Kertas 3 SPM 2016

Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia selepas merdeka hingga kini.
5 markah
Isi dan Huraian
2. Kepentingan penggubalan dasar luar Malaysia.
10 markah
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.
25 markah
4. Perkembangan dasar luar Malaysia tahap pertama hingga tahap ketiga.
20 markah
5. Manfaat terhadap Malaysia melalui hubungan baik dengan Negara luar.
10 markah
6. Peranan Malaysia dalam mengukuhkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
10 markah
7. Kebaikan Malaysia dalam mengamalkan dasar berkecuali dalam konteks hubungan antarabangsa.
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah



Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1. Pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia selepas merdeka hingga kini.

a.       Komanwel
b.      PBB
c.       NAM
d.      Negara-negara Selatan
e.       OIC
5 markah
Isi dan Huraian
2. Kepentingan penggubalan dasar luar Malaysia.

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.
(b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.
(c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
(d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
(e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

10 markah
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.


Faktor sejarah
·                Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
·                 Contoh China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
·                 Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan
·                 Pada masa ini terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
·                 Contoh hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
·                 Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan  Britain dan negara
·                Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand
·                 Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
·                 Ancaman ini menggugat keselamatan Malaysia
·                 Keadaan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis
·                 Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
·                 Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan

·         Faktor ekonomi
·                 Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas
·                 Malaysia juga menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan ekonominya
·                 Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar bijih timah dan getah
·                 Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara maju seperti  Britain dan Amerika Syarikat
·                 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran juga modal dari negara-negara tersebut
·                 Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing
·                 Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.
·                 Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea
·                 Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. 

Faktor politik
·                 Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip keamanan sejagat
·                 Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.
·                 Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau AsiaBarat
·                 Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip  dan Piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia
·                 Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

·         Faktor geografi
·                 Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
·                 Malaysia bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei
·                 Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
·                 Dengan ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia

·         Faktor demografi
·                 Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel disebabkan dasar Negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin
·                 Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
·                 Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkanMalaysia menentang dasar Apartheid
·                 Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Afrika Selatan sehinggalah Afrika Selatan menghapuskan Dasar Apartheid
·                 Faktor kepelbagaian kaum di Malaysia mempengaruhi hubungan serantau Malaysia
25 markah
4. Perkembangan dasar luar Malaysia tahap pertama hingga tahap ketiga.

. Pada tahap pertama, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
2. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970) berdasarkan kepada faktor politik, ekonomi, dan sosial.
3. Faktor politik yang berkaitan dengan ancaman komunis di Asia Tenggara serta Parti Komunis Malaya di dalam negara, mendorong Malaysia meminta bantuan dari negaranegara Komanwel, iaitu Britain, Australia, dan New Zealand.
4. Sebagai usaha untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis, satu perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dilaksanakan pada tahun 1956.
5. Melalui perjanjian ini, British akan memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara.
6. Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian:
(a) Perjanjian dengan Thailand dan Filipina melalui pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961.
(b) Perjanjian MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina.
(c) Perjanjian ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura.
7. Dari segi ekonomi, Malaysia amat bergantung kepada Britain kerana
(a) Malaysia terlibat dalam anggota blok sterling dalam menjalankan perdagangan melalui nilai mata wang paun sterling.
(b) Malaysia memberi tumpuan pada hasil bijih timah dan getah kerana permintaan dari negara Barat seperti Britain.
(c) Britain masih menguasai ekonomi Malaysia melalui sistem perladangan dan perindustrian.
8. Malaysia membina rangkaian dagangan dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman bagi mengurangkan pergantungan serta mencari pasaan baru.

1. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
2. Dasar Malaysia berubah kerana kurangnya peranan AMDA serta pengaruh Britain di Timur.
3. Selain itu, disebabkan juga oleh pergolakkan di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
4. Dalam mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) dengan negara anggota ASEAN.
5. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis, iaitu China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, dan Mongolia.
6. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vitnam pada tahun 1976.
7. Malaysia mengatasi masalah pelarian Vietnam dengan bantuan negara jiran.

1. Malaysia menekankan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan, dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.
2. Malaysia mengadakan hubungan dengan negara-negara ASEAN, misalnya melalui penyelesaian masalah krisis Vietnam dan Kampuchea.
3. Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur melalui Jepun dan Korea Selatan dengan mengambil dan menerima pakai nilai-nilai murni seperti semangat cinta akan negara, kesungguhan dalam pekerjaan serta etika pengurusan kerja yang baik.
4. Mengadakan hubungan dua hala melalui lawatan ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean, dan Pasifik Selatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam lawatan tersebut, misi perdagangan serta perjanjianperdagangan dua hala yang menguntungkan dititikberatkan.
 Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Selepas merdeka,
Malaysia terlibat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan, dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
20 markah
5. Manfaat terhadap Malaysia melalui hubungan baik dengan Negara luar.
10 markah
6. Peranan Malaysia dalam mengukuhkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
10 markah
7. Kebaikan Malaysia dalam mengamalkan dasar berkecuali dalam konteks hubungan antarabangsa.
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah
Kesimpulan
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan Negara dan bangsa Malaysia.
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah








Comments