Friday 18 November 2016

RPH Ting 5 Bab 2


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab:
Bab 2: Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
Bidang Pembelajaran:
(a) Perjuangan Pemimpin Setempat Menentang British
·         Pemerintahan dan pentadbiran British
·         Peristiwa penentangan pemimpin setempat
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenaraikan tokoh tempatan yang menentang British (Aras 1)
(2)
Menyatakan sebab-sebab pemimpin setempat menentang British
(Aras 1)
(3)
Menceritakan peristiwa perjuangan pemimpin setempat menentang
British (Aras 1)
(4)
Menghuraikan sebab pemimpin setempat berjuang menentang British (Aras 2)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm. 28 - 44) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 12
(4)
Gambar-gambar tokoh pejuang tempatan
(5)
Peta Malaysia: lokasi penentangan pemimpin tempatan menentang British
(6)
Peribahasa



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan beberapa keping gambar  tokoh-tokoh pejuang negara yang bangkit menentang British.
·         Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pengajaran.
·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm 28 - 44




(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan gerakan pemimpin tempatan menentang British di Malaysia.
·         Guru menyebut beberapa orang pemimpin seperti Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap, dan Mat Salleh.

·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
     hlm. 28 - 44
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 357 - 367

(3)
Perjuangan Pemimpin Setempat Menentang British.
·         Guru meminta murid menyenaraikan isi-isi penting berkaitan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan.
·         Guru mengarahkan murid membina carta minda  berkaitan dengan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan.
·         Guru menerangkan peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British.
·         Guru menyenaraikan beberapa orang tokoh seperti Dol Said, Rentap, Syarif Masahor, Mat Salleh, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tuk Janggut, dan Haji Abdul Rahman Limbung.
·         Guru menerangkan perjuangan tokoh-tokoh tersebut.














·         Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberi seorang tokoh.
-          Kumpulan 1: Dol Said
-          Kumpulan 2: Rentap
-          Kumpulan 3: Syarif Masahor
-          Kumpulan 4: Mat Salleh
-          Kumpulan 5: Dato’ Bahaman
-          Kumpulan 6: Tok Janggut

·         Setiap kumpulan diberi tugas untuk menghasilkan buku skrap  yang bertajuk biografi pemimpin setempat menentang British mengikut tokoh yang diberikan oleh guru.
·         Hasil murid hendaklah diphotostat dan dibahagikan kepada semua murid.

·         Guru mengedarkan peta Malaysia dan meminta murid menandakan lokasi perjuangan pemimpin-pemimpin tempatan.

·         Guru  mempamerkan peribahasa   “Pemimpin setempat pejuang atau pemberontak” dan “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
·         Murid diminta berbincang dengan rakan   mereka  berkaitan  dengan peribahasa di tersebut.
·         Guru meminta beberapa orang murid memberikan pendapat berkaitan dengan peribahasa tersebut.

·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 28 - 44
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 357 - 367

·     Slaid Paparan 12

Carta Minda:
Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British.

Contoh:












Buku skrap:
Biografi pemimpin setempat menentang British.




Melabel peta:
Tempat kebangkitan pemimpin setempat menentang British.

Perbincangan:
Pemimpin setempat: Pejuang atau pemberontak” dan “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.







(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah  Tg. 5:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 11 -
    14)
·     Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 15 -
    18)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 18 -
    19)






































































































Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab:
Bab 2 : Bab 2: N  Bab 2: Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua.
Bidang Pembelajaran:
(b) Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
  • Faktor-faktor pemangkin nasionalisme.
  • Gerakan Islah dalam meningkatkan minda dan bangsa.
  • Akhbar, majalah, dan novel: Penggerak Kesedaran Kebangsaan.
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam Gerakan Islah (Aras 1)
(3)
Menyenaraikan akhbar dan majalah yang berperanan dalam gerakan
nasionalisme (Aras 1)
(4)
Menyatakan perkembangan peranan akhbar, majalah, dan novel dalam
gerakan nasionalisme (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm.45 - 54) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 13
(4)
Contoh majalah dan akhbar sebelum merdeka
(5)
Gambar Sir Andrew Clark
(6)
Carta Minda: faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Malaysia
(7)
Skrip forum disediakan oleh guru dan murid

















Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar Sir Andrew Clark dan menanyakan murid tentang peranan tokoh tersebut.
·         Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pengajaran.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
     hlm 45


(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang peranan yang dimainkan oleh Sir Andrew Clark  yang memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 45 - 54
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 367 - 374
(3)
Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua.
·         Guru mengedarkan carta minda faktor-faktor pemangkin nasionalisme dan meminta murid melengkapkan carta minda tersebut.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Malaysia.
·         Guru menerangkan maksud Gerakan Islah dalam meningkatkan minda bangsa.
·         Guru memilih beberapa orang murid untuk mengadakan forum  berkaitan dengan isu perjuangan Kaum Muda.
·         Guru memilih seorang murid untuk menjadi pengerusi forum dan tiga orang murid untuk menjadi ahli panel forum.
·         Murid lain diarahkan mendengar dan membuat catatan tentang forum tersebut.
·         Guru mengarahkan murid membina pengurusan grafik  berkaitan dengan isu perjuangan akhbar, majalah, dan novel.
·         Guru menunjukkan contoh-contoh akhbar dan majalah kepada murid untuk meningkatkan lagi pengetahuan murid tentang akhbar yang terdapat di Tanah Melayu sebelum merdeka.

·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 45 - 54
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 367 – 374



Cadangan aktiviti pembelajaran

Carta minda:
Faktor-faktor nasionalisme di Malaysia.

Contoh:


Forum:
Isu-isu perjuangan Kaum Muda.

Pengurusan grafik:
Melengkapkan carta isu perjuangan akhbar dan majalah.

Contoh:

Akhbar
Aspek
Isu
Warta Malaya

Lembaga

Malaya

Majlis

Utusan Melayu

Warta Negara

Fajar Sarawak


Sosial
atau
pendidikan



Ekonomi





Politik






(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah  Tg. 5:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 11 - 14)
·     Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 15 - 18)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 18 - 19)






















































































Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab:
Bab 2: Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
Bidang Pembelajaran:
(c) Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-persatuan Melayu
·         Kesatuan Melayu Singapura
·         Persatuan Sahabat Pena (PASPAM)
·         Kesatuan Melayu Selangor
·         Kesatuan Melayu Muda (KMM)
·         Kesatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
Hasil Pembelajaran:
 Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjuangan persatuan-persatuan Melayu (Aras 1)
(2)
Menyatakan matlamat penubuhan persatuan-persatuan Melayu  (Aras 1)

(3)
Menghuraikan isu yang diperjuangkan oleh badan-badan dan kesatuan dalam gerakan nasionalisme (Aras 2)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 54 - 56) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 13
(4)
Kad-kad yang tertera nama persatuan-persatuan Melayu



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1)
Set Induksi
·         Guru bertanya kepada murid tentang persatuan yang disertai oleh mereka di sekolah.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan  tajuk pengajaran.


(2)
Pengenalan
·        Guru menyenaraikan persatuan-persatuan Melayu yang wujud pada ketika itu.
-        Kesatuan Melayu Singapura.
-        Persatuan Sahabat Pena Malaya.
-        Persatuan Melayu Miri.
-        Persatuan Negeri–Negeri Melayu Bersekutu seperti Negeri Sembilan, Pahang, Perak, dan Selangor.
-        Kesatuan Melayu Muda.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 54 - 56
·    Longman Esensi Sejarah SPM,     hlm. 375 - 378

(3)
Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-persatuan Melayu.
·         Guru meletakkan kad-kad persatuan-persatuan Melayu di papan tulis dan meminta murid  menulis pengasas persatuan-persatuan Melayu tersebut.
·         Guru berbincang dengan murid tentang matlamat penubuhan persatuan-persatuan tersebut.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang  isu perjuangan persatuan-persatuan tersebut.




·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
     hlm 54 - 56
·     Longman Esensi Sejarah SPM,    
    hlm. 375 – 378

·     Slaid Paparan 13

Contoh kad:
Kesatuan Melayu Singapura
 
Persatuan Sahabat Pena Malaya
 
Persatuan Melayu Sarawak
 
Kesatuan Melayu Muda
 
 











(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
                                                

Longman Tutorial Terbilang Sejarah
Tg. 5:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 11 -
    14)
·     Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 15 -
    18)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 18 -
    19)

  

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6