Saturday 19 November 2016

RPH Ting 5 Bab 9

Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Malaysia dalam Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.
Bab:
Bab 9: Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa.
Bidang Pembelajaran:
(a) Konflik Antarabangsa
·         Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua (Aras 1)
(2)
Menandakan lokasi dalam peta kuasa besar yang terlibat dalam Perang
Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua (Aras 1)
(3)
Menyatakan sebab meletusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua (Aras 1)

(4)
Menyenaraikan kesan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu


Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 228 - 236) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Petikan video Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
(4)
Peta negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua























Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan petikan video Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua kepada murid.
·         Guru mengaitkan video dengan tajuk pengajaran.



(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan berlakunya konflik antarabangsa yang telah meninggalkan kesan yang besar terhadap sejarah dunia.
·   Buku Teks Sejarah Tg 5:
   hlm. 228 - 236
·   Longman Esensi Sejarah SPM:
   hlm. 535 - 543
(3)










Konflik Antarabangsa
·         Guru membentuk enam kumpulan murid. Setiap kumpulan diberikan satu tugasan.
-          Kumpulan 1: Kajian Teks Sejarah –   Faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama  dan Perang Dunia Kedua.
-          Kumpulan 2: Kajian Peta – Melukis dan melabelkan peta negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
-          Kumpulan 3: Kajian Gambar – Kesan-kesan Perang Dunia Pertama.
-          Kumpulan 4: Bercerita tentang peristiwa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
-          Kumpulan 5: Kajian Teks Sejarah – Sebab dan akibat Perang Dingin.
-          Kumpulan 6: Kajian Teks – Sejarah kemunculan blok dunia.

·         Setiap kumpulan membuat persembahan dengan menggunakan komputer riba, OHP, transparensi, dan lain-lain.
·         Setiap kumpulan bebas memilih bentuk  persembahan asalkan mengikut tugasan yang telah diberikan oleh guru.
·         Guru membuat rumusan terhadap persembahan murid.
·         Guru menerangkan kembali secara ringkas tajuk pengajaran.
·         Segala persembahan murid diserahkan kepada guru untuk diphotostatkan dan diagihkan kepada semua murid.

·   Buku Teks Sejarah Tg.5,
   hlm. 228 - 236
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 535 - 543

Pengurusan grafik: Sebab dan kesan
- Perang Dunia Pertama
- Perang Dunia Kedua
- Perang Dingin

Contoh:
Konflik Antarabangsa
Peperangan
Sebab
Kesan
Perang Dunia
Pertama


Perang Dunia
Kedua


Perang Dingin




Menonton video:
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.


Bercerita:
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.


Melabel peta:
Lokasi negara-negara terlibat.


(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah    Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 75 -
   78)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 79 -
   82)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 83 -
   84)




Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat  Antarabangsa
Bab:
Bab 9: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Bidang Pembelajaran:
(b) Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
  • Dasar luar Malaysia
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan dasar luar Malaysia  (Aras 1)
(2)
Menyatakan asas penggubalan dasar luar Malaysia (Aras 1)
(3)
Menyenaraikan kepentingan dasar luar Malaysia (Aras 1)

(4)
Menyatakan perkembangan dasar luar Malaysia (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 236 - 242) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gambar tangan atau lukisan gambar tangan
(4)
Peta minda: Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
(5)
Gambar bekas Perdana Menteri Malaysia: Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru melukis gambar tangan sedang bersalaman di papan tulis atau guru menayangkan gambar tangan sedang bersalaman.
·         Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pengajaran.

(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang dasar luar Malaysia yang tersendiri dan tidak terikut dengan negara-negara lain.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang matlamat dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia.

·   Buku Teks Sejarah Tg.5,
   hlm. 236 - 242
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 543 - 548

(3)










Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa.
·         Guru mengedarkan peta minda asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia dan meminta murid melengkapkan peta minda tersebut mengikut tema yang telah disediakan.
·         Guru menerangkan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.
·         Guru  mengarahkan murid berbincang dengan rakan tentang kepentingan dasar luar Malaysia.
·         Guru meminta beberapa orang murid secara bergilir-gilir menyatakan kepentingan dasar luar Malaysia.

·         Guru mengedarkan gambar bekas Perdana Menteri Malaysia.
·         Dua orang murid yang duduk bersebelahan akan berkongsi satu gambar.
·         Murid diarahkan berbincang tentang perkembangan dasar luar Malaysia mengikut gambar yang mereka peroleh.
·         Guru meminta beberapa orang murid menyatakan tahap-tahap perkembangan tersebut secara bergilir-gilir.  
·         Guru menerangkan kembali tahap-tahap perkembangan dasar luar Malaysia.

·   Buku Teks Sejarah Tg.5,
   hlm.  236 - 242
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 543 - 548

Membina Peta Minda:
 Asas-asas penggubalan dasar luar.











Perbincangan:
Kepentingan dasar luar negara.

Kajian Gambar:
Perkembangan dasar luar mengikut tahap.


(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah        Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 75 - 78)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 79 - 82)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 83 - 84)


  


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Malaysia dan kerjasama masyarakat  antarabangsa.
Bab:
Bab 9: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa.
Bidang Pembelajaran:
(c) Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
  • Komanwel
  • Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
  • Pertubuhan Negara-negara Berkecuali
  • Negara-negara Selatan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan maksud pertubuhan antarabangsa (Aras 1)
(2)
Menyatakan penubuhan pertubuhan antarabangsa dan matlamatnya
(Aras 1)
(3)
Menyenaraikan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia        (Aras 1)

(4)
Menyatakan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan
antarabangsa (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 242 - 253) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Logo Sukan Komanwel 1998
(4)
Isi kandungan dokumen Perisytiharan Langkawi
(5)
Pengurusan grafik: Faedah yang Malaysia peroleh sebagai anggota pertubuhan antarabangsa



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar logo sukan Komanwel 1998 kepada murid.
·         Guru bertanya kepada murid: Apakah logo yang ditunjukkan tersebut?
·         Guru mengaitkan logo tersebut dengan tajuk pengajaran.


(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
·   Buku Teks Sejarah Tg.5,
   hlm. 242 - 253 
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 548 - 556

(3)










 Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa.
·         Guru membentuk murid kepada beberapa kumpulan.
·         Setiap kumpulan membincangkan  satu pertubuhan yang disertai oleh Malaysia.
-          Kumpulan 1: Peranan dan sumbangan Malaysia dalam Komanwel.
-          Kumpulan 2: Peranan dan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
-          Kumpulan 3: Peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali      (NAM).
-          Kumpulan 4: Peranan Malaysia dalam Negara-negara Selatan.
-          Kumpulan 5: Peranan Malaysia.
-          Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

·         Semua ahli  kumpulan akan membentang membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
·         Seorang wakil kumpulan akan melukis pengurusan grafik di papan tulis berdasarkan tajuk yang dibincangkan oleh kumpulannya.

·         Guru mengedarkan dokumen tentang isi kandungan ikrar Perisytiharan Langkawi kepada murid dan meminta semua kumpulan yang telah dibentuk mengkaji dokumen tersebut.
·         Guru meminta seorang wakil murid membaca ikrar alam sekitar yang diedarkan oleh guru.
·         Wakil kumpulan mengutarakan isi kajian tersebut.
·         Guru membuat perbandingan isi semua kumpulan.
·         Guru merumus dan menambahkan lagi rumusan terhadap dokumen perisytiharan langkawi.


Perbincangan Kumpulan:
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.

Contoh:
Komanwel
Penerangan

Sumbangan

Faedah


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Penerangan

Sumbangan

Faedah


Negara-negara berkecuali
Penerangan

Sumbangan

Faedah







Kajian dokumen:
Isi kandungan Perisytiharan Langkawi.



(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah    Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 75 - 78)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 79 - 82)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 83 - 84)



  
Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Malaysia dan Kerjasama Masyarakat  Antarabangsa.
Bab:
Bab 9: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Bidang Pembelajaran:
(e) Cabaran Masa Depan
  • Globalisasi
  • Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  • Koridor raya multimedia
  • K-ekonomi
  • K-masyarakat
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan maksud globalisasi (Aras 1)
(2)
Menyatakan maksud ICT, K-ekonomi dan K-masyarakat (Aras 1)
(3)
Menyatakan kepentingan penggunaan ICT, K-ekonomi dan K-masyarakat dalam era globalisasi (Aras 1)
(4)
Menghuraikan kepentingan ICT, K-ekonomi dan K-masyarakat dalam era globalisasi (Aras 2)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 260 - 264) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gambar dunia dan gambar komputer
(4)
Kad-kad perkataan maksud globalisasi
(5)
Perbincangan kumpulan: Kepentingan menguasai ICT, K-Ekonomi, dan K-masyarakat, dan kesan-kesan globalisasi


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru melukis gambar dunia dan gambar komputer.
·         Guru bertanya kepada murid bagaimana cara untuk melangkah ke seluruh dunia dengan menggunakan ICT komputer.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.


(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan cabaran manusia pada abad ke-20 dan 21.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang ledakan revolusi maklumat yang merentasi dunia.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 260 - 264
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 562 - 565


(3)










Cabaran Masa Depan
·         Guru mengedarkan kad-kad perkataan yang menulis tentang maksud globalisasi.
·         Murid dikehendaki memilih pandangan dunia terhadap globalisasi.
·         Guru mengarahkan murid membentuk beberapa kumpulan, setiap kumpulan akad diberi tajuk berdasarkan cabutan undi.
-          Kumpulan 1: Membincangkan tajuk teknologi maklumat (ICT).
-          Kumpulan 2: Membincangkan Koridor Raya Multimedia.
-          Kumpulan 3: Membincangkan tentang K-Ekonomi.
-          Kumpulan 4: Membincangkan tentang K- Masyarakat.
-          Kumpulan 5: Membincangkan tajuk globalisasi.

·         Semua ahli kumpulan diminta memberikan idea dan pendapat tentang tajuk.
·         Setiap ahli kumpulan diminta ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka.
·         Murid lain akan mendengar dan mengemukakan soalan kepada kumpulan yang membentang.
·         Guru membuat rumusan terhadap pembentangan murid dan membuat rumusan berkaitan dengan tajuk.


Contoh kad:
 












Perbincangan kumpulan: Kepentingan menguasai ICT, K-Ekonomi dan K-Society - Kesan-kesan globalisasi.
(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah       Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 75 -
   78)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 79 -
   82)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 83 -
   84)




No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6