Thursday 10 October 2013

Zaman Gelap

  1. Zaman Gelap
-       Maksud Zaman Gelap
-       Ciri-ciri Zaman Gelap ( politik, ekonomi dan sosial )
-       Persamaan Zaman Gelap dengan Masyarakat Feudal Melayu
-       Cara menghidari berlakunya kemunduran negara / masyarakat

ZAMAN GELAP DI EROPAH
                                                 
a)         Maksud Zaman Gelap
  • Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
  • merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran
b)         Ciri-ciri zaman gelap

Politik

·         Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
·         Berlaku huru-hara
·         Kemunculan golongan Baron
·         Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
·         Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
·         Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
·         Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
·         Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
·         Pembentukan sistem feudal 
·         Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
·         Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana

Ekonomi

·         Kegiatan ekonomi terhad 
·         Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
·         Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
·         Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
·         Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
·         Perniagaan secara kecil-kecilan
·         Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
·         Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad

Sosial

·         Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
·         Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
·         Kemerosotan kehidupan perbandaran
·         Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan

c)         Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan ( Perubahan- perubahan )

  • Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
  • Gereja menjadi ejen penyatuan
  • Peningkatan aktiviti pertanian
  • Kemunculan perdagangan
  • Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
  • Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
  • Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
  •  Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
  • Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
  • Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah

d)         Persamaan  sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional


  • Raja menjadi penaung dalam negara
  • Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar
  • Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
  • Pembesar memberi khidmat kepada raja
  • Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar

9 comments:

  1. Thanks a lot!
    What you have posted here has not be in vain!
    Read and revised thanks to you, teacher.
    We need more online educations like these.

    Terima Kasih! banyak banyak~

    ReplyDelete
  2. thank a lot teacher. may Allah bless you for your goodness :-)

    ReplyDelete
  3. xda kah dari segi bandar nya,kesihatan dan jg pengangkutan

    ReplyDelete
  4. adakah pada zaman gelap tidak mempunyai masalah kesihatan seperti beri-beri ataupun masalah kelaparan?

    ReplyDelete
  5. saya suka makan nasi ayam

    ReplyDelete
  6. Thank you.. Senang nk fhm bila baca nota teacher ni.m thanks a lot😘

    ReplyDelete
  7. cikgu.. untuk page ni, zaman gelap eropah, rujukan dari mana ye? saya nak baca..

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6