Dasar Luar Malaysia

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman ( 1957 – 1970 )

·                     Dasar pro-Barat yang antikomunis
·                     Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
·                     Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
·                     Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
·                     Malaysia mendapatkan bantuan  pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
·                     Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
·                     Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
·                     Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
            Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
·                     Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
·                     kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
·                     terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
·                     Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
·                     Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.


  Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak  (1972 -1976) & Tun Hussein  ( 1976 – 1981 )

·                     Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
·                     Perubahan ini  disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh  Britain di timur
·                     Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
·                     Mengisytiharkan ZOPFAN
·                     Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
·                     Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.


Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 – 2003)

·                  Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
·                  Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
·                  Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
·                  Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
·                  lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
·                  Melalui siri lawatan ini,Malaysia  menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.

·                  Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.

Comments