Tuesday 5 April 2016

Sejarah Muar


SEJARAH NAMA JALAN
DI BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA

BIL.
NAMA JALAN
SEJARAH PENAMAAN
CATITAN
1
Jalan Maharani
Mengambil sempena nama Maharani Fatimah isteri Maharaja Abu Bakar (kemudiannya Sultanah Fatimah)
Penduduk tempatan memanggil Jalan No.1
2
Jalan Abdullah
Sempena nama Dato’ Abdullah bin Jaffar, Pesurohjaya Kerajaan Muar yang berkhidmat pada 1905 – 1912. Dato Abdullah kemudiannya menjadi Menteri Besar Johor Ke 3 [17.9.1923 – September 1928]
Penduduk tempatan memanggil Jalan No.2
3
Jalan Meriam
Sempena nama Tunku Mariam anakanda DYMM Sultan Abu Bakar
Penduduk tempatan memanggil Jalan No.3.
4
Jalan Ali
Sempena nama Ungku Ali, Pesurohjaya Kerajaan Muar yang berkhidmat pada 1922 – 1926
Penduduk tempatan memanggil Jalan No.4
5
Jalan Arab

Penduduk tempatan memanggil Jalan No.5
6
Jalan Sulaiman
Sempena nama Ungku Sulaiman bin Daud, Resident Commissioner Muar berkhidmat pada 1884

7
Jalan Salleh
Sempena nama Dato’ Mohamad Salleh bin Perang, Dato’ Bentara Luar. Resident Commissioner Muar pada 1890
Pembesar Negeri yang bertanggungjawab membuka Bandar Maharani pada 1885.
8
Jalan Temenggong Ahmad
Sempena nama Tunku Temenggong Ahmad, Pesuruhjaya Kerajaan Muar berkhidmat pada 1929 -1936. Beliau adalah anakanda DYMM Sultan Ibrahim

9
Jalan Abdul Rahman
Sempena nama Ungku Abdul Rahman adinda kepada Maharaja Abu Bakar

10
Jalan Petrie
Sempena nama Tunku Puteri  anakanda kedua DYMM Sultan Abu Bakar

11
Jalan Omri
Sempena nama Ungku Omar bin Ungku Ahmad, Hakim Muar dilantik pada 1895

12
Jalan Majidi
Sempena nama Ungku Abdul Majid

13
Jalan Sayang
Sempena nama kapal wap Sayang’ kepunyaan DYMM Sultan Abu Bakar yang digunakan semasa keberangkatan ke Muar

14
Jalan Sisi
Sempena nama kapal wap  Si Si’  yang kerap singgah di Jeti Muar bagi tujuan perdagangan, belayar antara Melaka dan Singapura

15
Jalan Junid
Sempena nama Orang Kaya Jonid bin Ibrahim, Pembesar Padang. Beliau membuka jalan tersebut iaitu bermula dari persimpangan empat Tadah Utara hingga ke Parit Bakar.
Beliau berjaya memujuk Temenggong Muar (Temenggong Ismail) yang duduk di Segamat supaya berunding dengan Sultan Abu Bakar dan akhirnya Kesang dapat disatukan dengan Johor tahun 1879



No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6