Perpaduan Bab 8 Ting 5

AKTA BAHASA KEBANGSAAN

Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu

·         Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka                                          
·         Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
·         Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa              
·         Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah               
·         Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967                                     
·         Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat                                               
·         Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977                                  
·         Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris                                                           
·         Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

            Sejarah penubuhan :

·         Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971

            Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :         

·         Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
·         Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan               
·         Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan         
·         Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
·         Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
·         Mempertingkat  kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi

            Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan       :

·         kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
·         unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
·         Islam sebagai unsur yang terpenting



SUKAN UNTUK PERPADUAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita

·         penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi      
·         dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
·         aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
·         aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
·         Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan                                                                             
·         Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali   
·         SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri                                                                                                                
           
WAWASAN 2020

Maksud Wawasan 2020 :

·         Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
·         Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1981

Matlamat wawasan 2020

·         Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding  dengan negara maju   
·         Menitikberatkan kemajuan bersepadu

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :

·         perpaduan rakyat
·         kestabilan politik
·         ketinggian taraf hidup
·         kekukuhan nilai moral dan etika
·         kekukuhan sistem kerajaan
·         ketinggian maruah bangsa
·         semangat yakin diri bangsa

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :

·         Cabaran Pertama :    Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
§  Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan  Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
§  Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
§  Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

·         Cabaran Kedua :       Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram              
                                          dan berkeyakinan
§  Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat  bangsa dan negara
§  Musuh negara mudah ditangkis

·         Cabaran Ketiga :       Memupuk dan membina masyarakat
                                          demokratik yang matang
§  masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
§  menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
§  perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu

·         Cabaran Keempat:    Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan
                                          beretika
§  diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat  berbudaya unggul
§  kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
§  keberkesanan sistem pendidikan
§  keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
§  penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis

·         Cabaran Kelima :      Mewujudkan masyarakat yang matang ,
                                          liberal dan bertoleransi
§  masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak  secara melulu
§  masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
§  dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan

·         Cabaran Keenam :    Membina masyarakat yang maju dan saintifik
§  masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk  membina kecemerlangan
§  penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
§  mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif

·         Cabaran Ketujuh :     Mewujudkan masyarakat berbudaya
                                                penyayang
§  dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
§  masyarakat yang tidak individualistik
§  meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
§  asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan

·         Cabaran Kelapan :    Menjamin masyarakat yang adil dan saksama
                                          ekonominya
§  Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
§  Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat

·         Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat
                                             makmur
§  Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
§  tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
§  pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi

Tanggungjawab pelajar  dalam merealisasikan Wawasan 2020

·         mengekalkan perpaduan
·         saling memahami dan menghormati                                                 
·         memiliki daya kreatif dan inovatif
·         bersikap terbuka        
·         bangga dengan apa yang dicapai
·         menghayati Falsafah Pendidikan Negara     
·         berusaha mengekalkan kemajuan negara    

·         menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang

Comments