Kertas 1 Set 1

                       
1     Mengapakah lembah sungai menjadi pusat pembentukan tamadun awal manusia? 

       A    Kesuburan tanah
       B    Kesesuaian seni bina
       C    Potensi  pelancongan
       D    Pemilihan pemerintah

2     Anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.
       Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan kepada raja? 

       A    Membina pintu gerbang                   
       B    Mengawas peperiksaan awam                        
       C    Melakukan upacara penyembahan
       D    Memberi bantuan ketenteraan


  • Plato
  • Socrates
  • Aristotle
 
3     Tokoh berikut telah menyumbang kepada peningkatan tamadun Yunani.





       Apakah sumbangan mereka?

       A   Mengembangkan ilmu falsafah
       B   Menghasilkan ciptaan monumen
       C  Melaksanakan perluasan kuasa
       D  Mewujudkan sistem agama

4     Berdasarkan Hukum Karma,seseorang penganut agama Hindu akan mencapai taraf Moksya.
       Mengapa mereka berusaha mencapai tahap tersebut?
       A    Mengecapi kelahiran semula
       B    Berharmoni dengan alam
       C    Ingin bersatu dengan tuhan
       D    Untuk mencapai status Brahmin

5     Jadual 1 berkaitan dengan kerajaan maritim di Asia Tenggara.

Kerajaan
Zaman
Kedah Tua
Abad ke-5 M hingga ke-13 M
Srivijaya
Abad ke-7 M hingga ke-13 M
                                               Jadual 1

               Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut ?

               A         Pusat pengajian agama Islam
               B         Ekonomi berasaskan perdagangan
               C         Memiliki sistem pengairan yang baik
               D         Terbentuk di kawasan pertanian yang subur

6     Pernyataan berikut menerangkan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara.  
Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil.
 
                                                                                               



        Mengapakah rakyat bersikap demikian?

        A    Raja mengetuai istiadat
        B    Raja membentuk empayar
        C    Raja adalah bayangan tuhan
        D    Raja mempunyai kekuatan fizikal

7     Maklumat berikut menunjukkan wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi  Muhammad s.a.w.
Surah al-Muddasir,ayat 1 - 7
 
 




       Apakah yang diperintahkan dalam ayat tersebut?
       
       A    Melindungi pengikut beragama Islam
       B    Meminta baginda supaya segera berhijrah
       C    Menggalakkan umat Islam supaya membaca
       D    Menyebarkan agama Islam kepada seluruh manusia

8     Peta 1 menunjukkan kawasan pembentukan tamadun Islam.
Text Box:

               











                                                  
                                                            Peta 1
       Mengapakah kemunculannya dianggap unik?
       A    Kawasan persinggahan pedagang
       B    Terbentuk di dua lembangan sungai
       C    Masyarakatnya patuh pada ajaran nabi dan rasul
       D    Berkembang di tempat terpencil yang kering kontang



9     Maklumat berikut berkaitan dengan konsep hijrah.
Tokoh
Pendapat
Orientalis Barat
Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ke Madinah sebagai suatu pelarian.
       Apakah hujah untuk menyangkal pendapat tersebut?

       A    Jemputan daripada orang Arab Madinah
       B    Galakan daripada pemimpin Quraisy
       C    Persetujuan dalam Perjanjian Hudaibiyah
       D    Termaktub dalam Piagam Madinah

10    Pernyataan berikut berkaitan dengan ucapan Nabi Muhammad s.a.w semasa  peristiwa pembukaan
        semula kota Makkah pada 630M.
“Pergilah kamu sekalian,kamu sekarang sudah bebas”
 
 



        Apakah sifat yang ditonjolkan oleh baginda Rasulullah ?
        A    Penyabar
        B    Toleransi
        C    Pemaaf
        D    Tabligh

11    Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin,seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.
        Apakah kebaikan sistem tersebut?
        A    Menghindari amalan rasuah
        B    Mengelakkan pembolotan kuasa
        C    Menyekat pewarisan jawatan pemerintah
        D    Menjamin pemilihan pemimpin berwibawa

12    Apakah kekuatan yang terdapat pada kumpulan Janissari dalam kerajaan Turki Uthmaniyah?

        A    Bijak dalam perdagangan
        B    Terlatih dalam peperangan
        C    Ahli pemikir kerajaan
        D    Petani yang berkemahiran














13    Gambar 1 menunjukkan batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang,Terengganu.
Text Box:










                                      Gambar 1
      Apakah yang dibuktikan melalui penemuan tersebut?

        A    Kepesatan perdagangan
        B    Kedatangan agama Islam
        C    Kepentingan tulisan jawi
        D    Kemunculan kesusasteraan

14    Penubuhan institusi baitulmal adalah kesan daripada pengaruh Islam di AsiaTenggara.
        Bagaimanakah sumber hasilnya diperolehi?
        I      Zakat dan sedekah
        II     Harta milik negara
        III    Harta rampasan perang
        IV    Cukai pendapatan individu

        A    I dan II
        B    I dan IV
        C    II dan III
        D    III dan IV

15    Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional. 
  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-Undang Perak
  • Undang-Undang Johor
 
 






        Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?
     
        A    Menyekat kemaraan pengaruh asing
        B    Mencorak perjalanan pemerintahan
        C    Mengukuhkan sistem pendidikan
        D    Mengawal kegiatan ekonomi rakyat




16    Apakah barangan yang telah dikecualikan cukai semasa berurus niaga di pelabuhan Melaka?

        A    Tembikar
        B    Kain
        C    Beras
        D    Manik

17    Rajah 1 berikut merujuk kepada perubahan ekonomi yang berlaku di Eropah.
Zaman Renaissance
Peningkatan ekonomi

Zaman Gelap
Kemerosotan ekonomi
                                                                    
                                                                     Rajah 1
     
         Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut?

         A    Perpecahan mazhab Kristian
         B    Penggunaan sistem barter
         C    Pertembungan dengan tamadun luar
         D    Peningkatan kadar penduduk

18        Jadual 2 berkaitan dengan penciptaan mesin pada era Revolusi Perindustrian.
                       
Tahun
1733
Tokoh
John Kay
Mesin Yang Dicipta
Flying Shuttle
                                                            Jadual 2
            Apakah kegunaan mesin tersebut?

            A         Menenun kain
            B         Menjana kuasa
            C         Menggali tanah
            D         Mengetin makanan

19     Andaikan anda ingin mengusahakan sebidang tanah di Tanah Melayu pada awal  abad ke-18.
         Bagaimanakah anda menguruskannya?

         A    Mendapat keizinan residen
         B    Memperoleh perkenan sultan
         C    Mendapat kebenaran pembesar
         D    Mencagarkannya pada bank





20     Rajah 2  menunjukkan sistem pendidikan yang wujud semasa zaman penjajah.
 









Rajah 2

         Apakah implikasi daripada sistem pendidikan tersebut?

         A    Penyelarasan sukatan pelajaran
         B    Perpaduan kaum sukar dicapai
         C    Penubuhan lebih banyak universiti
         D    Pembiayaan oleh pihak kerajaan

21     Dialog berikut mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17.


Tokoh X : Pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran kita keluarkan.
Tokoh Y : Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya dalam negara.
Tokoh Z :  Bagaimana kita nak mengatasinya, tuan?

         Apakah tindakan yang akan diambil oleh mereka?

         A    Mencipta pengangkutan moden
         B    Memesatkan sektor perindustrian
         C    Mengadakan hubungan diplomatik
         D    Melakukan perluasan imperialisme

22     Jadual 3 merujuk kepada tokoh perjuangan nasionalisme di Asia Tenggara.

Negara
Tokoh
Filipina
Andres Bonifacio
Indonesia
Soekarno
Indo China
Ho Chi Minh
                                                       Jadual 3

          Apakah persamaan perjuangan mereka?

          A    Membela nasib kaum wanita
          B    Menentang penjajah secara radikal
          C    Menghasilkan karya kesusasteraan
          D    Memajukan bidang pendidikan

23     Andaikan anda seorang tokoh berpengaruh di Kuala Telemong,Terengganu semasa British
         memperkenalkan pentadbiran Barat.
         Apakah faktor penentangan anda terhadap penjajah?

         I       Hilang kawasan pegangan
         II                 Pengenalan sistem cukai
         III    Undang-undang tanah yang ketat
         IV    Campur tangan dalam adat perhambaan

         A     I dan II
         B     I dan IV
         C     II dan III
         D     III dan IV

24     Senarai berikut adalah novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
    
  • Keris Melaka
  • Anak Mat Lela Gila
  • Putera Gunung Tahan
 
 






      Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?

      A    Mewujudkan perpaduan kaum
      B    Menghargai warisan tamadun
      C    Membela maruah bangsa
      D    Menggalakkan budaya membaca

25     Gambar 2  menunjukkan antara alat kebesaran diraja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

                          
                                                                      Gambar 2
      
         Apakah kepentingan alat tersebut?

            A    Keagungan kerajaan
            B         Simbol kedaulatan
            C         Simbol kekayaan
            D         Keluasan empayar

26        Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1895)
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (1911)
 
 






            Mengapakah undang-undang tersebut digubal?

            A         Meningkatkan kecekapan pemerintah
            B         Membentuk pentadbiran demokratik
            C         Memperkukuh sistem pertahanan
            D         Mengekalkan kedaulatan negeri


27     Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?

         A    Menyekat pengaruh dan campur tangan asing
            B    Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
            C    Menghapuskan negara dan bangsa Melayu
            D    Mengurangkan kemasukan orang dagang

28     Maklumat berikut berkaitan dengan pergerakan politik di Sarawak.

Tarikh
Peristiwa
8 Februari 1946
Pengisytiharan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British oleh Vyner Brooke

         Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?

         A   Mencanggahi Perlembagaan 1941
         B   Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri
         C   Menghapuskan hak istimewa peribumi
         D   Mengurangkan kegiatan ekonomi tradisional

29        Tokoh berikut memberi sumbangan dalam proses pembinaan negara dan bangsa.

Dato’ Onn Ja’afar
Dato’ E.E.C. Thuraisingam
Dr. Lee Tiang Keng
           
Apakah sumbangan mereka?

            A         Menganggotai Sistem Ahli
            B         Merangka sistem pendidikan
            C         Memajukan sektor ekonomi
            D         Menubuhkan Parti Perikatan

30     Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 sebagai persediaan  ke arah kemerdekaan.
         Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

         A    Menganjurkan konvensyen
         B    Merangka manifesto parti
         C    Melaksanakan pilihan raya
         D    Menyusun perlembagaan

31     Gambar 3 adalah manuskrip yang menjadi manifestasi kepada perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Text Box:           1957.

                           
                   









                                

                                        Gambar 3 
         Apakah kepentingannya kepada masyarakat Tanah Melayu?

         A    Pemimpin kehilangan kuasa
         B    Rakyat menikmati kemerdekaan
         C    Mewujudkan masyarakat majmuk
         D    Kemerosotan ekonomi negara

32     Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi Indonesia terhadap pembentukan gagasan Malaysia.

Tarikh
Peristiwa
20 Januari 1963
Indonesia melancarkan Dasar Konfrontasi ke atas Malaysia
       
             Bagaimanakah kempen penentangan tersebut dilaksanakan?

         A   Menyokong parti pembangkang
         B   Menghasut rakyat membenci kerajaan
         C   Memburukkan nama Malaysia di negara Dunia Ketiga
         D   Menghantar bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu





33     Apakah intipati yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan
         Agong pada 26 Ogos 1963?

         I      Kebebasan asasi
         II     Perwakilan ke parlimen
         III    Kuasa hal ehwal imigresen
         IV    Pemberian taraf kewarganegaraan

         A     I dan II
         B     I dan IV
         C     II dan III
         D     III dan IV

34    Rajah 3  merujuk pada sistem pemerintahan negara Malaysia.
 








                                                                     Rajah 3

        Apakah ciri penting dalam pemerintahan tersebut?

        A Perdana Menteri mempengerusikan perkhidmatan awam
        B Negara mengamalkan konsep pengasingan kuasa
        C Mahkamah berkuasa membubarkan parlimen
        D Yang di-Pertuan Agong berkuasa mentadbir negara

35     Encik Azman bertugas sebagai seorang doktor dalam perkhidmatan kerajaan.
         Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia beliau tidak layak untuk

         A    menjadi calon pilihan raya
         B    menyertai parti politik
         C    mendaftar sebagai pengundi
         D    menjalankan kempen pilihan raya











36     Gambar 4 adalah jata negara yang menjadi kebanggaan bangsa dan negara Malaysia.

                    
                                  Gambar 4  

          Rakyat Malaysia mesti berbangga dengannya kerana ia adalah lambang

          A           keharmonian
          B           kegigihan
          C           kemajuan
          D           kemegahan

37     Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pelaksanaan Rancangan
         Malaysia Pertama.
  • Ditubuhkan pada 1966
  • Dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
  • Menggantikankan peranan RIDA
 
 
 





             
         Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?

         A    Memasarkan hasil pertanian
         B                Menguruskan projek indutri berat
         C                Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan
         D                Membantu bumiputera dalam perdagangan

38     Rajah 4  berkaitan dengan gagasan menjadikan negara Malaysia maju menjelang tahun 2020.    
 






                                                             Rajah 4 
      Apakah langkah yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran tersebut?

      A    Kekayaan negara dikongsi
      B    Sistem pendidikan ditingkatkan
      C    Peluang pekerjaan ditambah
      D    Budaya cemerlang diamalkan


39     Peta 2 menunjukkan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.
Text Box:
               











 

                                                               Peta 2
  
         Apakah  matlamat penubuhannya?

         A    Memberikan bantuan ketenteraan kepada negara-negara anggota
         B    Menjalinkan kerjasama dalam ekonomi,sosial dan kebudayaan
         C    Menganjurkan Sukan Komanwel
         D    Meningkatkan taraf infrastruktur antara negara

40     Senarai berikut berkaitan dengan penyertaaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
  • Komanwel
  • Negara-Negara Selatan
  • Pertubuhan Persidangan Islam
 
 






         Apakah tujuan Malaysia menyertai pertubuhan tersebut?

         A            Menjamin keselamatan
         B             Menguasai ekonomi dunia
         C             Mengadakan pakatan ketenteraan
         D            Memantapkan struktur pentadbiran


  
Ting
No.Soalan
Jawapan
Muka surat
4
1
A
 8
2
D
 31
3
A
56
4
C
65
5
B
75
6
C
85
7
D
108
8
D
99
9
A
120
10
C
136
11
D
143
12
B
162
13
B
177
14
A
191
15
B
200
16
C
211
17
D
216
18
A
229
19
C
258-259
20
B
265
5
21
D
5
22
B
19-20
23
C
42
24
C
53
25
B
76
26
D
80 & 84
27
C
96
28
A
110
29
A
118
30
D
125
31
B
128
32
C
146-147
33
C
155
34
B
171
35
A
179
36
D
188
37
D
201
38
A
222
39
B
256
40
A
242

Comments