Thursday 26 October 2017

Kertas 3 SPM 2017



KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SOALAN 1

ASPEK
PERINCIAN
MARKAH
Pengenalan
1.
a)
Maksud imperialisme.
5 markah


b)
Nama kuasa Barat yang terlibat dengan kegiatan imperialisme.
Isi dan Huraian
2.
Faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.
20 markah

3.
Perubahan politik di Tanah Melayu.
20 markah

4.
Kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.
15 markah

5.
Penjajahan alaf baru telah berlaku ke atas masyarakat dan negara Malaysia kini.
10 markah

6.
Hubung kait pengenalan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan corak pentadbiran negara Malaysia hari ini.
10 markah

7.
Persiapan yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan.
10 markah

8.
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.
5 markah
Kesimpulan
9.
Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :
5 markah


a)
Pengetahuan yang diperoleh


b)
Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia


c)
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan gemilang


Cadangan Peraturan Pemarkahan
Soalan
Butiran
Markah
1
a)
Maksud imperialisme
5 markah

F1
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya


F2
Mereka menjajah negara lain


F3
Untuk kepentingan tertentu


F4
Imperialisme telah berlaku semenjak zaman Empayar Yunani dan Rom


F5
Imperialisme moden pula bermula sejak abad ke-15


F6
Kuasa-kuasa Barat telah menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin






b)
Nama kuasa Barat yang terlibat dengan kegiatan imperialisme


F7
Amerika Syarikat


F8
Jerman


F9
Rusia


F10
Belgium


F11
Itali


F12
Sepanyol


F13
Portugal


F14
Britain


F15
Perancis


F16
Belanda



[mana-mana 5 x 1m]





2
Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara
20 markah

F1
Kekayaan bahan mentah


F2
Pihak Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian


F3
Mempunyai tanah yang subur yang sesuai dengan pelbagai tanaman


F4
Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah


F5
Bijih timah banyak terdapat di Tanah Melayu


F6
Getah asli sangat diperlukan oleh kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal terbang


F7
Getah sangat sesuai di tanam di Tanah Melayu, Filipina, dan Indonesia


F8
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur


F9
Memerlukan pasaran yang luas


F10
Memerlukan bahan mentah yang konsisten


F11
Sejak kurun ke-17, berlaku kepesatan sektor perindustrian dalam kalangan negara-negara Eropah telah membolehkan pengeluaran hasil perkilangan yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan


F12
Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan


F13
Perhubungan antara Timur dan Barat telah mencipta era baru setelah penciptaan telegraf


F14
Arahan oleh kuasa-kuasa imperialisme Barat kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dapat diberi dengan lebih cepat dan berkesan


F15
Manakala ahli-ahli perniagaan di Barat pula dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur


F16
Perdagangan antarabangsa dapat berkembang dengan lebih pesat


F17
Urusan perniagaan dapat berjalan lancar


F18
Penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa


F19
Mempercepatkan perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dengan Barat


F20
1896, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dengan Barat


F21
Membolehkan kos dijimatkan


F22
Perjalanan lebih selamat


F23
Persaingan kuasa Barat


F24
Untuk menaikkan imej dan kemegahan negara


F25
Semakin banyak tanah jajahan diperoleh, maka semakin dipandang tinggi dan dihormati


F26
Menyebabkan negara-negara Barat berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar


F27
Slogan ‘Beban Orang Putih’


F28
British dan Amerika Syarikat selalu menggunakan slogan “Beban Orang Putih” dalam menjalankan imperialisme mereka


F29
Orang Perancis pula berpegang kepada slogan “Menyebarkan Tamadun”


F30
Bermaksud menjadi tugas bangsa Perancis untuk mentamadunkan orang-orang timur


F31
Kedua-dua kuasa ini selalu berasa diri mereka lebih maju dan bertamadun


F32
Menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan orang lain


F33
Tanah yang subur


F34
Kedudukan yang strategik antara India dengan China


F35
Mubaligh Kristian ingin menyebarkan agama Kristian kepada penduduk setempat yang dijajah mereka.



[mana-mana 20 x 1m]





3
Perubahan Sistem Politik di Tanah Melayu
20 markah

Sebelum kedatangan penjajah


F1
Negeri-Negeri Melayu ditadbir oleh Kesultanan Melayu yang bermula dengan Kesultanan Melayu Melaka


F2
Menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan






Selepas kedatangan penjajah


F3
Penjajahan Portugis pada tahun 1511 apabila Portugis telah menawan Melaka


F4
Portugis berjaya meruntuhkan institusi raja di Melaka


F5
Semasa penjajahan Belanda, institusi raja terus terhapus


F6
Semasa penjajahan British, Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura telah digabungkan di bawah Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826


F7
Negeri-Negeri Selat ditadbir secara terus dari London


F8
Kuasa tertinggi dipegang oleh Gabenor


F9
Dibantu oleh Residen Kaunselor


F10
Pegawai kerajaan terdiri daripada pegawai British


F11
Pentadbiran oleh Penghulu di peringkat kampung dikekalkan


F12
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) ditubuhkan


F13
Terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor


F14
British memperkenalkan sistem penasihat


F15
Residen dan Penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor  Negeri-Negeri Selat


F16
Tugas utama Residen dan Penasihat British adalah menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu


F17
1896, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) ditubuhkan


F18
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang digabungkan


F19
Di bawah pentadbiran Residen Jeneral


F20
Residen Jeneral bertanggungjawab terhadap Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura


F21
Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan di setiap negeri


F22
Segala dasar yang diputuskan dilaksanakan oleh jabatan di setiap negeri


F23
Semua negeri diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British



[mana-mana 10 x 1m]





4
Kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara
15 markah

F1
Sistem birokrasi Barat diperkenalkan untuk memudahkan penjajah menguasai ekonomi dan politik/dasar pentadbiran Barat


F2
Kemerosotan/keruntuhan sistem pemerintahan Barat


F3
Para pembesar kehilangan kuasa kerana peranan mereka diambil alih pegawai penjajah


F4
Pengaruh golongan agama merosot


F5
Asia Tenggara menjadi medan persaingan kuasa-kuasa Barat


F6
Pengenalan pelbagai jenis cukai dan peraturan baru membebankan penduduk tempatan


F7
Kepulauan Melayu dipecah perintah oleh kuasa Barat


F8
Sistem ekonomi Barat diperkenalkan


F9
Institusi kewangan dan insurans diperkenalkan


F10
Kemunculan bandar-bandar baru dan pelabuhan


F11
Kemasukan kaum imigran untuk menampung keperluan tenaga kerja dalam sektor perladangan dan perlombongan


F12
Penjajah menguasai dan membolot hasil bumi dan bahan mentah untuk kepentingan mereka sendiri


F13
Kemajuan ekonomi tidak seimbang antara wilayah


F14
Kedatangan kaum imigran secara beramai-ramai menyebabkan pertambahan penduduk


F15
Kemudahan kesihatan disediakan


F16
Kaum imigran menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk dan menimbulkan masalah perpaduan kaum


F17
Masyarakat peribumi terus ketinggalan daripada arus kemajuan kerana tidak mendapat pembelaan daripada penjajah


F18
Setiap kaum dikenalai melalui fungsi mereka dalam kegiatan ekonomi dan kawasan petempatan / jurang sosial


F19
Penggunaan bahasa penjajah begitu meluas


F20
Sistem pendidikan Barat/ vernakular diperkenalkan


F21
Undang-undang Barat diperkenalkan


F22
Sistem perhubungan/ pengangkutan dimajukan untuk menyokong keperluan ekonomi dan politik penjajah


F23
Wujud dwiekonomi tradisional yang diamalkan kaum peribumi di luar bandar, manakala ekonomi moden oleh kaum pendatang terutamanya orang Erpoah


F24
Asia Tenggara dihubungkan dengan perdagangan antarabangsa


F25
Wujud gerakan nasionalisme di Asia Tenggara


F26
Peyerapan budaya Barat dan agama Kristian


F27
Penduduk tempatan ditindas melalui Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Perancis



[mana-mana 15 x 1m]





5
Penjajahan alaf baru telah berlaku ke atas masyarakat dan negara Malaysia kini
10 markah

F1
Menghakis nilai budaya ketimuran


F2
Merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan


F3
Pencemaran budaya melalui kemasukan budaya negatif


F4
Meminggirkan budaya Timur dan pegangan agama rakyat kita


F5
Masalah gejala sosial berleluasa dalam kalangan remaja


F6
Penggunaan dadah sintetik berleluasa


F7
Terdapat penubuhan kelab gay dan lesbian di bandar-bandar


F8
Remaja muda terpengaruh dengan nilai-nilai budaya Barat


F9
Pegangan agama rakyat semakin terpesong


F10
Pengamalan nilai hidup bebas


F11
Menghancurkan kekayaan dan kemajuan negara


F12
Mahkamah dan sistem keadilan negara dicerobohi


F13
Merosakkan akidah masyarakat


F14
Perasaan cintakan negara semakin pudar



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 10 x 1m]





6
Hubung kait pengenalan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan corak pentadbiran negara Malaysia hari ini
10 markah

F1
Pentadbiran lebih sistematik dan licin


F2
Memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin


F3
Ekonomi bertambah maju


F4
Pengenalan sistem raja berperlembagaan


F5
Penubuhan kerajaan pusat


F6
Pengangihan tugas melalui biro/ jabatan


F7
Pengenalan undang-undang bertulis


F8
Peranan raja berkurangan


F9
Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh


F10
Meluaskan kawasan takluk


F11
Menyebarkan budaya Barat


F12
Menguasai jabatan-jabatan kerajaan


F13
Memperkenalkan kerahan tenaga


F14
Undang-undang Barat menyulitkan


F15
Penguasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa Barat



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 10 x 1m]





7
Persiapan yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan
10 markah

F1
Sedia berkorban untuk negara


F2
Mengekalkan jati diri bangsa


F3
Memperkukuh perpaduan rakyat


F4
Mengamalkan ajaran agama


F5
Menguasai pelbagai bidang ilmu


F6
Meningkatkan kemahiran


F7
Menjauhi gejala negatif


F8
Berpandangan jauh/berwawasan


F9
Setia kepada negara


F10
Taat kepada pemimpin


F11
Mengamalkan gaya hidup sihat


F12
Amanah terhadap tugas


F13
Memupuk sikap cintakan negara


F14
Tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 10 x 1m]





8
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
5 markah

F1
Pemimpin perlu berkaliber


F2
Pemimpin perlu berani


F3
Pemimpin perlu berpandangan jauh


F4
Pemimpin perlu berilmu/bijaksana


F5
Berhati-hati menerima pengaruh luar


F6
Taat dan setia pada negara


F7
Rakyat dan pemimpin perlu bersatu


F8
Berfikir dahulu sebelum membuat perubahan


F9
Bertindak tegas demi mempertahankan hak


F10
Kedaulatan negara perlu dipertahankan



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 5 x 1m]





9
Pengetahuan yang diperoleh
5 markah

P1
Kedatangan imperialisme Barat ke Asia Tenggara adalah untuk kepentingan ekonomi negara mereka


P2
Pengenalan sistem birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi, dan sosial negara-negara di Asia Tenggara



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 1 x 1m]






Nilai-nilai murni


N1
Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan telah mencetuskan gerakan nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah


N2
Generasi muda hari ini perlu menghargai perjuangan nasionalisme silam dengan berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 1 x 1m]






Unsur patriotisme


U1
Mengukuhkan kerjasama


U2
Bersyukur dengan keamanan negara



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 1 x 1m]






Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan gemilang


H1
Warganegara Malaysia perlu mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan


H2
Mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara



(mana-mana jawapan munasabah)



[mana-mana 2 x 1m]




4 comments:

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6