Monday, 17 July 2017

Kertas 3 Bab 6 Tingkatan 5



Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format
Perincian
Markah Penuh
Pengenalan
1.      Pengenalan

Jelaskan latar belakang sejarah pembentukan Malaysia.

5 markah
Isi dan Huraian
2.      Pemahaman

Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial.

30 markah
3.      Menganalisis

Terangkan inti pati Perjanjian Malaysia dan buktikan pembentukan Malaysia mengambil kira kepentingan rakyat khasnya rakyat di Sabah, Sarawak dan Singapura.

15 markah
4.      Mengaplikasi

Bagaimanakah pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah dapat memupuk semangat perpaduan sesama pelajar berbilang kaum di sekolah?

15 markah
5.      Menilai

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam usaha membentuk masyarakat bersatu padu.

10    markah
6.      Menjana idea

i)             Terangkan cabaran yang dihadapi oleh negara kita sejak penubuhannya pada tahun 1963 sehingga kini.
ii)           Cadangkan usaha-usaha yang sesuai untuk 
                     mengatasi cabaran di atas.

10 markah
7.      Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme

Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh warganegara Malaysia ke arah mewujudkan negara yang pesat membangun.

10 markah
Kesimpulan
8.      Rumusan

         ● Pengetahuan yang diperoleh
         ● Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
         ● Harapan calon

5 markah


1 comment:

  1. cikgu,nak tanya .... ada contoh jwp tak??? emergency...emergency...😅😂

    ReplyDelete