Wednesday, 19 September 2012

Bab 4 Tingkatan 5

BAB 4

Soalan Struktur Bab 4  Tingkatan 5

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Tarikh : 21 Januari 1948
Lokasi : King’s House Kuala Lumpur


1a) Berikan factor-faktor yang telah menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.


i)                    ………………………………………………………………………………

ii)                  ………………………………………………………………………………

iii)                ………………………………………………………………………………

(3 markah)

b) Apakah ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

i)                    …………………………………………………………………………………

ii)                  …………………………………………………………………………………

iii)                …………………………………………………………………………………

(3 markah)

c) Nyatakan dua pertubuhan yang ditubuhkan untuk menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

i)                    …………………………………………………………………………………

ii)                  ………………………………………………………………………………….

(2 markah)

d) Berikan dua kandungan Perlembagaan Rakyat 1947.

i)                    …………………………………………………………………………………

ii)                  …………………………………………………………………………………

( 2 markah)

Jawapan

1a)

-ketegasan  orang Melayu membantah Malayan Union
-sikap poitik orang Melayu yang sederhana
-sokongan pegawai-pegawai tinggi British
-perpaduan orang Melayu daripada semua golongan
-UMNO tidak menuntut kemerdekaan
-sokongan bekas Pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
-selaras dengan gesaan Piagam Atlantik 1945

Buku Teks T5 m.s. 103
1b)

-sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
-PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
-konsep raja berpelembagaan diwujudkan
-senarai persekutuan dan senarai negeri dibentuk
-pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
-syarat kerakyatan diperketatkan
-British mengiktiraf ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan PTM
-Intitusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukan yang jelas dalam pentadbiran

Buku Teks T5 m.s. 107 dan 108

1C)
-All Malayan Council of Joint Action(AMCJA)
-Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

1d)

-Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
-Sebuah kerajaaan pusat dan majlis negeri dipilih
-raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
-Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
-adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
-kerakyatan yang sama rata
-Bendera merah putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
-Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
-Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggung jawab bersama British dan Tanah Melayu
-warganegara Tanah Melayu harus dinamakan Melayu
Buku Teks T5 m.s. 106

No comments:

Post a Comment