Tuesday 14 October 2014

Cadangan jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Kredit to Cikgu Zamri


Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7

1.      Pengenalan/Latar belakang sistem demokrasi berparlimen
      Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.
      sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
      Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi, Sistem Raja Berpelembagaan,iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah negara  dibantu oleh Perdana Menteri.
      Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
      Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.Rakyat berhak menyokong,mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
      Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
      Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
      Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.
[15x1m][Maksimum:5 markah]


2.      Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
(a)   Perlembagaan
                  Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi jyang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
      Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara yang terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
      Ia Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
      Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September,1963 yang mempunyai 183 perkara.Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.
      Institusi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri,dan Badan Kehakiman.
      Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan.
      Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.

Keluhuran Perlembagaan

      Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Bukti keluhuran perlembagaan (ketertinggian perlembagaan Malaysia)
      Kuasa Parlimen,kedudukan Yang di-Pertuan Agong,kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh Perlembagaan. Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan.
      Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia....Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri dan mahkamah.
      Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak tidak sah.
      Undang-undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang negeri yang bertentangan dengan dengan         Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
      Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Kepentingan Perlembagaan
      Ia Menentukan rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
      Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan,kejujuran,ketelusan,serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
      Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan dan aspirasi rakyat.
      Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotism dapat dibentuk.
      Perkara 24,Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.
      Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
      Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh kesetiaan kepada tanah air untuk mengekalkan identity negara dan bangsa Malaysia.
      PerlembagaanMalaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.
Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
      Menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan, Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.
      Hak istimewa ini termasuk pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan pemberian lessen perniagaan dan perdagangan.
      Perlembagaan juga memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
      Menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan bersama.
      Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
      Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri utuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
      Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
      Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoalkan. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera d Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.
      Jaminan ini telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
      Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan,kesihatan dan perkhidmatan pos,telekom dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.

Pindaan Perlembagaan

      Sejak tahun 1957,Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat.
      Ia juga bagi menjamin  keselamatan negara  dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
      Pindaan menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
      Untuk  melarang perkara sensitive dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja,agama Islam,kedudukan bahasa Melayu,hak istimewa orang Melayu.
      Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitive yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.
      Tujuannya ialah untuk memelihara keselamatan,ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.
      Pindaan terbesar yang dibuat ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
[50x1m][Maksimum:10 markah]



(b)   Raja Berpelembagaan

      Maksud Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia..Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957
      Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara.
Ia merupakan simbol keutuhan perpaduan rakyat.
      Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri.
      Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan.
      Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergillir-gilir.
      Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
      Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan iaitu  Badan Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari)
      Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah tentera.
      Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
      Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.
      Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
      Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam.
      Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
      Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini,
      Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.
[19x1m][Maksimum:10 markah]

(c)    Kuasa Pemerintahan

      Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.
      Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman.
      Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasinagan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Badan Perundangan
      Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
      Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
      Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.
.     Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan dewan Rakyat.

Dewan Negara

      Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
      Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri,iaitu dua orang setiap negeri.
      Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN
Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
      40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah member sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.
      Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya.
      Seorang Senator memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun. Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
      Taraf senator sama dengan ahli Parlimen dan Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Dewan Rakyat

      Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
      Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.
      Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun
      Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
      Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen
      Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah dinamakan Ordinan

Badan Pelaksana (Eksekutif)

Kabinet(Jemaah Menteri)
      Jemaah Menteri,atau cabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara
      Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
      Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

Kementerian

      Perdana Menteri,atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa kementerian.
      Setiap kementerian bertnggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan menyelaraskan program pembanguan ekonomi dan sosial di negara kita.
      Pada masa ini,terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara
      Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha Politik.
      Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenal sebagai Menteri Tak Berportfolio
      Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam

      Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
      Pada peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian.
...Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenal sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
      Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.



Jabatan Kerajaan

      Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenal sebagai Ketua Pengarah
Sesebuah Kementerian pada kebiasaannyamempunyai jabatan pada peringkat pusat,negeri dan daerah.

Badan Berkanun

      Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu
      Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri
      Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan
      Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
      Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)/Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)/Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM)

Suruhanjaya

      Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan menguruskan kenaikan pangkat memantau disiplin dalam kakitangan awam
      Contoh-contoh suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam/Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan/Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Badan Kehakiman

      Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
      Perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan affidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan
      Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
      Sistem mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia.
      Tugas-tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan negara dan mentafsir undang-undang
      Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang
      Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau Parlimen

      Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki pyramid , Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuasa hati dengan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
      Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
Urusan Perlantikan,kenaikan pangkat,dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong
      Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah
      Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik.Justeru itu kadialan dan kesaksamaan undang-undang terjamin
      Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dan Peguan Negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan
      Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
[68x1m][Maksimum:10 markah]


3.      Bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memajukan negara.

Kerajaan Persekutuan

      Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara
      Pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi,sosial,keselamatan dan pendidikan.
      Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
      Mengikut Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong
      Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
      Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
      Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar)Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan keadilan, Kerakyatan negara, Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan ukur dan penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan sosial, Orang asli, Hal-hal lain

Kerajaan Negeri

      Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri
Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri
      Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
      Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
      Majlis Mesyuatrat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia,Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara di peringkat negeri.
      Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam.Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri, Undang-undang negeri
[36x1m][Maksimum:15 markah]

4.      Bagaimana kita memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia?

      Kita akan dpat memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia dengan mengamalkan  tiga komponen utama demokrasi berparlimen Malaysia iaitu Badan Perundangan/Badan Pelaksana/Badan Kehakiman
      Mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam kerajaan juga akan mewujudkan kestabilan politik di Malaysia. Konsep pengasingan kuasa ini akan dapat mengelakkan pembolotan kuasa.  
      Kestabilan politik di negara kita akan diwujudkan bila Pilihan raya diadakan untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan yang memerintah.
Rakyat berkuasa untuk memilih wakil rakyat untuk memerintah Negara berdasarkan parti politik yang bertanding dalam pilihanraya yang seterusnya akan membawa kepada kestabilan politik negara
Rakyat memilih ahli Dewan Rakyat untuk mewakili mereka di dalam pemerintahan kerajaan Demokrasi berparlimen.
Rakyat memilih Ahli Dewan Undangan Negeri bagi memastikan pemerintahan kerajaan negeri terus mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen
Rakyat juga berhak menentukan corak pemerintahan yang dijalankan oleh setiap  negeri dan kerajaan yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan Demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Negara kita akan mewujudkan Keamanan negara seterusnya mewujudkan kestabilan politik dalam negara
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di dalam Negara juga akan memastikan Undang-undang negara terpelihara
Setiap pemimpin atau kerajajaan di Malaysia akan menjadikan Perlembagaan sebagai garis panduan untuk memerintah Negara.
Proses ini akan Membentuk kerajaan yang adil dan stabil serta bertanggungjawab terhadap rakyat di dalam Negara Malaysia tanpa mengira kaum agama dan bangsa.
Ia juga memastikan Raja menjadi lambang taat setia rakyat dan setiap rakyat di Negara kita harus menghormati dan menyanjung tinggi konsep Raja berperlembagaan
Sistem Demokrasi berparlimen kerajaan Malaysia akan memastikan Undang-undang yang akan menjamin keselamatan rakyat dan Negara.
Undang-undang yang digubal akan melindungi kepentingan  rakyat di dalam Negara tanpa mengira agama bangsa dan Negara serta fahaman politik rakyat.
Undang-undangyang digubal menerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan  membantu melicinkan urusan pentadbiran Negara serta memastikan kerajaan yang dibentuk sentiasa selaras dengan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Negara kita.

[17x1m][Maksimum:15 markah]
[Terima mana-mana jawapan yang munasabah]



5.      Kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik

...Kejayaan yang akan dicapai oleh Negara kesan daripada kestabilan politik ialah Kemajuan ekonomi Negara.
Kestabilan politik Negara juga membolehkan Sektor perindustrian berkembang maju dan mampu bersaing di peringkat global.
Sektor Industri pertanian juga akan pesat membangun kerana kestabilan politik yang mewujudkan kemamanan kepada negara
Begitu juga dengan Sektor pelancongan yang akan menjana ekonomi Negara dan seterusnya meningkatkan pendapatan Negara.
Politik yang stabil akan membolehkan kerajaan kita menjalinkan Hubungan antarabangsa dengan lebih meluas lagi dengan semua Negara di dunia.
Negara kita juga akan Mendapat pengiktirafan negara luar kesan kestabilan politik Negara.
Pemimpin Negara kita juga akan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa
Negara kita juga mencapai kejayaan dalam memupuk Perpaduan kaum antara Melayu, China dan India agar saling memahami dan berkerjasama membangunkan Negara.
Kestabilan politik akan memastikan Kehidupan rakyat harmoni dan hidup penuh dengan keamanan dan kemakmuran
Kejayaan seterusnya ialah Kecemerlangan dalam bidang  institusi pendidikan dan akan membolehkan rakyat terus menerima pendidikan
.     Kestabilan politik akan membolehkan kerajaan membangunkan  sistem pengangkutan Negara berada ditahap terbaik
Negara kita juga Berjaya melaksanakan sistem Perhubungan/komunikasi secara meluas
Kejayaan Negara juga dicapai dalam bidang Industri perkapalan yang semakin berkembang maju diperingkat global dan pelabuhan kita menjadi pelabuhan maritime yang terkenal diseluruh dunia
Kejayaan juga di capai dalam Sektor perlombongan yang dipergiatkan untuk menambahkan lagi pendapatan Negara.
[14x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]


6.      (a) Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah Nilai mata wangsentiasa turun naik menyebabkan berlaku ketidakstabilan ekonomi.
Kenaikan  harga barangan di pasaran global yang boleh menjejaskan ekonomi Negara seterusnya memberi cabaran sebagai sebuah Negara maju.
Negara kita juga menghadapi cabaran iaitu Persaingan dengan negara maju yang menekankan ekonomi Negara kita.
Cabaran juga dihadapi oleh Negara kita dalam  menembusi pasaran antarabangsa  kerana terpaksa bersaing dengan Negara Negara lain diseluruh dunia terutama dengan Negara Negara maju.
Negara kita juga masih bergantung kepada teknologi luar dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.
Teknologi Negara kita juga masih rendah dan tidak mempu bersaing dengan Negara Negara maju, serta terpaksa membawa mahal untuk membawa teknologi Negara maju
Masalah juga dihadapi dalam usaha untuk menarik pelabur asing di dalam Negara kita
Masalah gejala sosial yang dihadapi oleh Negara menyebabkan kerajaan terpaksa menumpukan membelanjakan peruntukan yang banyak untuk menghadapi masalah tersebut
[8x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasbah]


(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah Meningkatkan penyediaan dan pembangunan (R&D) di dalam Negara supaya dapat bersaing dioeringkat global.
Kerajaan juga perlu memastikan rakyat Negara kita menguasai pelbagai teknologi terkini bagi memastikan Negara kita tidak ketinggalan.
Kerajaan juga perlu memperkukuh peranan negara sebagai hub halal di dunia serta meningkatkan kualiti barangan yang dikeluarkan supaya menapati hub halal tersebut
Kerajaan juga perlu melahirkan modal insan yang benar benar berkualiti dan menepati dengan keperluan ekonomi globalisasi
Kerajaan juga harus berusaha memperkenal dinar emas untuk digunakan oleh Negara Negara islam supaya menjadi matawang utama Negara Islam.
Untuk menghadapi cabaran dalam membentuk Negara maju kerajaan Malaysia haruslah Mendapatkan hak milik/paten terhadap sesuatu teknologi yang dihasilkan
Kerajaan juga perlu Memperluas perbankan Islam diseluruh Negara dan memperkenalkan system perbankan Islam di peringkat dunia terutamnya di Negara-negara Islam.
Kerajaan juga perlu melibatkan diri dalam sistem ekonomi E-dagang dan menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam sistem ekonomi tersebut serta menyediakan prsarana yang mencukupi untuk kemudahan ekonomi tersebut.
Kerajaan juga perlu Menambah bilangan tenaga professional didalam bidang bidang yang masih lagi kurang di Negara kita seperi teknologi, sains, kemahiran tinggi bidang pemprosesan pembangunan sistem IT.
[10x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7.      Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism

Penerapan nilai nilai murni di dalam pembinaan kerajaan demokrasi berparlimen di Negara kita ialah Sedia menerima perubahan yang positif
Kepentingan memelihara perpaduan untuk memastikan kerajaan demokrasi berparlimen negara kita terus utuh dan bewibawa
Penerapan nilai nilai murni seperti toleransi dan permuafakatan akan mewujudkan kestabilan kepada Negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.
Ikhtibar pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Mengekalkan kedaulatan Negara
Ikhtibar seterusnya ialah perlunya sikap Bekerjasama  untuk memajukan negara
Iktibar seterusnya iala keperluan untuk memelihara kemakmuran Negara bagi memastikan kerajaan Malaysia membentuk sebuah Negara maju
Manakala unsur patriotism yang di amalkan ialah Taat setia kepada pemerintah dan patuh kepada undang-undang.
Kita juga perlu berbangga menjadi  warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan menguasai teknologi terkini
Rakyat Malaysia juga perlu menyanjung tinggi kepada sistem raja berperlembagaan dan menjadikan institusi beraja sebagai simbol kedaulatan dan kesetiaan rakyat terhadap negara
 [12x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]





8.      Rumusan

Sebagai kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa Negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi berparlimen yang meletakkan Sistem raja Berperlembagaan yang diketuai oleh Yang DiPertuan Agong sebagai ketua Negara yang dibantu oleh barisan cabinet Negara yang diketua oleh Perdana menteri
Pengamalan sistem demokrasi berparlimen memerlukan sokongan daripada rakyat untuk sama sama terlibat dalam proses pemilihan kerajaan. Sokongan daripada rakyat akan dapat melicinkan pentadbiran Negara dan seterusnya membawa kepada kemajuan kepada Negara kita
            Kerjasama antara pemimpin dan rakyat akan menjamin kestabilan politik dan ekonomi Negara.
            Kesetiaan dan semangat patriotism akan mengukuhkan pembentukan identity Negara dan bangsa Malaysia
            Harapan untuk Negara kita agar terus mecapai keamanan dan keharmonian dan meningkatkan taraf hidup rakyat seterusnya memacu Negara kea rah Negara maju menjelang wawasan 2020.



P/S :  Salin jawapan bila soalan sama dengan soalan sebenar. Tidak semestinya apa yang cikgu tulis ni sama dengan soalan sebenar..Cikgu tidak tahu soalan sebenar Soalan sebenar hanya akan keluar pada hari peperiksaan

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6