Sistem Pemerintahan

KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .

·         Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
·         Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
·         Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia

Senarai Persekutuan

Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya

  • Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
  • Pertahanan
  • Keselamatan dalam negeri
  • Pentadbiran dan keadilan
  • Kerakyatan negara
  • Pilihanraya negara
  • Kewangan
  • Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
  • Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
  • Jabatan Ukur, penyelidikan
  • Kerja raya dan tenaga pusat
  • Pelajaran
  • Kesihatan
  • Keselamatan buruh dan sosial
  • Orang Asli
  • Hal-hal lain

 ( b ) Senarai Negeri

Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya

·         Undang-undang Islam
·         Tanah
·         Pertanian dan perhutanan
·         Kerajaan Tempatan
·         Perkhidmatan tempatan
·         Kerajaan negeri
·         Hari cuti negeri
·         Undang-undang negeri

Senarai Bersama

Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

  • Kebajikan sosial
  • Biasiswa
  • Taman Negara
  • Perancangan bandar dan wilayah
  • Penjagaan haiwan
  • Kesihatan dan kebersihan awam
  • Parit dan tali air
  • Pemulihan
  • Hiburan awam
  • Perhubungan

Rumusan

  • Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
  • Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
  • Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.

PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI.

( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

  • Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
  • Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
  • Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
  • Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri. 

( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri

  • Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
  • kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
  • Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
  • Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat undang-undang negeri


Comments