Tuesday 23 February 2016

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho

(a) Lokasi tamadun Hwang Ho
• Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)
• Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir
.
(b) Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho
• Dinasti Hsia
• Dinasti Shang
• Dinasti Chou
• Dinasti Ching
• Dinasti Chin



Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

(a) Petempatan awal
• Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar
• Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
• Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
• Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
• Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama
juga tinggal di kawasan bandar
• Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang
pencerobohan musuh
• Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh
masyarakat petani

(b) Organisasi sosial masyarakat Shang
• Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang
diterajui oleh raja
• Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian
besar penduduk
• Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
• Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
• Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan
pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk
upacara keagamaan
• Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera
dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk
menundukkan golongan bawahan.
• Golongan hamba ialah golongan paling bawah
• Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

(c) Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang
• Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera
berkuda dan tentera berjalan kaki
• Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi
keperluan golongan atasan
• Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas
minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
• Golongan hamba sebagai tentera paksaan
• Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja
perburuhan
• Golongan hamba juga dijadikan korban dalam upacara penyembahan

(d) Sistem pemerintahan Dinasti Shang.
• Sistem pemerintahan berbentuk beraja
• Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau
anak lelaki raja
• Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
• Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
• Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
• Tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah
daripada keturunan pemerintah agama
• Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak
mentadbir wilayahnya
• Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti
pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang

(e) Sistem pentadbiran Dinasti Chou
• Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayahwilayah
• melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
• Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang
Menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal
ehwal monarki dan undang-undang
• Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesarpembesar
feudal
• Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia
kepada pemerintah, memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata
gangsa, hamba dan binatang
• Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera
pada masa perang
• Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua
agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

(f) Agama dan kepercayaan
• Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan
termasuk animisme dan politisme
• Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
• Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu),
menyembah sungai, bukit dan gunung
• Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacara
korban
• Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
• Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
• Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan
tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
• Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
• Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
• Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta
tulisan.
• Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
• Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanakkanak.
Bulan, matahari dan sungai

(g) Penciptaan Sistem Kalendar
• Dicipta semasa Dinasti Shang.
• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
• Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
• Untuk menjalankan aktiviti harian.
• Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /
perburuan / pengkebumian.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

(a) Bidang politik/pemerintahan
• Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman
Dinasti Ching
• Gelaran raja ditukar kepada maharaja
• Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
• Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20

(b) Bidang ekonomi
• Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi
• kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul dan sabit
• Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
• Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan
yang dibuat daripada besi

(c) Sistem Tulisan
• Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China
sehingga hari ini
• Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang
penulisan dan percetakan
• Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
• Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

(d) Bidang agama dan kepercayaan
• Pemujaan roh nenek moyang
• Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan
mengikut kesesuaian masa
• Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur
makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
• Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
• Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri
daripada unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
• Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan
falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia
dengan alam sekitar

( e ) Sistem kalendar
• Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan
menuai
• Untuk menjalankan aktiviti harian.
• Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /
perburuan / pengkebumian.

(f) Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
• Karyanya the Art of War
membincang kan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam
pelbagai bahasa
• Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6