Monday 20 June 2016

Kertas 1 Set 5















1






















 
Gambar 1 berkaitan dengan sistem tulisan masyarakat  tamadun awal dunia

                    

Apakah kepentingan tulisan di atas ?

 A  Meningkatkan produktiviti penternakan
 B  Mengembangkan daya imaginasi
 C  Melicinkan urusan pentadbiran
 D  Membuktikan kewujudan golongan artisan









2












Tokoh- tokoh berikut memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dunia.
                         

·         Maharaja Justinian
·         Han Fei Tzu

  Apakah persamaan antara tokoh- tokoh di atas ?

 A  Memperkenalkan ilmu falsafah hidup
 B  Memberi sumbangan peningkatan pendidikan
 C  Mengasaskan sisitem pemerintahan yang mantap
 D  Mempelopori bidang perundangan



3



Sistem republik di Rom  diwujudkan pada tahun 509 S.M.
Apakah fungsi Dewan Senat dalam sistem pemerintahan tersebut?

  I  Mencadangkan dasar
 II  Merangka perundangan
III  Membincangkan pentadbiran
IV  Melantik golongan pentadbiran

A  I dan II
B  I dan  IV
C  II dan III
D  III dan IV










4



Maklumat berikut merupakan pelabuhan pembekal pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

Text Box: •	Champa
•	Langkasuka
 





Bagaimanakah pelabuhan tersebut berubah menjadi pelabuhan kerajaan ?

A    Kewujudan sistem pemerintahan
B    Pusat kegiatan keagamaan
C    Kesuburan tanah pertanian
D    Kemunculan monumen







5

Maklumat berikut berkaitan  kerajaan awal di Asia Tenggara.
               Kerajaan agraria membekalkan keperluan makanan
               dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
 
  Apakah sumbangan kerajaan maritim kepada kerajaan agrarian ?

A  Menjaga keselamatan pedagang di pelabuhan
B  Menyediakan gelas dan manik
C  Membekalkan tenaga kerja
D  Menyimpan barang dagangan







6


Maklumat berikut berkaitan monumen keagamaan

·         Candi Angkor Wat
·         Candi Borobudur
                      
Mengapakah candi di atas penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara ?

A   Menyimpan abu jenazah raja
B   Mengutamakan kesenian
C   Melambangkan konsep dewa-raja
D   Mengukuhkan semangat patriotisme
















7


Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Masyarakat Arab Jahiliah sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul

·          mengamalkan perbuatan tidak bermoral
·         mengamalkan assabiah
·         kehidupan kucar-kacir

Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w untuk mengatasi keadaan tersebut?

A  Berhijrah ke Taif
B  Berdakwah secara rahsia
C  Mengasingkan diri di Jabal Nur
D  Menyelesaikan maalah secara bijaksana

8


 Mengapakah surah al-Hijr, ayat 94 dikatakan sebagai pembuka jalan kepada perkembangan dakwah Islamiah ?

A    Golongan Muhajirin berhijrah ke Madinah
B    Penyebaran Islam secara terbuka
C    Pengiytiharan  Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah
D    Pembukaan semula kota Makkah

9


Apakah langkah yang di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mengurangkan tekanan dan penindasan Arab Quraisy terhadap Islam?

 I      Berhijrah ke Syam
II      Berhijrah ke Madinah
III    Berhijrah ke Taif
IV    Berhijrah ke Habsyah

A  I dan II
B  II dan III
C  III  dan IV
D  I dan IV








10


      Tarikh
   Peristiwa

621 Masihi
Perjanjian Aqabah Pertama



Apakah isi penting Perjanjian Aqabah Pertama di atas ?

A  Aus dan Khazraj memeluk Islam
B  Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
C  Aus dan Khazraj berjanji menjaga keselamatan Nabi Muhammad s.a.w
D  Aus dan Khazraj berjanji akan beriman kepada Allah


11


Mengapakah sambutan Maal Hijrah di adakan pada setiap tahun di Malaysia ?

A  Mengingati perjuangan umat Islam terdahulu
B  Memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
C  Meraikan peristiwa pembukaan semula Kota Makkah
D  Mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia











12

Maklumat berikut berkaitan dengan Piagam Madinah.

Aspek

Kandungan

Ekonomi

Unsur Penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan

Apakah kesan daripada peraturan tersebut ?

A  Perebutan peluang ekonomi
B  Peningkatan golongan pedagang
C  Diskriminasi dapat dielakkan
D  Ketidakpuasan hati dikalangan kaum Yahudi

13


Antara berikut adalah kepentingan pembukaan semula kota Makkah

  I  Kota Makkah menjadi pusat pentadbiran Islam
 II  Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
III  Penyebaran Islam seluruh Tanah Arab
IV  Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam

A    I , II dan III
B    I  ,II dan IV
C    I,  III dan IV
D    II, III dan IV






14


   Maklumat berikut berkaitan Zaman Pemerintahan Khulafa al- Rasyidin       
            Setiap  khalifah yang dilantik akan diperkukuhkan
            dengan  upacara baiah
 Apakah yang dimaksudkan dengan baiah?

A Upacara perkenalan antara bakal khalifah dengan rakyat
B Perakuan sumpah taat setia seseorang yang dilantik sebagai pemimpin
C Persetiaan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah
D Proses rundingan untuk memutuskan kesahan pelantikan seseorang khalifah



15


Bagaimanakah  Kerajaan Bani Umaiyah membantu orang bukan Arab
 membaca al-Quran ?
 A  Mengajar mereka membaca al-Quran
 B  Memperkenalkan tanda bunyi atau baris
 C  Melantik guru al-Quran dalam kalangan mereka  
 D  Menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa mereka

16


  Maklumat di bawah berkaitan penyebaran Islam di Asia Tenggara
Penemuan batu nisan di Permatang Pasir, Pekan , Pahang
Penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang , Terengganu

 Bukti di atas dapat dikaitkan dengan
A  Islam dari Arab
B   Islam dari Cambay
C   Islam dari  India
D   Islam dari China







17

Maklumat berikut berkaitan pengaruh Islam di Asia Tenggara.

·         Pesantren
·         Dayah
·         Pondok

Perkara di atas berkaitan dengan

A  Pusat kebudayaan Islam
B   Pusat perbendaharaan
C  Institusi pendidikan
D  Pusat penterjemahan

18

  
Apakah perubahan yang berlaku terhadap sistem politik di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam ?
  
    1   Penggunaan gelaran sultan
  11   Keturunan pemerintah dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
111   Sistem raja berkuasa mutlak tamat
1V    Pembesar dilantik secara musyawarah

A    1 dan 11
B    1 dan 1V
C    II dan III
D   III dan 1V


19


Zaman  Renaissance bermula di Itali pada abad ke – 14 dan seterusnya berkembang ke Eropah Barat.
Apakah kesan akibat perkembangan tersebut?

A    Kemunculan monarki baru
B    Kegiatan perdagangan antara bangsa terjejas
C    Kemunculan pemimpin-pemimpin
D    Kegiatan ekonomi sara  diri semakin berkembang








20


Jadual berikut berkaitan dengan penciptaan mesin di England.
Tahun
1770
Tokoh
John Hargreaves
Mesin yang dicipta
Spinning Jenny



           
Apakah kegunaan mesin tersebut?

A   Memintal benang
B    Menjana kuasa
C    Mengepam air
D    Melebur besi









21


Kuasa Barat
Tanah Jajahan
Portugis
Sepanyol
Perancis
Melaka
Filipina
Indochina

 Negara-negara barat di atas melaksanakan dasar imperialisme di Asia
 Tenggara pada kurun ke-16.

Apakah tujuan asal dasar tersebut?

A   Meluaskan tanah jajahan
B   Menguasai perdagangan rempah ratus
C   Menyebarkan agama Kristian
D   Mentamadunkan penduduk Asia T enggara

22


Imperialis Barat telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara.
Apakah ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat?

I       Perlantikan Gabenor sebagai ketua pentadbir
II      Perlantikan pegawai tempatan sebagai ketua biro
III    Perlaksanaan pentadbiran melalui biro
IV    Pengenalan undang-undang Barat

A  I   dan II
B  I   dan IV
C  II  dan III
D  III dan IV






23

Maklumat berikut berkaitan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara.
                                                                          Gerakan Islah
                          Pengaruh Agama

                                                                          Persatuan Belia Buddha ( 1906 )
  
  Apakah kaitan pertubuhan agama  dengan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara?

A  Mendedahkan kemunduran rakyat
B  Merapatkan rakyat dengan pemimpin agama
C  Menyampaikan mesej melalui karya agama
D  Menyatukan rakyat tempatan












24

Tokoh-tokoh berikut merupakan pejuang nasionalisme di Asia Tenggara.
                             
   Negara
      Tokoh


Filipina
Indocina
Indonesia

Andres Bonifacio
Nguyen Thai Hoc
Soekarno



Apakah persamaan antara tokoh tokoh di atas ?

A Perjuangan bersifat sederhana
B Pemimpin radikal
C Menerima hukuman bunuh oleh penjajah
D Melarikan diri ke negara lain








25


Maklumat berikut berkaitan pentangan pemimpin tempatan terhadap British.


1910
1915
Pemimpin Tempatan
Perdana Menteri

Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?
A         Pembunuhan Penasihat British
B         Penawanan Pasir Puteh
C         Perluasan kuasa British
D         Pengunduran tentera Siam













26


Pengarang
Karya
Muhamad Dato’ Muda Linggi
Yusuf Amad
Mohd Sidin Rashid

 Majalah Guru

Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?
A         Menghargai warisan bangsa
B         Memperjuangkan hak wanita
C         Mengekalkan nilai murni masyarakat
D         Memajukan bidang kesusasteraan







27

Maklumat berikut berkaitan gerakan yang ditubuhkan oleh orang Melayu.

·         Force 136
·         Pasukan Wataniah Pahang


 Apakah persamaan di antara pertubuhan di atas ?

A  Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu
B   Berjuang menuntut kemerdekaan
C   Bekerjasama dengan Pasukan Bintang Tiga
D  Bekerjasama menentang Jepun








28


Maklumat berikut berkaitan dengan Persidangan Damai Paris di Perancis.

Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson

 
 


Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?


A   Penentuan sempadan berasaskan bangsa
B  Penggubalan perlembagaan merdeka
C  Pengisytiharan pembinaan Negara bangsa
D  Penyatuan daerah kecil membentuk negara



29


Apakah bukti yang menunjukkan Johor, Pahang dan Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

I    Melantik Menteri Besar sebagai ketua kerajaan
II   Menggubal perlembagaan masing-masing
III  Mementingkan jurai keturunan bapa
IV  Pemerintah menggunakan gelaran sultan

A I dan II
B  I dan IV
C  II dan III
D  III dan IV

30


Apakah kejayaan   yang diperoleh melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?
        
     A    British gagal untuk mentadbir Tanah Melayu
     B    Pentadbiran diserah kepada pembesar tempatan
     C    Pendapat dan kehendak orang Melayu mula diambilkira
     D    Hak istimewa orang Melayu dipulihkan


31





Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan pada Januari 1951 ?

            A       .Pengalaman mentadbir
            B        Kedaulatan negara.
            C         Kebebasan bersuara
            D         Perluasan kuasa
32

Apakah manifesto Parti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan
besar dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ?

I     Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
II    Melindungi hak Raja-raja Melayu
III   Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
IV  Menjaga hak asasi manusia

A   I , II dan III
B   I , II dan IV
C   I , III dan IV
D   II , III dan IV

33


Presiden Soekarno telah mengisytiharkan Dasar Konfrontasi kerana membantah pembentukan Malaysia.
Apakah tindakan yang di ambil oleh beliau ?

A  Menceroboh perairan Selat Melaka
B  Memburukkan Media Malaysia
C  Menyerang kapal-kapal nelayan
D  Memutuskan hubungan diplomatik

34


            Badan Kehakiman merupakan satu cabang kuasa pemerintahan di negara kita.
            Apakah kuasa Badan Kehakiman ?

            A    Melulus peraturan baru
            B     Meminda perlembagaan
            C     Menentukan perkara sivil atau jenayah
            D     Menggubal undang- undang








35


Maklumat berikut berkaitan dengan  lambang negara.

·         Jata Negara
·         Bendera Kebangsaan
·         Lagu Kebangsaan
 
 






            Mengapakah lambang tersebut penting kepada warganegara Malaysia ?

            I           Memupuk perpaduan
            II         Menaikkan imej negara
            III        Meningkatkan taraf hidup
            IV        Menerap semangat patriotisme

            A         I dan II
            B         I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV

36


Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang  ( LPP ) yang ditubuhkan pada tahun 1973?
            A         Meneroka sektor perladangan
            B         Membantu  petani dalam kegiatan koperasi
            C         Membuka peluang perniagaan
            D         Meningkatkan eksport negara

37


Apakah masalah yang dikenalpasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia?

            A      Kelemahan dalam struktur perindustrian negara
            B      Kelebihan guna tenaga kerja dalam perindustrian negara
            C      Kelemahan dalam struktur organisasi perindustrian negara
            D      Kekurangan tenaga kerja mahir dalam perindustrian negara

38


Sukan Malaysia (SUKMA) telah diadakan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri. Bilakah temasya sukan tersebut diadakan?

           A        Setiap tahun
           B        Dua tahun sekali
           C        Tiga tahun sekali
           D        Empat tahun sekali

39


           Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919 ?

A   Mengeratkan hubungan perdagangan
B   Meningkatkan kerjasama kebudayaan
C   Menggalakkan kerjasama pendidikan
D   Menggalakkan keamanan dan kerjasama




40

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.

Apakah sumbangan tersebut?

I     Menentang dasar apartheid
II   Menghantar pasukan pemerhati
III  Membebaskan negara yang dijajah
IV  Menyarankan penggunaan dinar emas


A   I dan II
B   I dan IV
C   II dan III
D  III dan IV





KERTAS SOALAN TAMAT

SEJARAH KERTAS 1 ( 1249/1 )
SKEMA JAWAPAN

BIL
JAWAPAN
MUKA SURAT ( TINGKATAN 4 )
1
C
8
2
D
46-47
3
C
44
4
A
79
5
B
83
6
A
88
7
C
107
8
B
109
9
C
113
10
D
118
11
A
123
12
C
127
13
D
136
14
B
143
15
B
151
16
D
177
17
C
187
18
A
197
19
A
219
20
A
229
BIL
JAWAPAN
MUKA SURAT ( TINGKATAN 5 )
21
B
3
22
D
8
23
D
15
24
B
19-20
25
B
41
26
D
52
27
D
58
28
A
68
29
D
80
30
D
102
31
A
117
32
B
122
33
C
146
34
C
174
35
B
187
36
B
202
37
A
204
38
B
218
39
D
231
40
A
246









No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6