Wednesday 5 March 2014

Ujian 1 Tingkatan 5

BAHAGIAN A : Jawab semua soalan.



1.    Apakah sumbangan penting tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

A.  Perancangan bandar
B.  Penciptaan kertas
C.  Pembinaan piramid
D.  Pengangkutan beroda

2.    Senarai berikut merupakan bandar terancang yang terkenal dari Tamadun Indus.
·         Mohenjo-Daro
·         Harappa

            Apakah faktor yang membolehkan    tamadun Indus membina bandar yang           terancang?

A.     Kepakaran ilmu geometri
B.     Kemajuan bidang pertanian
C.     Kemajuan bidang pelayaran
D.     Kebijaksanaan pemerintah


3.    Sistem pendidikan di Athens menitikberatkan aspek berikut.
·         Muzik
·         Seni berpidato
·         Kesusateraan
            Apakah tujuan pendidikan tersebut?

A.    Memupuk semangat patriotisme
B.    Menghasilkan pemimpin yang berwibawa
C.   Membentuk individu yang seimbang
D.   Melahirkan warganegara yang berani

4.    Apakah matlamat penubuhan sresthin di India?

A.    Menjamin hak majikan
B.    Memupuk kesetiaan pekerja
C.   Mengawal kadar gaji pekerja
D.   Mengurangkan had masa bekerja


5.    Rakyat tidak berani menderhaka kepada raja walaupun raja itu zalim dan tidak adil.
Mengapakah wujudnya keadaan sedemikian dalam kerajaan awal?

A.    Raja berkuasa mutlak
B.    Raja amat berpengaruh
C.   Kepercayaan raja ialah bayangan tuhan
D.   Kepercayaan raja memiliki kuasa sakti

6.    Pada zaman kerajaan awal, agama Hindu dan Buddha telah mempengaruhi masyarakat Asia Tenggara dalam pelbagai aspek.
Apahak pengaruhnya dalam sistem pemerintahan kerajaan awal?

                      I.        Konsep dewa raja
                    II.        Upacara pertabalan raja
                   III.        Pemilihan raja melalui Majlis Tertinggi
                  IV.        Perlantikan pegawai kerajaan melalui peperiksaan awam

A.    I dan II
B.    I dan IV
C.   II dan III
D.   III dan IV

7.    Apakah faktor yang mendorong masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perkara berikut?
·         Menuntut bela
·         Mempertahankan maruah diri dan kabilah

A.    Semangat kabilah
B.    Semangat assabiah
C.   Perasaan cinta akan tanah air
D.   Pengaruh negara-negara jiran




8.    Pemimpin-pemimpin Quraisy di Makkah menentang ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw secara berterusan.
Apakah kesan tindakan mereka terhadap Nabi Muhammad saw?

A.    Penghijrahan ke Habsyah
B.    Penyebaran Islam tersekat
C.   Pengikut baginda bertambah
D.   Perjanjian damai ditandatangani

9.    Jadual berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah
Tahun
Perjanjian
621 M
Perjanjian Aqabah Pertama
622 M
Perjanjian Aqabah Kedua
Apakah kesan penting perjanjian tersebut?

A.    Islam diiktiraf oleh orang Quraisy
B.    Madinah menjadi pusat perdagangan
C.   Orang Makkah berhijrah ke Madinah
D.   Madinah menjadi tapak penyebaran Islam yang baru

10.  Sebelum seseorang itu dilantik sebagai khalifah, upacara baiah diadakan.
Apakah yang dimaksudkan dengan baiah?

A.    Pemilihan khalifah
B.    Pertabalan khalifah
C.   Perakuan sumpah taat setia
D.   Perundingan para pemimpin

11.  Khalifah Harun al-Rasyid menubuhkan baitulhikmah di Baghdad.
Apakah fungsi baitulhimah?

A.    Menguruskan kewangan
B.    Menjalankan kegiatan intelektual
C.   Mengendalikan urusan pentadbiran
D.   Menjalankan kegiatan perdagangan.

12.  Kedatangan Islam meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Melayu. Apakah kesan tersebut?

                      I.        Penggunaan tulisan Jawi
                    II.        Kewujudan sekolah pondok
                   III.        Penghapusan amalan tradisi
                  IV.        Kewujudan masyarakat majmuk

A.    I dan II
B.    I dan IV
C.   II dan III
D.   III dan IV

13.  Senarai berikut merupakan bandar-bandar yang muncul di Itali
·         Genoa
·         Venice
·         Florence
            Apakah faktor yang membawa kepada         kemunculan bandar-bandar tersebut?
A.    Pertambahan penduduk
B.    Pembentukan sistem feudal
C.   Peningkatan kegiatan pertanian
D.   Perkembangan perdagangan antarabangsa

14.  Apakah faktor yang menyebabkan British mengubah struktur ekonomi peribumi di Tanah Melayu?

A.    Meningkatkan pertumbuhan bandar
B.    Memenuhi keperluan industri perkilangan
C.   Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
D.   Meningkatkan taraf hidup penduduk peribumi

15.  Akta tanah berikut telah diluluskan oleh British pada 25 November 1913.
·         Akta Tanah Simpanan Melayu
Bagaimanakah akta tanah tersebut memanfaatkan orang Melayu?

A.    Mengekalkan hak milik
B.    Menjalankan ekonomi sara diri
C.   Menanam pelbagai jenis tanaman
D.   Melibatkan diri dalam ekonomi dagangan

16.  Apakah matlamat utama dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara?

A.    Menguasai ekonomi
B.    Menyebarkan agama
C.   Mengembangkan budaya
D.   Menguasai sistem politik

17.  Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Thailand adalah berbeza daripada negara-negara lain di Asia Tenggara. Apakah perbezaan tersebut?

A.    Diketuai oleh Gabenor Jeneral
B.    Sistem pentadbiran beraja dihapuskan
C.   Setiap jabatan diketuai oleh orang Barat
D.   Diperkenalkan sendiri oleh Raja Thailand

18.  Mengapakah  pihak penjajah menganggap penerbitan akhbar berikut ebagai ancaman terhadap mereka?
·         Warta Malaya
·         Tribune Indigene

A.    Menuntut kemerdekaan
B.    Menyebarkan idea nasionalis
C.   Mendedahkan kebebasan orang Barat
D.   Membincangkan sistem sosial tempatan









19.  Antara berikut, yang manakah berkaitan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap kedua?

A.    Bersifat setempat
B.    Bersifat sederhana
C.   Bertolak ansur dengan pemerintah
D.   Bertujuan untuk mencapai kemerdekaan

20.  Tokoh berikut menubuhkan Parti Rakyat pada tahun 1932.
·         Nai Pridi Panomyang
·         Field Marshall Phibul Songram
            Apakah yang diperjuangkan oleh parti           tersebut.

A.    Menentang demokrasi
B.    Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
C.   Memperjuangkan pendidikan Barat
D.   Membentuk pemerintahan baru



BAHAGIAN B : Jawab semua soalan.

1.    Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan.

a)    Terangkan tiga peringkat pendidikan di China.

                                      i.        ………………………………………………………………………………..

                                     ii.        ..........………………………………………………………………………...

                                    iii.        ..................................................................................................................
(3 markah)
                       
b)    Apakah tujuan utama peperiksaan awam kerajaan diadakan di China.

........................…………………………………………………………………............
 (1 markah)

c)    Namakan tiga tahap peperiksaan awam kerajaan di China

                                      i.        .....………………………………………………………………….............

                                     ii.        ………………………………………………………………………...........

                                    iii.        ...……………………………………………………………………...........
(3 markah)

d)    Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan calon-calon peperiksaan awam kerajaan supaya tidak meniru semasa peperiksaan dijalankan?

i.      ...……………………………………………………………………............

ii.     ...…………………………………………………………………….............
 (2 markah)

e)    Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan diutamakan oleh masyarakat sesebuah tamadun?

........................................................................................................................................
(1 markah)

2.    Kedua-dua tokoh berikut telah membawa pembaharuan di Thailand

·         Raja Mongkut
·         Raja Chulalongkorn

a)    Nyatakan sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut.

                                      i.        ..................................................................................................................

                                     ii.        ..................................................................................................................
[2 markah]


b)    Jelaskan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn dalam system pentadbiran Thailand.
.
                                      i.        ...................................................................................................................

                                     ii.        ...................................................................................................................
[2 markah]

c)    Apakah sebab berlakunya gerakan nasionalisme di Thailand pada tahap pertama?

                                       i.        ....................................................................................................................

                                      ii.        ....................................................................................................................
 [2 markah]

d)    Apakah pembaharuan yang diperkenalkan oleh Phibul Songram di Thailand?

                                       i.        ....................................................................................................................

                                      ii.        ....................................................................................................................
 [2 markah]

e)    Apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn untuk kegemilangan Negara Malaysia?

                                      i.        ...................................................................................................................

                                     ii.        ....................................................................................................................
 [2 markah]











BAHAGIAN C : Jawab salah SATU sahaja

1.    Dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan dalam pelbagai aspek.

a)    Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan bandar-bandar baru di negara kita?
(8 markah)

b)    Jelaskan kesan perkembangan ekonomi terhadap sistem pengangkutan dan perhubungan di negara kita.
(6 markah)

c)    Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan British menyediakan lebih banyak kemudahan sistem pengangkutan di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu?
(6 markah)

2.     Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada umumnya dibahagikan kepada dua tahap.

a)    Jelaskan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.
(6 markah)

b)    Bagaimanakah kuasa imperialisme Barat menangani gerakan nasionalisme yang bersifat radikal di Asia Tenggara?
(8 markah)

c)    Apakah iktibar yang anda peroleh daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
(6 markah)



KERTAS SOALAN TAMAT


No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6