Wednesday 7 October 2015

Kertas 3 Bab 2 Tingkatan 5

TUGASAN SPESIFIK

Pengorbanan pejuang-pejuang tanah air untuk mempertahankan kedaulatan negara sewajarnya dicontohi oleh generasi hari ini bagi meneruskan kesinambungan sebuah negara dan bangsa yang dihormati.

Bincangkan perjuangan tokoh-tokoh tempatan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1.      Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

  5 markah
Isi dan huraian
  1. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu.

25    markah
  1. Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British:
a)      Rentap                                                                   (10 markah)
b)      Tok Janggut                                                          (10 markah)

20    markah
  1. Manfaat yang diperolehi oleh rakyat Malaysia menghargai dan menghayati perjuangan pemimpin tempatan.

10    markah
  1. Peranan anda sebagai pelajar untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di sekolah.

10    markah
  1. Kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.

10    markah

  1. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat nasionalisme.   

10    markah
8.      Iktibar yang diperolehi daripada perjuangan tokoh tempatan dalam mempertahankan tanah air.

 5 markah
Kesimpulan
      9.    Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
a)      Pengetahuan yang diperoleh.
b)      Nilai / unsur patriotisme berdasarkan tajuk.
c)      Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan terbilang.

5 markah

                                                                          



JAWAPAN KERTAS 3 / 2015

Soalan : Bincangkan perjuangan tokoh-tokoh tempatan dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

Soalan
Isi dan Huraian
1
Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
F1  Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-apa sahaja bentuk   
       tekanan atau pen jajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
F2  Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.
F3  Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad
       ke-19.
F4  Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20.
F5  Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
F6  Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka
      daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar .
F7  Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/ Dato' Maharaja Lela/Rentap/Mat Salleh.
(Maksimum : 5 markah)
2
Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu.

H1a Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di Tanah Melayu.
H1b Penguasaan politik yang luas.
H1c Menyebabkan kawasan jajahan terikat dengan undang-undang dan peraturan.
H1d Memudahkan British berkuasa tanpa halangan daripada banyak pihak.
H1e Berasa tergugat dengan dasar peluasan kuasa British.
C1a Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British.
C1b Naning dipaksa membayar ufti.
H2a British juga memaksa penduduk tempatan supaya mengguna pakai sistem pentadbiran British.
H2b British memperkenalkan pelbagai jenis cukai.
H2c Undang-undang dan peraturan tanah yang membebankan penduduk tempatan.
H2d Penduduk menentang peraturan yang dikenakan.
C2a Di Terengganu setiap tanah yang dibuka mesti dapat izin British.
H3a Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran di kawasan mereka yang dilantik
        oleh sultan.
H3b Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya.
C3a Seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
H3c Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.
H3d Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong
        mereka menentang British.
H4a British berhasrat menguasai ekonomi tempatan.
H4b Penguasaan untuk kepentingan mereka sendiri.
H4c Membuat perjanjian dengan pemimpin tempatan.
C4a Bertujuan membenarkan saudagar Negeri-Negeri Selat menjalankan aktiviti perlombongan dan
        perdagangan bijih timah.
H4d Menyebabkan kemarahan penduduk .
F5   Kesusahan Rakyat
H5a Perubahan yang dibuat oleh British telah membebankan penduduk tempatan.
H5b Menyebabkan rakyat tidak bebas .
C5a Beban cukai yang menyusahkan.
C5b Layanan kasar pegawai British
F6   Campur Tangan dalam Adat Tempatan
H6a Sikap British yang mencampuri urusan dan adat tempatan orang Melayu.
H6b Membangkitkan kemarahan penduduk tempatan.
C6a Contohnya JWW Birch yang memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang
        berbeza dengan budaya masyarakat tempatan .
H6c Campur tangan dalam pertikaian daerah/negeri
(Maksimum : 25 markah)
3
Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British.
i)Rentap
F1  Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga
      Skrang.
F2  Kerana tindakan Brooke yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang.
F3  Dianggap sebagai lanun.
F4  Berjaya mengusir Brooke.
F5  Brooke membalas dengan membakar kampung mereka.
F6  Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan bina kubu.
F7  Rentap terus diserang oleh pasukan Brooke.
F8  Pada tahun 1861, tentera Brooke berjaya mengalahkan Rentap.
F9  Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai.
F10  Serangannya semakin lemah.
(Maksimum : 10 markah)
ii)Tok Janggut
F1  Penentangan berlaku di Pasir Puteh pada 1910 apabila sistem penasihat British diperkenalkan.
F2  Penentangan dikenali sebagai kebangkitan Tok Janggut.
F3  British paksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan .
F4  Pembesar tempatan kehilangan kuasa di kawasan mereka.
F5  Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dilarang memungut cukai.
F6  Cukai tanah baharu yang diperkenalkan Inggeris menekan kehidupan rakyat.
F7  Layanan kasar daripada pegawai kerajaan terhadap penduduk tempatan.
F8  Tok Janggut membantah pelaksanaan cukai dan enggan bayar cukai tersebut.
F9  Bantahan Tok Janggut tidak dilayan.
F10 Arahkan Sarjan Che Wan menangkap beliau tetapi gagal.
F11 Che Abdul Latif (pegawai daerah Pasir Puteh) cuba patahkan kebangkitan Tok Janggut namun gagal.
F12 Pada tahun 1915, pembesar Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak
       dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
F13 Sebuah kerajaan sementara dibentuk.
F14 British membawa masuk pasukan tentera dan mendarat di Tumpat.
F15 Pada Mei 1915, memulakan serangan di Saring.
F16 Berjaya menumpaskan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
F17 Penggunaan senjata moden dan tersusun.
F18 Tok Janggut terbunuh dan mayatnya digantung terbalik di pasar.
F19 Amaran kepada penduduk yang cuba menentang British.
(Maksimum : 10 markah)
4
Manfaat yang diperolehi oleh rakyat Malaysia menghargai dan menghayati perjuangan pemimpin tempatan.
F1  Bersemangat patriotisme.
F2  Memupuk perpaduan antara kaum.
F3  Hebat jati diri.
F4  Berwawasan.
F5  Berdisiplin.
F6  Mematuhi undang-undang.
F7  Berilmu pengetahuan,
F8  Tidak putus asa.
F9  Semangat bekerjasama.
F10 Sanggup berkorban.
F11 Menjaga keamanan dan kedaulatan negara.
F12 Jawapan yang munasabah diterima.
 (Maksimum : 10 markah)

5

Peranan anda untu memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di sekolah.

F1  Mempelajari sejarah dengan bersungguh-sungguh.
F2  Menghayati nilai murni melalui Pendidikan Moral/ Sivik dan Kewarganegaraan.
F3  Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan (KST).
F4  Berbangga sebagai warganegara.
F5  Menganggotai Majlis Kepimpinan Pelajar.
F6  Menyertai aktiviti badan beruniform.
F8  Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 1M1S.
F9  Memupuk semangat perpaduan.
F10 Lawatan sambil belajar.
F11 Mengibarkan Jalur Gemilang.
F12 Menghayati Rukun Negara.
F13 Menubuhkan galeri sejarah sekolah.
F14 Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
F15 Jawapan yang munasabah diterima.
(Maksimum : 10 markah)
6
Kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.

F1  Rakyat berpecah belah.
F2  Keamanan dan keharmonian negara terancam.
F3  Lahirnya individu yang pentingkan diri sendiri.
F4  Ekonomi tidak berkembang.
F5  Kemakmuran negara tergugat.
F6  Pertumbuhan ekonomi tergendala.
F8  Pembangunan negara terbantut.
F9  Kedaulatan negara akan terancam.
F10 Imej negara akan terjejas.
F11 Campur tangan kuasa asing.
F12 Politik tidak stabil.
F13 Pentadbiran akan kucar kacir.
F14 Rakyat tidak menghormati pemimpin.
F15 Demonstrasi jalanan berleluasa.
F16 Masyarakat hilang jati diri.
F17 Minda masyarakat dijajah.
F18 Terpengaruh dengan budaya asing.
F19 Budaya lepak dan rempit.
F20 Jawapan yang munasabah diterima.
 (Maksimum : 10 markah)
7
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mememupuk semangat nasionalisme.   

F1  Belajar mata pelajaran Sejarah penuh penghayatan.
F2  Hayati nilai-nilai dalam Pendidikan Moral / Sivik dan Kewarganegaraan.
F3  Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan.
F4  Menghayati Rukun Negara.
F5  Menganjurkan kempen kesedaran cinta kan tanah air.
F6  Menjayakan konsep 1 Malaysia.
F8  Program Latihan Khidmat Negara.
F9  Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
F10 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
F11 Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA).
F12 Konsep rumah terbuka setiap musim perayaan.
F13 Pengagihan ekonomi secara seimbang.
F14 Menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia.
F15 Menyertai sambutan hari kebangsaan.
F16 Jawapan yang munasabah diterima.
 (Maksimum : 10 markah)
8
Iktibar yang diperolehi daripada perjuangan tokoh nasionalisis tanah air.

F1  Kepimpinan yang berwibawa
F2  Bertindak bijak untuk manfaat semua pihak
F3  Mempertahankan kedaulatan negara.
F4  Sikap terbuka untuk menerima pandangan
F5  Kepentingan ilmu dalam kehidupan sebagai asas kejayaan
F6  Dapat memperkukuhkan negara
F7  Mengutamakan kepentingan negara
F8 Jawapan yang munasabah diterima.
 (Maksimum : 5  markah)
9
Rumusan
Pengetahuan
F1 Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar
      belakang bangkit menentang penjajah.
F2 Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.
F3 Jawapan yang munasabah diterima.
Nilai/ unsur patriotisme
F1 Berani mempertahankan negara.
F2 Berusaha membangunkan negara.
F3 Jawapan yang munasabah diterima.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
F1 Memiliki semangat cinta akan negara supaya dapat bersama-sama menjayakan Program
     Transformasi Kerajaan.
F2 Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara
     maju menjelang tahun 2020.
F3 Jawapan yang munasabah diterima.
(Maksimum : 5 markah)

                        

4 comments:

  1. cikgu.boleh send kertas 3 ini kepada saya?
    tangxiaohui98@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cekgu.....Banyak membantu.....

    ReplyDelete
  3. Cikgu,boleh send kertas ini kpd saya?
    christina_lim@live.cn

    ReplyDelete
  4. Cikgu,boleh send kertas ini kpd saya?
    christina_lim@live.cn

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6