalam menjalankan perdagangan melalui nilai mata wang paun sterling.
(b) Malaysia memberi tumpuan pada hasil bijih timah dan getah kerana permintaan dari negara Barat seperti Britain.
(c) Britain masih menguasai ekonomi Malaysia melalui sistem perladangan dan perindustrian.
8. Malaysia membina rangkaian dagangan dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman bagi mengurangkan pergantungan serta mencari pasaan baru.

b) Tahap Kedua

1. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
2. Dasar Malaysia berubah kerana kurangnya peranan AMDA serta pengaruh Britain di Timur.
3. Selain itu, disebabkan juga oleh pergolakkan di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
4. Dalam mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) dengan negara anggota ASEAN.
5. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis, iaitu China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, dan Mongolia.
6. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vitnam pada tahun 1976.
7. Malaysia mengatasi masalah pelarian Vietnam dengan bantuan negara jiran.

c) Tahap Ketiga

1. Malaysia menekankan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan, dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.
2. Malaysia mengadakan hubungan dengan negara-negara ASEAN, misalnya melalui penyelesaian masalah krisis Vietnam dan Kampuchea.
3. Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur melalui Jepun dan Korea Selatan dengan mengambil dan menerima pakai nilai-nilai murni seperti semangat cinta akan negara, kesungguhan dalam pekerjaan serta etika pengurusan kerja yang baik.
4. Mengadakan hubungan dua hala melalui lawatan ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean, dan Pasifik Selatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam lawatan tersebut, misi perdagangan serta perjanjianperdagangan dua hala yang menguntungkan dititikberatkan.
 Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Selepas merdeka,
Malaysia terlibat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan, dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).


15 markah
10 markah
15 markah
3. Maksud cabaran masa depan Malaysia
15 markah
4. Manfaat pembangunan cabaran masa depan dalam meningkatkan kegemilangan dan kecemerlangan Negara.
10 markah
5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia setelah berjaya menghadapi cabaran masa depan.
10 markah
6. Cabaran Negara dalam era globalisasi dunia hari ini dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
10 markah
7. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
8. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah







No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6