ad

Thursday, 26 October 2017

Kertas 3 SPM 2017 JPNK



SULIT


                                                                                         1249/3
SEJARAH
Kertas 3
Tema Umum
Nov./Dis.
2017






Text Box: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

_______________________________________________________________________________________

TINGKATAN 5
2017
________________________________________________________________________________________________
SEJARAH
KERTAS 3




1.    Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.

2.    Calon dikehendaki membawa dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

3.    Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.







_______________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT                                                                         2                                                                      1249/3

ARAHAN KEPADA GURU

1.     Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan

2.     Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang Tema Umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

3.     Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.

4.     Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai dan mengenalpasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.

5.     Guru dilarang sama sekali menyediakan jawapan kepada calon dalam apa-apa bentuk sekali pun.

6.     Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPADA CALON

1.     Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

2.     Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

3.     Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam sejarah 1249/3

4.     Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan lain yang berkaitan.

5.     Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6.     Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

7.     Calon dinasihatkan supaya penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak menganggu calon lain.

Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia, British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika merampas Filipina daripada Sepanyol, Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.


 
 









KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah
1249/3 @ 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan                                                                           SULIT



TUGASAN SPESIFIK SET 1



Aspek

Soalan / Tugasan

Markah


Pengenalan

1.    Jelaskan latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara.


5 markah
Isi dan Huraian



2.     Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara

20 markah

3.    Kejayaan Negara Thailand mengekalkan kemerdekaan
           

10 markah

4.    Jelaskan perubahan sistem politik  di negara berikut selepas kemasukan penjajah Barat:
      (a) Tanah Melayu
            (b) Thailand
            (c) Burma (Myanmar)
            (d) Indonesia
            (e) IndoChina
            (f)  Filipina

20 markah

5.     Pada pendapat anda, apakah bentuk penjajahan baru   
 yang melanda masyarakat zaman sekarang?


10 markah

6.    Kesan penjajahan bentuk baru kepada masyarakat hari ini


10 markah


7.   Apakah usaha-usaha untuk menghadapi ancaman penjajahan bentuk baru pada masa kini?


10 markah

8.   Apakah iktibar yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara?

     Berikan penjelasan.


10 markah


9.  Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(a)  Pengetahuan yang diperoleh
(b)  Nilai patriotisme yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat
(c)  Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia kekal unggul di mata dunia.



5 markah



KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT




TUGASAN SPESIFIK SET 2



Aspek

Perincian

Markah


Pengenalan

1.    Jelaskan maksud nasionalisme.


5 markah
Isi dan Huraian



2.     Mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan imprealis 
 barat di Asia Tenggara

15    markah


3.    Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia   
Tenggara.


20   markah


4.    Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sehingga Perang Dunia Ke-2



10 markah

5.   Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara
    



10 markah



6.  Huraikan cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan negara.

10 markah

7.  Huraikan langkah-langkah untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat



10 markah


8.   Apakah iktibar yang diperoleh daripada kemerdekaan dan kedaulatan negara?
            Berikan penjelasan




10 markah

Kesimpulan

9.  Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(d)  Pengetahuan yang diperoleh
(e)  Nilai patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia
(f)   Harapan untuk menjadikan negara Malaysia kekal merdeka dan berdaulat





5 markah



KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


TUGASAN SPESIFIK SET 3


Aspek

Soalan / Tugasan

Markah


Pengenalan

1.    Jelaskan maksud nasionalisme.


5 markah
Isi dan Huraian



2.     Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.


15  markah


3.    Huraikan tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara.


10 markah


4.    Gerakan nasionalisme di negara Asia Tenggara:
(a) Filipina
(b) Indonesia
(c) IndoChina
(d) Burma
(e) Thailand


5 markah
5 markah
5 markah
5 markah
5 markah

5.  Usaha mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada memperjuangkan kemerdekaan.

     Berikan penjelasan.



10 markah



6.  Penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat kedaulatan negara Malaysia.

     Berikan penjelasan


10 markah

7.  Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.


10 markah


8.  Apakah iktibar yang diperoleh daripada kemerdekaan dan kedaulatan negara?

     Berikan penjelasan.



10 markah

Kesimpulan

9.  Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(g)  Pengetahuan yang diperoleh
(h)  Nilai patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia
(i)    Harapan untuk menjadikan negara Malaysia kekal merdeka dan berdaulat





5 markah

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


TUGASAN SPESIFIK SET 4

Aspek

Perincian

Markah


Pengenalan

1.    Jelaskan latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara.


5 markah
Isi dan Huraian



2.     Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara

20  markah


3.    Perbandingan sistem pentadbiran sebelum dan selepas kedatangan Barat.
     

20 markah


4.    Mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya

10 markah

5.    Peranan pemimpin untuk mengekalkan kedaulatan 
Negara


10 markah


6.   Huraikan cabaran yang dihadapi Negara-negara Asia Tenggara untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk baru.

        


10 markah

7.  Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk baharu tersebut.



10 markah


8.  Apakah iktibar yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara?

     Berikan penjelasan.




10 markah

Kesimpulan

9.  Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(j)    Pengetahuan yang diperoleh
(k)  Nilai patriotisme yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat
(l)    Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia kekal unggul di mata dunia.





5 markah


KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

TUGASAN SPESIFIK SET 5

Aspek

Soalan/Tugasan


Markah
Pengenalan
1.     Jelaskan konsep nasionalisme

5 markah

Isi dan huraian
2.     Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme:
a.     Dasar penjajahan barat
b.    Pengaruh agama
c.     Sistem pendidikan
d.    Kemunculan golongan intelektual


5 markah
5 markah
5 markah
5 markah

3.     Huraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

10 markah
4.     Terangkan gerakan nasionalisme
(a)   Filipina
(b)   Burma
(c)   Indochina
(d)   Thailand
(e)   Indonesia

20 markah
5.     Gerakan nasionalisme banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Jelaskan pernayataan tersebut

10 markah
6.     Mengapakah semangat patriotisme masyarakat hari ini semakin luntur?
Berikan penjelasan


10 markah
7.     Apakah langkah-langkah untuk memupuk semangat nasionalis dalam kalangan generasi muda hari ini?


10 markah
8.     Apakah iktibar yang diperolehi daripada perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara?
Berikan penjelasan


10 markah

Kesimpulan
9.     Jelaskan kesimpulan berdasarkan perkaraberikut:
a.     Pengetahuan yang diperolehi
b.    Nilai petriotisme yang diperolehi melalui perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
c.     Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlangdanterbilang




5 markah


KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


TUGASAN SPESIFIK SET 6

Aspek
Soalan/Tugasan

Markah
Pengenalan
1.    Latar belakang imperialisme di Asia Tenggara

5 markah

Isi dan Huraian

2.    Huraikan faktor-faktor pencetus imperialisme barat di AsiaTenggara

20 markah



3.    Bincangkan kesan imperialisme Barat di negara-negara Asia Tenggara

20 markah
4.    Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia
            Tenggara.

15  markah

5.    Cadangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia



10 markah
6.    Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita selepas kemerdekaan

10 markah

7.    Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan Negara dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut         

10 markah




8.    Apakah pengajaran yang diperoleh daripada Imperialisme Barat

5 markah
Kesimpulan
9.    Sediakan kesimpulan berdasarkan tajuk yang dikaji

5 markah





KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


TUGASAN SPESIFIK SET 7

Aspek
Perincian
Markah

Pengenalan
1. Jelaskan maksud imperialisme barat di Asia   
    Tenggara.


5 markah












Isi dan huraian

2.Terangkan perubahan politik yang dijalankan oleh
    birokrasi barat di negara berikut.

    (a)  Filipina
    (b)  Indonesia
    (c)  Indochina
    (d)  Myanmar


30 markah

3.Terangkan keistimewaan sistem birokrasi barat yang 
   diperkenalkan sendiri oleh pemerintah Thailand

15 markah

4.Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap satu dan
   dua di Asia Tenggara.

15 markah

5.Penjajahan bentuk baru sedang melanda dalam negara 
   kita pada hari ini.
   Jelaskan pernyataan tersebut
  


10 markah

6. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman
    penjajahan bentuk baru


10 markah

7. Jelaskan iktibar yang dapat diambil daripada dasar
    imperialisme dan pengenalan birokrasi barat di Asia   
    Tenggara.
.

10 markah



Kesimpulan

8.Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang
    dibincangkan:
·    pengetahuan yang diperoleh
·    Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·    Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.


5 markah




KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapun




1.         Maksud Imperialisme Dan Latar belakang Imperialisme

1.     Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2.     Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.
3.     Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
4.     Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai ekonomi dan mengubah sistem politik tanah jajahannya.
5.     Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
6.     Tujuan awal imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah.
7.     Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit.

2.         Faktor-faktor berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara @
            Sebab Asia Tenggara menjadi tarikan imperialisme Barat

1.     Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara perjalanan China dan India
2.     Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur untuk kegiatan pertanian
3.     Revolusi Perindustrian di Eropah menyebabkan keperluan kepada bahan mentah yang banyak dan konsisten yang terdapat di Asia Tenggara
4.     Asia Tenggara juga kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand kayu jati di Burma dan Thailand
5.     Penduduk yang ramai di Asia Tenggara menjamin pasaran yang luas untuk barangan keluaran kilang
6.     Perluasan Imperialisme juga disebabkan oleh berlakunya persaingan antara kuasa –kuasa Barat seperti Britain, Belanda, Sepanyol, Perancis dan sebagainya. Persaingan ini menyebabkan Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme baru.
7.     Bagi masyarakat Barat semakin luas tanah jajahan mereka semakin tinggi status atau sanjungan yang diperoleh. Oleh itu keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekuasaan serta kekayaan dan kehebatan negara tersebut.
8.     British dan Belanda menganggap tamadun mereka lebih maju dengan membawa slogan beban orang putih dan mendakwa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera
9.     Perancis pula berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun di mana mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur
10.  Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan dan di seberang laut
11.  Perluasan kuasa imperialisme Barat juga disebabkan oleh perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
12.  Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dibawa dan juga mempercepatkan perjalanan di antara Barat dan Timur.
13.  Pembukaan Terusan Suez dan kapal berkuasa wap juga menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos.
14.  Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan telegraf membolehkan kuasa penjajah memberi arahan kepada pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur dengan mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.
15.  Imperialisme juga berlaku disebabkan oleh masyarakat Eropah ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus dan sutera yang selama ini dikuasai oleh orang Islam.
16.  Galakan daripada pemerintah juga mendorong imperialisme berlaku terutamanya apabila golongan monarki baru di England, Perancis dan Belanda telah mempercepatkan penjajahan.Oleh sebab itu penjajahan ini sering dikaitan dengan kata-kata gold,glory dan gospel.

Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapun3.         Kesan Imperialisme Barat

a.     Kesan ke atas politik

1.     Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
2.     Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
3.     Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) dan pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro. Contohnya Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan
4.     Pengenalan Undang-undang Barat seperti Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889
5.     Memperkenalkan Majlis Perundangan dan sistem kehakiman barat seperti Undang-undang sistem pengutipan cukai
6.     Pengenalan Sistem Penasihat iaitu Residen British dan Penasihat British yang berperanan menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
7.     Pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan kuasa Eropah menyebabkan kekuatan mereka diiktiraf oleh pemimpin tempatan.
8.     Wujudnya syarikat berpiagam, contohnya Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menguasai perdagangan termasuk di Asia Tenggara

b.    Kesan ke atas ekonomi

1.     Asia Tenggara berperanan sebagai pembekal bahan mentah kepada keperluan masyarakat Eropah
2.     Ekonomi peribumi distruktur untuk manfaat penjajah, contohnya di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut memenuhi keperluan mereka di Eropah
3.     Pusat perdagangan di Melaka dan jalan perdagangan diambil alih oleh orang Eropah daripada pedagang Islam.
4.     Buruh tempatan dieksploitasi untuk bekerja di ladang getah, contohnya sistem tanaman paksa di Jawa
5.     Pengenalan sistem cukai baru telah menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk tempatan sehingga membawa kepada penentangan, misalnya kebangkitan Tok Janggut di Kelantan

c.     Kesan ke atas sosial

1.     Kemerosotan pengaruh golongan agama di kalangan penduduk tempatan menyebabkan ramai menerima agama Kristian seterusnya telah menghapuskan tamadun tempatan serta mewujudkan masyarakat baru
2.     Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah seperti cara berpakaian
3.     Pengenalan sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina dan Tamil di Tanah Melayu menyebabkan tidak wujudnya perpaduan kaum
4.     Pendidikan Inggeris dikhaskan kepada golongan bangsawan di bandar menyebabkan penduduk luar bandar terus ketinggalan dan buta huruf
5.     Kemasukan buruh luar telah melahirkan masyarakat majmuk, contohnya di Tanah Melayu
6.     Penjajah mengamalkan diskriminasi ekonomi yang menyebabkan penduduk tempatan kekal terlibat dalam ekonomi sara diri dan hidup dalam kemiskinan

4.         NASIONALISME DI ASIA TENGGARA – THAILAND

Tahap Pertama

1.      Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah
2.      Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
3.      Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Siam.
4.      Mereka yang mendapat pelajaran Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
5.      Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunKefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.
6.      Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuas hati.
7.      Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanamyong dan Field Marshall Phibul Shongram pada 1932.
8.      Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Tahap Kedua

1.      Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina
2.      Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Siam. Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas orang Siam.
3.      Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China
4.      Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan.
5.      Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan.
6.      Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja
7.      Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang bebas.
8.      Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
9.      Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. menyatukan wilayah-wilayahnya di Indo China dan Tanah Melayu.

5.         PENTADBIRAN NEGARA THAI DI BAWAH SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL

Raja Mongkut

1       Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
2       Selain itu penasihat Barat juga dilantik untuk melatih pegawai-pegawai tempatan.
3       Raja Mongkut juga melantik penasihat Barat dari Britain sebagai Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis
4       Manakala penasihat dari Amerika Syarikat untuk bidang kastam
5       Selain itu penasihat dari Peranchis dilantik untuk bidang ketenteraan

Raja Chulalongkorn

1.      Raja Chulalongkorn pula telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat tertinggi dan Kabinet Menteri.
2.      Selain itu juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.
3.      Pada tahun 1932, Sistem Raja Berperlembagaan telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.

6.         Perbandingan sistem pentadbiran sebelum dan selepas kedatangan barat di Asia Tenggara

Filipina
1.      Sebelum penjajahan Sepanyol Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu manakala di selatan Filipina pula wujud kerajaan Islam.
2.      Selepas penjajahan, Sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi diperingkat pusat
3.      Pentadbiran wilayah diketuai oleh Ketua Datuk Bandar manakala pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
4.      Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda yang diketuai oleh Encomiendero. Dalam sistem ini barangay digabungkan
5.      Tugas Ecomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk baragay. Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.
Indonesia
1.      Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunSebelum penjajahan Indonesia terdiri kerajaan yang berasingan seperti Mataram dan Bantam. Kerajaan ini diketuai oleh raja dan dibantu oleh pembesar di mana pemerintahan tempatan diketuai Bupati/ pembesar daerah
2.      Selepas penjajahan Belanda, pentadbiran pusat dan tempatan diperkenalkan
3.      Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda manakala pentadbiran Tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda.
4.      Penubuhan jabatan kerajaan antaranya, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. Belanda juga menubuhkanDewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.
5.      Penubuhan Volksraad merupakan majlis rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan hasil desakan Parti Sarekat Islam.

Burma
1.      Sebelum penjajahan British, Burma telah mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung
2.      Raja dibantu oleh Majlis diraja (Huttaw), pegawai kerajaan (wun), ketua bandar (myothugyi) Pegawai diraja (Ahmudan), pembesar tradisional (Athi). Raja menjadi penaung sami Buddha
3.      Selepas British menguasai Burma melalui Perang Inggeris Burma III menyebabkan Burma diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pemerintah tertinggi di peringkat pusat
4.      British juga memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma (1887) dan Akta Perkampungan Burma (1889) telah melenyapkan pemerintahan tradisional
5.      Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai Bandaran (Myo-ok) dan sistem Undang-undang barat diperkenalkan
6.      Majlis perundangan dan Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran ditubuhkan.
Indo China
1.      Sebelum penjajahan Perancis, wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
2.      Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.
3.      Selepas penjajahan Perancis, pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris dan dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan jajahan
4.      Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen Jeneral manakala Residen Jeneral dibantu oleh Residen Wilayah
5.      Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali sebagi Union Indochinoise (1887) yang terdiri daripada Vietnam, Kemboja dan Loas menyertainya pada tahun 1904
6.      Semua undang-undang di Indochinoise dilluluskan oleh Parlimen Perancis
7.      Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.
Tanah Melayu
1.      Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
2.      Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS) yang diketuai oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat dan dibantu oleh Residen Kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut
3.      Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.
4.      Kemudiannya, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dibentuk terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah penguasaan Sistem Residen.
5.      Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu gabungan Kedah, Kelantan Trengganu, Perlis dan Johor yang diletakkan di bawah Sistem Penasihat.
6.      Residen dan Penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
7.      British juga memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pungutan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis


Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapun
7.    Maksud nasionalisme

1.      Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara serta gerakan membebaskan tanah air.
2.      Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga merangkumi pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing

8.   Faktor-faktor kebangkitan/ kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

1.      Dasar penjajahan Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyar negara-negara di Asia Tenggara kerana sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden.
2.      Melalui dasar ini rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.
3.      Malah dasar ekonomi penjajah telah menindas penduduk pribumi, contohnya system polo di Filipina dan sistem tanaman paksa di Indonesia.
4.      Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas yang tersendiri mereka layak berdampingan sesama mereka.
5.      Selain itu, dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan kerana golongan tersebut menguasaai bidang ekonomi.
6.      Pengaruh agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.
7.      Kemunculan gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan belia Buddha menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme. Gerakan ini juga memperjuangkan Pan Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.
8.      Manakala agama Kristian di Filipina telah menyatupadukan penduduk peribumi menentang kuasa Sepanyol kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
9.      Karya kesusasteraan di Asia Tenggara berperanan membangkitkan nasionalisme melalui karya-karya yang dihasilkan sebagai media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah seterusnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.
10.    Contohnya cerpen Kerikil-Kerikil Tajam di Indonesia dan Putera Gunung Tahan di Tanah Melayu.
11.    Sistem pendidikan penjajah yang pilih kasih dalam menyediakan kemudahan Pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar mencetuskan nasionalisme.
12.    Penjajah juga hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan golongan elit dan penduduk bandar. Contohnya di Indonesia anak golongan Priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.
13.    Manakala di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh telah menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha.
14.    Begitu juga di Tanah Melayu, sistem pendidikan yang dibuat oleh British menyebabkan lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
15.    Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendedahan falsafah Barat dan Islam di Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri.
16.    Akhirnya, mereka memimpin gerakan nasionalisme dengan menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela dan meminta penjajah membebaskan tanah air mereka.
17.    Pengaruh media masa seperti akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat. Contohnya Warta Malaya, Majlis di Tanah Melayu dan Tribul Indigene di Vietnam.
18.    Perkembangan sistem pengangkutan seperti pembinaan jalan kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan berbincang mengenai idea-idea nasionalisme.
19.    Kewujudan perkhidmatan perhubungan seperti telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
20.    Pengaruh luar seperti kejayaan Jepun menewaskan China dan Russia serta kejayaan Mahatma Ghandhi mendapat kemerdekaan India daripada British telah membuka mata dan memberi inspirasi kepada para nasionalis Asia Tenggara.


9. Faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu
Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapun
1.     Pengenalan sistem politik Barat yang telah memusnahkan sistem politik tempatan. Contohnya, Residen mengambil alih pentadbiran daripada pembesar tempatan. Ini telah mencabar amalan tradisi dan menjatuhkan maruah mereka.
2.     Perkembangan sistem pendidikan iaitu sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu telah melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
3.     Dasar British telah menggalakkan sesiapa datang untuk melabur, berniaga, berdagang dan menetap di Tanah Melayu. Kesannya jumlah imigran meningkat dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai bidang perladangan getah dan perlombongan bijih timah sedangkan orang Melayu kekal dengan pertanian padi.
4.     British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan. Hal ini telah memundurkan taraf hidup orang Melayu dan menjadi faktor gerakan nasionalisme.
5.     Pendudukan Jepun juga menjadi faktor kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara–negara Asia untuk menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.
6.     Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan kekejaman pentadbiran Jepun menimbulkan kebencian kepada penjajah. Lantaran semangat itu apabila British memperkenalkan Malayan Union 1946, mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun.
7.     Penguasaan Parti Komunis Malaya membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman.
8.     Kemunculan mesin cetak yang memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Hal ini kerana melalui buku, akhbar dan majalah idea menentang penjajah dapat disebarkan.
9.     Gerakan Pan-Islamisme juga merupakan faktor pemangkin nasionalisme. Gerakan ini telah membangkitkan pemahaman terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam. Gerakan reformis Islam ini dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh yang menekankan kepentingan hidup dunia dan akhirat di samping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh disebarkan dalam majalah al-Manar.

10.       Perkembangan Nasionalisme/ Tahap Perkembangan / Ciri-ciri
a)      Tahap-tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua tahap.
Tahap Pertama
1.   Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak berorganisasi.
2.   Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme.
3.   Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.
4.   Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki.
5.   Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.
Tahap Kedua
6.   Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi.
7.   Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana gagal.
8.   Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat yang mana mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara.
9.   Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.


b)      Perbandingan tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara.

1.      Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunTahap pertama nasionalisme di Asia Tenggara lebih bersifat penentangan masyarakat sederhana dan setempat sebagai contoh, perjuangan Penghulu Dol Said di Naning sahaja tidak menyeluruh ke Negeri Sembilan.
2.      Manakala penentangan tahap kedua lebih radikal. contohnya, di Filipina. Katipunan yang dipimpin Andres Bonaficio mengadakan revolusi bersenjata menentang Sepanyol.
3.      Perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara tidak berorganisasi contohnya penentangan Raden Adjeng Kartini di Indonesia.
4.      Manakala di tahap kedua berorganisasi sebagai contoh, pada tahap kedua perkembangan nasionalisme, tertubuhnya parti Katipunan di Filipina.
5.      Nasionalisme tahap pertama juga lebih kepada menerapkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk tempatan.
6.      Pada tahap pertama, isu-isu yang dimainkan pihak nasionalis adalah berkaitan isu-isu kebudayaan, agama dan pengembalian hak-hak peribumi. Contohnya Raden Adjeng Kartini melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang yang menggarapkan kemajuan pendidikan untuk kaum wanita di Indonesia.
7.      Pada tahap kedua, mereka lebih kepada menekankan tindakan politik seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia yang lantang menuntut kemerdekaan Indonesia daripada Belanda.
8.      Kesimpulannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara muncul akibat daripada kegiatan penjajah Barat yang menjarah hasil mahsul serta menjadikan pembesar-pembesar serta pentadbiran tradisional merosot dan terhapus

11.     Perkembangan Nasionalisme di Filipina.

Gerakan nasionalisme di Filipina gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat dibahagikan kepada  2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.

Tahap Pertama
1       Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.
2       Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
3       Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindakbalas Sepanyol, Jose Rizal telah menubuhkan LIga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak Kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
4       Kerajaan Sepanyol berasa terancam dan menangkap Jose Rizal dan membuangnya ke Dapitan di Mindanao.
5       Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
6       Walaupun gerakan dakyah ini berakhir tetapi telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.

Tahap Kedua
7       Gerakan ini bermula apabila Parti Kartipunan yang ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol.
8       Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
9       Kartipunan telah menggunakan media cetak untuk menyebarkan menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut.
10     Pada tahun 1896, Kartipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. Kartipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.
11     Aguinaldo telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898. Penyingkiran Sepanyol telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.
12     Pengisyhtiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan oleh Amerika. Dengan itu, revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901
13     Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan selepas partinya iaitu Parti Nasional menang dalam pilihanraya pada tahun 1907.
14     Pada tahun 1930-an, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.




Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapun12.  Perkembangan Nasionalisme di Indonesia.

Gerakan nasionalisme di Indonesia gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.

Tahap Pertama
  1. Para nasionalis di Indonesia memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.
  2. Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa. Karya ini telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda
  3. Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan perhubungan yang lebih tersusun.
  4. Selain itu Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini. Matlamat  pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme  Barat serta agama Kristian.
  5. Seterusnya pertubuhan ini turut membina banyak sekolah, klinik dan masjid .

Tahap Kedua
  1. Gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal Sarikat Islam(SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI).
  2. Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia walaupun dengan cara kekerasan.
  3. PNI di bawah pimpinan Soekarno berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.
  4. Belanda bertindakbalas menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI.

13. GERAKAN NASIONALISME DI BURMA/MYANMAR

Tahap Pertama
1.      Gerakan nasionalime tahap pertama di Burma dicetuskan oleh golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan barat.
2.      Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 yang bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan dikalangan rakyat Burma
3.      Persatuan Belia Buddha menggunakan isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalime dikalangan rakyat Burma
4.      Menjelang tahun 1916 Persatuan Belia Buddha dikatakan lebih bersifat radikal dibawah pimpinan U Ba Pe
5.      Pada tahun 1920 pemimpin-peminpin Persatuan Belia Buddha telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma yang lebih radikal.

Tahap Kedua
6.      Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma dikatakan muncul hasil dari Laporan montagu Chelsford yang mengatakan Burma masih belum bersedia untuk berkerajaan sendiri.
7.      Pada tahun 1920 berlakunya revolusi pelajar yang membawa kepada cadangan/tuntutan penubuhan sebuah Universiti untuk mereka.
8.      Gerakan nasionalisme di Burma juga berlaku setelah wujudnya gerakan Golongan Sami Buddha melalui Majlis AM Sangha Sametggi yang membawa kepada tercetusnya Pemberontakan Saya San
9.      Pemberotakan Saya San telah diketuai oleh Saya San yang merupakan bekas Pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
10.    Kebangkitan semangat nasionalisme di Burma juga berlaku setelah munculnya Liga Antipemisahan yang mengatakan pemisahan dengan India akan melambatkan kemerdekaan Burma
11.    Pengenalan Perlembagaan Burma pada tahun 1935 memberi ruang kepada rakyar Burma untuk menubuhkan kerajaan sendiri
12.    Begitu juga kewujudan Golongan Thakin (siswazah university ) telah menuntut kemerdekaan Burma melalui penubuhan Parti Dobawa Asiayone pada tahun 1935
13.    Parti Dobama Asiayone tersebut dipimpin oleh Aung San, Kyam Nein dan U Nu dengan mengelarkan diri mereka sebagai “Tuan”.
14.    Akhir sekali, kemenangan Dr Ba Maw dalam pilihan raya pada tahun 1937 telah membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Burma.

14.  Gerakan nasionalisme di IndoChina

Tahap Pertama
1.      Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunGerakan nasionalisme tahap pertama di IndoChina tertumpu di Vietnam yang dipelopori oleh golongan Bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka berjuang memulihkan sistem pemerintahan beraja
2.      Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal
3.      Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH telah diharamkan oleh Perancis
Tahap Kedua
4.      Kegagalan parti-parti politik sederhana mendapatkan kerjasama Perancis telah membawa kepada Gerakan nasionalisme yang lebih radikal
5.      Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis   Vietnam (PKV) yang bersifat radikal
6.      Perancis bertindak menangkap pemimpin VNQDD dan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap   Nguyen Thai Hoc manakala Ho Chi Minh pemimpin PKV telah melarikan diri ke Hong Kong
7.      Sikap keras Perancis ini telah menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana dibawah pimpinan Maharaja Bao Dai
8.      Segala usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat malah, baginda juga dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
9.      Akhirnya, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan dilantik menjadi Presiden Vietnam Utara

15. NASIONALISME DI ASIA TENGGARA – THAILAND

Tahap Pertama
1.      Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah
2.      Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puashati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
3.      Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Thailand.
4.      Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
5.      Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.
6.      Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuashati.
7.      Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada 1932.
8.      Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Tahap Kedua
9.      Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina
10.    Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand. Kemarahan orang Siam terhadapkerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas orang Siam.
11.    Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China
12.    Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan.
13.    Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan.
14.    Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja
15.    Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang bebas.
16.    Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
17.    Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya pendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Menyatukan wilayah-wilayahnya di IndoChina dan Tanah Melayu.

16        (a)     Bagaimanakah Imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka di Asia Tenggara?

1.      Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunImperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkenalkan undang-undang barat dengan memaksa pemimpin tempatan menerima undang-undang mereka.
2.      Contohnya British memperkenalkan Akta Perkampungan Burma dan Akta Ulu Burma.
3.      Kesannya pentadbiran tradisional telah lenyap.
4.      Imperialisme Barat juga turut mengeksplotasi ekonomi.
5.      Contohnya menguasai bijih timah diTanah Melayu dan Indonesia.
6.      Selain itu, imperialisme juga telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo
7.      Bertujuan untuk mengaut keuntungan dan menindas penduduk peribumi.
8.      Seterusnya memperkenalkan sistem pendidikan barat dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.
9.      Contohnya golongan priyayi diasingkan daripada anak orang kebanyakkan.
10.    Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh penjajah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.
11.    Contohnya lepasan sekolah inggeris sahaja yang diberikan peluang pekerjaan berbanding sekolah Vernakular

(b) Cara kuasa Barat menangani penentangan golongan imperialisme di Asia Tenggara

1.      Imperialisme Barat menangani penentangan mereka dengan bertindak menangkap pemimpin-pemimpin yang menetang mereka.
2.      Contohnya Jose Rizal yang menentang Sepanyol di Filipina dibuang negeri ke Dapitan Mindanao manakala Haji Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
3.      Selain itu, mereka juga telah dihukum bunuh dengan kejam.
4.      Contohnya Tok Janggut telah dibunuh dan dan mayatnya diarak ke seluruh Pekan
5.      Kuasa Barat juga melarang Maharaja Bao Dai melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.
6.      Seterusnya kuasa Barat telah menjatuhi hukuman gantung kepada penentang
7.      Contohnya Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam dan Sepuntum telah dihukum gantung
8.      Selain itu, mereka juga telah dipenjarakan
9.      Contohnya Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
10.    Kuasa Barat juga telah mengadakan tandatanganperjanjian dengan pembesar tempatan.
11.    Contohnya dengan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal
12.    Ada sesetengah imperialisme juga telah membakar perkampungan
13.    Contohnya James Brooke telah membakar kampong Rentap.
14.    Seterusnya kuasa barat juga telah memberi rumah dan pencen kepada pembesar yang menentang mereka.
15.    Contohnya yang berlaku pada Penghulu Dol Said.

17.       Sebab semangat nasionalisme semakin luntur 

1.      Semangat nasionalisme semakin luntur kerana sebahagian besar rakyat tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain- lain lagi.
2.      Selain itu, mereka dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai. Keadaan ini menyebabkan mereka leka dan lalai dalam menghayati semangat cinta kepada negara.
3.      Penyalahgunaan teknologi moden dan canggih yang dinikmati seperti kemudahan internet dan media sosial menyebabkan semangat nasionalisme semakin berkurangan.
4.      Negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini. Oleh itu kemewahan dan kesenangan hidup yang dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan luntur semangat nasionalisme dalam diri mereka.
5.      Selanjutnya ialah kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Bacaan ikrar yang dilafazkan hanya sekadar dibibir tanpa menjiwainya. Keadaan ini menyumbang kepada sebab semangat nasionalisme semakin luntur.
6.      Seterusnya ialah kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme iaitu mengutamakan keseronokan yang bertentangan dengan norma kehidupan contohnya arak, seks bebas sehingga menolak agama. Keasyikan dengan keseronokan ini menyumbang kepada kurangnya semangat nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia.
7.      Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunSelain itu kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri berbanding dengan kepentingan kepada negara. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistik. Rakyat sibuk memikirkan hal masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat dan negara.
8.      Fahaman politik yang berbeza juga penyumbang kepada semangat patriotism semakin luntur. Fanatiknya terhadap pegangan ideologi parti masing-masing mendorong mereka lebih mengutamakan kepentingan agenda peribadi daripada mengutamakan kepentingan negara.
9.      Pengaruh media sosial dan internet di kalangan rakyat terutama golongan muda yang menyebarkan sesuatu isu dan cepat mempercayai, contohnya isu berkaitan kepemimpinan negara, yang belum terbukti kebenarannya. Ini menimbulkan kebencian terhadap pemimpin khasnya dan negara amnya sehingga terhakis semangat nasionalisme di kalangan rakyat.
10.    Institusi kekeluargaan yang kurang memainkan peranan mereka dalam proses menyemai semangat patiotisme kepada anak-anak.
11.    Kurang publisiti dalam media massa tentang kepentingan semangat nasionalisme.

18.  Semangat nasionalisme semakin utuh di kalangan masyarakat Malaysia hari ini, Buktikan

1.      Semangat nasionalisme semakin utuh dikalangan masyarakat Malaysia hari ini, buktinya pasukan Malaysia sentiasa berusaha memenangi acara-acara sukan yang disertainya samaada sukan di peringakat negara mahupun /Antarabangsa seperti di acara Sukan Sea baru-baru ini.
2.      Rakyat Malaysia juga sentiasa menjaga imej negara di luar negara termasuk Jemaah haji Malaysia yang sentiasa mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi
3.      Selain daripada itu juga semua warga Malaysia memastikan negara aman dan hidup bersatu padu dan benci kepada keganasan dan kekejaman seperti mana tindakan Israel ke atas Palestin
4.      Bukti seterusnya rakyat Malaysia sentiasa mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan
5.      Rakyat Malaysia menyokong gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh pemimpin negara dan sentiasa menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan
6.      Keutuhan semangat nasionalisme rakyat Malaysia juga dapat dilihat dalam program sukan, dimana semua kaum memberi sokongan yang padu kepada pemain-pemain tanpa mengira latar belakang politik, agama dan kaum.
7.      Komitmen yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara juga membuktikan semangat nasionalisme utuh dikalangan rakyat Malaysia.
8.      Keuntuhan juga dapat dilihat melalui pemberian bantuan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam tanpa mengira kaum dan agama
9.      Disamping itu rakyat Malaysia masih menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.
10.    Serta masih ramai rakyat Malaysia yang membeli dan menyokong barangan buatan Malaysia.
11.    Keuntuhan semangat nasionalisme juga dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia dalam mendokong slogan semangat Malaysia Boleh.
12.    Akhir sekali semangat nasionalisme rakyat Malaysia dapat dibuktikan menerusi sambutan hari perayaan, sambutan tahun baru serta ambang kemerdekaan melibatkan semua kaum.

19.   CABARAN UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN

1.      Cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita adalah berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.
2.      Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.
3.      Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.
4.      Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara sebab ada antara pendatang ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
5.      Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campurtangan kuasa luar di negara kita..
6.      Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan. Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan dari ancaman musuh.
7.      Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunMalaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu dikalang kalangan generasi muda hari ini.
8.      Selain itu masyarakat kita juga terpengaruh dengan dakyah atau ideologi yang memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.
9.      Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh mengancam keselamatan negara
10.    Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan negara
11.    Selanjutnya cabaran bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai patriotiesme dikalangan generasi muda masa kini.

20.  Langkah / usaha memupuk semangat nasionalisme. @ Langkah mengatasi penjajahan bentuk baru

1.      Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme ialah dengan ibu bapa membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir Melaka dan muzium-muzium.
2.      Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku dan DVD yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.
3.      Sementara itu, Kementerian Pendidikan dapat memupuk semangat ini dengan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam peperiksaan.
4.      Seterusnya guru juga dapat menerapkan elemen patriotisme melalui mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya.
5.      Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan pintomin pada bulan kemerdekaan.
6.      Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi pendidikan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti patriotisme bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan seperti deklamasi sajak, debat, perarakan dan lain-lain menerusi media cetak dan elektronik.
7.      Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen dapat membantu memupuk semangat nasionalisme dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cintakan Negara. Contohnya filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan.
8.      Selain itu, biografi mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Tun V.T. Sambanthan yang diselitkan ketika iklan dilihat dapat menjentik hati kecil masyarakat untuk mencontohinya.
9.      Antara cara lain yang dapat memupuk semangat nasionalisme ini ialah melalui contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
10.    Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti kemiskinan, keselamatan dan lain-lain. Contohnya dalam menangani isu keselamatan di Lahad Datu.
11.    Akhir sekali, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat nasionalisme.

21.     Bentuk imperialisme/penjajahan baru dan kesannya.

Bentuk penjajahan baru.
1.      Imperialisme baru pada masa kini ialah berlaku campur tangan negara luar dalam hal ehwal politik sesebuah negara. Kuasa besar mengambil kesempatan ke atas negara yang tidak stabil politiknya untuk   campurtangan dengan matlamat tertentu, terutama kepentingan ekonomi.Contoh di Asia Barat, Amerika campur tangan di Iraq.
2.      Kuasa besar yang berpengaruh dan kuat kuasa ketenteraannya memberi bantuan ketenteraan yang berterusan kepada negara yang lemah. Tujuannya untuk terus menguasai negara itu di sebalik selogan bantuan untuk keamanan.Contoh kuasa ketenteraan Amerika Syarikat terus   kekal di Afghanistan.
3.      Selain itu mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh kuasa besar merupakan penindasan kepada negara kecil dan lemah. Negara lemah dipaksa mematuhi ketetapan yang dibuat tanpa diberi pilihan membela diri. Contohnya penjenayah yang menembak jatuh kapal terbang penumpang Malaysia, iaitu MH 370.
4.      Penjajahan bentuk baru juga berlaku dalam bidang ekonomi. Kegawatan ekonomi memberi peluang negara kaya menguasai sistem kewangan negara yang lemah. Serangan matawang menyebababkan negara itu jatuh miskin Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapundan menanggung hutang yang banyak. Negara yang menjadi mangsa terpaksa membuat pinjaman dengan IMF.Contoh negara Indonesia.
5.      Sekatan ekonomi oleh kuasa besar juga merupakan penjajahan yang menindas negara yang lemah. Sekatan ini dianggap sebagai tindakan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan kepada rakyat yang tidak bersalah. Tiada urusan dagangan dan kewangan atau perbankan seperti yang dikenakan terhadap Iran dan Quba.
6.      Pelaksanaan imperialisme bentuk baru berlaku melalui era globalisasi. Globalisasi ialah cara untuk meluaskan pengaruh kapitalis Barat ke negara dunia ketiga. Barat menguasai perdagangan, perindustrian, teknologi dan pendidikan. Kuasa Barat mengawal pasaran,ekonomi dan mengaut untung melalui pelaburan di negara tersebut.
7.      Perjanjian pelaburan yang berat sebelah menyebabkan pemodal asing menguasai ekonomi tempatan. Harga barangantempatan ditentukan oleh kuasa besar seperti getah, minyak dan gas asli.
8.      Penjajahan bentuk baru yang merbahaya ialah penjajahan minda. Berlaku melalui penyebaran budaya Barat yang bebas seperti liberalisme, seks bebas, muzik dan dadah.
9.      Selain itu berlakunya penerapan budaya asing tanpa disedari dalam masyarakat terutama generasi muda. Mereka lalai dengan hiburan melalui filem, iklan dan media social serta dadah yang menggugat jati diri bangsa.

Kesan-kesan penjajahan bentuk baru.
1.      Kesan penjajahan bentuk baru ialah negara tidak stabil yang kerap berlaku perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya kepimpinan kerajaan Afganistan yang dibantu oleh Amerika syarikat.
2.      Pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah negara. Mereka terpaksa megikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.
3.      Kesan jelas penjajahan bentuk baru ialah dalam bidang ekonomi. Negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang lemah. Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan. Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun.
4.      Selain itu kehilangan jati diri bangsa. Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks bebas dan dadah.
5.      Kesan lain ialah penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari ini.
6.      Pengaruh barat yang menggugat keamanan negara ialah kebebasan bersuara tanpa menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara.
7.      Ancaman penjajahan bentuk baru ialah perpaduan antara kaum akan runtuh. Fahaman individualisme, perkauman dan tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum lain akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita.

22. SEMANGAT NASIONALISME PENTING BAGI SESEBUAH NEGARA. BUKTIKAN

1.      Semangat nasionalisme penting bagi sebuah negara adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara di kalangan rakyat
2.      Dengan wujudnya semangat nasionalisme sudah pasti rakyat akan terus menjaga keamanan negara.
3.      Dengan memiliki semangat nasionalisme ini juga maka rakyat berjuang bersungguh-sungguh berkorban demi negara. Contohnya Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang turut mengorbankan nyawa anggota tentera kita.
4.      Semangat nasionalisme juga penting bagi mengelakkan negara dari dijajah oleh negara asing. Keadaan ini menyebabkan kedaulatan sesebuah negara dapat di kekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman dan damai.
5.      Keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa gangguan.
6.      Selain itu semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat mempertahankan negara dari anasir -  anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa Malaysia.
7.      Rakyat akan berasa bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa.
8.      Keadaan ini akan mewujudkan kestabilan dalam politik negara.
9.      Secara tidak langsung akan menyekat campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita.
10.    Semangat nasionalisme juga akan menyebabkan rakyat saling bekerjasama dalam memajukan ekonomi negara
11.    Keadaan ini akan menyebabkan negara menjadi pusat tumpuan pelabur asing.
12.    Kemasukan pelabur asing secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
13.    Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapunSemangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara kaum dan sifat tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia.
14.    Semangat nasionalisme juga membolehkan generasi muda dapat mengelakkan diri daripada perkara–perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.
15.    Keadaan ini sekali gus akan dapat menaikkan imej negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni.

23. Langkah-langkah Asia Tengara mengekalkan keamanan serantau

1.      Langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan serantau Asia Tenggara ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
2.      Penubuhan ASEAN mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi ekonomi, politik dan sosial.
3.      Demi untuk keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui deklarasi Kuala Lumpur, bersepakat menghistiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
4.      Dengan penubuhan ZOPFAN negara-negara Asia Tenggara tidak bersekongkong dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi menggelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.
5.      Selain itu, dalam mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN 1984,telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan zon bebas senjata nuklear.
6.      Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairanya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklearnya.
7.      Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak campurtangan urusan politik negara mereka.
8.      Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sentisif yang boleh mewujudkan ketegangan antara Negara.Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.
9.      Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara anggota serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan.
10.    ASEAN juga berpegang pada prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara negara anggota contohnya isu Rohingya.

24.  Nilai Murni /ciri Patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat yang merdeka.

1.      Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara.
2.      Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus merasai nikmat kemerdekaan.
3.      Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan harmoni.
4.      Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah  semula.
5.      Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i terus aman dan makmur,
6.      Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan supaya keselamatan negara terus terjamin.
7.      Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
8.      Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
9.      Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif.
10.    Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana pembangunan ekonomi negara.
11.    Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju setanding dengan negara maju yang lain.



25. Kesimpulan/rumusan keseluruhan isi
Text Box: Guna saya semasa hendak menghubungkan antara isi: Selain itu, Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar, Akhir sekali, Walau bagaimanapun
(a)     Pengetahuan yang diperoleh

1.      Imperialisme membawa keburukan kepada negara yang dijajah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
2.      Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi negara mereka.
3.      Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asia Tenggara.
4.      Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan.
5.      Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah.
6.      Penjajah menggunakan apa saja cara demi mengekalkan kekuasaannya, contoh menindas penduduk peribumi dengan mempekenalkan tanaman paksa di Indonesia.


(b)    Nilai patriotisme yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat

1.      Kita mesti taat dan setia kepada negara
2.      Kita mesti memiliki jati diri yang tinggi dan tidak mudah menerima pengaruh luar.
3.      Kita hendaklah berani, mempunyai semangat juang yang kental dan sanggup berkorban dalam mempertahankan tanah air dari sebarang penjajahan asing.
4.      Kita perlu mengekalkan perpaduan kaum untuk mengelakkan sebarang bentuk penjajahan.
5.      Setiap rakyat bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara.
6.      Kita harus berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.

(c)     Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia kekal unggul di mata dunia.

1.      Harapan saya agar semua rakyat Malaysia perlulah memiliki semangat cinta akan negara  dengan berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara.
2.      Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mencontohi semangat bersatu padu, kepimpinan yang kental dan keberanian para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara.
3.      Saya juga berharap agar semua kaum hidup dalam keadaan aman damai dengan saling berkerjasama antara satu sama lain ke arah kemajuan negara.
4.      Pemimpin dan rakyat perlu berkerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju

No comments:

Post a Comment