Sunday, 20 October 2013

cadangan jawapan kertas 3

Soalan 1 :Pengenalan
Jelaskan latar belakang hubungan serantau yang dijalankan oleh Malaysia.

     Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain    Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.    Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

Soalan 2 a   Huraikan faktor yang menjadi asas pengubalan dasar luar Malaysia.   (15 markah)



Faktor Sejarah

Hubungan Kerajaan Melaka dengan China/Arab/Siam/ Kepulauan Melayu telah lama berlaku

Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu sejak sekian lama seperti Indonesia/Brunei/Filipina.

Setelah merdeka, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel

Malaysia diancam oleh fahaman komunis

Menggugat keselamatan Malaysia.

Mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat / antikomunis

Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan



Faktor ekonomi.

Mengamalkan pasaran bebas dengan negara-negara lain di dunia

Malaysia negara pengeluar utama bijih timah / getah

Terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju.

Setelah merdeka, beberapa langkah diambil bagi menggalakkan pelaburan

Diharapkan dapat meningkatkan ekonomi 

menyediakan peluang pekerjaan

Melalui Dasar Pandang ke Timur, kemasukan pelabur dari Jepun / Korea digalakkan

Menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun

Menjalin hubungan baik dengan negara-negara  Islam/OIC



Faktor politik

Berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat

Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain

Berpegang teguh prinsip-prinsip / piagam PBB

Bagi memelihara keamanan dunia

Menyokong semua resolusi PBB



Faktor geografi

kedudukan yang strategik di Asia Tenggara

Bersempadan dengan negara di rantau ini

Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal dagang

Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi Malaysia



Faktor demografi

Hubungan diplomatik dengan negara Islam

Sejajar dengan penduduknya majoriti beragama Islam

Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel

Negara berkenaan menceroboh/ menindas pribumi Palestin

Menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan

Tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan



b.     Jelaskan perkembangan hubungan serantau yang dijalankan oleh Melaysia  
         melalui pertubuhan berikut;
:
(a)  Persatuan  Negara Asia Tenggara   (ASA)10 markah

Tunku Abdul Rahman telahmencadangkan penubuhan ASA. Cadangan ini dibuat berikutan ancaman komunis. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkanmereka melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis juga berlaku  di negara jiran terutamanya Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. Thailand dijadikan sebagai pangkalan gerakan gerila . Ini menyukarkan kedua-dua negara melemahkan dan menghapuskan gerakan komunis..Dalam masa yang sama Filipina turut diancam komunis.. Malaysia imengadakan kerjasama dengan negara jiran bagi membendung ancaman ini.
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat didakan di Bangkok antara Malaysia,Thailand dan Filipina,hasilnya ASAtelah ditubuhkan. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.Matlamat penubuhan ASA termasuklah menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Akhir sekali mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negra anggota.
Malangnya ASA  tidak bertahan lama kerana tercetus pertelngkahan Malaysia denga Filipina berkaitan isu penubuhan persekutuan Malaaysia pada tahun 1963.

(b) Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)          5/10 Markah

Pertubuhan ini dianggotai Malaysia,Filipina dan Indoneesia. MAPHILINDO merupakan cantuman nama ketiga-tiga negara tersebut. Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan negra anggota tersebut.. Ini berlaku berikutan cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana Sukarno menganggap ia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Filipina pula menentang kerana menuntut Sabah adalah sebahagian daripada mereka.
    Ketiga-tiga negara tersebut telah mengadakan runding bagi menyelesaikan pertelinkahan tersebut. Yang akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Pertubuhan ini sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapaatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaaysia.PBB telah menghantarLawrence V Michael More untuk meninjau pandangan rakyat.Hasilnya majoriti rakyat kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia.Walau bagaimanapun Indonesia dan Filipina tidak puas hati dan terus menentang pembentukan Malaysia. Akhirnya pertubuhan ini gagal berfungsi.

(c)  Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)15 markah

Pertubuhan ini  diwujudkan hasil termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967. Pertubuhan ini dikenali Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN. Maatlamatnya termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara,membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial  dan kebudayaan. Ia juga untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melali kerjasama dalambidang pertanian,perdagangan dan perindustrian. Ia juga membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuaan atau pertubuhan serantau dan antarabanagsa.
Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.Jumlah anggota bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara Asia Tenggara nenjadi anggota. Negara-negara tersebut ialah Vietnam, Myanmar. Brunei, Laos,Kampuchea. Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di zon Asia Tenggara.
    Logo ASEAN terdiri daripada sepuluh tangkai padi mempamerkan impian pengasasana ASEAN iaitu sepuluh buah negara di asia Tenggara. yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan. Bulatan pula membayangkan semangat bersatu padudalam ASEAN. Moto ASEAN adalah keamanan, ketabilan, Kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran. Terdapat pelbagai tugasan ASEAN termasuk mengadakan persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN setahun sekali. Mereka mengadakan mesyuarat Menteri-Menterri Ekonomi ASEAN dua tahun sekali. Sidang kemuncak ASEAN akan diadakan mengikut keperluan. Sekretariat ASEAN berada di Jakarta. ASEAN mempunyai dua jawatankuasa tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa Tetap Ekonomi. Jawatankuasa Tetap Sosial terdiri daripada JK Kebudayaan dan Penerangan,JK Sains dan Teknologi dan JK Pembangunan dan Sosial. JK Tetap Ekonomi terdiri daripada JK Keangan daan Urusan Bank,JK Perindustrian,Galian dan Tenaga serta JK Perhubungan dan  Pengangkutan. Ia juga terdiri daripada JK Makanan,Pertanian dan Perhutanan. Asean juga telah menubuhan ZOPFAN padathun 1984.ZOPFAN bermaksud Zon Bebas Senjata Nuklear.

Mungkin a dan b atau b sahaja
Soalan 3
Huraikan  peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau sejak menyertainya

Sumbangan tersebut  adalah  menjamin kestabilan politik serta menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Malaysia juga telah mewujudkan pusat  latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk sains dan matematik(RECSAM) di pulau Pinang.Kita juga yelah menyelesaikan pertelingkahan tentang pembentukan Malaysia dengan Filipina dan Indonesia.
Negara kita juga telah memberikan sumbangan terhadap masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dan berjaya meningkatkan ekonomi serta taraf hidup penduduk.Malaysia juga bertukar-tukar pandangan melalui mesyauarat dan  persidangan yangdisertai.  Kita juga menghadiri serta menyertai mesyuarat CHOGM atau  ketua-ketuakerajaan Komanwel .Sumbangan Malaysia  juga dengan menjadi tuan rumah mesyuaratCHOGM di Kuala Lumpur Negara kita juga terlibat dalam pembentukan ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpurpada bulan November 1971. Kita juga akur dengan ketetapanDeklarasi Langkawi. Sumbangan berikutnya adalah dengan menganjurkan sukan SEAdisamping menyertai sukan tersebut. Kita telah membantu membentuk kerajaan DemokratikCampuran Kampuchea dan dipersetujui oleh Vietnam.
       Malaysia telah membina projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu. Kita juga telah menyumbangkan idea terhadap penubuhan AFTA diSidang Kemuncak ASEAN di Singapura. Tambahan pula kita talah mengemukakan idea kerjasama ekonomi yang melibatkan China.idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dan dinamakan EAEC.Negara kita  turut menyubangkaan idea dalam pendidikan iaitu dengan penubuhan Pertubuhan Menterri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO). Penglibatan Malaysia dalam bidang kebudayaan dibuktikan dengan mengadakan festival kebudayaan dan kesenian  dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN..Malasia juga mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio

Soalan 4
Terangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu perjuangan pertubuhan ASEAN

Kita  dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial  Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi bantuan teknikal  dan pendidikan kepada negara-negara anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.   

Soalan 5
Menilai
Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di Asia Tenggara telah  menjadi pemangkin kepada kejayaan negara . Jelaskan kejayaan tersebut.

Keamanan negara terjamin
Kedaulatan negara terpelihara
Perkembangan ekonomi
Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA
Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear
Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis
Menjalin hubungan bilateral / multilateral
Malaysia menjadi hab halal
Mewujudkan pasaran bebas
Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM
Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
Menganjurkan sukan SEA
Mana-mana munasabah

Soalan 6
Malaysia terkenal dengan pelbagai idea bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan serantau .  Apakah cadangan anda untuk mengekalkan keamanan serantau?

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar
Tidak menganggotai pakatan tentera
Berpegang pada piagam PBB
Bekerjasama dalam semua bidang/politik/ekonomi /sosial
Menghormati prinsip negara luar
Mewujudkan semangat patriotisme di Malaysia
Memupuk perpaduan antara kaum
Mengelakkan perdebatan isu-isu sensitif
Memilih pemimpin yang berwibawa
Memberi penekanan terhadap nilai keagamaan/moral
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan bulan keamanan
Mengamalkan konsep Satu Malaysia
Mengamalkan semangat kekitaan/ muhibbah
Menganjurkan program RIMUP

Soalan 7
Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau

Bijaksana  , Bekerjasama  ,Perundingan/musyawarah ,Berusaha,Permuafakatan
Perpaduan kaum/bersatu padu,Kerjasama kaum,Bertolak ansur,Demokrasi

Sila rujuk Buletin
 Ed 1,2 dan 3
 
Tidak berputus asa,Tabah menghadapi cabaran
Semangat meneroka,Berwawasan,Berdikari
Inovatif dan kreatif,Pemikiran terbuka
Kekalkan keamanan,Pentadbiran teratur

Soalan 8

Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan /cadangan untuk masa depan dunia yang lebih aman dan makmur 
Sertakan 1 isi bagi setiap satu isu (pengetahuan,diri,bangsa,negara,harapan, cadangan)

Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar
Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara

Sila rujuk Buletin
 Ed 1,2 dan 3
 
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara
Mempertahan kedaulatan negara
Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai bidang
Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua bidang
Malaysia menjadi negara maju / makmur
Taraf kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia



No comments:

Post a Comment