Pecutan Akhir SPM Form 4

TINGKATAN 4

Tema 7: Tamadun Awal Manusia

Bandar terancang dalam tamadun di atas.
·  Mahenjo-Daro
·  Harappa
·  Lothal
·  Sutkagen Dor

Kegiatan ekonomi masyarakat Indus.
·  Perdagangan
·  Pertanian / bercucuk tanam
·  Pertukangan
·  Pembuatan
·  Menghasilkan barang logam
·  Menghasilkan tembikar

Ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.
·  Bandar terbahagi kepada dua bahagian
·  Dikelilingi tembok
·  Bahagian pertama merupakan pusat pentadbiran, keagamaan, tempat mandi awam dan tempat penyimpanan hasil pertanian
·  Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
·  Susun atur bandar sistematik
·  Disusun berasaskan blok- blok
·  berbentuk segi empat
·  Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus
·  Jalan raya bersambung antara satu sama lain
·  Sistem kubahan yang terancang
·  Bandar-bandar dihubungkan dengan sungai

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia
·  Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
·  Eksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan seharian
·  Perancangan bandar / Mohenjo-Daro / Harappa
·  Sumbangan ilmu geometri/ kesenian / matematik / pembinaan
·  Perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat
·  Yang mempunyai rangkaian jalan raya yang lurus
·  Teknologi pembakaran batu bata
·  Sikap keterbukaan
·  Hubungan dengan tamadun lain / Mesopotamia / Mesir Purba
·  Agama Hindu
·  Tugasan piktograf
·  Cap mohor
·  Ilmu pengetahuan
·  Arca

Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar terancang?
Ya:
·  Ada jalan raya
·  Petempatan tersusun, berjajar
·  Sistem pembentungan
·  Kewujudun majlis perbandaran
·  Bangunan tersusun
·  Aktiviti pembinaan dikawal selia oleh kerajaan

Tidak:
·  Petempatan berselerak
·  Tiada jalan raya
·  Kemudahan infrastruktur tidak teratur
·  Ketiadaan badan pengawal selia petempatan
·  Petempatan sering dilanda bencana

Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Yunani sebelum sistem demokrasi diamalkan?
·  Monarki/beraja - Raja dibantu oleh konsul
·  Raja sebagai ketua hakim/ketua tentera/ketua agama
·  Konsul menjadi kuat dan peranan raja merosot
·  Lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasa terhad
·  Pemerintahan beberapa orang konsul melahirkan oligarki
·  Lahir golongan aristokrat yang kuat dan miliki kuasa yang besar dinamakan sistem aristokrasi
·  Berlaku tidak puas hati rakyat dan tuntut hak
·  Berlaku rampasan kuasa
·  Lahirlah pemerintahan tirani oleh diktator
·  Diktator terdiri daripada golongan kaya/tentera
·  Akhirnya mereka ditentang oleh aristokrat dan lahir demokrasi

Amalan demokrasi di Yunani
·  Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
·  Berbentuk penyertaan langsung daripada rakyat
·  Semua warganegara lelaki dewasa berpeluang jadi ahli Dewan Perhimpunan
·  Tempoh menjadi ahli antara enam bulan hingga setahun
·  DPerhimpunan  bersidang tiga kali dalam sebulan
·  Setiap ahli DP boleh kemuka cadangan tentang dasar kerajaan
·  Segala keputusan DP dikendalikan Majlis
·  Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh DP
·  DP berkuasa penuh terhadap ketiga-tiganya

Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi
·  Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan
·  Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
·  Pemimpin tidak berkuasa mutlak
·  Menjamin hak asasi rakyat
·  Tidak kejam
·  Kedaulatan di tangan rakyat
·  Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
·  Menjamin kerajaan yang adil/stabil

Kemajuan  dicapai  tamadun Cina  dalam bidang pertanian  
·  Pengenalan alat tenggala
·  Membuat batas tanaman
·  Pengenalan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu / kereta kuda / kereta sorong beroda
·  Membuat penyisir tanah
·  Penciptaan alat kegunaan pertanian
·  Sistem penanaman secara bergilir untuk Kekal kesuburan tanah
·  Peneresan kawasan bukit untuk pertanian
·  Pembinaan sistem pengairan untuk pertanian
·  Pembinaan terusan untuk kawalan banjir

Perkembangan sistem pendidikan Zaman Vedik tamadun India
·  Pendidikan pentingkan keagamaan
·  Teras pendidikan agama Hindu
·   Pendidikan didominasi kaum lelaki
·  Golongan wanita tidak mempunyai ruang untuk pendidikan
·  Pendidikan beri perhatian kpd pembelajaran Kitab-kitab  Veda
·  Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
·  Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami Kitab Veda
·  Pendidikan sediakan manusia hadapi hari selepas mati
·  Tumpuan pendidikan ialah agama
·  Segala hukum agama  harus dipelajari
·  Mereka hidup sempurna dgn nilai-nilai murni yang diajar agama
·  Pendidikan tinggi di Kolej Brahman  selepas tahun 100 S.M
·  Sebelum itu , pendidikan diberikan di istana / di rumah
·  Lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda 
·  Untuk capai taraf Brahmin berpendidikan, seseorang harus hafal  perbagai buku agama khususnya Veda
·  Veda mengandungi peraturan ritual/ mantera/ lagu-lagu agama
·  Mereka juga belajar karya saintifik/ falsafah
·  Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
·  Untuk tambahkan ilmu
·  Atasi buta huruf
·  Dapatkan jawatan dalam pemerintahan

Pada pendapat anda , mengapakah bidang berikut  penting bagi rakyat sesebuah negara ?
 i. Pendidikan
·  Lahirkan masyarakat yang  berpengetahuan
·  Lahirkan modal insan berilmu
·  Maju negara/ angunkan negara
·  Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
ii. Pertanian
·  Sediakan sumber makanan kepada rakyat
·  Rakyat boleh usaha tanah terbiar dgn pelbagai jenis tanaman
·  Menambahkan sumber pendapatan
·  Sumbangkan modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
·  Elak pengangguran di kawasan luar bandar

Ciri-ciri kerajan Srivijaya
·  Memiliki bala tentera laut yang besar
·  Dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat
·  Termasuk orang laut
·  Fungsi tentera laut  untuk kawal perdagangan di Selat Melaka
·  Mengawal keselamatan kerajaan
·  Pelabuhan yang baik
·  Kedudukannya yang strategik di Selat Melaka
·  Jadi tempat persinggahan kapalpedagang antara India dan China
·  Di pelabuhannya terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa
·  Barangan dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya
·  Wilayah takluknya
·  mampu menghasilkan kapal besar
·  Berperanan sebagai kuasa maritime utama di Asia Tenggara

Faktor yang mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kedah Tua
·  Terdapatnya Gunung Jerai
·  Menjadi panduan kapal pedagangan yang keluar masuk
·  Terutama pada waktu malam melalui nyalaan api
·  Kedudukan yang strategik di laluan Selat Melaka
·  Terlindung daripada tiupan angin monson Barat daya/ timur laut
·  Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan
·  Kekayaan hasil hutan spt dammar / rotan
·  Sumber bumi spt timah
·  Barang dagangan yang diperoleh dari luar spt kan kapas/ sutera /teh/ tembikar/ kaca dan manik

Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritime di negara kita.
·  Membina pelabuhan
·  Menurunkan cukai
·  Menyediakan kemudahan moden
·  Membina pusat perdagangan
·  Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing

Nyatakan dua cara pengaruh Hindu Buddha disebarkan ke Asia Tenggara
·  Ksyatria / tentera / penaklukan
·  Vaisya / pedagang/ aktiviti perdagangan
·  Golongan Brahmin/ pendeta/ golongan agama
·  pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik /
·  penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan

Pengaruh Hindu Buddha dalam pentadbiran kerajaan awal
·  Amalkan sistem beraja
·  Raja adalah ketua kerajaan / Raja berada di puncak pentadbiran
·  raja berkuasa mutlak
·  Gunakan gelaran raja
·  Raja Kuasai pentadbiran , hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
·  perintah raja jadi undang-undang / penggubal undang-undang
·  sesiapa yang langgar perintah dianggap derhaka /
·  penderhaka tidak diampunkan
·  Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
·  konsep dewa raja / bayangan tuhan
·  Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak berlaku adil
·  Miliki kesaktian dan gunakan unsur mitos dan lagenda untuk perkukuh kedudukan raja
·  unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja
·  adat istiadat pertabalan raja / dipimpin golongan Brahmin
·  Raja berkuasa terhadap seluruh alam/ orde kosmos/ raja dewa
·  Mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta / Orde kosmos
·  Raja dibantu pembesar  terdiri daripada pegawai tentera, hakim
·  di peringkat daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor
·  Golongan Brahmin memainkan peranan dalam upacara keagamaan
·  Upacara pertabalan diketuai oleh golongan Brahmin
·  Brahmin menjadi penasihat raja dalam soal agama

Kepentingan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara ?
·  monumen keagamaan
·  tempat menyimpan abu jenazah raja/keluarga
·  tempat menyimpan patung dewa
·  lambang keagungan pemerintah
·  lambang orde kosmos
·  lambang kehebatan ahli seni bina
·  lambang keagungan sesebuah kerajaan
·  rumah ibadat/ upacara kegamaan

Peranan bahasa sanskrit dalam masyarakat di Asia Tenggara
·  Bahasa intelek / ilmu
·  Bahasa maklumat tentang agama/ pemerintahan/ raja/undang-undang/
·  Bahasa catatan pada batu bersurat menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
·  Bahasa Keagamaan
·  Bahasa pemerintahan
·  Diserap/mempengaruhi bahasa Melayu / perkataannya masih kekal dalam Bahasa Melayu
·  Bahasa Kesusasteraan untuk menulis epik Hindu/kitab sastera/puisi/prosa
·  Bahasa komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara

Maklumat pada batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara
·  Maklumat tentang agama
·  Maklumat pemerintahan
·  Arahan/pemberitahuan/titah perintah raja
·  Undang-undang
·  Amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka
·  Menjelaskan tentang keturunan raja

Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar?
·  Fahami budaya sendiri / negara
·  Pelajari segala aspek budaya tempatan
·  Amalkan budaya tersebut dalam kehidupan seharian
·  Tidak terikut-ikut dengan budaya luar               
·  Adakan kempen kesedaran ttg pentingnya pertahan budaya bangsa
·  Pastikan rancangan televisyen paparkan banyak budaya tempatan
·  Media massa juga tidak digalakkan pamerkan /agung agungkan budaya luar /tapis budaya luar yang tidak sesuai


Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini?
·  Dalam bidang kesenian/pembinaan
·  Adat budaya/seni tarian/muzik/perkahwinan
·  Kesusasteraan
·  Keagamaan
·  Kitab-kitab perubatan lama/ramuan herba/pemakanan

Tema 8: Tanadun Islam

Sifat keperibadian yang dimiliki oleh Khalifah Uthman bin Affan.
·  Hartawan yang dermawan
·  Bersifat lemah lembut
·  Bertolak ansur
·  Sikap simpati yg tinggi terhadap golongan yang memerlukannya

Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan kerajaan Islam.
·  Meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan/Samarkand /Cyprus/Tripoli
·  Mengukuhkan pertahanan
·  Bina angkatan tentera laut pertama
·  Agama Islam tersebar luas
·  Menyelaraskan bacaan al-Quran/Mushaf Uthmani
·  Membina jalan raya
·  Membina jambatan
·  Membina rumah rehat bagi kemudahan pengembara
·  Berusaha meningkatkan ekonomi
·  Mengukuhkan peranan baitulmal
·  Gunakan sumber baitulmal untuk bayai pembangunan Negara
·  Memperkuatkan tentera laut Islam
·  Membeli peralatan senjata/ kapal
·  Jizyah yang dikenakan kpd penduduk bukan Islam dikekalkan.

Nyatakan latar belakang Saidina Ali bin Abu Talib.
·  Keturunan Bani Hashim
·  Sepupu nabi Muhammad saw
·  Memeluk Islam ketika berusia 10 tahun/kanak-kanak
·  Berani
·  Bersifat kepahlawanan
·  Berwatak tegas
·  Berpengetahuan luas dalam perundangan Islam
·  Mempunyai kepakaran dalam selok belok hukum
·  Cintakan kedamaian/ keharmonian

Bukti Khalifah Ali bin Abu Talib berusaha kekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
·  Sanggup hentikan Perang Siffin walaupun hampir mencapai kemenangan
·  Sanggup berunding pihak lawan yang ingin berdamai
·  Tidak mengabaikan pertahanan Negara
·  Membina markas tentera di Parsi
·  Membina markas tentera di sempadan Syria
·  Meneruskan kutipan jizyah

Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin?
·  Menjamin bakal pentadbir yang tepat
·  Memilih pemimpin yang benar-benar layak
·  Memastikan pemimpin yang berhemah
·  Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
·  Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan Negara
·  Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
·  Memastikan kelancaran pentadbiran
·  Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat

Suku Arab yang menandatangani perjanjian tersebut.
·  Aus
·  Khazraj

Isi perjanjian  Aqabah pertama
·  Beriman dengan Allah dan Rasul
·  Membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
·  Tidak melakukan amalan jahiliah
·  Tidak mencuri
·  Tidak minum arak
·  Tidak membunuh bayi perempuan

Isi perjanjian Aqabah  Kedua
·  Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
·  Menjemput Nabi  dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah
·  Kukuh taat setia kepada Nabi Muhammad s.aw.
·  Sediakan tempat tinggal kepada Nabi  dan orang Islam
·  Jamin keselamatan Nabi Muhammad dan orang Islam
·  Bersedia pertahan Islam

Kesan daripada perjanjian tersebut.
·  Mendorong kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
·  Orang Islam Makkah mendapat bantuan orang Arab Madinah
·  Strategi penyebaran yang lebih luas / lebih aman
·  Penyebaran Islam di Madinah / seluruh Tanah Arab
·  Pembentukan masyarakat Islam yang kuat / sebuah ummah
·  Menyatukan masyarakat Madinah / perpaduan
·  Kelahiran sebuah negara Islam pertama di dunia

Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa perjanjian  tersebut?
·  Kita perlu sentiasa amalkan sikap tolong-menolong/bekerjasama
·  Pentingnya pengorbanan untuk mencapai kejayaan
·  Menepati janji
·  Kesetiaan kepada pemimpin
·  Mementingkan sikap berdisiplin
·  Mewujudkan persefahaman
·  Keikhlasan
·  Semangat setia kawan
·  Bersifat terbuka
·  Berdiplomasi /tolak ansur

Hujah menolak pendapat Orientalis Barat ttg hijrah
·  Konsep hijrah dalam Islam berbeza dengan hijrah Barat
·  Jemputan orang Arab Madinah dlm Perjanjian Aqabah
·  Ketibaan orang Islam disambut meriah
·  Orang Islam diberi tempat tinggal
·  Dijamin keselamatan oleh orang Arab Madinah
·  Nabi dilantik sebagai pemimpin
·  Baginda Islam Makkah tidak dianggap pelarian
·  Penghijrahan Nabi lebih kepada strategi penyebaran dakwah

Faktor mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah
·  Perintah Allah menerusi wahyu menerusi surah al-Amar
·  Meneruskan penyebran Islam
·  Ancaman orang Arab Quraisy jejaskan aktivit sebar Islam
·  Jemputan orang Arab Madinah
·  Strategi Nabi Muhamma s.a.w
·  Suasana aman di tempat baru mudah sampai dakwah
·  Bolehkan sebuah masyarakat Islam bersatu-padu dibentuk
·  Orang Arab Madinah perlukan pemimpin spt Nabi Muhammad
·  Mendamaikan masyarakat Madinah yang bersengketa

Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar
·  Dari bersifat negatif kepada positif
·  Dari pemalas kepada rajin
·  Berusaha mencari ilmu pengetahuan
·  Mengamalkan strategi dalam pembelajaran

Sebab pembukaan semula kota Makkah
·  Tempat  kelahiran Nabi Muhamad s.a.w
·  Tempat lahirnya agama Islam
·  Pihak Arab Quraisy langgar Perjanjian Hudaibiyah
·  Pihak Arab Quraisy tidak hormati hak kebebasan yg dipersetujui bersama
·  Pihak Arab Quraish bunuh Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam
·  Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran islam
·  Kedudukan kerajaan Islam Madinah menjadi lebih mantap

Faktor membawa kejayaan pembukaan semula kota Mekah.
·  Strategi peperangan yang berkesan
·  Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera  Islam
·  Orang Islam tidak mendapat apa-apa rintangan yang besar
·  Pengislaman Abu Sufian / Abbas
·  Orang Arab Quraisy yang lain turut peluk Islam
·  Nabi beri jaminan keselamatan kpd orang Arab Quraisy yg terkepung

Kepentingan pembukaan  semula kota Mekah kepada Islam
·  Mewujudkan perpaduan  pelbagai kaum di Makkah
·  Menunjukkan sifat pemaaf / tidak membalas dendam Nabi Muhamad s.a.w
·  Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliyah
·  Agama menyembah berhala dihapuskan
·  Masyarkat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
·  Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
·  Membuktikan negara Islam Madinah begitu kukuh
·  Pembuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
·  Dakwah Islam tersebar secara aman
·  Agama Islam dipeluk secara sukarela
·  Mewujudkan pemerintahan Islam yang kuat
·  Makkah menjadi wilayah Islam

Pada pendapat anda , mengapakah  keamanan dan kesejahteraan negara  perlu dikekalkan ?
·  Mewujudkan kehidupan harmoni
·  Menjamin keselamatan
·  Mengelakkan penjajahan
·  Memajukan ekonomi negara
·  Menarik pelabur asing
·  Mengekalkan kestabilan politik

Pemerintah pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah
·  Khalifah Harun al-Rasyid
·  Khalifah al-Makmun

Peranan kota Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu?
·  Dibina baitulhikmah/institusi keilmuan
·  Pusat kegiatan penterjemahan pelbagai karya
·  Pusat kegiatan penulisan pelbagai bidang ilmu
·  Melahirkan ramai cendekiawan Islam

Peranan Baitulhikmah sebagai institusi keilmuan yang penting.
·  Sebuah institusi keilmuan
·  Penterjemahan karya falsafah
·  Penterjemahan karya sains
·  Penterjemahan yang lebih sistematik
·  Penterjemah bekerja secara berkumpulan
·  Diawasi oleh seorang penyelaras

Sebab penterjemah pada zaman Kerajaan Abbasiyah memerlukan kemahiran berbahasa asing.
·  Dapat menambah ilmu
·  Dapat berkomunikasi
·  Dapat mewujudkan perpaduan
·  Menambah maklumat daripada pelbagai tamadun
·  Membina kekuatan tamadun sendiri
·  Hubungan diplomatik

Kegiatan penulisan zaman Abbasiyah mengikut tiga tahap iaitu:
·  Mencatatkan segala idea
·  Percakapan
·  Mengumpulkan idea yang serupa
·  Kumpulkan hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam sebuah buku
·  Mengarang


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan ini  berjaya muncul sebagai pusat intelektual di dunia?
·  Terdapat institusi keilmuan/baitulhikmah/pusat pengajian tinggi
·  Pesatnya kegiatan penterjemahan
·  Penglibatan golongan ulama
·  Lahirnya ramai cendekiawan
·  Orang Islam kuasai bahasa asing/Yunani/Sanskrit/Suriani
·  Orang Islam cipta/buat pembaharuan dalam karya yg diterjemah
·  Pesatnya kegiatan penyelidikan
·  Sikap keterbukaan orang Islam menimba ilmu
·  Kebijaksanaan pemimpin/khalifah

Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia?
·  Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
·  Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
·  Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
·  Menaiktaraf universiti di negara ini
·  Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
·  Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
·  Menggalakkan program pertukaran pelajar
·  Memajukan program penterjemahan
·  Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
·  Menganjurkan program pendidikan antarabangsa
·  Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
·  Anjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
·  Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia

Cara pertembungan Islam dengan tamadun lain di dunia
·  melalui perdagangan dan perniagaan                                               
·  perdagangan jarak jauh telah lama wujud dalam tamadun Islam bolehkan pertembungan dengan tamadun lain       
·  Nabi Muhammad s.a.w. telah berniaga ke Syam
·  pedagangn Islam yang menetap dan berdagang di Canton  bolehkan pertembungan dengan tamadun  Cina 
·  hubungan diplomatik
·  orang Islam dapat pengetahuan tentang cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar              
·  kumpulan peneroka utara Selat Gibraltar ,Sepanyol buat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam  di Cordova,Valencia dan Rhonda
·  penaklukan dan ketenteraan
·  ekspedisi ketenteraan kerajaan Khulafa al Rasyidin, Bani Umaiyah dan Uthmaniyah telah menyebarkan Islam
·  tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi apabila tentera Islam menguasai Iraq dan Iran
·  berlaku interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain yg libakan kegiatan penaklukan dan ketenteraan
·  tamadun Islam bertembung dengan tamadun Rom apabila  tentera Islam takluk Mesir dan Afrika Utara 
·  pertembungan melalui kebudayaan
·  perluasan kawasan penyebaran Islam bawa satu bentuk pertembungan kebudayaan   
·  kemasukan Islam ke Sepanyol bawa kemunculan kebudayaan baru
·  bahasa Arab jadi bahasa utama di Sepanyol masa zaman Umaiyah
·  lahir golongan dikenali Mozarab/orang Kristian amalkan budaya Islam dan berbahasa Arab
·  pertembungan melalui intelektual    
·  berlaku antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam
·  ilmuwan Islam mendalami ilmu dan Eropah
·  berjaya kembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan intelektual Islam             

Terangkan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia dari  segi politik dan ekonomi
·  perluasan kawasan penyebaran Islam
·  perluasan kawasan yang diperintah orang Islam
·  lahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dalam dunia Islam
·  kerajaan Delhi di India
·  kewujudan masyarakat Islam di China
·  amalan sistem kerajaan pusat yang kuat                          
·  diamalkan oleh kerajaan Umaiyah,Abbasiyah dan Uthmaniyah
·  kewujudan sistem berasaskan akidah dan syariah
·  orang Islam menguasai ekonomi
·  orang Islam menguasai perdagangan dengan berkesan
·  pemerintahan Islam memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan naungannya
·  bolehkan aktiviti perdagangan dijalankan dengan licin
·  kerajaan Uthamaniyah punyai armada laut bagi pastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di Teluk Parsi/ Laut Merah/ Laut Mediterranean dan Laut Hindi
·  pedagang Islam berjaya berdagang di India/Ceylon/Kepulauan Melayu dan Cina di Timar
·  di sebelah barat pedagang Islam berdagang hingga ke Sepanyol/ selatan Perancis, Armenia dan kawasan selatan gurun Sahara di Afrika              
·  pedagang Islam menguasai perdagangan di Laut Merah/Laut Mediterranean,Teluk Parsi /Lautan Hindi dan Laut China Selatan
·  Istanbul  menjadi pusat aktiviti perdagangan dan Perniagaan

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun?
·  peranan pemerintah/kepimpinan      
·  sumbangan golongan cerdik pandai
·  penbinaan kemudahan pendidikan/keilmuan
·  mengamalkan dasar kompromi dan toleransi antara kaum
·  memberikan kebebasan beragama kepada rakyat            
·  menjaga keamanan
·  mengamalkan hidup bersatu padu
·  masyarakat mampu menguasai segala bidang kehidupan

Pengaruh Islam dalam sistem pentadbiran  di Tanah Melayu
·  Memperkenalkan institusi kesultanan
·  Berasaskan pemerintahan Islam
·  Ubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu
·  Istilah bagi Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh
·  Sultan dianggap bayangan Allah di muka bumi
·  Gelaran sultan digunakan dalam institusi raja
·  Gelaran Khalifatul Mukminin /Pemimpin bagi orang mukmin
·  Nasab keturunan rujuk kpd tokoh Islam / spt Iskandar Zulkarnain
·  Wujud institusi kesultanan
·  Institusi kesultanan kekal sebagai institusi warisan
·  Institusi kesultanan berpegang kepada konsep daulat
·  Sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan
·  Pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar
·  Ulama/ mufti  menjadi penasihat kepada sultan
·  Wujud pegawai petugas seperti kadi / khatib/ bilal/ pemungut zakat/ penyelia baitulmal/ penjaga harta wakaf
·  Islam dijadikan agama rasmi
·  Unsur Islam digunakan pada nama negeri
·  Nama raja juga menggunakan namaIslam
·  Undang-undang syariah diperkenalkan

Cara raja kukuhkan kedudukan baginda dalam pemerintahan
·  Berpegang kepada konsep daulat
·  Seseorang raja mempunyai kuasa tertentu
·  bolehkan sesiapa yang mengingkarinya dianggap derhaka
·  Rakyat yang menderhaka akan menerima akibat / tulah
·  Menjadi pengikat antara golongan rakyat dan pemerintah
·  Dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya
·  Mengangkat kedudukan sultan  ke tahap yang tinggi
·  Timbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi sultan
·  Pelbagai adat istiadat diwujudkan
·  Cara berpakaian
·  Jenis pakaian
·  Bahasa dan pengucapan/ bahasa istana
·  Tingkahlaku
·  Istiadat Pertabalan
·  Nobat

Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu mempertahankan sistem beraja di negara kita?
·  Raja merupakan Ketua negara
·  Raja lambang kedaulatan negara
·  Warisan turun temurun sejak Kesultanan Melayu Melaka
·  Lambang keamanan / keharmonian rakyat
·  Lambang perpaduan/ penyatuan masyarakat pelbilang kaum
·  Pelindung bagi semua rakyat Malaysia
·  Pelindung orang-orang Melayu / bumiputera
·  Jaga hak  keistimewaan penduduk Melayu/ Sabah / Sarawak
·  Memastikan keadilan dilaksanakan
·  Melicinkan pentadbiran

Pengaruh Islam dalam pelantikan dan pertabalan raja
·  Diadakan lafaz ikrar
·  Menyerupai proses baiah dalam Islam
·  Pengganti sultan dilantik sebelum istiadat pemakaman
·  Menyamai peraturan zaman Bani Umaiyah

Cara Islam dapat jamin kesejahteraan hidup bermasyarakat
·  Hubungan rapat antara individu
·  Pertalian kekeluargaan yang rapat
·  Ibu bapa /orang lebih tua dihormati
·  Jiran dianggap keluarga
·  Panggilan tertentu untuk yang lebih tua dalam keluarga
·  Tidak boleh memanggil menggunakan nama sahaja
·  Orang muda bercakap dengan suara rendah dengan orang tua
·  Tetamu dilayan dengan hormat/dihormati
·  Tetamu dihidangkan minuman/makanan
·  Menziarah mesti beri salam
·  Tuan rumah wajib menjawab salam
·  Tetamu dan tuan rumah bersalam-salaman
·  Kanak-kanak cium tangan orang lebih tua ketika bersalam
·  Mengamalkan gotong-royong
·  Mengamalkan perpaduan

Majlis yang diadakan oleh masyarakat Melayu mengikut Islam
·  Majlis perkahwinan
·  Majlis berkhatam/tamat membaca al-Quran

Pada pandangan anda.  apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup yang dibawa  Islam  terus diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
·  Melalui kempen
·  Melalui didikan ibu bapa
·  Melalui aktiviti sekolah/persatuan
·  Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
·  Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
·  Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
·  Generasi muda mesti berbangga/tidak malu amalkan budaya ini
·  Peranan pemimpin

Cara  masyarakat Melayu tradisional laksanakan pendidikan tidak formal
·  Pendidikan awal/ asuhan dalam institusi keluarga
·  Penekanan kepada pengajaran nilai-nilai moral
·  Pembelajaran melalui pendengaran/penglihatan/pemerhatian
·  Ibu bapa ajar kemahiran menerusi pemerhatian dan latihan
·  Dalam bidang pertanian/perikanan/kraf tangan/pertukangan
·  Ibu bapa ajar hal-hal berhubung agama /kelakuan/ adat resam/ sikap bersopan santun /cara berkawan / jaga maruah
·  Pembelajaran  dibuat melalui cerita lisan / binatang/ jenaka
·  Kanak-kanak pelajari pantang larang  / adat istiadat  melalui pergaulan sosial
·  Kanak-kanak dinasihatkan tunduk/hulur tangan apabila lalu di hadapan orang
·  menerusi pantun/ peribahasa / teka teki
·  Pepatah Siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama mencuri
·  memberi teladan dan pengajaran

Sistem pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional 
·  Sistem pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan dijalankan secara langsung / melalui perantaraan institusi  seperti di istana/ masjid/ rumah/ surau/ madrasah/ pondok
·  Semua golongan terlibat tidak terhad kepada golongan atasan sahaja
·  Pendidikan di rumah beri penekanan kpd pengajaran al-Quran
·  dilakukan di rumah guru al-Quran/ tok guru
·  murid terdiri dpd kanak-kanak berumur tujuh hingga 15 tahun
·  Istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan
·  ramai ulama dan pendakwah asing menetap di Melaka
·  Istana tempat belajar tasawuf
·  kitab al-Dur al-Manzum sebuah kitab tasawuf karangan Maulana Abu Bakar telah diarak hingga ke balairong Melaka
·  istana juga menjadi tempat menyimpan buku hikayat
·  Pendidikan di masjid / surau jadi pusat perkumpulan / pertemuan masyarakat / tempat kembangkan ilmu-ilmu Islam
·  kanak diajar lebih formal / fikah/ tajwid/ cara bacaan dalam sembahyang/ pusat pengajian orang dewasa
·  Pendidikan di pondok tekankan ilmu keagamaan
·  sediakan pelajar sebagai guru agama/ berkhidmat dgn masyarakat
·  pengajiannya tersusun  / tiada batasan waktu pelajar
·  mengambil masa yang panjang untuk tamat pengajian
·  Sistem madrasah pelajarannya berdasarkan sukatan pelajaran
·  dilaksanakan secara kelas
·  pendidikan ikut tahap / tahap permulaan/ tahap pertengahan
·  pendidikan ada pengkhususan diawasi mudir / guru besar diselia oleh sebuah lembaga/ jawatankuasa kewangan

Andaikan anda seorang pemimpin negara, apakah langkah  yang akan diambil untuk melahirkan masyarakat berilmu ?
·  Membina banyak sekolah
·  Memastikan semua pelajar berpeluang belajar
·  Beri bantuan kpd pelajar yang tidak mampu teruskan pelajaran
·  Menyediakan kemudahan sistem maklumat / ICT 
·  Meluaskan penggunaan jalur lebar
·  Membekalkan komputer kepada sekolah
·  Membanyakkan institusi pengajian tinggi                        

Pada pandangan anda, apakah kepentingan bidang pendidikan untuk kegemilangan Negara dan bangsa Malaysia?
·  Melahirkan manusia berakhlak mulia
·  Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang
·  Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat
·  Mengukuhkan perpaduan antara kaum
·  Meningkatkan taraf hidup penduduk
·  Meningkatkan bilangan pekerja mahir
·  Memajukan ekonomi Negara
·  Memajukan teknologi canggih/inovasi
·  Menguasai ilmu pengetahuan

Maksud sistem barter
·  System tukar barang

Ciri-ciri mata wang tmah pada zaman Melaka
·  Berbentuk bulat
·  Berat 1 kati 8 tahil
·  Nama sultan memerintah dicatat pada mata wang
·  Tarikh Islam dicatat pada mata wang

Peraturan-peraturan cukai yang dikenakan pada zaman Melaka
·  Pedagang diwajib bayar cukai barang yang didagang
·  Cukai asas ialah cukai tetap / import
·  Jumlah cukai ditentukan pemerintah
·  Pedagang Arab/Ceylon/India/Siam/Pegu dikenakan cukai 6 %
·  Pedagang Jepun / China cukai 5%
·  Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
·  Urusan jual beli di bazar selepas cukai dibayar
·  Orang asing dari Kepulauan Melayu kena cukaidiraja 3%
·  Orang asing lain kena cukai diraja 6%

Pengagihan wang zakat melalui Baitulmal
·  Pemberian kepada fakir
·  Pemberian kepada miskin
·  Pemberian kepada mualaf
·  Pemberian kepada musafir
·  Pemberian kepada orang berhutang
·  Pemberian kepada amil
·  Pemberian kepada fisabilillah
·  Pemberian kepada hamba

Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan menjadikan Negara ini sebagai pelabuhan utama dunia
·  Bina institus pelaut
·  Penambahan kemudahan pelabuhan
·  Kemudahan baik pulih kapal
·  Sediakan pusat kemahiran
·  Sediakan kursus perkapalan di university
·  Memajukan sektor perikanan
·  Jalankan penyelidikan dan pembangunan

Tema 10 : Tamadun Eropah Perkembangan dan Kesannya

Maksudkan Zaman Gelap
·  Zaman kemunduran Eropah
·  kemerosotan dalam bidang keilmuan
·  Mundur dalam  perdagangan
·  Mundur dalam  kehidupan bandar / perbandaran
·  pentadbiran yang lemah
·  ekonomi yang lembap
·  dikongkong oleh gereja

·  Ciri Zaman Gelap di Eropah
·  kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan,  dan kehidupan di bandar
·  Pentadbiran pusat yang lemah
·  Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
·  Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
·  Kegiatan ekonomi yang terhad
·  Sifat gereja yang mengongkong
·  Kemunculan sistem feudal
·  Kehidupan kacau bilau / peperangan /
·  petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah

Kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah  pada Zaman Gelap
·  gereja amat berkuasa
·  gereja memiliki hartanah yang banyak
·  kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
·  berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
·  gereja mengongkong kehidupan masyarakat

Sebab zaman pertengahan kegiatan perdagangan tidak meluas
·  Aktiviti perdagangan diganggu orang gasar seperti Viking dan Magyar
·  Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
·  Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
·  Kegiatan perdagangan terhad kpd perniagaan barangan pertanian
·  Aktiviti perniagaan dikendalikan menerusi sistem barter
·  Penggunaan mata wang amat terhad
·  Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh

Mengapakah sistem feudalisme di Eropah mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme dalam Kesultanan  Melayu Melaka?              
·  Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
·  Raja memiliki tanah secara mutlak
·  Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
·  Raja kurnia tanah kepada pembesar untuk ditadbir
·  Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
·  Pembesar beri khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
·  Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar

Peraturan  pemilikan  tanah  sebelum kedatangan British
·  Pemilikan dan penggunaan tanah bukan persoalan utama
·  Kawasan tanah luas
·  Kepadatan penduduk rendah
·  Segala urusan tanah / bayaran cukai/ aktiviti ekonomi mestilah dapat kebenaran pembesar Melayu
·  Tanah merupakan sumber ekonomi
·   Tanah tunggak kuasa politik
·   Tanah cermikan kedudukan sosial pembesar Melayu
·  Tanah akan jadi milik seseorang yg teroka/ kerjakan tanah tersebut.
·  Tanah tersebut boleh diwarisi oleh generasi yang terkemudian.

Sebab British perkenalkan  peraturan tanah  di Tanah  Melayu
·  Sistem pemilikan tanah orang Melayu tak sesuai  dengan sistem tanah di Barat.
·  Sistem tanah tersebut tiada rekod dan catatan
·  Tiada bukti untuk sahkan hak tanah tersebut
·  Untuk mudahkan urusan pentadbiran / urusan  cukai / urusniaga
·  Tanah  boleh dicagar  bagi dapatkan modal
·  Pemilikan  tanah jadi tunjang  dalam sistem ekonomi penjajah
·  Sistem ini mudahkan pentadbiran
·  Sistem ini wujudkan pembangunan ekonomi

Dasar British dalam sistem pemilikan dan penggunaan tanah di T.Melayu
·  Wujud rekod bertulis untuk mengesahkan hak pemilikan
·  Undang-undang tanah berkonsepkan Barat
·  British bahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersial
·  Ada kategori tanah seperti tanah ladang/peribumi/lombong
·  Tanah dikenakan cukai mengikut jenis tanah
·  Untuk usahakan tanah mesti buat permohonan di pejabat tanah
·  Untuk kutip sumber hutan mesti dapat kebenaran Pejabat Tanah
·  Residen berkuasa memberikan konsesi tanah kepada pemodal
·  British juga perkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913
·  Residen berkuasa isytihar mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM
·  TSM tidak boleh dijual/dipajakgadai/ditukar milik dgn bukan Melayu
·  TSM tidak boleh ditanam tanaman komersial
·  Kebanyakan TSM tidak subur

Sebab British perkenal Enakmen Tanah Padi 1917 terhadap pekebun kecil Melayu?
·  Mahu kekalkan Melayu sebagai petani
·  Larang tanam getah di kawasan penanaman padi
·  Kurangkan jumlah pekebun kecil Melayu dalm penanaman getah
·  Elakkan pergantungan beras yang diimport
·  Bekalan/mport beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin
·  Tanah Melayu pernah alami kekurangan beras apabila
·  Myanmar menghadapi kekurangan pengeluaran
·  British mengutamakan ekonomi mereka
·  British mengutamakan ekonomi peladang besar/komprador

Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British terhadapa orang Melayu?
·  Terpaksa membayar cukai
·  Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
·  terdedah dengan ekonomi wang
·  terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk pinjam wang
·  Terpaksa jual tanah untuk melangsaikan hutang
·  kekal miskin/sebagai petani
·  Pekebun kecil Melayu terpinggir dpd aliran/kemajuan ekonomi
·  tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
·  gagal bersaing dalam ekonomi
·  Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu

Sebagai seorang rakyat  Malaysia, Mengapa kita perlu memper-tahankan hak milik tanah yang kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing?
·  Tanah merupakan sumber ekonomi negara
·  Kekalkan kedaulatan Negara
·  Jamin kekayaan sama rata
·  Kekalkan hak warisan bangsa

Sebab-sebab kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.
·  kepesatan sektor pertanian/ perladangan getah/ perlombongan bijih timah 
·  berlaku masalah kekurangan buruh
·  Dasar penjajahan British menggalakkan penghijrahan                                                                                     
·  kedatangan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
·  wujudnya hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
·  kemakmuran ekonomi Tanah Melayu
·  kestabilan politik di Tanah Melayu
·  kekayaan sumber alam
·  kemiskinan / bencana alam di negara asal
·  peluang pekerjaan di Tanah Melayu

Cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu
(i)                   Buruh dari China.
·  Sistem Tiket Kredit
·  Imigran dikumpul dari kampung2 di negeri China oleh Kheh-thau(ketua)
·  Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran yang dibawa
·  Bakal imigran dikenali sin-kheh
·  Imigran diletak bawah pengawasan nakhoda kapal / agensi buruh
·  Sin kheh perlu buat perjanjian lisan / bertulis untuk jelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam tempoh tertentu
·  Mereka dibekal tiket menentukan pelabuhan yang mereka tujui
·  keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang
·  apabila sampai di pelabuhan imigran akan diambil pemborong buruh/ orang tengah untuk  mendapatkan majikan
·  Sistem Pengambilan Kakitangan
·  majikan yang perlukan buruh akan hantar pegawainya ke China
·  tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai majikan
·  Pegawai bertjawab iringi buruh hingga sampai ke tempat majikannya
·  Sistem Pengambilan Rumah Kongsi  
·  pengambilan buruh dilakukan pegawai di China yang dilantik sesebuah rumah kongsi
·  pegawai biayai perbelanjaan buruh hingga sampai ke tempat majikan          
·  bayaran dalam kadar tertentu dibuat apabila buruh sampai ke rumah kongsi
·  Kemasukan buruh secara berkumpulan
·  kemasukan imigran China berketurunan Foochow ke Sarawak
·  wujud persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu, dengan Chales Brookes
·  kemasukan mereka ditaja oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura
·  Imigran diperlukan untuk usaha tanah dan bangunkan sektor pertanian gambir dan lada

ii. Buruh dari India 
·  Sistem Buruh Bebas
·  imigran datang sendiri dengan biayaan masing-masing
·  kedatangan mereka diatur kumpulan tertentu atas kepentingan ekonomi                      
·  mereka bebas pilih tempat dan pekerjaan  yang dikehendaki
·  Sistem kontrak
·  majikan akan biayai tambang imigran ke Tanah Melayu
·  sebagai balasan, buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu
·  berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh        
·  sistem ini diganti dengan sistem kanggani melalui Undang-Undang Tabung Imigran India                          
·  Sistem Kanggani
·  bermaksud ketua / tandil / mandur
·   kanggani diberikan kepercayaan oleh majikan/diberi lesen
·  kanggani akan dihantar ke India untuk cari tenaga buruh
·  Kanggani diberi wang pendahuluan utk biayai perbelanjaan buruh
·  Sistem ini jadikan kanggani sebagai pengurus agensi bawa masuk buruh asing
·  sistem in diharamkan  kerana wujudnya penyelewengan oleh kanggani itu sendiri.            

Pada pendapat anda, apakah kesan kehadiran buruh asing ke Tanah Melayu pada ketika itu?
·  pembentukan masyarakat pelbagai kaum
·  penempatan berbeza         
·  orang Melayu tinggal di kampung / di luar bandar
·  orang India di estet / ladang
·  orang Cina di lombong / bandar        
·  pekerjaan berbeza mengikut fungsi ekonomi    
·  orang Melayu bertani / miskin
·  orang India menjadi buruh
·  orang Cina menjadi peniaga / bekerja di lombong
·  bahasa pertuturan yang berbeza
·  tidak terdapat kesepaduan di kalangan penduduk
·  interaksi/ hubungan sosial yang tidak meluas
·  menyulitkan proses perpaduan nasional           
·  sistem pendidikan yang berbeza / sistem vernakular
·  Meningkatkan/ mengembangkan ekonomi
·  wujud perbezaan / jurang sosial
·  memajukan sektor perladangan/ perlombongan              
·  pertambahan penduduk

Kemasukan  imigran  Cina dan India telah mewujudkan masyara-kat berbilang kaum di Malaysia hari  ini. Cadangkan lima cara perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dapat dipupuk.
·  Sukatan pelajaran sekolah yang sama
·  Penubuhan sekolah wawasan
·  Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan
·  Pengamalan kebudayaan kebangsaan
·  Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
·  Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama
·  1Malaysia
·  Sukan untuk semua
·  Program Latihan Khidmat Negara / PLKN
·  Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga
·  Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
·  Perkahwinan antara kaum digalakkan

Perkembangan mata wang di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga awal kurun ke-20.
·  semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
·  jenis mata wang emas / perak / timah dikeluarkan
·  mata wang telah melicinkan urusan perdagangan 
·  mata wang timah berbentuk bulat
·  mata wang timah itu seberat satu kati lapan tahil 
·  nama sultan / tarikh Islam dicatat pada mata wang 
·  mata wang asing juga digunakan
·  mata wang asing boleh ditukar dengan mata wang tempatan  spt mata wang Pasai / Hormuz / Cambay
·  terdapat pelbagai jenis mata wang primitif
·  Dinar emas / kijang di Kelantan
·  wang emas / kupang emas di Terengganu.
·  jongkong tampang di Pahang
·  wang timah / wang katun / wang emas/kupang emas di Johor 
·  wang timah ayam jantan di atas cincin / wang emas di Kedah
·  pada masa ini pedagang Eropah menggunakan wang perak
·  pedagang India / China / Arab menggunakan wang emas
·  Mata wang Eropah  spt mata wang perak Sepanyol
·  mata wang ini bertahan selama 300 tahun
·  digunakan di Negeri-Negeri Melayu / Negeri Selat dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897
·  wang dikeluarkan bagi negeri-negeri Selat di bawah Ordinan X III 
·  wang kertas , hanya mata wang kertas sahaja yg sah digunakan 
·  untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat

Peranan institusi kewangan sehingga awal abad ke-20 di TMelayu
·  Sediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur
·  Majukan dan pesatkan lagi industri getah dan bijih timah
·  Perkenal sistem kewangan moden yg berorientasikan keuntungan
·  Memperkenalkan kadar faedah yang tinggi
·  Dana dari luar disalurkan terus ke TMelayu dgn lebih mudah/cepat
·  Bank bertindak sebagai agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport
·  Jadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin
·  Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah (komprador).
·  Komprador menjadi penaja kepada peminjam
·  Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah agar dapat  menjana perkembangan sektor ekonomi negara

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang?
·  Kuasa membeli
·  Lambang status 
·  Keperluan hidup
·  Penjagaan kesihatan 
·  Peluang pendidikan 
·  Keselesaan hidup
·  Keharmonian rumahtangga
·  Memenuhi kehendak



Comments