Monday 20 June 2016

Kertas 1 Set 2

1          Apakah kesan daripada kemajuan ilmu astronomi dan matematik kepada Masyarakat Mesir Purba?

            A          Penciptaan kalendar
            B          Penggunaan roda
            C         Kemajuan ilmu pelayaran
            D         Kewujudan bandar terancang

Gambar 1 menunjukkan tulang oracle.
           







Gambar 1

2          Apakah kepentingan bahan tersebut kepada peradaban dunia?

            A          Lambang status masyarakat
            B          Senjata untuk berperang
            C         Alat upacara pengebumian
            D         Pengenalan sistem tulisan


3          MengikutConfucius, bagaimanakah status seorang petani boleh berubah kepada kelas yang lebih             tinggi?

A          Membayar cukai                                            
B          Mengumpul harta       
C         Menanam taat setia                           
D         Meningkatkan tahap pendidikan


4          Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam bidang pendidikan di Athens?

Sukan
SeniBerpidato
Kesusasteraan
 






A          Menanam sikap keberanian  
B          Melahirkan individu seimbang
C         Melatih pemimpin berwibawa
D         Mengukuhkan semangat patriotik







5          Rajah berikut merujuk kepada pembaharuan yang dilaksanakan oleh pemerintah  kerajaan  Angkor pada tahun 877 Masihi.
Raja Indravarman I
Membina sistem pengairan dan baray
 








Pembaharuan tersebut menyebabkan kerajaan Angkor

A          Berubah menjadi kerajaan maritim               
B          Berupaya meluaskan tanah jajahan
C         Mempunyai bekalan beras mencukupi
D         Mampu membekalkan bekalan air yang bersih


6          Penggunaan bahasa Sanskrit merupakan salah satu elemen pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara .Apakah kesan kewujudan bahasa tersebut dalam masyarakat  Asia Tenggara?

A          Mengembangkan ekonomi
B          Mengukuhkan kuasa raja      
C         Melahirkan tulisan jawi                       
D         Meningkatkan daya intelek


7          Wahyu pertama melalui surah al-Alaq, ayat 1-5 menekankan kepentingan membaca dalam meningkatkan ilmu. Apakah kepentingan ilmu kepada manusia pada masa kini?

A          Senang memperoleh harta kekayaan
B          Mudah menjadi pemimpin yang popular
C         Tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk
D         Menaikkan taraf hidup hamba

8          Seandainya agama Islam tidak dibawa dan diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke Makkah, apakah nasib yang menimpa kepada golongan hamba yang hidup pada ketika itu?

A          Berada pada tahap paling bawah dalam masyarakat
B          Saling tolong menolong antara mereka
C         Ilmu pengetahuan mereka tidak berkembang
D         Taraf kehidupan semakin meningkat

9          Cara Nabi Muhammad s.a.w. gunakan dalam membentuk sebuah kerajaan merupakan cara yang terbaik yang boleh dicontohi pemimpin masa kini. Sekiranya anda seorang pemimpin negara, apakah langkah pertama yang akan anda lakukan dalam membentuk sebuah negara ?

A          Menggalakkan sistem demokrasi
B          Menggunakan  sistem autokratik
C         Mencetuskan rasa benci-membenci
D         Menggubal perlembagaan terlebih dahulu


10        Kebijaksanaan dan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w. sangat jelas semasa Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani. Apakah iktibar yang dapat anda peroleh daripada peristiwa ini?

A          Mengalah bukan bererti kalah
B          Rajin berusaha pasti membuahkan hasil
C         Amalan bersatu padu
D         Tegas dan tidak gentar akan musuh

11        Mengapakah Khalifah Umar al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau Gabenor semasa pemerintahan beliau?

            A          Mempergiat usaha penyebaran Islam
            B          Memperkukuh perpaduan penduduk
            C         Memperluas kawasan pemerintahan
            D         Mempertingkat sistem pentadbiran wilayah

12        Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat  orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam. Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut ?

            A          Warisan bangsa
B          Jurai keturunan
C         Pengumpulan kekayaan
D         Kecemerlangan individu

13        Mengapakah undang-undang Islam sukar dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam di Asia Tenggara ?

            A          Pembesar kurang memberi galakan
            B          Mendapat tentangan daripada penduduk
            C         Masih terikat dengan undang-undang adat
            D         Perang saudara di kalangan pemimpin tempatan

14        Jadual 1 berkaitan dengan pengislaman raja-raja di Asia  Tenggara oleh para ulama pada abad ke-15.

Negeri
Peristiwa
Pattani
Raja Phaya Tu Nak Pa diislamkan oleh Syeikh Said
Pasai
Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail dari Semenanjung Tanah Arab
           
Jadual 1
            Apakah kesan peristiwa tersebut ?

            A     Penghapusan sistem raja berkuasa mutlak
B     Pelantikan raja berasaskan sistem syura
C     Pemansuhan sistem perhambaan
D     Pengislaman rakyat jelata






15        Pernyataan di bawah berkaitan dengan amalan Adat Perpatih.
·         Penyelesaian masalah
·         Pemilihan pemimpin pelbagai peringkat
·         Perwakilan semua suku
 









Andaikan anda salah seorang ketua suku.Bagaimanakah amalan tersebut dilaksanakan?

A          Melalui perbincangan ulama Islam
B          Menerusi musyawarah
C         Mengikut titah perintah raja
D         Mematuhi keputusan mahkamah

16        Gambar 2 menunjukkan mata wang timah negeri Kedah.

                                               
                                                     Gambar2
            Apakah keistimewaan mata wang tersebut?

A          Mudah diperoleh
B          Mudah digunakan
C         Mempunyai nilai estetika
D         Menjadi pilihan pedagang

Ramli : Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan
            pedagang kaya yang berperanan penting dalam perkembangan di
            Eropah.
Budin : Jadi, apakah yang mereka lakukan dengan wang yang mereka
            miliki?

 









17        Sekiranya anda Ramli, apakah jawapan anda untuk menjelaskan pernyataan  di atas kepada Budin?

A          Menyediakan modal pembangunan ekonomi
B          Menjadikan bandar Itali pusat perdagangan antarabangsa
C         Menjadi penaung kepada pelukis, penulis dan pemuzik
D         Menggalakkan pelayaran awal dalam kalangan orang Eropah
18        Maklumat di bawah merujuk kepada kesan revolusi yang berlaku di Eropah.

RevolusiPertanian
Revolusi
LebihanProduk

Sekiranya anda seorang pemimpin di Britain, bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut?

A          Dijual dengan harga yang murah di kawasan sekitar
B          Diperdagangkan di pasaran antarabangsa
C         Diagihkan kepada penduduk tempatan
D         Disimpan sebagai stok penimbal

19        Apakah pengajaran kepada masyarakat Tanah Melayu sekiranya ingin menguasai semula perlombongan bijih timah daripada pelombong Eropah pada abad ke-20?

            I           Mengumpul modal
            II          Menguasai teknologi
            III         Membayar pampasan
            IV         Mempunyai ilmu pelayaran

            A          I dan II            
B          I dan IV
            C         II dan III          
D         III dan IV

20        Jadual 2 berkaitan dengan kemasukan imigran ke Tanah Melayu.

Abad
Isu
Awal abad ke-20
Pertambahan kemasukan imigran dari China dan India ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Jadual 2

Apakah kesan pertambahan tersebut ?

A          Kemerosotan kuasa pemimpin tempatan
B          Peningkatan penempatan setinggan
C         Kewujudan masyarakat majmuk
D         Perkembangan pertanian sara diri








21        Rajah  1 merujuk garis masa pengenalan akta oleh British di  Burma.

1889
1887
Akta Perkampungan Burma
Akta Kampung Ulu Burma
                                                 Rajah 1
            Apakah kesan pelaksanaan akta tersebut?

A          Menamatkan pentadbiran tradisional
B          Meningkatkan pengaruh golongan agama
C         Memodenkan sistem pemerintahan
D         Mengembalikan kuasa mutlak raja


22        Maklumat berikut menerangkan pelaksanaan birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn di Thailand.


  • Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
  • Melantik Juruaudit dari Britain
  • Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan


Apakah kesan tindakan pemimpin tersebut?

A          Membuktikan kewibawaan
B          Mengukuhkan kedudukan
C         Memantapkan hubungan luar
D         Mengekalkan kedaulatan

23        Maklumat  berikut  berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Vietnam semasa     penjajahan Perancis.                                                 
  • Viet Nam Quoc Dang Dang
  • PartiKomunis Vietnam
 





Bagaimanakah pihak Perancis menangani gerakan tersebut ?               

            I           Memenuhi tuntutan
            II          Menangkap pemimpin
            III         Menggunakan kekerasan
            IV         Mengadakan rundingan
            A          I dan II
            B          I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV
24        Tokoh berikut telah berjuang menentang James Brooke di Sungai Skrang.

Rentap
 



Mengapakah penentangan itu berlaku ?                

            A          Dituduh sebagai lanun
            B          Dipaksa membayar cukai
            C         Dikerah sebagai buruh paksa
            D         Dilarang membuka tanah baharu      

25        Bagaimanakah sempadan kerajaan ditentukan dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional ?      
                                      
            A          Kesetiaan rakyat                                                                                                                    
            B          Kekayaan hasil bumi                                                                                                             
            C         Kekuatan pertahanan                                                                                                
D         Keistimewaan pemerintah

26        Perbilangan berikut merujuk kepada prinsip demokrasi di Negeri Sembilan.
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak

                                                           
                       


           

           

            Apakah kesimpulan perbilangan di atas ?

            A          Pengamalan kuasa mutlak pemerintah                                                                                 
B          Pengagihan kuasa di semua peringkat                                                                                 
C         Pemilihan pemimpin oleh golongan atasan                                                   
D         Pemerintahan berasaskan undang-undang tempatan

27       Apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ?

A          Syarat kerakyatan diketatkan
B          Kuasa raja terhakis
C         Pentadbiran sukar dijalankan
D         Ekonomi tradisional tergugat

28        Surat Pekeliling  berikut dikeluarkan kerana bantahan  rakyat terhadap  British di Sarawak
Surat Pekeliling Bil. 9

 




Apakah kesan pengeluaran surat pekeliling di atas?

            A          Kakitangan awam meletak jawatan
            B          Ekonomi negara meleset
            C         Kebajikan rakyat terbela
            D         Taraf hidup meningkat

29        Gambar 3 menunjukkan peristiwa yang berlaku di Bandar Hilir, Melaka pada 20    Februari 1956.
                                     
                                                         Gambar 3

            Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

A          Pembentukan Suruhanjaya Reid
            B          Perarakan rombongan ke London
            C         Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
            D         Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

30        Apakah isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I           Perdana Menteri menjadi ketua negara
II          Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
III         Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
IV         Bunga raya menjadi bunga kebangsaan       

A          I dan II
B          I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV

31        Antara berikut, apakah faktor-faktor politik yang mendorong pembentukan Malaysia?

            I           Keselamatan
            II          Kerjasama
            III         Kependudukan
            IV         Dasar dekolonisasi

            A          I dan II
            B          I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV

32        Penubuhan Malaysia mendapat tentangan daripada Indonesia dan Filipina. Apakah tindakan awal yang diambil oleh pemimpin untuk menamatkan persengketaan?

            A          Membuat perjanjian perdamaian melalui MAPHILINDO
            B          Mendapat bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
            C         Memberi mandat kepada Jawatankuasa Perpaduan Kaum
            D         Menyerahkan kepada Mahkamah Antarabangsa untuk diadili


33        Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Mengapakah Perlembagaan Malaysia dipinda?

            A          Mengubal undang-undang                 
B          Melicinkan pentadbiran                                                                                  
C         Mengelak pengaruh asing                 
            D         Mematuhi perintah institusi raja

34        Senarai berikut merujuk sistem pemerintahan kerajaan Persekutuan

  • Senarai Persekutuan
  • SenaraiNegeri
  • SenaraiBersama
           





Mengapakah senarai ini diperuntukkan ?

            A          Menjaga kepentingan sendiri
            B          Memantapkan kuasa mutlak
            C         Melahirkan pengagihan kuasa
            D         Mengukuhkan pemusatan kuasa

35        Pernyataan berikut berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
            Tahap Pertama.

Tempoh
Program
1956-1960
Rancangan  Malaya Pertama
           
            Apakah matlamat rancangan tersebut ?

            A         Menyusun semula penduduk tempatan                                                                                   
            B         Membangunkan kawasan luar bandar          
            C         Menggalakkan pelaburan asing                                                                     
            D         Menggunakan teknologi moden


36        Pernyataan berikut berkaitan dengan pelaksanaan program Rancangan Malaysia Keempat.
·         Permodalan Nasional Berhad
·         Skim  Amanah Saham Nasional
                                                                                               


           
                       
            Tujuan program tersebut dilancarkan adalah untuk

            A         mengimbangi pemilikan harta
            B         meningkatkan produktiviti negara                                                                                  
            C         menyediakan peluang perniagaan
            D         menggalakkan pembangunan industri



37        Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan telah diluluskan pada tahun 1967.
            Kesan pengenalan akta tersebut ialah ?

            A         Kurikulum bahasa Melayu disemak semula                                                                 
            B         Bahasa Melayu digunakan di mahkamah     
           C          Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh
            D         Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar 

38           Punca tercetusnya Perang Dunia Kedua 1939-1945 di Eropah ialah

A          Rusia memasuki Berlin
B          Jerman menyerang Poland
C         Itali menceroboh Perancis
D         Austria mengancam Serbia

39        Dasar  Apartheid diamalkan oleh Afrika Selatan. Bagaimanakah Malaysia menentang dasar tersebut?

A          Memutuskan hubungan diplomatik
B          Menamatkan perlindungan politik
C         Menyekat bantuan kemanusiaan
D         Menghalang hubungan perdagangan

Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
 





40        Peristiwa yang menyebabkan matlamat ZOPFAN teruji ialah

A          Perjuangan bangsa Moro di Filipina
B          Serangan Gerakan Pemisah di Thailand
C         Campurtangan Amerika di Vietnam
D         Pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea                  

















KERTAS SOALAN TAMAT

  
No Soalan
Jawapan
Tingkatan
Bab
Muka surat Buku Teks
1
A
4
1
22
2
D
4
1
30
3
D
4
2
63
4
B
4
2
53
5
C
4
3
77
6
D
4
3
93
7
C
4
4
108
8
A
4
4
100
9
D
4
5
128
10
B
4
5
131
11
D
4
6
146
12
D
4
6
161
13
C
4
7
186
14
D
4
7
188
15
B
4
8
198
16
B
4
8
210
17
C
4
9
218
18
B
4
9
234
19
A
4
10
251
20
C
4
10
264
21
A
5
1
11
22
D
5
1
13
23
C
5
1
20
24
A
5
2
33-34
25
A
5
3
65
26
D
5
3
88
27
B
5
4
98
28
A
5
4
111
29
C
5
5
124
30
C
5
5
127
31
B
5
6
138
32
A
5
6
151
33
B
5
7
165
34
C
5
7
185
35
B
5
8
198
36
A
5
8
204
37
C
5
8
216
38
B
5
9
233
39
A
5
9
239
40
D
5
9
251

SULIT                                                                                                                                    1249/1

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6