Friday 18 November 2016

RPH Ting 5 Bab 7


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 7: Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Selepas Merdeka
Bidang Pembelajaran:
(a) Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
  • Perlembagaan
  • Raja Berperlembagaan
  • Kuasa pemerintah
  • Pilihan raya
  • Parti politik
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Mentakrif demokrasi berparlimen (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan ciri-ciri demokrasi berparlimen (Aras 1)
(3)
Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan (Aras 1)

(4)
Menyenaraikan kuasa Yang di-Pertuan Agong (Aras 1)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 161 - 184) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 21
(4)
Gambar bangunan Parlimen dan gambar berkaitan pilihan raya
(5)
Petikan video perbahasan rang undang-undang di dewan Parlimen
(6)
Skrip simulasi perbahasan pindaan perlembagaan dalam dewan Parlimen
(7)
Dokumen perlembagaan negara
(8)
Kajian dokumen: Perlembagaan Negara (Perkara 3, 5, 8,11 ,152, 153)




Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan gambar bangunan Parlimen kepada murid.
·         Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pengajaran.



(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh negara Malaysia.
·         Guru menjelaskan kepada murid tentang maksud sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 161 - 184
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
·    hlm. 474 - 493


(3)
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen.
·         Guru meminta murid merujuk rajah pengurusan grafik (sila rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 161). 
·         Guru menerangkan ciri-ciri demokrasi yang terdapat dalam grafik tersebut.
·         Guru meminta murid secara bergilir-gilir menerangkan maksud perlembagaan, keluhuran perlembagaan, dan kepentingan perlembagaan.

·         Guru menayangkan petikan video perbahasan dewan Parlimen.
·         Guru memilih beberapa orang murid untuk mengadakan simulasi  perbahasan mengikut petikan video berdasarkan tajuk: Cara pindaan perlembagaan dalam dewan Parlimen.
·         Guru meminta murid membuat kajian dokumen  tentang perlembagaan negara     (perkara 3, 5, 8, 11, 152, dan 153) dan mengisi jadual yang disediakan oleh guru.



Raja Berperlembagaan
·         Secara berkumpulan, guru meminta murid berbincang berkaitan tajuk:
-        Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong
-        Badan Pemerintah
-        Badan Kehakiman
·         Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
·         Guru membuat rumusan hasil perbincangan murid.
·         Berdasarkan kumpulan yang telah dibentuk, guru mengedarkan beberapa keping gambar yang berbeza kepada  setiap kumpulan berkaitan dengan tajuk pilihan raya.
-        Logo Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
-        Perang poster
-        Peti undi
-        Proses pengundian
-        Calon pilihan raya
-        Mengira undi
·         Berdasarkan gambar, setiap kumpulan akan menyenaraikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh SPR.
·         Setiap kumpulan juga perlu menyusun langkah-langkah yang harus diambil untuk untuk menyelesaikan masalah.
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
·         Guru memberi penerangan dan membuat rumusan tentang tajuk pilihan raya.

·   Buku Teks Sejarah Tg.5,                                             hlm. 161 - 184
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 474 - 493


Cadangan aktiviti pembelajaran

Kajian Dokumen:  
Perlembagaan Negara
(Perkara 3, 5, 8,11 ,152, 153).

Contoh:

Perkara
Isi Perlembagaan
3

5

8

11

152

153
Peranan Yang di-Pertuan Agong

Simulasi:
Perbahasan pindaan perlembagaan.



Perbincangan  berkumpulan
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, Badan Pemerintah, dan Badan Kehakiman.















Menyenaraikan:
Masalah dan cabaran SPR.
(4)
Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah         Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 57 - 60)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm.61 - 64)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm.65)




  
Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Selepas Merdeka
Bidang Pembelajaran:
(b) Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Pusat
  • Kerajaan Negeri
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan kerajaan persekutuan (Aras 1)
(2)
Menyatakan senarai kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri,
dan bidang kuasa senarai bersama (Aras 2)
(3)
Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh (Aras 3)

(4)
Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasa (Aras 3)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 184 - 187) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 22
(4)
Contoh bil elektrik, bil air, dan resit cukai tanah
(5)
Pengurusan grafik: Bidang kuasa kerajaan pusat, bidang kuasa,
kerajaan negeri, dan senarai bersama



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan contoh bil elektrik  dan bil air atau resit bayaran cukai tanah kepada murid.
·         Guru bertanya kepada murid:   Bagaimanakah bayaran bil tersebut dibuat oleh pengguna?
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.



(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan maksud konsep negara Persekutuan yang mempunyai Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
·         Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan bidang kuasa yang ada pada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia.

·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 184 - 187
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
   493 - 495

(3)
Kerajaan Persekutuan
(Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri)
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik: Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia.
·         Guru menjelaskan lagi pengagihan kuasa pentadbiran di Malaysia.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan pengagihan kuasa pusat.
·         Guru menerangkan pelaksanaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 184 - 187
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
   493 - 495


Pengurusan grafik:
Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia.

Contoh:

Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia
Pusat
Negeri
Bersama











(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah
Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 57 - 60)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm.61 - 64)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm.65)




  
Bank Resos
Sejarah Tingkatan 5

Tema:
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Bab:
Bab 7: Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Selepas Merdeka.
Bidang Pembelajaran:
(c) Lambang-lambang Negara
  • Jata Negara
  • Bendera Kebangsaan
  • Lagu Kebangsaan
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenaraikan lambang-lambang negara (Aras 1)
(2)
Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara
(Aras 1)
(3)
Mentafsir lirik lagu kebangsaan (Aras 2)

(4)
Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara (Aras 2)
Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 187 - 192) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 5
(3)
Gunakan Slaid Paparan 22
(4)
Lagu dan lirik lagu: Jalur Gemilang
(5)
Bendera Malaysia  (Jalur Gemilang)
(6)
Kad-kad perincian Jata Negara
(7)
Simulasi: Menyanyi lagu kebangsaan dan menaikkan bendera Jalur Gemilang













Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru memainkan lagu Jalur gemilang menerusi komputer.
·         Guru membawa bendera Malaysia ke dalam kelas.
·         Guru mengaitkan lagu dan bendera dengan tajuk pengajaran.

(2)


Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang lambang negara iaitu jata negara, bendera kebangsaan, dan lagu kebangsaan.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang tujuan lambang negara diadakan.
·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 187 - 192
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 495 - 498

(3)
Lambang-lambang Negara.
·         Guru meminta beberapa orang murid untuk menampalkan kad berkaitan perincian jata negara Malaysia di papan tulis.
·         Guru menerangkan tentang jata negara Malaysia.
·         Guru meminta murid melukis bendera kebangsaan Malaysia  dan melengkapkan maksud bendera kebangsaan.
·         Guru meminta seorang murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan diringi minus one.
·         Guru dan beberapa orang murid  mengadakan simulasi menaikkan bendera Malaysia di dalam kelas.
·         Guru memainkan lagu Negaraku menerusi komputer dan meminta murid menulis lirik lagu Negaraku secara spontan.
·         Guru menerangkan sejarah penciptaan lagu Negaraku.

·    Buku Teks Sejarah Tg.5,
    hlm. 187 - 192
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 495 - 498

·     Slaid Paparan 22








(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah    Tg. 5:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm. 57 -
   60)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm.61 -
   64)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm.65)





No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6