Thursday 3 March 2016

Kertas 1 Trial Bintulu 2015

Jawab semua soalan berikut.

1                    Rajah berikut merujuk kepada perubahan tahap kewujudan organisasi sosial dalam masyarakat tamadun awal manusia.
Tahap ringkas
Tahap kompleks
 








Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan tahap kewujudan tersebut?      
I                     Kepelbagaian aktiviti ekonomi
II                  Pertambahan penduduk
III               Kestabilan politik
IV               Perkembangan agama
A                  I dan II
B                   I dan IV
C                   II dan III
D                  III dan IV




2                    Maklumat berikut berkaitan dengan kepercayaan masyarakat Mesir Purba.

Tuhan masyarakat Mesir
Re
Ra-Atum
Amun
 







Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan rajah tersebut?
A                  Mandat dari syurga
B                   Amalan penilikan nasib
C                   Pemujaan roh nenek moyang
D                  Penyembahan berkaitan dengan unsur alam









3                    Gambar berikut merujuk kepada tiang yang didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka. Apakah perkara yang terdapat pada tiang tersebut?








A                  Amalan kebebasan beragama
B                   Larangan menyembelih haiwan
C                   Kepentingan semangat perpaduan
D                  Sekatan melaksanakan kerahan tenaga

4                    Apakah keistimewaan pengamalan sistem tanaman secara bergilir dalam tamadun China?
A                  Kos pengeluaran dikurangkan
B                   Kesuburan tanah dapat dipelihara
C                   Meningkatkan kualiti hasil tanaman
D                  Meminimumkan penggunaan tenaga kerja

5                    Gambar di bawah menunjukkan tinggalan perahu layar yang merupakan warisan masyarakat Asia Tenggara.
Apakah nilai yang boleh dicontohi oleh generasi hari ini dari aspek kemahiran tersebut?
I                     Toleransi
II                  Kreatif
III               Inovatif
IV               Berani
A                  I dan II
B                   I dan IV
C                   II dan III
D                  III dan IV
6                    Mengapakah konsep berikut menjadi pegangan dalam kalangan pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara?

Orde Kosmos
·                     Negara dianggap sebagai alam semesta
·                     Raja dan ibu kota ialah pusat alam
 








A                  Menjadi pemerintah terulung
B                   Mengawal pengaruh pembesar
C                   Menyekat kemasukan pengaruh luar
D                  Mengekalkan hierarki sosial masyarakat

7                    Apakah persamaan di antara tokoh berikut?
·                     Abdullah bin Jahsh
·                     Waraqah bin Naufal
 





A                  Pemimpin tentera Islam
B                   Pengasas kerajaan Sabak
C                   Penganut agama Hanif
D                  Penyebar dakwah Islamiah

8                    Rajah berikut merujuk gelaran yang diberikan kepada Siti Khadijah.
Al-thaharah
Siti Khadijah Khuwailid
 




Mengapakah gelaran tersebut diberikan?
A                  Menjauhi segala maksiat
B                   Memakai pakaian bersih
C                   Menguruskan pentadbiran Makkah
D                  Mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.










9                    Rajah berikut menggambarkan tentang pendatang asing tanpa izin (PATI). Mengapakah kedatangan mereka tidak dianggap sebagai hijrah mengikut konteks Islam?











Sumber: beritasemasa.com

A                  Fahaman ideologi yang berlainan
B                   Menggugat ekonomi rakyat tempatan
C                   Mengganggu keseimbangan penduduk
D                  Kehadiran mereka tidak diundang

10                Pernyataan berikut menerangkan peranan puteri Abu Bakar al-Siddiq dalam peristiwa hijrah.
Asma’ Abu Bakar telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Thur.
 




Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
A                  Hijrah memerlukan pertolongan kaum wanita
B                   Hijrah menuntut kesabaran Nabi Muhammad s.a.w.
C                   Hijrah menonjolkan kepentingan peranan kaum wanita.
D                  Hijrah membuktikan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w.

11                Kaedah berikut digunakan dalam pelantikan khalifah kerajaan Khulafa al-Rasyidin.
·                     Proses syura
·                     Upacara baiah
 





Apakah kelebihan sistem tersebut?
A                  Menghindari perebutan pengaruh
B                   Mengelakkan salah laku pemimpin
C                   Mengekalkan kesejahteraan rakyat
D                  Menjamin pemilihan pemimpin yang berkelayakan

12                Bagaimanakah perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cordova memberi kesan terhadap ketamadunan Eropah?
A                  Menghargai ilmu pengetahuan
B                   Membangunkan bidang ekonomi
C                   Memperkemas teknik pembinaan
D                  Memantapkan sistem perundangan

13                Jadual berikut menunjukkan penemuan artifak.
Tahun
Artifak
1953
Batu nisan di makam Kampung Permatang Pasir, Pekan, Pahang

Apakah yang dibuktikan dengan penemuan artifak tersebut?
A                  Keunikan seni Islam
B                   Kedatangan agama Islam
C                   Kejayaan pedagang Islam
D                  Kelahiran kerajaan Islam

14                Bagaimanakah kedatangan Islam mengubah sistem sosial masyarakat Asia Tenggara?
I                     Warisan adat tradisi terhapus
II                  Hukuman berdasarkan kelas
III               Amalan konsep persaudaraan
IV               Semangat gotong-royong
A                  I dan II
B                   I dan IV
C                   II dan III
D                  III dan IV

15                Pepatah berikut digunakan dalam pendidikan tidak formal masyarakat Melayu.
Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.
 





Mengapakah pepatah tersebut digunakan?
A                  Memupuk budaya tradisi
B                   Menerapkan unsur pengajaran
C                   Memartabatkan bahasa ibunda
D                  Menanam perasaan mencintai sastera lisan





16                Sekiranya anda seorang peniaga pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan membeli rempah ratus daripada penduduk setempat,  apakah sistem timbangan yang digunakan?
A                  Kati
B                   Tahil
C                   Pikul
D                  Bahara

17                Keadaan yang tidak menentu dalam zaman Gelap menyebabkan kemunculan golongan Baron (tuan tanah).
Apakah situasi yang dialami oleh golongan petani ketika zaman Gelap tersebut?
I                     Melibatkan diri dalam perdagangan
II                  Mencari perlindungan daripada tuan tanah
III               Membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
IV               Mendapatkan perlindungan daripada pihak gereja
A                  I dan II
B                   I dan IV
C                   II dan III
D                  III dan IV

18                Pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, kegiatan ekonomi masyarakat peribumi telah distrukturkan semula. Mengapakah British berbuat demikian?
A                  Mengagihkan kekayaan negara
B                   Menjamin bekalan bahan mentah
C                   Melindungi kesejahteraan rakyat
D                  Mengurangkan kemasukan buruh asing

19                Rajah berikut menerangkan faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Faktor
Perkembangan industri pembuatan
Pengecualian cukai eksport

X
 







Apakah faktor X?
A                  Pelaburan modal asing
B                   Penubuhan institusi kewangan
C                   Perkongsian perkhidmatan pakar
D                  Pengenalan Rancangan Sekatan Stevenson




20                Maklumat berikut berkaitan usaha British mengawal perkembangan sekolah Cina di Tanah Melayu.
Tahun
Tindakan
1920
Memperkenalkan Enakmen Pendaftaran Sekolah

A                  Mengatasi kekurangan guru
B                   Membendung masalah sosial
C                   Menyekat pengaruh komunis
D                  Mewujudkan semangat kekitaan

21                Maklumat berikut merujuk kepada perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Pengangkutan dan Perhubungan
Pembukaan Terusan Suez
Penciptaan telegraf
Penggunaan kapal wap
 








Apakah kesan perkembangan tersebut terhadap Asia Tenggara?
A                  Peningkatan taraf hidup
B                   Perluasan kuasa asing
C                   Kemajuan pertanian tradisional
D                  Kemunculan kelas pertengahan

22                Perubahan berikut diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
·         Sistem cukai
·         Undang-undang tanah
 





Mengapakah British memperkenalkan perubahan tersebut?
A                  Menjaga kebajikan rakyat
B                   Mendapatkan hasil maksimum
C                   Mengiktiraf pengaruh pembesar
D                  Mengelakkan campur tangan asing









23                Jadual berikut merujuk kepada langkah pemerintah Thailand dalam pentadbiran.

Pemerintah
Langkah
Raja Mongkut
Melantik penasihat Barat
Raja Chulalongkorn
Memperkenalkan Kabinet Menteri

Apakah kesan daripada langkah pemerintah tersebut?
A                  Kemerdekaan terpelihara
B                   Pertahanan terjamin
C                   Pengukuhan institusi beraja
D                  Keseragaman sistem pendidikan

24                Apakah alasan pihak British mengerahkan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan lain di Perak seperti dalam peta berikut?











A                  Pemberontakan rakyat
B                   Pengaruh Siam bertapak
C                   Persaingan dengan Amerika
D                  Pembunuhan J.W.W. Birch

25                Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-negeri Melayu pada awal abad ke-20?
I                     Mengugut pemimpin
II                  Menyekat kegiatan dakwah
III               Menghalang pengedaran majalah
IV               Menyekat peluang belajar ke luar negara
A                  I dan II
B                   I dan IV
C                   II dan III
D                  III dan IV
26                Maklumat berikut menggambarkan sistem politik masyarakat Melayu tradisional.
Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaan raja.

 





Sebagai balasan, apakah peranan rakyat terhadap raja?
A                  Mengakui kekuasaan dan taat setia kepada raja
B                   Menjalankan kegiatan ekonomi raja
C                   Menjadi tentera upahan raja
D                  Menyerahkan keluarga sebagai hamba raja

27                Apakah kepentingan prinsip Realpolitik terhadap pembinaan negara Itali dan Jerman?
Realpolitik – Buku The Prince
 




A                  Mewajarkan pemimpin menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik
B                   Membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
C                   Mengeratkan hubungan antara Itali dan Jerman
D                  Membangunkan ekonomi negara

28                Rajah menunjukkan hasrat British ingin membentuk sebuah bangsa Malayan Union.








Apakah muslihat British membentuk bangsa di atas?
A                  Melahirkan perpaduan
B                   Melindungi institusi gereja
C                   Mempercepat proses kemerdekaan
D                  Melindungi kepentingan ekonomi mereka








29                Apakah persamaan parti politik berikut?
·              Parti Kebangsaan Melayu Malaya
·              Angkatan Pemuda Insaf
·              Angkatan Wanita Sedar

 






A                  Menggunakan pendekatan sederhana
B                   Menyetujui sistem pemerintahan beraja
C                   Menyokong penubuhan Malayan Union
D                  Memperjuang penyatuan pertubuhan Melayu

30                Maklumat berikut menggambarkan pandangan Dato’ Onn Jaafar mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kita berhasrat mencapai kemerdekaan tetapi perkara asas untuk  kemerdekaan perlu dipenuhi terlebih dahulu.
 




Apakah hasrat asas yang dimaksudkan oleh Dato’ Onn Jaafar?
A                  Kemajuan ekonomi
B                   Kestabilan politik
C                   Perpaduan antara kaum
D                  Pembangunan lahiriah

31                Rajah berikut merujuk kepada antara tugas Suruhanjaya Reid.
Menerima Memorandum
 



Raja-Raja Melayu
Parti Perikatan
Orang perseorangan
 





Apakah kepentingan memorandum kepada suruhanjaya tersebut?
A                  Merangka perlembagaan
B                   Menggubal dasar pelajaran
C                   Menjamin keharmonian kaum
D                  Meningkatkan taraf hidup penduduk









32                Peristiwa berikut berlaku di Singapura pada 1961.
Tempat
Hotel Adelphi, Singapura.
Peristiwa
Majlis makan tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri.

Peristiwa tersebut berkaitan dengan…
A                  pembentukan gagasan Malaysia
B                   pembubaran Malayan Union
C                   penggubalan Perlembagaan Malaysia
D                  pengisytiharan kemerdekaan Malaysia

33                Monolog berikut merujuk kepada faktor penyertaan Singapura dalam Malaysia.









Pengalaman lama dalam monolog tersebut bermaksud…
A                  kesepakatan para pemimpin
B                   kecekapan sistem pentadbiran
C                   keberkesanan perjuangan kemerdekaan
D                  kejayaan membanteras pengaruh komunis

34                Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?
A                  Menentukan agama rasmi negeri
B                   Mengawal hal ehwal imigresen
C                   Menentukan dasar luar negeri
D                  Mengawal sumber kewangan negeri

35                Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di negara berikut?
·         India
·         Filipina
·         Korea Selatan
 





A                  Demokrasi berparlimen
B                   Republik
C                   Raja berperlembagaan
D                  Aristokrasi
36                Pilihan raya kecil diadakan di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di negara kita sekiranya wakil rakyat…
A                  Hilang sokongan
B                   Meninggal dunia
C                   Menyertai parti lain
D                  Diisytiharkan muflis

37                Dialog di bawah mungkin berlaku pada pertengahan abad ke-20.

Pak Sod
:
Sebelum ini kita hidup susah sebagai petani miskin di luar bandar.
Pak Kamar
:
Dengan usaha agensi ini, kita telah dipindahkan ke petempatan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menjadi petani moden.

Agensi dalam dialog tersebut merujuk :
A                  Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
B                   Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
C                   Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
D                  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

38                Rajah berikut merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh kajian Aminuddin Baki.
Kajian Aminuddin Baki
Memperkenalkan sistem persekolahan pelbagai jurusan pada tahun 1965
 







Apakah tujuan sekolah tersebut diwujudkan?
A                  Melahirkan pelajar yang berkemahiran sukan
B                   Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik
C                   Menampung pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik
D                  Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik









39               
Israel
 




Mengapakah Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara di atas?
A                  Pelaksanaan dasar aparteid di negara itu
B                   Pengamalan dasar pembunuhan etnik
C                   Dasar menindas peribumi Palestin
D                  Meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia

40                Apakah matlamat pertubuhan-pertubuhan serantau berikut diwujudkan?
Tahun
Peristiwa
1961
Penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA)
1967
Penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

A                  Membentuk pakatan tentera
B                   Meningkatkan taraf pendidikan
C                   Mengeratkan kerjasama serantau dalam segala bidang
D                  Memonopoli perdagangan maritim





-KERTAS SOALAN TAMAT-


No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6