Sunday 30 October 2016

cadangan kertas 3 spm 2016

Senarai kandungan
Bil
kandungan
M/surat
1

Maksud / definisi Dasar  Luar Negara ?                                                                                                                                     
6

2

Tujuan /  Matlamat dasar luar Malaysia                                              


7

Latar Belakang Dasar Luar Malaysia 
8

Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia                             
8

3

Terangkan faktor / sebab  penggubalan dasar luar Malaysia

9 – 10

4

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.    
            Atau
               
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan    mengambil kira perubahan kepimpinan negara.
        i.            Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)
      ii.            Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)
    iii.            Tahap Ketiga (1981-2003)                            
Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
i.                    Dasar Pro-Barat
ii.                  Dasar Berkecuali
iii.                Dasar kepentingan Ekonomi                     
Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan
i.                    Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
ii.                  Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
iii.                Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)      


11-14
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan

Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.
Atau

Manfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan kecemerlangan Negara
Atau
Bagaimanakah dasar luar Malaysia menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia
                                                                                                     
                                                                                                                                                                         

14-16
Bil
kandungan
M/surat

5

Dasar Luar Malaysia Sentiasa Berubah Dan Tidak Statik
a)        Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?
Atau
b)       Perubahan pucuk pimpinan negara membawa kepada perubahan dasar luar.
Jelaskan.                                          Atau
c)        Sebab dasar luar perlu berubah dari semasa ke semasa.
Atau
d)       Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.
Atau
e)        Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi global ?                    
Atau
f)    Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ? 


17-18

Kepentingan dasar luar Malaysia
a)        Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan  kemakmuran negara.
Atau
b)       Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara.
Atau
c) Kepentingan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain                                         


18-19

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali
dengan semua negara?


20
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ?

21
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat antarabangsa
21-22

6

Jelaskan cabaran dan  langkah Malaysia  dalam meningkatkan keberkesanan hubungan  dengan negara luar pada era globalisasi hari ini 
                                                                                    Atau
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarahangsa serta langkah mengatasinya.
                                                                                  Atau
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut?

23-25

7


Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar          


                                                                               



25-26

Nilai Kejayaan / Kejayaan / Keberkesanan  dasar luar Malaysia



26

Ramalkan / Andaikan Hala Tuju dasar luar negara pada masa hadapan
Atau
Halatuju dasar luar negara dalam ere globalisasi
Atau

Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi


27-29

Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.
Atau
Dasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar


29

Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau



29-30
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.


30-31

Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara ?


31-32
Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar



8

CATATAN : PILIH SALAH SATU

CONTOH IKTIBAR 1  


32

CONTOH IKTIBAR 2  


33

CONTOH IKTIBAR 3 


33-34

CONTOH IKTIBAR 4  


34-35

9


Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :

a)      Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
b)      Nilai murni
c)      unsur patriotisme yang dapat dihayati
d)      Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang


35-37



SPM SEJARAH KERTAS 3 1249/3 (2016)
TEMA UMUM :  MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK / KONSTRUK


Format

Aspek/Konstruk
Markah
Masa
1.      Pengenalan
1. Memahami
5 Markah
10 minit
2.   ISI dan
    HURAIAN
2.      Memahami
15 Markah
20 minit
3.      Menganalisis
20 Markah
35 minit
4.      Mengaplikasi
20 Markah
35 minit
5.      Menilai
10 Markah
15 minit
6.      Mencipta
10 Markah
15 minit
7.      Menjana Idea
10 Markah
15 minit
8.      Nilai / Iktibar / Patriotisme
5 Markah
10 minit
3.   Kesimpulan
9. Merumus
5 Markah
10 minit
Jumlah Keseluruhan

100 Markah
2 jam 45 minit



PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 3

1.   Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk.
2.   Pastikan anda menulis nombor soalan.
3.   Isi jawapan calon mestilah bersesuaian dengan peruntukan markah.
4.   Jawapan perlu ditulis dalam bentuk esei / karangan dengan ayat yang lengkap.
5.   Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
6.   Anda tidak digalakkan membatalkan jawapan yang telah ditulis.

CATATAN :
1.      Soalan 1 hingga 3 atau nombor 4 adalah merujuk kepada buku teks sebagai sumber jawapan yang utama
2.      Modul ini sebagai bahan rujukan utama selain buku teks
3.      Pastikan ANDA DISIPLIN DENGAN MASA
4.      Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 15 minit lagi untuk menyemak jawapan anda

SOALAN 1

 Apakah  Maksud / Definisi Dasar  Luar Negara ?                
                                                                        (Sumber : Buku teks ms 236-237 & Sumber lain)                                          
                                           

Dasar luar negara merujuk kepada dasar kerajaan terhadap negara lain. Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.
Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia antaranya menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara , menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan  keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia

Dalam erti kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain. Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, ekonomi , politik, geografi dan demografi
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai hubungan antarabangsa dan hubungan serantau. Dalam menjalinkan hubungan luar, Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk globalisasi, kemunculan revolusi teknologi maklumat yang membawa perubahan yang besar dalam hubungan luar. Bagi mengatasi cabaran tersebut, Malaysia membuat perancangan awal agar dapat bersama-sama bersaing dengan negara-negara di dunia.

SOALAN 2
Tujuan /  Matlamat dasar luar Malaysia.        
  ( Sumber :Buku teks m/s 236 & 237 & sumber lain )                                            

Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara
Dasar luar Malaysia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Di samping itu juga, dasar ini dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam  usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.
Selain itu, matlamat dasar luar negara ialah menjaga kedaulatan negara.. Bersama-sama negara ASEAN, Malaysia mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi menghalang penglibatan kuasa luar yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
            Malaysia menjalinkan hubungan luar kerana hendak menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Malaysia juga menjalankan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea sebagai model pembangunan ekonomi Negara.
                  Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk memupuk kesejahteraan dunia..  Malaysia juga menghormati prinsip hak asasi manusia. Malaysia memutuskan hubungan dengan negara Afrika Selatan selagi negara tersebut terus mengamalkan dasar apartheid.
                     Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia. Antaranya untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara.Selain itu,Untuk memelihara kepentingan nasional dan menggekalkan kedaulatan negara.Dasar luar juga penting untuk menggalakkan  pembangunan dan kemajuan ekonomi.Selain itu, dapat  mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa dan  menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia


Latar Belakang Dasar Luar Malaysia            
(Sumber : Buku teks ms 236-237 & Sumber lain)                                             

Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara Dalam erti kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain. Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, ekonomi , politik, geografi dan demografi
Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap pertama dibawah Tunku Abdul Rahman ( 1957- 1970), Tahap Kedua dibawah Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn ( 1972-1981) dan Tahap ketiga di bawah Tun Dr. Mahathir ( 1981-2003).

. Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa. Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, Contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia                                                    
( Buku teks m/s 237 )                                                       
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaituhubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga dijalinkan dengan negara Asia yang lain iaitu Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan multi lateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.
SOALAN 3

Terangkan faktor / sebab penggubalan dasar luar Malaysia.
( Buku teks m/s 237-239 )


Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara  Faktor – faktor itu ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. Antara faktornya ialah
FAKTOR SEJARAH
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.
Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel.
Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand.
Pada masa itu, Malaysia diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggugat keselamatan Malaysia. Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negata Malysia dan dengan ini  mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

FAKTOR EKONOMI
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubngan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.
Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea.
 Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
FAKTOR POLITIK
Sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.

Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

FAKTOR GEOGRAFI
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.

Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia.

FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.

Malaysia juga tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.



SOALAN 4

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan kepimpinan negara.  .                                                                      ( Buku teks m/s 239-242 )
       
Atau

Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan    mengambil kira perubahan kepimpinan negara.
i.                    Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)
ii.                  Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)
iii.                Tahap Ketiga (1981-2003)                                                ( Buku teks m/s 239-242 )

Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
iv.                Dasar Pro-Barat
v.                  Dasar Berkecuali
vi.                Dasar kepentingan Ekonomi                                                     ( Buku teks m/s 239-242 )

Atau

Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan
iv.                Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
v.                  Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
vi.                Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)                               ( Buku teks m/s 239-242 )


i.                    Dasar Luar Tahap Pertama (1957 – 1970) -   ( Dasar pro Barat)

            Dasar laur Malaysia pada Tahap Pertama memperlihatkan  Dasar Pro-Barat  yang  Anti-Komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.  Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.

            Faktor politik merujuk kepada  ancaman komunis di negara-negara  Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini, pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
            Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963 – 1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 – 1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.

Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. Menubuhkan  MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Filipina dan Indonesia serta menubuhkan ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
            Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini adalah disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang pound sterling. Kedua, Malaysia juga masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga pelabur Britain masih  menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama  dalam bidang perladangan dan perindustrian .
Bagi mengurangkan kebergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan Jerman Barat bagi megurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi  mencari pasaran baru

ii.                  Dasar Luar Tahap Kedua (1972 – 1981) - ( Dasar Berkecuali)
            Menjelang tahun 1970-an  semasa Tunku Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976 – 1981) dasar luar Malaysia berubah kepada  dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.            Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.
Perubahan dasar ini juga disebabkan pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysiat, beberapa usaha telah dilakukan seperti   mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
 Malaysia juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur , Korea Utara, Vietnam Utara, Mongolia.
Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan  hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

iii.                Tahap Ketiga (1981 – 2003) -  ( Dasar Kepentingan ekonomi)

            Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003). Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan  dalam kalangan negara membangun.
      Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan  hubungan lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea
 ( Kemboja).

Disamping itu, Kerajaan Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur 1982 dengan menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model  bagi membangunkan negara Malaysia. Melalui dasar itu, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Dalam setiap siri lawatannya misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak. Kerajaan Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara maju dan Dunia Ketiga. Kerajaan memperluaskan kerjasama ekonomi melalui EAEC dan ASEAN+3. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.
      Berdasarkan tiga tahap berkenaan didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara

CATATAN : SEKIRANYA PERLU BOLEH MASUKKAN  TAHAP SETERUSNYA
IV. Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)

Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya .Malaysia menjadi Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali(NAM) . Beliau juga menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh yang bertoleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari . Penghantaran pelajar Malaysia ke Jepun untuk mengikuti pembelajaran pelbagai bidang . Kerjasama dengan Jepun dalam bidang teknikal. Beliau membentuk “task force” dalam membantu usaha mewujudkan keamanan di Selatan Thailand

Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Dato’
Seri Najib Abdul Razak (2009- kini)

Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap dan
dinamik. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau dan antarabangsa terutamanya dengan ASEAN, OIC, NAM.
Di samping itu, beliau juga menekankan kepentingan hubungan dua hala dengan negara- negara yang berdagang dengan Malaysia (trading partner).Contohnya seperti negara China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat. Dato’ Seri Najib meneruskan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran. Pendekatan   yang   membina   diambil   untuk menyelesaikan masalah tuntutan bertindih, penetapan sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua hala dengan negara jiran tidak terjejas.
 Masalah berkaitan tuntutan wilayah bertindih dirujuk   kepada    Mahkamah   Keadilan Antarabangsa (ICJ). Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara telah meningkat kepada 105 buah negara hari ini berbanding 21 buah pada tahun 1966.
Hubungan dua hala Malaysia-China semakin kukuh sejak 42 tahun yang lalu Dato’   Seri   Najib   telah   meneruskan kesinambungan usaha Tun Abdul Razak ke peringkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya terutamanya dalam aspek perdagangan China merupakan ‘trading partner’ yang penting
dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Hubungan    dengan    Singapura    juga dipertingkatkan yang merupakan pelabur utama di Iskandar Malaysia Malaysia juga meneruskan hubungan yang kukuh
dengan negara Jepun. 
 Kesannya hubungan perdagangan Malaysia Jepun terus meningkat dan berjaya menambah pendapatan negara Di samping itu, hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuhkan. Kedua-dua buah negara telah bersepakat untuk saling bekerjasama dalam bidang-bidang yang memberi manfaat dan kepentingan bersama. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia terbesar.Malaysia pula merupakan rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat.


Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan

Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.  
Atau
Manfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan kecemerlangan Negara
                                                                        Atau
Bagaimanakah dasar luar Malaysia menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia
(CATATAN : PILIH ASPEK EKONOMI SAHAJA)
                                         


CATATAN : Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbang ( Sila tukar ikut kesesuaian soalan )
ASPEK POLITIK
Dasar luar Malaysia ialah berbaik-baik dengan semua negara kerana Anglo–Malaysian Defence Treaty (AMDA) kurang berperanan. Malaysia juga tidak boleh lagi mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan Malaysia kerana Britain telah mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara yang mengamalkan ideologi komunis, seperti China. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak telah ke Beijing bagi mengadakan hubungan diplomatik.

Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau melalui ASEAN bagi mengekalkan kestabilan politik seperti mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Perairan Asia Tenggara bebas daripada ancaman nuklear. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC.

Seterusnya, penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB)
dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat contohnya, bantuan Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Hal ini dapat meningkatkan pendapatan dan jurang antara pendudukan bandar dan luar Bandar

Seterusnya hubungan dasar luar dapat meningkatkan hubungan persahabatan dan persaudaraan dengan rakyat negara luar menerusi bidang kebudayaan dan sosial seperti
penyertaan dalam festival kebudayaan dan kesenian serta sukan SEA. Hal ini dapat
meningkatkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan rakyat negara lain

Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara. Dasar berbaik-
baik dengan semua negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan negara jiran. Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah
antarabangsa, contohnya isu Pulau Batu Putih.

Manfaat yang Malaysia peroleh hasil dasar luar yang mantap antaranya ialah dapat menjamin keselamatan rakyat dan negara  serta berupaya mengekalkan kestabilan politik dalam negara.Sebagai contoh, tragedi di Lahad Datu yang telah dicetuskan oleh kumpulan yang mendakwa keluarga diraja Sulu telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Filipina.

Selain itu, Malaysia juga dapat memelihara kepentingan nasional dan kemerdekaan yang diperoleh terus dipertahankan melalui dasar berkecuali .Negara kita tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara luar .Ini terbukti , Malaysia hanya memerhati kekerapan pertukaran pemerintahan dari parti yang berlainan di Thailand sebagai satu dasar menghormati kedaulatan negara tersebut.Sehubungan dengan itu, persahabatan antara Malaysia dengan negara luar terus kekal terjalin walaupun berlaku pertukaran pimpinan dan parti yang memerintah.

Malaysia juga telah dapat mewujudkan keamanan sejagat  dengan cara mengukuhkan pertahanan   antara negara melalui kerjasama antarabangsa di kawasan perairan ataupun sempadan   sempadan Malaysia-Thai.Sebagai contoh, masalah penyeludupan manusia dan dadah di kawasan sempadan telah berjaya dibendung .

ASPEK EKONOMI

Melalui dasar luar, Malaysia berjaya memajukan ekonomi negara. Hal ini disebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing telah memajukan bidang perindustrian, cari gali minyak dan pertanian negara. Seterusnya Malaysia mendapat bantuan kepakaran dan teknologi daripada negara maju bagi mempertingkatkan sektor pembuatan dan pembinaan seperti Menara Berkembar Petronas.

Dengan berbaik-baik dengan semua negara Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan komoditi dapat dipasarkan ke negara Asia Barat. Hubungan yang erat menyebabkan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong. Pengaliranwang asing ke dalam negara dapat menjana ekonomi. Di samping itu, peluang pekerjaan dalam semua sektor semakin meningkat. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN.

Dasar luar ini juga dapat  meningkatkan pelaburan dan perdagangan melalui Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang menggalakkkan kerjasama ekonomi dan mewujudkan jmlah pasaran yang luas dalam kalangan negara-negara anggota. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara

Hubungan baik dengan negara luar turut meluaskan pasaran untuk barangan keluaran
negara sama ada barangan pertanian atau perindustrian. Eksport negara akan bertambah dan
aliran mata wang asing ke negara kita akan meningkat. Keadaan ini turut menyumbang kepada
kemajuan ekonomi negara.

Manfaat seterusnya ialah Malaysia berjaya menggalakkan pelaburan asing bagi    peningkatan ekonomi negara  yang cemerlang.  Ia terbukti dengan    kewujudan syarikat berteknologi tinggi dan syarikat multinasional seperti kilang pemasangan Honda dan Kia di negara kita.

Selain itu,  pasaran  produk tempatan juga  dapat menembusi pasaran antarabangsa dan berdaya saing di peringkat antara bangsa.Rangkaian perdagangan berlandaskan pengetahuan (knowledge-based) telah giat dijalankan hasil hubungan dasar luar yang baik dengan negara luar.Jelaslah, dasar luar yang mantap akan membina ketamadunan Malaysia mampu dibanggakan.

ASPEK SOSIAL

Dasar luar Malaysia ialah dapat mewujudkan ketenteraman dan keharmonian dalam kalangan rakyat melalui perjanjian persahabatan dengan negara-negara jiran. Selainitu, dapat mengetengahkan budaya rakyat Malaysia melalui pertukaran kebudayaan.

Seterusnya, dasar luar dapat meningkatkan kualiti pendidikan melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan negara anggota ASEAN.

Seterusnya kerjasama dalam bidang perubatan dengan negara India dan Ireland dapat melahirkan tenaga pakar dalam bidang perubatan dan meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Malaysia dapat melahirkan angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dengan menggunakan kepakaran dari negara Russia.

Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam kehidupan.

Malaysia telah berjaya menganjurkan sukan Komanwel dan Sukan SEA. Penganjuran sukan terbabit dapat mengeratkan hubungan antara negara serta mempromosikan negara Malaysia di peringkat global.
Selain itu hubungan luar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
rakyat dalam pelbagai bidang seperti sains, matematik dan ICT contohnya pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang dapat meningkatkan kemajuan
teknologi dan inovasi yang dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan bidang sains dan
matematik di negara ini.


Faedah yang diperoleh Malaysia dalam hubungan dasar luar ialah dapat menerapkan nilai-nilai baik dalam diri rakyat contohnya melalui Dasar Pandang ke Timur rakyat akan mencontohi budaya bekerja masyarakat negara Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai kesungguhandalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Hal ini dapat meningkatkan prestasi kerja.

Selain itu, negara kita juga dapat berkongsi kepakaran dengan negara lain terutamanya
negara-negara maju seperti Jepun contohnya dalam bidang pembuatan kereta nasional Proton
dan pembinaan infrastuktur negara terutamanya dalam bidang pembinaan LRT / MRT,
jambatan, keretapi laju dan sebagainya

SOALAN 5

DASAR LUAR MALAYSIA SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK STATIK
 



a.       Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ? 
Atau
b.      Perubahan pucuk pimpinan negara membawa kepada perubahan dasar luar. Jelaskan.                                                                               
Atau
c.       Sebab dasar luar perlu berubahdari semasa ke semasa.
Atau
d.      Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.                                                                                         
Atau
e.       Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi global ?                                                    
Atau
f.       Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ?                                                                                       


Cadangan Jawapan

          Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Hal ini kerana , Tunku Abdul Rahman berkiblatkan pemikiran Barat dan banyak menghabiskan masa belajar di Britain.Pendirian Tunku kepada Barat dapa dilihat berlakunya konfrontasi Malaysia-Indonesia, Barat banyak memberikan bantuan kepada Tanah Melayu dalam menjamin keselamatan di rantau ini.

          Dasar luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat.  Terdapat ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapatkan bantuanpertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

          Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Malaysia bergantung kepada British bagi mendapatkan bantuan pertahanan sekiranya Malaysia  diserang oleh mana-mana negara
                                                                                                          
Dasar luar Malaysia berubah untuk memelihara hubungan dengan negara jiran.Sehubungan itu beberapa perjanjian ditandatangani untuk menangani  krisis dengan negarajiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura dari Malaysia. Kesannya ASA, MAPHILINDO dan ASEAN ditubuhkan.

            Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik dengan semua negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)telah diisytiharkan bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur.

            Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN seperti Singapura dan Thailand.  Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita.  Hal ini kerana,Malaysia mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amarika Syarikat,Jepun dan Singapura bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari pasaran baru.

            Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Perubahan ini menarik para pelabur dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Kesannya telah membawa kepada  budaya kerja yang beretika dan efisien

            Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dan dapat menjalinkan perdagangan dengan negara maju serta negara dunia ketiga.

Kesimpulannya Perubahan ini dapat memantapkan ekonomi negara Malaysia.

****************************************************************************************************************

Kepentingan dasar luar Malaysia

a)      Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan  kemakmuran negara.
Atau
b)     Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara.
Atau
c)      Kepentingan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain



Jawapan:
Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara dapat dikekalkan dimana hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan . Secara tidak langsung persefahaman dapat dipupuk.Contohnya hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dengan kerajaan China sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini telah mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara tersebut.  Tegasnya, dasar luar negara mampu memantapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain.

Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita dan dapat menjamin keselamatan perairan negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Keadaan ini juga turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas. Selain itu, syarikat-syarikat  tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam.

Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara.  Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT/MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.         

Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara  dengan cara berbaik-baik dengan semua negara . Hal ini dapat mengelakkan  pertelingkahan yang berlaku dengan negara-negara jiran.  Segala konflik dengan negara jiran dapat diselesaikan melalui rundingan atau melalui Mahkamah Antarabangsa contoh isu Pulau Batu Putih (konflik antara Malaysia dan Singapura)

Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat daripada dasar luarnya. Antaranya ialah Malaysia dapat mengekalkan perpaduan kaum  sama ada di peringkat serantau mahupun dunia. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, rakyat berbilang kaum dapat menyambut sesuatu perayaan seperti Tahun Bharu Cina, Hari Natal dan Hari Raya Aidil Fitri dalam suasana yang harmoni.  Oleh itu, perpaduan kaum dapat menjamin kehidupan yang sejahtera.

 Selain itu,  peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk  penduduk tempatan. Contohnya melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman Perindustrian Qinzhou China. Malah syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di negara China dan negara-negara dunia ketiga, seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia di Vietnam. 

Manfaat dalam bidang pendidikan pula, negara kita dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan Malaysia - China melalui penubuhan cawangan Universiti Xiamen di Selangor. Malah negara kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam bidang kebudayaan dan keseniaan.

Melalui dasar luar negara juga, negara kita dapat menerima kerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan







Dasar berbaik-baik / Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia


Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali dengan semua negara?

                                                                                                                                         

Cadangan Jawapan

          Antara sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara adalah untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.  Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.

          Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau.  Dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politiknya. Contohnya melalui konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOFPAN). Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN.  Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota ASEAN.

          Keadaan yang aman juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang.  Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.

          Dalam bidang sosial pula, dasar berbaik-baik dengan semua negara ini dapat membantu mengekalkan keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa,  Malaysia telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kuContohnya dengan menyertai   pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.

          Dasar berbaik-baik dengan semua negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun.  Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan negara Malaysia.

          Selain itu juga, dasar berbaik-baik dengan negara lain telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi, menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan semua negara.  Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.  Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.

Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ?

Jika  dasar luar negara tidak mantap ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita. Misalnya,  eksport negara akan  berkurangan.   Ini  adalah kerana secara hubungan dengan negara lain akan terbatas atau terhad. Ekonomi negara juga merosot dan ini  menyebabkan pendapatan negara merosot.
Kita juga akan menghadapi masalah kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan pelabur luar yang terhad akan  menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan terjejas dan mempengaruhi pembangunan negara Malaysia. Imej negara juga akan terjejas di mata dunia..
Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang tidak mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain. Imej  negara juga akan tergugat kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal seperti yang kita amalkan sekarang.
Dasar luar yang tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara negara dalam semua aspek terutamanya keselamatan. Usaha  menangani keganasan global seperti ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana kurangnya kerjasama antara negara.
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat antarabangsa

Dasar-dasar luar Malaysia telah dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Perkara ini berlaku kerana masyarakat Negara kita amat kukuh mengamalkan  semangat tolong menolong  dengan negara luar tanpa mengira sempadan kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.
Perpaduan ini jelas terbukti ketika bencana alam yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun. Negara kita telah menghantar bantuan perubatan, bantuan kewangan, bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.
Dasar luar Malaysia juga mengutamakan perpaduan, Ini dibuktikan Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Disamping itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka  daripada Israel mengikut lunas- lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) sehingga hari ini.
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara lain.
Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk dikalangan semua negara.
Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar

Malaysia wajar menjalin hubungan baik dengan negara luar untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.  Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.
     Malaysia juga perlu mengadakan hubungan baik dengan negara luar untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Contohnya, dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politiknya melalui konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diperkenalkan. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN.  Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota ASEAN.
            Dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan komuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara Asia dengan mudah dan selamat. Misalnya, Kereta Proton Saga keluaran Malaysia dapat dipasarkan ke negara Republik China. Dengan ini, pendapatan Negara akan meningkat.
            Hubungan yang baik dengan Negara luar juga menjadikan Malaysia mudah dikunjungi ramai pelancong. Hal ini mendorong pertukaran mata wang asing semakin meningkat, Seterusnya dapat menjana ekonomi Negara. Misalnya melalui keanggotaan Malaysia dalam ASEAN, Malaysia telah memperkenalkan tahun melawat Malaysia kepada seluruh negara di Asia Tenggara. Peluang  pekerjaan dalam industri pelancongan juga turut meningkat dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
            Melalui hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang.  Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.
Selain itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu perkembangan dalam bidang sosial negara seperti pendidikan. Misalnya melalui hubungan Malaysia dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC), Malaysia telah dapat membina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk memberi peluang kepada  semua pelajar Islam di dunia supaya dapat menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu, pelajar di negara Islam yang miskin seperti sudan dan Nigeria dapat meneruskan pengajian mereka untuk menuntut imu.
     Menjalinkan hubungan yang baik dengan Negara luar juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun.  Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan negara Malaysia.
Hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat membantu mengekalkan keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa,  Malaysia telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Contohnya dengan menyertai   pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.
     Disamping itu juga, hubungan yang baik dengan Negara luar telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi, menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan semua negara.  Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.  Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.

SOALAN 6


Jelaskan cabaran dan  langkah Malaysia  dalam meningkatkan keberkesanan hubungan  dengan negara luar pada era globalisasi hari ini 
                                                                                    Atau
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarahangsa serta langkah mengatasinya.
                                                                                  Atau
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut?


CABARAN DAN LANGKAH 1
Cabaran pertama adalah dalam  bidang penguatkuasaan   misalnya nelayan Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen terhadap mereka yang ditangkap dan pelupusan kapal  secara “bakar” sering menimbulkan kemelut antara kedua-dua negara. Masalah   tindakan undang-undang  terhadap pendatang   haram dari Indonesia    dan   kes penganiayaan  pembantu   rumah  warga Indonesia  oleh majikan  Malaysia hampir-hampir memusnahkan  hubungan baik yang telah lama terjalin .Cabaran menangani masalan kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.Kesannya peluang untuk rakyat tempatan terhad.
Langkah pertama  ialah dengan kerjasama pasukan keselamatan contohnya rondaan bersama antara pasukan maritim Malaysia dengan Indonesia telah banyak mengurangkan kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini.Begitu juga bantuan ketenteraan Filipina dalam peristiwa pengganas Sulu di Lahad Datu beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.Jelaslah, kerjasama dan penyelesaian krisis antara negara melalui rundingan  telah  dapat mengekalkan keamanan global tanpa perselisihan faham  semua negara 
CABARAN DAN LANGKAH 2
Cabaran kedua ialah jenayah merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah.
Langkah kedua ialah kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga  mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
CABARAN DAN LANGKAH 3
Cabaran ketiga , Isu perebutan wilayah yang masih belum selesai misalnya Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi faktor pengancam kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. cabaran untuk mengekalkan  hak negara. Isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.
Langkah ketiga  ialah negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) .Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan
CABARAN DAN LANGKAH 4
Cabaran keempat Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan  kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan  nilai mata wang Malaysia.Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Langkah keempat  adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik antara negara.Kerjasama perdagangan Malaysia dengan China yang tidak terhenti telah mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara disebalik beberapa krisis yang agak besar.Dari sudut sejarah,keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologi komunisnya.  Tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa.Ini membuktukan dasar keterbukaan Malaysia dengan semua negara.
CABARAN DAN LANGKAH 5
Cabaran kelima  Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat  terhad.
Langkah kelima ialah Penguatkuasaan undang-undang  yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
CABARAN DAN LANGKAH 6
Cabaran keenam untuk mengekalkan hubungan dengan serantau seperti Indonesia, Filipina, Thailand seperti isu pemerdagangan manusia, pencerobohan di Lahad Datu dan pelarian Rohingya
Langkah keenam ialah  Malaysia perlu sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.Prinsip rundingan  dan dasar keterbukaan yang diamalkan bermula pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak mewujudkan keamanan serta kesejahteraan negara kita.Rundingan positif misalnya isu perebutan wilayah sehingga ke mahkamah antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik antara negara tanpa melibatkan krisis persenjataan. Malaysia tetap mengutamakan semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa negara sahabat misalnya menyumbang bantuan kemanusiaan dalam peristiwa Tsunami di Acheh.
Kesimpulannya, setiap cabaran dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan semaksimum mungkin dan menyuarakan pelbagai cadangan-cadangan yang membina sehingga mampu melahirkan sebuah Negara Malaysia yang disegani diperingkat global
SOALAN 7


Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar?


Antara usaha –usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara.Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya.
Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia

Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan  meningkatkan lagi hubungan diplomatik. Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.

Mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan persefahaman  antara Negara. Mengadakan kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .

Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Selain itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan seperti Syria.

Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan  bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala

Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dan lain-lain.Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,

Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat mementingkan hak asasi manusia.

Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan  Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.

NILAI KEJAYAAN / KEJAYAAN / KEBERKESANAN  DASAR LUAR MALAYSIA                                                                        


Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Sistem ini mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar di mana ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun. Pembentukan dasar luar negara secaradinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,politik dan sosial.
Melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis dengannegara – negara jiran seperti konfrontasi Malaysia dengan Indonesia daripada tahun 1963 –1965 selepas pembentukkan Malaysia. Negara berjaya menangani krisis tersebut melaluiperjanjian menubuhkan pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada tahun 1962 yangmelibatkan Malaysia, Philipina dan Indonesia.

Seterusnya, melalui sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukanpendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal inimembuktikan kejayaan negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat mengharumkan nama baik mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Selain itu, melalui dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai pelabur asing denganmenjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun1945. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Kerjasama dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan RECSAM iaitu Pusat Serantau Sains dan Matematik.


Ramalkan/ Andaikan  halatuju  dasar luar negara pada masa hadapan  
Atau
Halatuju dasar luar negara dalam ere globalisasi
Atau
Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi                                                                     


Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi tujuannya untuk mengekalkan keselamatan , keamanan dan kedaulatan negara.Malaysia perlu terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya . Hal ini kerana , dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara.

Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di peringkat global.

Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan Negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.

Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,

Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan bag Negara Dunia Ketiga.

Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.

Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur. Malaysiajuga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya untuk menjaminkedaulatan negara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membukapeluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepundan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di peringkat global.
Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukanmelalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.
Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasiperdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misinegara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikanpertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasibrakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuarauntuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidanganKetua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara

Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.
Atau
Dasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar



Dasar Luar Negara telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang dihormati apabila kerajaan menghantar bantuan kemanusiaan kenegara miskin/bencana seperti Semangat kesukarelawan yang tinggi.
Selain itu tindakan kerajaan Malaysia menghantaran pasukan pendamai ke negara yang berperang di bawah panji-panji PBB ke Namibia telah menyebabkan Negara Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara luar yang lain.
Tindakan kerajaan Malaysia menentang Dasar Aparteid yang mengamalkan diskriminasi kaum di Afrika Selatan secara tidak langsung telah membuka mata Negara besar yang lain akan kemampuan Malaysia dalam mencegah keganasan sesama Negara.
Malaysia juga dihormati kerana menentang keganasan Israel di Palestin melalui pertubuhan OIC dan PBBdisamping Menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perjuangan bangsa Moro untuk mendapat kuasa autonomi
Memperjuangkan keamanan sejagat dengan menentang peperanganNegara Islam yang sederhana serta menjadi contoh dalam hab halalMempunyai 116 pejabat kedutaan di luar negara yang membuktikan Malaysia disenangi semua Negara Diiktiraf dan dilantik sebagai pengerusi pertubuhan antarabangsa seperti NAM.

Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau


Hubungan erat dengan banyak negara menjadikan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong,
Apabila hubungan baik sentiasa terjalin antara negara ini secara tidak langsungmenjadikan pertukaran wang asing semakin meningkat, dengan ini ekonomi negara sentiasa berkembang subur. Peluang  pekerjaan dalam industri pelancongan semakin meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau, denganmenubuhkan ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini   telah mengekalkan kestabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan contohnya antara negara-negara anggota ASEAN

            Hubungan baik menjadikan Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing masuk ke Malaysia . Perkembangan ini membantu mengstabilkan ekomomi negara. Dengan cara ini juga
Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam negara. Kemasukan pelabur asing akan meningkatkan ekonomi negara juga rakan serantau.Contohnya ekonomi Malaysia dan Thailand subur berkembang.

            Dalam bidang sosial pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran siaran televisyen dengan negara ASEAN.Hubungan baik ini menjadikan pertukaran budaya berlaku dengan baik. Pertukaran budaya ini juga akan memperkayakan lagi kesenian dan megeratkan lagi hubungan
baik antara semua. ASEAN semakin berkembang dari segi kebudayaan dan berlaku pertukaran yang melibat seni. Anugerah dan festival sentiasa dianjurkan antara negara anggota.

Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.

Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.


Dasar  luar Malaysia meyumbang kepada Keselamatan dan keamanan dunia dimana Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.. Melalui pengisytiharan ini Malaysia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana blok Barat. Usaha ini bertujuan mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dan larangan kuasa besar mengangkut bahan atau senjata nuklear melalui konsep SEANWFZ.
 Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara
 Negara turut mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
 Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah melalui penghantaran pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq.. Malaysia juga pernah menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea dan pasukan pengaman ke Bosnia.. Malaysia  juga  cuba  mengatasi  masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea dan Malaysia turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih. Malaysia mengusahakan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro( MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi bangsa Moro di selatan Filipina.Malaysia menyokong perjuangan penubuhan negara berdaulat Palestin di PBB. Malaysia menjadi mediator / orang tengah / perantara yang berjaya menyelesaikan konflik di sesebuah negara contohnya Selatan Thailand dan Selatan Filipina.Ini dapat dibuktikan melalui penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global yang berperanan sebagai perantara.
      Penubuhan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah juga membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menguatkan kawalan keselamatan mritim di bahagian Timur Sabah susulan krisis pencerobohan Lahad Datu.
      Selain itu, Malaysia membela dan menyokong hak asasi manusia. Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.. Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara.. Malaysia  mewujudkan  cawangan  Al-Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program keganasan  dan penyeludupan serta pendidikan mengenai konvensyen kanak-kanak. NGO Malaysia terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga. UNICEF bekerjasama dengan Pertubuhan kanak-kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan persekitaran yang terjamin keselamtannya. Kolej Universiti HELP  yang ditubuhkan di Malaysia telah bekerjasama dengan UNICEF untuk membanteras gejala buli di sekolah.
      Malaysia bersama-sama membenteras jenayah antarabangsa . Malaysia    lantang   memerangi    gejala penyalahgunaan dadah dalam satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.
Malaysia turut prihatin dengan isu pemerdaganganmanusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negara
kita telah mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagi
memastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin dan melalui proses pemulihan sehingga
mereka  diintergrasikan  semula  ke  dalam masyarakat. Bagi menyokong usaha memerangi keganasan,
Malaysia juga telah mewujudkan Akta Pencegahan Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undang
Majlis Keselamatan Negara. Hal iini, membolehkan kerajaan dapat mengawal dan mengurus ancaman serta bertindak awal mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Sebagai contoh isu ISIS dan keganasan Daesh.

Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara ?

Malaysia memelihara hubungan diplomatik dengan negara-negara dunia.Malaysia sering mengadakan lawatan rasmi ke negara lain. Contohnya lawatan kerja Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak ke Turki, Arab Saudi ,Jepun,Singapura bagi mengeratkan hubungan antara dua negara.
Malaysia mengekalkan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua
negara. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motor Malaysia.
Mengadakan mesyuarat / perbincangan dalam mengadapi konflik.Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Contohnya Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN mengenai isu keganasan serantau seperti menangani masalah militan DAESH/ISIS

Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara serantau,Contohnya Penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia
(PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.
Menghormati kedaulatan negara lain dan hak asasi manusia, Malaysia tidak mencampuri
hal ehwal dalaman negara lain.Contoh tidak mencampuri isu perbalahan mazhabdi Syria dan pembersihan etnik Rohingya diMyanmar.
Kedaulatan negara diperkukuhkan melalui pertukaran program media massa, pendidikan
dan sains dan teknologi.Contoh rancangan televisyen Radio Televisyen Malaysia(RTM), Rancangan Televisyen Brunei(RTB), Rancangan Televisyen Indonesia(RTI) dan Media Corp Singapura. Pusat
Penyelidikan Sains dan Matematik Asia Tenggara (RECSAM) di Pulau Pinang.


SOALAN 8

CATATAN : Pilih salah satu SAHAJA  daripada EMPAT CONTOH IKTIBAR  yang diberi


CONTOH IKTIBAR 1 (PILIH SALAH SATU )


Iktibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji.


Iktibar yang boleh diambil daripada dasar luar Malaysia ialah pemimpin perlu bijak merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan politik negara, mengekalkan persefahaman dalam hubungan diplomatik dan dapat mengelakkan krisis antara negara. Contohnya dalam menangani isu pendatang tanpa Izin (PATI) yang memasuki sempadan negara dibincnagkan secara rundingan dengan negara terbabit.

Iktibar kepada diri pula, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif untuk bersaing di peringkat antarabangsa .Kita hari ini telah mampu mengeluarkan kereta nasional seperti kereta Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan semua negara dapat mengukuhkan ekonomi negara melalui pengeksportan barangan siap kita ke negara lain.

Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara berada dalam keadaan aman.Kekacauan di negara lain perlu dijadikan iktibar dengan mengukuhkan perpaduan kaum kerana ianya dapat menjamin kemakmuran negara dan mempunyai politik yang stabil.Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membina negara yang maju.

CONTOH IKTIBAR 2 (PILIH SALAH SATU )


Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji


            Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
            Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan memainkan peranan secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
            Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
            Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
            Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
CONTOH IKTIBAR 3 (PILIH SALAH SATU )


Nyatakan iktibar yang diperoleh daripada tugasan yang anda lakukan.


Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita boleh mengambil iktibar bahawa penggubalan dasar luar negara perlu mengambil kira kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contohnya, kita telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
            Kita harus menjalin hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Sebagai contohnya, kita menjalin hubungan dengan negara blok kapitalis dan komunis. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Dengan itu, masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera.
            Kita hendaklah menghormati kedaulatan negara lain. Sebagai contohnya, kita tidak boleh menceroboh dan mencampuri urusan politik negara lain. Tindakan Israel menceroboh negara Palestin adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tersebut perlu diselesaikan agar kestabilan politik dunia terpelihara.
             Kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
            Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara
CONTOH IKTIBAR 4   (PILIH SALAH SATU )


Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji


Iktibar/pengajaran yang diperoleh dari tajuk yang dikaji  ialah  perpaduan dalam kalangan negara anggota wajar diamalkan. Malaysia  perlu menghormati kedaulatan negara lain serta mengekalkan kerjasama  antara negara dalam pelbagai bidang. Pemimpin pula perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah .
Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan pentadbiran sistematik .Malaysia juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan yang baik dengan semua negara.
            Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
            Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia perlu diteruskan oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
            Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
            Semua pihak harus bertanggungjawab menjalankan tugas demi kemakmuran negara. Hal ini kerana melalui dasar luar, negara kita dapat menjalinkan hubungan serantau dengan baik.
            Setiap negara hendaklah menggelakkan daripada mencampuri urusan dalaman negara lain agar dasar-dasar yang digubal dapat dilaksanakan tanpa halangan.
            Kita perlulah berfikiran terbuka dan sedia menerima perubahan yang membawa kepada kebaikan kepada negara agar dapat mengambil manfaat daripada hubungan diplomatik antara negara.
            Semua negara di dunia hendaklah menyokong usaha untuk memelihara keamanan sejagat dan menentang keganasan global.
            Selain itu, semua negara hendaklah menyelesaikan pertikaian secara diplomasi, menggunakan sikap tolenrasi dan meningkatkan kemajuan negara

SOALAN 9


Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :
a)      Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
b)      Nilai murni dan unsur patriotisme yang dapat dihayati
c)      Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang


CATATAN : PILIH MANA-MANA SATU JARI CONTOH JAWAPAN
Jawapan 1

        Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga dapat mengetahui sebab yang mendorong Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk perpaduan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera.
Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan menjadikan negara kita dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi kita berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini menyebabkan negara kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.





Jawapan 2
a)      Pengetahuan yang diperolehi

Pengetahuan yang diperoleh ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Pengetahuan yang diperoleh ialah selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah
menyertai beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa serta memainkan peranan secara aktif dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.

Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengetahuan yang diperoleh ialah penyertaan tentera Malaysia dibawah panji-panji PBB
dengan menghantar tentera pengaman ke Bosnia dan juga Lubnan.

Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia pernah menjadi perantara menyelesaika
Krisis perang Iran-Iraq dan krisis di selatan Filipina

b)     Jelaskan nilai-nilai murni yang bolehditeladani daripada kepimpinan negara dalam
menghadapi cabaran dunia
Nilai murni yang boleh diteladani ialah kerjasama dalam menghadapi jenayah antarabangsa seperti menangani isu pengganas ISIS / DAESH

Nilai bertoleransi dalam menghadapi sebarang masalah.Contohnya isu tuntutan bertindih terhadap PulauBatu Putih dengan membawanya ke peringkat ICJ.

Nilai murni yang seterusnya ialah bijak menangani masalah.Contohnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu di Selatan Filipina

Semangat setia kawan juga merupakan nilai murni yang boleh diteladani.Contohnya menghormati pengisytiharan ZOPFAN oleh anggota ASEAN.

Nilai seterusnya ialah sanggup berkongsi ilmu / teknologi / kepakaran. Contohnya menghantar pekerja/pelajar Malaysia ke Jepun, Korea, China.

Nilai berwawasan seperti kerjasama dalam bidang aero angkasa dengan negara Rusia dan  Amerika Syarikat.Bukti penglibatan ialah pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dan Mejar Dr.Faiz Khalid dalam program tersebut.

Nilai berilmu pengetahuan Seperti tindakan bijak Tunku Abdul Rahman dalam menangani masalah komunis dengan menubuhkan ASA

Nilai bermoral / beretika seperti menyokong usaha-usaha menentang kezaliman
Contohnya Isu Palestin

Nilai bertanggungjawab Seperti bersama-sama dengan negara lain menangani kehilangan pesawat MH370/MH17
Nilai wasatiyah iaitu penyelesaian masalah secara diplomasi dan perbincangan
seperti isu Jerebu / alam sekitar

c)      Jelaskan nilai patriotisme yang boleh diamalkan oleh generasi muda dalam menghadapi cabaran dunia hari ini

Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat cinta kepada negara.Seperti Sheikh Muzaffar diiktiraf sebagai angkasawan pertama negara.

Semangat juang untuk menaikkan nama negara di mata dunia.Seperti kemenangan atlet paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de Jenerio, Brazil 2016.

Semangat jati diri. Seperti Jimmy Choo pereka kasut antarabangsa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Mengekalkan nilai tradisi walaupun menerima pelbagai kemasukan budaya asing.
Seperti Shila Amzah yang popular di China/ Yuna yang berada di Amerika.

Sanggup berkorban untuk negara Seperti Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di tawan
tentera Israel ketika membawa misi keamanan ke Gaza (Women Boat To Gaza)

d)     Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih maju.

Saya berharap agar rakyat Malaysia mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi.
Contohnya Mohamad Nasarudin Mohd Yusof memenangi hadiah Nobel Kemananan daripada Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di Hague, Belanda dalam kemajuan budaya dan saintifik
 Saya berharap generasi muda dapat mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Contohnya Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Saya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada kekacauan dan etidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Contohnya mengambil iktibar daripada peristiwa
cubaan rampasan kuasa tentera di Turki gagal kerana rakyat bersatu hati menyokongkepimpinan Perdana Menteri Erdogan.

Saya berharap rakyat Malaysia menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.Contohnya bantuan makanan dan perubatan ke Filipina dan Acheh.

1 comment:

  1. Cikgu, boleh emailkan dekat saya contoh jawapan sejarah kertas 3? @cikgusarah

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6