RPH Bab 1 Ting 5


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab:
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran:
(a) Imperialisme Barat di Asia Tenggara
  • Imperialis Barat
  • Faktor imperialisme - Penguasaan ekonomi dan politik
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan takrif imperialisme (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan kuasa imperialis Barat di Asia Tenggara
(Aras 1)
(3)
Menyatakan lokasi kuasa-kuasa imperialis Barat di Asia Tenggara (Aras 1)
(4)
Menyatakan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara  (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm. 5 - 7) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 10
(4)
Peta negara-negara Eropah
(5)
Carta minda: Faktor imperialisme di Asia Tenggara
(6)
Peta imperialisme di Asia Tenggara




















Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru mempamerkan peta negara-negara Eropah dan meminta murid menyebut nama-nama negara tersebut.
·         Guru mengaitkan jawapan murid terhadap negara Eropah yang menjalankan dasar imperialisme.




(2)
Pengenalan
·        Guru menerangkan kepada murid tentang maksud imperialisme.
·        Guru menjelaskan kepada murid dasar imperialisme Barat telah bermula sejak abad ke-15 lagi.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm 3 - 7
·    Longman Esensi Sejarah SPM,          hlm 331 - 332

(3)
Imperialisme Barat di Asia Tenggara.
·         Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
·         Setiap kumpulan membincangkan salah satu faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.
-          Kumpulan 1: Membincangkan kekayaan bahan mentah.
-          Kumpulan 2: Sistem pengangkutan.
-          Kumpulan 3: Persaingan kuasa-kuasa Barat.
-          Kumpulan 4: Beban Orang Putih.
-          Kumpulan 5: Revolusi Perindustrian.

·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
·         Guru membuat rumusan dan kesimpulan.
·         Guru mengedarkan carta minda yang berkaitan faktor imperialisme di Asia Tenggara dan meminta murid mengisi ruangan yang disediakan.
·         Guru mengedarkan peta kuasa imperialisme dan meminta murid menanda negara yang dijajah mengikut negara imperialisme.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 3 - 7
·    Longman Esensi Sejarah SPM,    hlm. 331 - 332


Perbincangan kumpulan:
Faktor yang membawa imperialisme Barat ke Asia Tenggara.




Carta Minda:
Faktor imperialisme di Asia Tenggara.





Melabel peta:
Lokasi penguasaan kuasa-kuasa imperialisme Barat di Asia Tenggara.

(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 1 - 5)
·    Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm.6 - 9)
·    Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm.9 - 14)

  
Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab:
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran:
(b) Perubahan Sistem Politik
·         Pengenalan sistem birokrasi Barat
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenaraikan perubahan pentadbiran kuasa Barat di Asia  (Aras 1)
(2)
Menghuraikan perubahan pentadbiran di Asia Tenggara
(Aras 2)
(3)
Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan Barat di Asia Tenggara (Aras 2)
(4)
Menganalisis kesan pengenalan sistem birokrasi Barat (Aras 3)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid  membaca buku teks (hlm. 8 - 17) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gambar kartun penjajah Barat
(4)
Pengurusan grafik: Membandingkan sistem pentadbiran
sebelum dan semasa penjajahan oleh kuasa Barat di Asia Tenggara


















Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru mempamerkan gambar kartun yang berkaitan dengan tajuk kepada murid.
·         Guru bertanya soalan kepada murid berkaitan gambar.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.

(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang  kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia Tenggara yang telah mengubah sistem politik di Asia Tenggara.
·         Guru bersoal jawab dengan murid dan memberitahu tujuan sebenar kedatangan kuasa Barat ialah untuk menguasai ekonomi tempatan.

·      Buku Teks Sejarah Tg.5,
     hlm. 8 - 13
·      Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 333 - 338

(3)
Perubahan Sistem Politik.
·         Guru menerangkan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara.
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan oleh kuasa Barat di Asia Tenggara.
·         Guru meminta murid mengisikan pengurusan grafik tersebut.


·      Buku Teks Sejarah Tg.5,
     hlm. 8 - 13
·      Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 333 - 338

Pengurusan grafik:
Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan oleh kuasa Barat di Asia Tengara.


(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 1 - 5)
·    Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm. 6 - 9)
·    Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm. 9 - 14)


  
Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Bab:
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran:
(c) Nasionalisme di Asia Tenggara
  • Faktor kemunculan nasionalisme.
  • Perkembangan nasionalisme.
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan takrif nasionalisme (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan faktor yang mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara (Aras 1)
(3)
Menyenaraikan tokoh-tokoh nasionalis di Asia Tenggara
(Aras 1)
(4)
Menyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua di Asia Tenggara (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm.14 - 22) di rumah.
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Guru mengarahkan murid membuat rujukan Internet di rumah.
(4)
Keratan akhbar-akhbar lama
(5)
Teks Putera Gunung Tahan
(6)
Teks Noli Me Tangere (Teks terjemahan)
(7)
Petikan Warta Malaya dan al-Ikhwan
(8)
Gunakan Slaid Paparan 11



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan  keratan-keratan akhbar lama kepada murid.
·         Guru  bertanyakan kepada murid: Apakah kaitan akhbar tersebut dengan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
·         Guru mengaitkan keratan akhbar dengan tajuk pengajaran.



(2)

Pengenalan
·         Guru menerangkan maksud nasionalisme kepada murid dan meminta murid mengaitkan dengan perasaan nasionalisme membebaskan diri daripada cengkaman ekonomi penjajah.
·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 14 - 22
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 339 - 348

(3)
Nasionalisme di Asia Tenggara.
·         Guru membentuk enam kumpulan murid
·         Setiap kumpulan diberikan kad tugasan berdasarkan undian.
-          Kumpulan 1: Membina peta minda yang berkaitan dengan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
-          Kumpulan 2: Membina pengurusan grafik perbandingan gerakan nasionalisme Thailand dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.
-          Kumpulan 3: Menjalankan kajian teks Putera Gunung Tahan.
-          Kumpulan 4: Menjalankan kajian teks Noli Me Tangere (Teks terjemahan).
-          Kumpulan 5: Kajian akhbar al-Ikhwan.
-          Kumpulan 6: Kajian akhbar Warta Malaya.

·         Ketua bagi setiap kumpulan akan bergerak ke kumpulan lain untuk memberi komen dan markah.
·         Komen dan markah akan dihantar kepada guru untuk rumusan.
·         Persembahan murid menggunakan OHP/powerpoint.
·         Guru merumuskan persembahan murid dan mengumumkan markah bagi setiap kumpulan berdasarkan markah ketua kumpulan dan markah guru.





·     Slaid Paparan 11
·     Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 14 - 22
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 339 - 348

Membina peta minda:
Faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Pengurusan grafik:
Membandingkan gerakan nasionalisme Thailand dengan nasionalisme negara-negara lain di Asia Tenggara.

Contoh:

Negara
Tahap 1
Tahap 2
Thailand



Filipina


Indonesia


Burma



Indochina



Kajian teks:
Putera Gunung Tahan dan  Noli Me Tangere (Rujuk buku teks tingkatan 5 halaman 16). 

Kajian akhbar:
Warta Malaya dan al-ikhwan.


(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah  Tg. 5:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm.1 - 5)
·    Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm.6 - 9)
·    Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm.9 - 14)










Comments

Popular posts from this blog

Cadangan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013

Jawapan KBAT

Cabaran dan Langkah ~KBKK