Friday 8 April 2016

Kejayaan Malaysia

Kejayaan Msia dr sudut Politik :
1. Kebijaksanaan pemimpin mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
2. Melahirkan pemimpin yang bertaraf dunia.
3. Memantapkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara melalui ZOPFAN.
4. Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa melalui PBB.
5. Menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa/ komanwel/ OIC/ NAM membincangkan masalah global.
7. Menentang dasar apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.



Kejayaan Msia dr sudut Ekonomi :
1. Hab makanan halal Msia menjadi rujukan dunia dalam pemakanan.
2. Negara perintis hab kewangan Islam melalui sistem perbankan Islam.
3. PETRONAS menyumbangkan kepakaran dalam aktiviti cari gali minyak dan gas.
4. Msia merupakan antara negara pengeluar utama getah dan kelapa sawit.
5. Pembinaan MSC untuk memesatkan pembangunan internet.
6. Kemajuan industri bioteknologi berasaskan getah dan kelapa sawit.
7. FELDA menjadi contoh Negara-negara Dunia Ketiga dalam pembangunan tanah untuk pertanian.

Kejayaan Msia dr sudut Sosial :
1. Universiti tempatan menjadi antara pilihan utama pelajar-pelajar dari luar negara.
2. Pembinaan UIAM.
3. Keharmonian hidup pelbagai kaum menjadi contoh.
4. Menganjurkan Sukan Komanwel.
5. Mendapat pengiktirafan dunia dengan dilantik sbg pengerusi UNESCO.
6. Berusaha melahirkan modal insan yang berkualiti melalui PPPM (2013-2025)

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6