Thursday 26 October 2017

Kertas 3 SPM 2017



Kertas 3  (SPM 2017)—T5B1

Aspek
Soalan/ Tugasan
Markah
Pengenalan
1 Apakah faktor-faktor imperialis Barat ke Asia Tenggara antara kurun ke-17 hingga kurun ke-20 ?
5m








Isi dan
huraian
2 Jelaskan perubahan pentadbiran di Asia Tenggara yang dibawa oleh imperialis Barat di negara berikut.
(i) Indonesia [5 markah]
(ii) Filipina [5 markah]
(iii) Burma [5 markah]
(iv) IndoChina [5 markah]
20m
3 Jelaskan perubahan pentadbiran Barat yang diperkenalkan oleh '
 imperialis di Tanah Melayu.
15m
4 Terangkan kesan pengenalan birokrasi Barat terhadap sistem ' pentadbiran di negara-negara Asia Tenggara.
15m
5 Imperialisms baru adalah kebangkitan semula semangat dan amalan penjajahan lama dengan topeng dan slogan baru atas keinginan membina semula empayar.
Jelaskan pelaksanaan imperialisme bentuk baru tersebut.
10m
6 Negara kita telah berjaya menghadapi ancaman bentuk baru ! tersebut.
Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.
10m
7 Mengapakah    negara    kita    mampu    mengatasi    ancaman imperialisme tersebut?
10m
8 Apakah  iktibar yang  dapat  dipelajari  daripada  perubahan
birokrasi Barat di Asia Tenggara bagi menghadapi cabaran masa    depan?
10m


Kesimpulan
9 Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan:
• Pengetahuan yang diperoleh
• Nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh
• Harapan   bagi   mengekalkan   kedaulatan   negara   untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat
5m













JAWAPAN- T5B1

PENGENALAN
1
Apakah faktor-faktor imperialis Barat ke Asia Tenggara antara kurun ke-17 hingga kurun ke-20?                                                            [5 markah]
Faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia Tenggara antara kurun ke-17 hingga kurun ke-20
Fl   Kedudukan strategik di antara China dan India
Hla  Di laluan perdagangan antarabangsa
F2   Pasaran luas
H2a  China dan India penduduk ramai
F3   Kesuburan tanah
H3a  Sesuai untuk pertanian seperti getah
F4   Kaya dengan bahan mentah
H4a  Tanah Melayu - bijih timah
H4b  Indonesia - bijih timah
H4c  Thailand - bijih timah dan kayu jati
H4d  Burma - kayu jati
H4e  Filipina - tebu dan kelapa
F5   Revolusi Perindustrian di Eropah
H5a  Memerlukan bahan mentah secara konsisten
F6   Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan
H6a  Kapal wap - muatan banyak dan cepat serta tidak bergantung pada angin
H6b  Terusan Suez - memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur
H6c  Perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos
F7   Penciptaan telegraf
H7a  Arahan dapat diberikan dengan lebih cepat dan berkesan kepada pegawai tanah jajahan
H7b  Ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakil di timur
H7c  Urusan perniagaan lebih mudah dan perdagangan antarabangsa lebih cepat
F8   Persaingan antara kuasa Barat
H8a   Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan diterima
H8b   Keluasan tanah jajahan lambang kekayaan dan kekuasaan
F9   Slogan beban orang putih
H9a   British dan Belanda mendakwa mereka maju dan lebih bertamadun/ bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur hidup sejahtera
H9b  Tugas menyebarkan tamadun - Perancis berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur
F10   Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian
F 11   Pencapaian sains dan teknologi maju
H11a   Berasa yakin untuk melakukan imperialisme
[Mana-mana 5 x 1m = 5 markah




ISI DAN HURAIAN
2
Jelaskan perubahan pentadbiran di Asia Tenggara yang dibawa oleh imperialis Barat di negara berikut
(i)                 Indonesia [5 markah]
(ii)               Filipina [5 markah]   
(iii)             Burma [5 markah]  
(iv)              IndoChina [5 markah]
                                                               [20 markah]
Perubahan pentadbiran di Asia Tenggara yang dibawa oleh imperialis Barat
(i)   Indonesia
F1   Pengenalan birokrasi Barat oleh Belanda
H1a  Pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral
H1b  Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
H1c  Menubuhkan Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian
H1d  Menubuhkan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan
H1e   Menubuhkan Volksraad (Majlis Rakyat)
[Mana-mana 5 x 1m - 5 markah]
(ii)   Filipina
Fl   Pentadbiran berpusat
H1a  Gabenor Jeneral merupakan pemerintah tertinggi
H1b  Gabenor Kecil sebagai pentadbir bandar
H1c  Pentadbiran tempatan di bawah Sistem Encomienda
H1d  Diperintah oleh encomiendero
H1e  Encomiendero bertugas untuk menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk
H1f  Sistem ini dibenci oleh penduduk
H1g  Mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
H1h  Kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu
[Mana-mana 5 x 1m - 5 markah]
(iii)   Burma
Fl Birokrasi Barat oleh British di Burma setelah British menang Perang Inggeris-Burma III
H1a Dinasti Konbaung tamat
H1b Institusi raja tersingkir
H1c Pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
H1d Seluruh Burma dikuasai
H1e Pesuruhjaya Tinggi British merupakan pemerintah tertinggi
H1f Akta Kampung Ulu Burma 1887
H1g Akta Perkampungan Burma 1889
H1h Pentadbiran daerah oleh Myo-ok
H1i Undang-undang Barat diperkenalkan
H1j Peranan raja sebagai penaung sami Buddha diambil alih oleh undang-undang Barat
H1k Majlis Perundangan diperkenalkan
H11 Jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan pelajaran ditubuhkan
[Mana-mana 5 x 1m - 5 markah]
(iv)   IndoChina
Fl   Birokrasi Barat oleh Perancis di IndoChina
H1a Diketuai oleh Gabenor Jeneral
H1b Leftenan Gabenor pemerintah wilayah jajahan/ naungan
H1c Membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
H1d Merupakan Persekutuan IndoChina
H1e Terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
H1f Disertai Laos pada tahun 1904
H1g Diketuai oleh Gabenor Jeneral
H1h Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
H1i Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat
H1j Kerajaan tempatan membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga
[Mana-mana 5 x 1m - 5 markah]

3
Jelaskan perubahan pentadbiran Barat yang diperkenalkan oleh imperialis di Tanah Melayu.                                                         [15 markah]
Pentadbiran Barat yang diperkenalkan oleh imperialis British di Tanah Melayu
Fl    Sebelum kedatangan British
H1a   Diketuai oleh raja
H1b   Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
F2    Penaklukan oleh Portugis dan Belanda
H2a   Menghapuskan institusi raja di Melaka
F3    British menubuhkan Negeri-Negeri Selat (NNS)
H3a   Menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
H3b   Diketuai oleh Gabenor
H3c   Dibantu oleh residen kaunselor
H3d  Pentadbiran kampung oleh penghulu dikekalkan
F4   British menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
H4a  Terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
H4b  Memperkenalkan Sistem Residen
F5   British menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
H5a  Terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor
H5b  Memperkenalkan Sistem Penasihat
F6   Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS
H6a  Residen dan Penasihat British menasihati Sultan
H6b  Dalam semua hal kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
F7   British melakukan pelbagai perubahan
H7a  Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
H7b  Pelaksanaan sistem pengutipan cukai
H7c  Pembahagian negeri kepada beberapa daerah
H7d Penubuhan balai polis
[Mana-mana 15 x 1m = 15 markah
4
Terangkan kesan pengenalan birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di negara-negara Asia Tenggara.                                                                        
[15 markah]
Kesan pengenalan birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di negara-negara Asia Tenggara
Fl    Penubuhan kerajaan pusat
H1a  Penyatuan wilayah jajahan
H1b  Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran
F2   Penubuhan biro (jabatan)
H2a  Diketuai oleh pegawai Barat
H2b  Contohnya, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Kesihatan
H2c  Penubuhan balai polis
F3   Pelantikan penasihat Barat
H3a  Residen British
H3b  Penasihat British
H3c  Memberi nasihat dalam pentadbiran
F4    Pengenalan undang-undang Barat
H4a  Majlis Perundangan
H4b  Akta Kampung Ulu Burma 1887
H4c  Akta Perkampungan Burma 1889
H4d  Sistem kehakiman Barat
H4e  Sistem pengutipan cukai
F5   Menghapuskan pengaruh/ kuasa raja dan pembesar
H5a  Melenyapkan sistem pentadbiran tradisional
H5b  Pemerintahan dinasti berakhir
H5c  Pengaruh golongan agama merosot
H5d  Struktur pentadbiran tradisional diubah/ terhapus
H5e  Rakyat tidak berpeluang terlibat dalam pentadbiran
[Mana-mana 15 x 1m = 15 markah

5
Imperialisme baru adalah kebangkitan semula semangat dan amalan penjajahan lama dengan topeng dan slogan baru atas keinginan membina semula empayar.
Jelaskan pelaksanaan imperialisme bentuk baru tersebut.                                                                       
[10 markah]
Pelaksanaan imperialisme bentuk baru
Fl    Globalisasi cara meluaskan pengaruh kapitalis Barat ke negara dunia ketiga
H1a   Dalam perdagangan, perindustrian, teknologi dan pendidikan
H1b   Kapitalis Barat menguasai pasaran, ekonomi dan mengaut untung melalui pelaburan di negara tersebut
F2    Kegawatan ekonomi peluang menguasai sistem kewangan
H2a   Peluang menghancurkan negara sedang membangun di Asia
H2b   Menyerang mata wang yang akan menyebabkan negara terbabit seperti Indonesia dan Thailand membuat pinjaman dengan IMF
H2c   Negara jatuh miskin dan menanggung hutang yang banyak sehingga ke beberapa generasi
F3   Sekatan ekonomi oleh kuasa besar bagi menindas negara lemah
H3a  Tiada urusan dagangan dan kewangan atau perbankan seperti yang dikenakan terhadap Iran dan Quba
H3b  Dianggap sebagai tindakan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan kepada rakyat yang tidak bersalah
F4   Penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan
H4a  Melalui filem, drama, buku, majalah, iklan dan media sosial yang telah menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial, seks bebas serta dadah yang menggugat jati diri bangsa
H4b  Menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demonstrasi yang mengugat kestabilan negara

[Mana-mana 10 x 1m = 10 markah

6
Negara kita telah berjaya menghadapi ancaman imperialisme bentuk baru tersebut. Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut                                                                       
[10 markah]
Negara kita telah berjaya menghadapi ancaman imperialisme bentuk baru
Fl   Berjaya mengatasi serangan mata wang ringgit
H1a  Malaysia menolak tawaran IMF untuk bantuan kewangan
H1b  Tambatan ringgit dilaksanakan seperti USD1 bersamaan RM3.80 berjaya mengukuhkan ekonomi negara
F2   Penggabungan bank-bank bag! mengukuhkan ekonomi
H2a  Berjaya mengukuhkan modal dan kebolehan bersaing
!H2b  Syarikat-syarikat mengurangkan perniagaan import, menerokai eksport serta membuat j simpanan dalam bank tempatan
F3   Perpaduan antara kaum kukuh
H3a  Masyarakat berbilang kaum hidup dengan harmoni
H3b  Negara lebih kuat dan politik lebih stabil
F4   Jati diri bangsa Malaysia kukuh
H4a  Melalui penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Gagasan IMalaysia
H4b  Pengukuhan agama dan pendidikan mampu menangani kemasukanbudaya liar, gejala samseng, seks bebas dan sebagainya
 [Mana-mana 10 x 1m = 10 markah

7
Mengapakah negara kita mampu mengatasi ancaman imperialisme tersebut?                                                                    
[10 markah]
Sebab negara kita mampu mengatasi ancaman imperialisme
Fl    Pemimpin negara yang bijak dan berwibawa
H1a  Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn, Bapa Keamanan dan Tun Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan
H1b  Berjaya memajukan ekonomi negara
H1c  Mengukuhkan pertahanan
H1d  Mewujudkan kestabilan politik melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen
F2   Dasar luar negara yang mantap
H2a  Mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara
H2b  Dasar berkecuali yang dilaksanakan membebaskan Malaysia dari campur tangan mana-mana kuasa
F3   Mengamalkan semangat bersatu-padu
H3a  Saling menghormati perbezaan agama, bahasa dan budaya
H3b  Negara aman dan rakyat hidup harmoni
F4   Mengamalkan prinsip Rukun Negara
H4a  Dijadikan pegangan dan panduan sebagai ideologi negara
H4b  Berjaya mengukuhkan semangat patriotisme dan jati diri rakyat
                                              [Mana-mana 10 x 1m = 10 markah

8
Apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada perubahan birokrasi Barat di Asia Tenggara bagi menghadapi cabaran masa depan?                                                                    
[10 markah]
Iktibar yang dapat dipelajari daripada perubahan birokrasi Barat di Asia Tenggara bagi menghadapi cabaran masa depan
Fl    Kepentingan pendidikan
H1a  Melahirkan pemimpin yang bijaksana
H1b  Membentuk pentadbiran yang sistematik
H1c  Negara menjadi kuat
F2   Amalan sistem monarki melemahkan negara
H2a  Kerap berlaku perebutan kuasa/ jawatan
H2b  Melahirkan pemimpin yang tidak berwibawa
H2c  Negara tidak stabil
F3   Menguasai teknologi
H3a  Bagi memajukan ekonomi negara
H3b  Membangunkan dan memodenkan sistem pertahanan negara
H3c  Pertahanan negara kukuh
                                              [Mana-mana 10 x 1m = 10 markah














KESIMPULAN
9
Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan:
• Pengetahuan yang diperoleh
• Nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh
• Harapan bagi mengekalkan kedaulatan negara untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat                                                                    
[ 5 markah]
Iktibar yang dapat dipelajari daripada perubahan birokrasi Barat di Asia Tenggara bagi menghadapi cabaran masa depan
Pengetahuan                                         ;
Fl   Imperialisme ialah tindakan sebuah negara menjajah negara lain
F2   Kuasa imperialis Barat membuat perubahan pentadbiran di negara yang dijajah untuk mengukuhkan penguasaan
Nilai
F3   Pemimpin dan rakyat berani mempertahankan hak dan kedaulatan negara
Unsur patriotisme
F4   Negara akan kuat sekiranya rakyat mempunyai semangat cinta akan negara
Harapan
F5   Rakyat akan bersatu untuk mempertahankan negara
F6   Pentadbiran negara cekap supaya kestabilan politik negara menjadi kukuh
[Mana-mana jawapan yang munasabah diterima]
                                              [Mana-mana 5 x 1m = 5 markah






















Kertas 3  (SPM 2017)—T5B2

Aspek
Soalan/ Tugasan
Markah
Pengenalan
1 Apakah maksud nasionalisme?
5m








Isi dan
huraian
2 Terangkan faktor-faktor pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
15m
3 Pepatah Arab mengatakan 'Mata pena lebih tajam daripada mata pedang'.
Terangkan isu yang dibangkitkan oleh akhbar dalam memangkin kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.
20m
4 Terangkan tema penulisan novel dalam membangkitkan semangat kebangsaan rakyat di Tanah Melayu.
15m
5 Pada masa ini, banyak sekolah telah menggunakan akhbar dan majalah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti Dewan Masyarakat dan Dewan Siswa.
Jelaskan peranan akhbar dan majalah dalam membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri
10m
6 Mengapakah golongan nasionalis menggunakan akhbar dan majalah sebagai mekanisme dalam menyemarakkan semangat cinta akan negara sebelum Perang Dunia Kedua?
10m
7 Berikan cadangan anda agar akhbar semasa boleh terus relevan sebagai pencetus nasionalisme pada masa kini.
10m
8 Apakah iktibar yang diperoleh daripada sejarah kebangkitan nasionalisme di negara kita?
10m


Kesimpulan
9 Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:
• Pengetahuan yang diperoleh
• Nilai dan unsur patriotisme daripada faktor kebangkitan nasionalisme
• Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia yang kekal unggul di mata dunia
5m















JAWAPAN- T5B2

PENGENALAN
1
Apakah maksud nasionalisme?                                                           [5 markah]
Maksud nasionalisme
Fl   Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-apa saja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar
F2   Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara
F3   Membawa gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan
F4   Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik
F5   Tetapi juga pembebasan cengkaman ekonomi
F6   Kebudayaan asing
F7   Penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin tempatan seperti Dol Said, Rentap dan Dato Bahaman sejak abad ke -19
F8   Gerakan nasionalisme menyeluruh bermula pada awal abad ke-20
 [Mana-mana 5 x 1m = 5 markah

ISI DAN HURAIAN
2
Terangkan faktor-faktor pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
                                                               [15 markah]
Faktor-faktor pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua
Fl    Pengenalan sistem politik Barat
H1a  Residen mentadbir negeri
H1b  Pembesar diberikan pencen
H1c  Amalan tradisi tercabar
H1d  Menjatuhkan maruah
F2   Sistem pendidikan
H2a  Sistem pendidikan Inggeris
H2b  Sekolah vernakular Melayu
H2c  Melahirkan golongan intelek Melayu
H2d  Berfikir mengenai kemajuan bangsa
F3   Kemunculan mesin cetak
H3a  Menyebarkan ilmu pengetahuan
H3b  Idea menentang penjajah
H3c  Melalui buku, akhbar dan majalah
F4   Pendudukan Jepun
H4a  Konsep Kawasan Kesemakmuran Asia oleh Jepun
H4b  Jepun menjanjikan kemerdekaan
H4c  Kesengsaraan hidup
H4d  Kekejaman pentadbiran Jepun
F5   Penguasaan Parti Komunis Malaya
H5a   Berkuasa selama 14 hari
H5b   Membangkitkan semangat menentang penjajahan
H5c   PKM memerintah dengan kejam
H5d   Mencetuskan konflik perkauman
H5e   Orang Melayu terbunuh
H5f  Rumah dibakar
H5g  Orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang membalas serangan PKM
F6   Dasar British
H6a   Menggalakkan orang asing ke Tanah Melayu
H6b   Mewujudkan persaingan dengan penduduk tempatan
H6c   Golongan imigran menguasai ekonomi
H6d   Orang Melayu kekal dengan pertanlan padi
H6e   British membuka bandar baru
H6f  Orang Melayu tetap tinggal di kampung
H6g  Jurang taraf hidup antara penduduk di luar bandar dengan di bandar meningkat
F7   Gerakan Pas-Islamisme sedunia
H7a   Didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia
 [Mana-mana 15 x 1m =1 5 markah]

3
Pepatah Arab mengatakan 'Mata pena lebih tajam daripada mata pedang'.
Terangkan isu yang dibangkitkan oleh akhbar dalam memangkin kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.                                                                            
[20 markah]
Isu yang dibangkitkan oleh akhbar dalam memangkin kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu
Fl    Antara penulis akhbar
H1a  Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
H1b  Tokoh bahasa dan cendekiawan Melayu
H1c  Karyanya seperti Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu
H1d  Wartawan lain seperti Dato' Onn Ja'afar dan Abdul Rahim Kajai
H1e  Antara akhbar yang terkenal ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Warta Negara dan Fajar Sarawak
F2   Isu ekonomi
H2a  Menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama
H2b  Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
H2c  Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang Melayu
H2d  Melarang Orang Melayu menjual tanah
H2e  Menyeru orang Melayu berjimat cermat
H2f  Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
F3   Isu sosial
H3a  Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
H3b  Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
H3c  Menyeru meninggalkan sikap negatif seperti tidak mahu berusaha
H3d  Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak
H3e  Mementingkan kemahiran tradisional seperti pertukangan dan kerja tangan
H3f  Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan
H3g  Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki
H3h  Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
H3i  Pendidikan Islam tidak ditinggalkan
H3j  Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
F4   Isu politik
H4a  Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
H4b  Mengkritik pembesar dan raja yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat
H4c  Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran
H4d  Menuntut diadakan Malay Administrative Service (MAS.)
H4e  Untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
H4f  Menyeru orang Melayu bersatu dalam pertubuhan kebangsaan
H4g  Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
 [Mana-mana 20 x 1m =20 markah]

4
Terangkan tema penulisan novel dalam membangkitkan semangat kebangsaan rakyat di Tanah Melayu.                                                                            
[15 markah]
Tema penulisan novel dalam membangkitkan semangat kebangsaan rakyat di Tanah Melayu
Fl   Menyampaikan mesej
H1a  Semangat kebangsaan oleh generasi muda Melayu
H1b  Menentang penjajah demi maruah bangsa
H1c  Wanita digalakkan bersikap positif untuk memajukan diri
F2    Keris Melaka oleh Ahmad Bakhtiar
H2a  Perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis
H2b  Menghargai sumbangan tokoh-tokoh kerajaan Melaka seperti Hang Tuah
H2c  Sejarah sebagai pendorong semangat perjuangan generasi muda
F3   Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
H3a  Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
H3b  Menghargai warisan bangsa sendiri
H3c  Cinta akan tanah air
H3d  Menolak kesenangan demi maruah bangsa
F4   Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
H4a  Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa
H4b  Cinta akan tanah air
H4c  Bangga dengan kebolehan sendiri
H4d  Gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah demi maruah bangsa
F5   Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid
H5a  Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya
H5b  Pendidikan moden untuk wanita demi kebaikannya
H5c  Membuang pandangan negatif yang menghalang kemajuan bangsa
[Mana-mana 15 x 1m =15 markah]
5
Pada masa ini, banyak sekolah telah menggunakan akhbar dan majalah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti Dewan Masyarakat dan Dewan Siswa.
Jelaskan peranan akhbar dan majalah dalam membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri..                                                                            
[10 markah]
Peranan akhbar dan majalah dalam membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri 
Fl    Memperkaya isu semasa
H1a  Meningkatkan pelbagai ilmu pengetahuan
H1b  Mengenali negara-negara lain
H1c  Berfikiran luas dan global
F2   Gambar berwarna-warni mengukuhkan daya ingatan
H2a  Penguasaan lebih cepat
H2b  Pendekatan yang berlainan daripada buku teks
H2c  Pembelajaran lebih aktif
H2d  Gambar lebih menarik
F3   Meningkatkan kemahiran sosial
H3a  Mempelajari kemahiran komunikasi
H3b  Terlibat dalam ruangan penulisan
H3c  Meningkatkan motivasi
H3d  Mendapat sahabat pena
[Mana-mana jawapan yang munasabah diterima]
 [Mana-mana 10 x 1m =10 markah]

6
Mengapakah golongan nasionalis menggunakan akhbar dan majalah sebagai mekanisme dalam menyemarakkan semangat cinta akan negara sebelum Perang Dunia Kedua?
 [10 markah]
Sebab golongan nasionalis menggunakan akhbar dan majalah sebagai mekanisme dalam  menyemarakkan semangat cinta akan negara sebelum Perang Dunia Kedua 
Fl    Harga yang murah
H1a  Mampu dimiliki oleh rakyat
H1b  Boleh dikongsi dengan ramai orang
H1c  Mudah didapati
F2   Berpengaruh luas
H2a  Akhbar dijual di merata-rata negeri
H2b  Menjadi medium untuk menyalurkan maklumat
H2c  Menyatukan masyarakat
F3   Ditulis dalam bahasa Melayu
H3a  Tulisan rumi atau Jawi
H3b   Menjadi bahan bacaan
H3c   Mudah difahami oleh rakyat yang terdiri daripada pelbagai tahap berpendidikan
 [Mana-mana jawapan yang munasabah diterima]
 [Mana-mana 10 x 1m =10 markah]

7
Berikan cadangan anda supaya akhbar semasa boleh terus releven sebagai pencetus nasionalisme pada masa kini.                                         [10 markah]
Cadangan  supaya  akhbar  semasa  boleh  terus   releven  sebagai  pencetus  nasionalisme pada masa kini 
Fl    Akhbar secara online
H1a  Berita Harian online dan Utusan Malaysia Online
H1b  Boleh dibaca di mana-mana
H1c  Melalui aplikasi telefon pintar, ipad dan laptop
F2   Melibatkan penulis wartawan muda
H2a  Galakan menulis mengikut persepsi mereka terhadap isu-isu politik, ekonomi dan sosial
semasa
H2b   Menganjurkan pelbagai pertandingan dalam akhbar yang melibatkan golongan remaja H2c   Mempunyai pengaruh atau pengikut yang ramai
F3   Menukarkan cara persembahan penulisan
H3a   Lebih banyak gambar dan isu
H3b   Disampaikan dengan santai
[Mana-mana jawapan yang munasabah diterima]
 [Mana-mana 10 x 1m =10 markah]

8
Apakah iktibar yang diperoleh daripada sejarah kebangkitan nasionalisme di negara kita?                                         [10 markah]
Iktibar yang diperoleh daripada sejarah kebangkitan nasionalisme di negara kita
Fl   Semangat nasionalisme perlu dipupuk
H1a  Melalui pelbagai media, penulisan, media sosial dan media elektronik
H1b  Melahirkan generasi yang berbangga akan negara
H1c  Sanggup berkorban untuk mengekalkan kedaulatan negara
F2   Kedaulatan negara tanggungjawab rakyat
H2a  Bersatu dalam perjuangan melalui pelbagai cara
H2b  Melalui penulisan, kesedaran kepada rakyat dapat dipupuk
F3   Generasi muda, khususnya pelajar perlu banyak membaca
H3a  Menjadi rakyat yang berilmu
H3b  Nilai tambah kemahiran/ k-masyarakat
H3c  Bagi menghadapi globalisasi
 [Mana-mana jawapan yang munasabah diterima]
 [Mana-mana 10 x 1m =10 markah]









KESIMPULAN
9
Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:
• Pengetahuan yang diperoleh
• Nilai dan unsur patriotisme daripada faktor kebangkitan nasionalisme
• Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia yang kekal unggul di mata dunia                                                            
[ 5 markah]
Iktibar yang dapat dipelajari daripada perubahan birokrasi Barat di Asia Tenggara bagi menghadapi cabaran masa depan
Pengetahuan *
Fl   Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang penjajah
F2   Akhbar, majalah dan novel menjadi alat penyebaran idea nasionalisme kepada masyarakat
Nilai
F3   Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan untuk melahirkan generasi yang kukuh jati diri Unsur patriotisme
F4   Tanggungjawab rakyat memelihara kedaulatan negara
F5   Perpaduan penting dalam perjuangan
Harapan
F6   Rakyat mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan sanggup berjuang untuk keamanan  negara
F7   Permimpin yang berintegriti agar negara diperintah dengan adil dan cekap
[Mana-mana jawapan yang munasabah diterima]
                                              [Mana-mana 5 x 1m = 5 markah

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6