Friday 18 November 2016

RPH Ting 5 Bab 5


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 5: Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bidang Pembelajaran:
(a)    Sistem Ahli
(b)   Pakatan Murni
(c)    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan maksud Sistem Ahli (Aras 1)
(2)
Menyatakan hasil Pakatan Murni (Aras 1)
(3)
Menyatakan syarat perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957      (Aras 1)

(4)
Menceritakan pergerakan politik di Sarawak dan Sabah (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 103 - 110) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 17, 18, dan 19
(4)
Senarai ahli kabinet
(5)
Petikan video detik-detik pengisytiharan kemerdekaan
(6)
Kad tugasan kumpulan



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
 (1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar senarai  ahli kabinet Malaysia.
·         Guru meminta murid menyenarai beberapa nama menteri dan kementerian yang diketuainya.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.






(2)


Pengenalan
·         Guru menjelaskan kepada murid tentang idea Sistem Ahli ini telah dicetuskan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar.
·         Guru menerangkan kepada murid tentang model Sistem Ahli yang digunakan di Tanah Melayu.
·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 117 - 132
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 434 - 444

(3)
Sistem Ahli, Pakatan Murni, dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Guru menayangkan petikan video detik-detik pengisytiharan kemerdekaan 1957 kepada murid.
·         Guru membentuk beberapa kumpulan berdasarkan undian.
·         Setiap kumpulan memilih kad tugasan yang telah disediakan oleh guru.
·         Kad tugasan tersebut ialah:
-        Kad 1: Kajian teks - Nyatakan ciri-ciri   Sistem Ahli.
-        Kad 2: Perbincangan - Pelaksanaan dan kepentingan Sistem Ahli.
-        Kad 3: Forum - Pakatan Murni.
-        Kad 4: Kajian - Dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
-        Kad 5: Syarahan - Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
-        Kad 6: Buku Skrap - Biografi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

·         Setiap kumpulan mempersembahkan perbincangan kumpulan berdasarkan kad tugasan.
·         Guru dan murid membuat rumusan terhadap persembahan murid.
·         Hasil persembahan murid didokumentasikan dan diagihkan kepada semua murid di dalam kelas.

·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 117 - 132
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 434 - 444


Tayangan video:
Detik-detik pengisytiharan
kemerdekaan 1957.





(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 38 -
   41)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 41 -
   45)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 46)









1 comment:

  1. Kalau tajuk nii... Ada x skema jawaoan untk kertas 3 cg...

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6