Monday 6 August 2018

Kertas 3 Bab 8 Tingkatan 5


TAJUK  11.3 – Pembangunan dan Perpaduan Bangsa
Huraikan dasar-dasar pembangunan sosial yang dilaksanakan  untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Bil
Format
Perincian
Markah
1
Pengenalan
1.Pengenalan
Jelaskan dasar-dasar pembangunan sosial yang dilaksanakan di Negara kita.

5
 markah
2
Isi dan Huraian
2.Huraikan dasar-dasar pembangunan:
 i.   Rukun Negara
ii.   Akta Bahasa kebangsaan
iii.  Dasar Kebudayaan Kebangsaan

30
 markah


3.Penyata Razak 1956 dan Penyata
    Rahman Talib 1960.
  Jelaskan kandungan Penyata Razak dan
  Penyata Rahman Talib yang menjurus
  kea rah perpaduan kaum di Malaysia.
15
markah


4.Merasionalkan dasar-dasar  pembangunan  sosial  dalam konteks menjamin perpaduan kaum di Malaysia.
Bagaimanakah kita memanfaatkan dasar –dasar pembangunan sosial yang telah dilaksanakan kea rah mewujudkan perpaduan kaum.
15
 markah


5.Kejayaan Negara setelah melaksanakan
    dasar-dasar pembangunan social.
Berdasarkan pemerhatian  anda, jelaskan kejayaan yang dicapai  setelah memenfaatkan dasar-dasar pembangunan sosial Negara.
10
 markah


6.Cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mewujudkan  keharmonian dan kesejahteraan .
ii. Nayatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
10
 markah


7. Penerapan nilai-nilai murni/ ikhtibar / patriotism daripada Dasar-dasar pembangunan social Negara.

Nyatakan nilai-nilai murni / ikhtibar / patriotisme yang perlu ada pada diri pelajar dalam memupuk perpaduan kaum di  Malaysia.
10
markah
3
Kesimpulan
8. Rumusan

i.Pengetahuan yang diperoleh
ii.Ikhtibar kepada diri, bangsa dan Negara
iii.Harapan untuk masa depan agar warganegara dalam harmoni dan sejahtera.
5
markah
                                                               
 

Cadangan jawapan
Soalan
Isi  dan Huraian
Markah


1.Pengenalan
Dasar-dasar pembangunan sosial yang dilaksanakan di negara kita.

·         pembangunan sosial penting untuk perpaduan
·         pembangunan sosial dan ekonomi saling melengkapi
·         pembangunan sosial melalui bidang pendidikan
·         penglibatan aktiviti sosial
·         Rukun Negara
·         Dasar Pendidikan Kebangsaan
·         Falsafah Pendidikan Negara
·         Akta Bahasa Kebangsaan
·         Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Sukan Untuk  Perpaduan

5 markah

Dasar-dasar pembangunan:
 i.   Rukun Negara
·         Dibentuk kesan peristiwa 13 mei 1969
·         Majlis gerakan Negara (MAGERAN) bertanggungjawab mengambil alih    pentadbiran Negara
·         Menubuhkan majlis perudingan Negara untuk membincang isu perpaduan
·         Membentuk idealogi Negara (RUKUN NEGARA) pada 31 0gos 1970
·         Matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan
·         Memelihara corak hidup demokratik
·         Mencipta sebuah masyarakat yang adil
·         Menjamin sikap Liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
·         Membina masyarakat  progresif yang akan menggunakan Sains dan Teknologi
·         Prinsip Rukun Negara
ü  Kepercayaan Kepada Tuhan
ü  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
ü  Keluhuran Perlembagaan
ü  Kedaulatan Undang-Undang
ü  Kesopanan dan Kesusilaan

ii.   Akta Bahasa kebangsaan
·         Termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Menjamin perpaduan rakyat
·         Langkah memajukan Bahasa Melayu
ü  Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
ü  Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
ü  Penggunaan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”
ü  Penubuhan sekolah menengah berasrama penuh menggunakan    Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
ü  Cth: Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim
ü  Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
ü  Bermula 1970 bahasa pengantar di sekolah Inggeris di tukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
ü  Penuuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
ü  Bermula 1982 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua jenis sekolah
ü  Pengunaan Bahasa Melayu di Mahkamah bermula 1990

iii.  Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan kebangsaan
·         Tujuan untuk perpaduan
·         Mengekalkan identiti Malaysia
·         Memelihara keperibadian Kebangsaan
·         Meningkatkan kualiti kehidupan
·         Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
·         Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai diterima
·         Islam sebagai unsure terpenting

30 markah

Kandungan Penyata Razak dan  Penyata Rahman Talib yang  menjurus   kearah perpaduan kaum di Malaysia.

(i)        Penyata Razak
·         Di Pengerusikan oleh Dato Abd Razak Hussein/Menteri Pelajaran
·         Dua elemen penting untuk perpaduan
·         Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
·         Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
·         Penubuhan sekolah umum/rendah
·         Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
·         Tubuh sekolah jenis umum/rendah
·         Bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil
·         Sekolah menengah Melayu guna Bahasa Melayu sebagai bahasa  pengantar
·         Sekolahmenengah Inggeris duna Bahasa Inggeris sebaga bahasa pengantar
·         Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah
·         Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957

(ii)      Penyata Rahman Talib
·         Dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Hj. Talib/Menter Pelajaran
·         Ditubuh untuk kaji Ordinan Pelajar 1960
·         Dikenali sebagai laporan Rahman Talib 1960
·         Tujuan memupuk semangat perpaduan kaum
·         Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
·         Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
·         Pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
·         Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
·         Sekolah rendah yang mengggunaka Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada Bahasa Melayu
·         Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
·         Pelajarn agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 orang pelajar Islam
·         Bahasa Cina dan Bahsa Tamil diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
·         Semua peperiksaan awam diadakan dalam bahasa kebangsaan
·         Laporan Rahman Talib diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961

15 markah



Merasionalkan dasar-dasar  pembangunan  sosial  dalam konteks menjamin perpaduan kaum di Malaysia.

Bagaimanakah kita memanfaatkan dasar –dasar pembangunan sosial yang telah dilaksanakan kearah mewujudkan perpaduan kaum.

·         Menanam idelogi negara melalui Rukun Negara kepada semua rakyat
·         Membentu masyarakat yang demokratik
·         Menghormati tradisi dan budaya semua kaum
·         Melahirkan masyarakat yang beragama
·         Membentuk masyarakay yang bertanggungjawab
·         Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan Negara
·         Mematuhi perlembagaan dan undang-undang Negara
·         Melahirkan rakyat yang bersopan dan bertatasusila
·         Menjamin kehidupan yang harmoni
·         Rakyat saling menghormati
·         Memupuk perpaduan melalui penggunaan bahasa kebangsaan
·         Melahirkan masyarakat yang berpendidikan
·         Melahirkan sumber tenaga untuk Negara
·         Melahiran masyarakat yang berdisiplin
·         Membentuk masyarakat yang sihat jasmani, emosi dan rohani
·         Membentuk masyarakat yang mempunyai hala tuju
·         Membentuk bangsa yang mempunyai jati diri
·         Melahirkan rakyat yang beridentiti Malaysia
·         Melahiran generasi muda yang bertunjangkan identity bangsa dan Negara

15 markah
5
Kejayaan Negara setelah melaksanakan   dasar-dasar pembangunan sosial.

Berdasarkan pemerhatian  anda, jelaskan kejayaan yang dicapai  setelah memanfaatkan dasar-dasar pembangunan sosial Negara.

·         Melahirkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
·         Mengugukuhkan perpaduan
·         Melahirkan rakyat yang cinta akan Negara
·         Merealisasikan konsep 1 Malaysia
·         Melahirkan masyarakat yang berdaya saing
·         Membentuk masyarakat yang mematuhi undang-undang
·         Melahirkan masyarakat yang mentaati pemimpin
·         Melahirkan masyarakat yang sihat mental dan fizikal
·         Membentuk rakayat yang mempunyai jati diri
·         Melahirkan masyarakat yang penyayang
·         Membentuk masyarakat yang mempunyai semangat meneroka
·         Membentuk masyarakat yang kreatif dan inovatif
·         Membentuk masyarakat yang berinovasi
·         Meningkatkan kualiti kehidupan
·         Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
              (Mana-mana yang munasabah)

10 markah
6
Cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mewujudkan    keharmonian dan kesejahteraan .

·         Perbezaan fahaman politik
·         Pengaruh budaya asing
·         Kebebasan media
·         Cabaran Globalisasi
·         Gejala sosial
·         Fahaman ekstrem
·         Penyalahgunaan dadah
·         Ancaman seks bebas
              (Mana-mana yang munasabah)

ii. Nayatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

·         Memantapkan pendidikan agama
·         Konsep 1 Malaysia
·         Mengawal kebebasan media
·         Program Latihan Khidmat Negara
·         Program 1 Murid 1 Sukan
·         Klinik 1 Malaysia
·         Bantuan Rakyat 1 Malaysia
·         Kedai Rakyat 1 Malaysia
               (Mana-mana yang munasabah)
10 markah
7

Penerapan nilai-nilai murni/ ikhtibar / patriotism daripada Dasar-dasar pembangunan sosial Negara.

Nyatakan nilai-nilai murni / ikhtibar / patriotisme yang perlu ada pada diri pelajar dalam memupuk perpaduan kaum di  Malaysia.

·         Hormat menghaormati
·         Bercita-cita tinggi
·         Kerjasama antara kaum
·         Mengekalkan tradisi
·         Berbudaya penyayang
·         Bertoleransi
·         Mementingkan ilmu
·         Kreatif dan inovatif
·         Berdaya saing
·         Mematuhi undang-undang
·         Menghormati pemimpin
·         Budaya berterima kasih
·         Memantapkan amalan berbudi bahasa
               (Mana-mana yang munasabah)





10 markah
8
8. Rumusan

i.Pengetahuan yang diperoleh
·         Kesejahteraan rakyat agenda utama negara

ii.Ikhtibar kepada diri, bangsa dan Negara
·         Keamanan Negara diutamakan
·         Keseimbangan kemajuan fizikal dan rohani
·         Keadilan ekonomi dan sosial
·         Kerjasama dan tolak ansur

iii.Harapan untuk masa depan agar warganegara dalam harmoni dan sejahtera.
·         Mewujudkan masyarakat yang progresif
·         Mewujudkan masyarakat yang mempunyai taraf hidup yang tinggi
·         Mewujudkan Negara maju mengikut acuan sendiri

5 markah

5 comments:

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6