Friday 18 November 2016

RPH Ting 5 Bab 6


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 6: Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bidang Pembelajaran:
Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia
·         Idea pembentukan Malaysia
·         Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
·         Perjanjian Malaysia 1963
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan idea pembentukan gagasan Malaysia (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan sebab pembentukan Malaysia (Aras 1)
(3)
Menyatakan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia (Aras 1)

(4)
Menyenaraikan syarat Perjanjian Malaysia 1963 (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 136 - 156) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 20
(4)
Peta Malaysia: Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak
(5)
Pengurusan grafik: Faktor pembentukan Malaysia
(6)
Kad tugasan perbincangan kumpulan





Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan peta Malaysia kepada murid dan menanyakan murid tentang nama Malaysia.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.

(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan idea pembentukan Malaysia sejak abad ke-19.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang tokoh-tokoh yang memberi idea  pembentukan Malaysia.
·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 136 - 156
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 452 - 466


(3)
Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia.
·         Guru menerangkan tentang faktor    pembentukan Malaysia 1963.
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik faktor pembentukan Malaysia dan meminta murid melengkapkan grafik tersebut.
·         Guru membentuk beberapa kumpulan murid untuk berbincang berdasarkan kad-kad tugasan yang telah disediakan oleh guru.
·         Kad tugasan tersebut ialah:
-         Kad 1: Reaksi dalam negeri terhadap pembentukan Malaysia – kajian teks sejarah.
-         Kad 2: Reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia. Tumpuan kepada Indonesia – kajian teks sejarah.
-         Kad 3: Reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia. Tumpuan kepada Filipina dan Brunei – kajian dokumen.
-         Kad 4: Langkah-langkah pembentukan Malaysia - kajian teks.
-         Kad 5: Perjanjian Malaysia 1963 - kajian gambar.
·         Perbincangan murid adalah berdasarkan ChipTalk secara bergilir-gilir. Semua murid dalam kumpulan menyatakan idea mengikut giliran masing-masing.
·         Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
·         Guru membuat rumusan dan kesimpulan tentang pembentukan Malaysia 1963.

·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 136 - 156
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 452 - 466

·     Slaid Paparan 20

Pengurusan Grafik:
Faktor pembentukan Malaysia.

Contoh:







(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 47 -
    50)
·     Praktis B: Soalan 1 - 48  (hlm. 51 -
    55)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 56)


  


No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6