Sunday 24 August 2014

Latihan Bab 5 Ting 4

1.    Di manakah terletaknya Madinah?
A.    Utara Mekah
B.    Selatan Mekah
C.   Timur Mekah
D.    Barat Mekah

2.    Terdapat 3 golongan penduduk di Madinah iaitu
A.    Aus dan Khazraj, Nasrani
B.    Bani Quraizah, bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir
C.   Nasrani, Yahudi dan Arab
D.   Nasrani, Yahudi dan Khazraj
                                                                                               
3.    Di manakah pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad dilakukan?
A.    Madinah
B.    Makkah
C.   Mina
D.   Aqabah
       
                                                                                        
4.    Semasa dakwah Islamiah disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w di kota Makkah, baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang arab Madinah yang terdiri daripada suku
A.    Khazraj
B.    AuS
C.   Nasrani
D.   Yahudi
                                                                                               
5.    Siapakah pendakwah Islam yang telah dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah untuk menyebarkan Islam selepas perjanjian Aqabah pertama?
A.    Mus’ab bin Umair
B.    Abdullah bin Arqat
C.   Abu Bakar al-Siddiq
D.   Umar bin al-Khattab
                                                                                               
6.    Apakah yang terkandung di dalam perjanjian Aqabah kedua?
A.    suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
B.    Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah.
C.   Mereka tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan membunuh bayi perempuan.
                                                                                               
7.    Apakah faktor penting kejayaan hijrah ke Madinah?
A.    Taat setia yang tidak berbelah bahagi
B.    Sokongan dan bantuan orang arab Madinah kepada orang Islam Makkah.
C.   Melalui perjanjian yang telah dibuat
D.   penerimaan orang Madinah.




8.    Apakah maksud hijrah?
A.    Pergi
B.    Keluar
C.   Berubah
D.   berpindah

9.    Bilakah peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku?
A.    12 September tahun 622M
B.    13 September tahun 622M
C.   12 September tahun 623M
D.   13 September tahun 623M
                                                                                               
10.  Siapakah yang telah berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya?
A.    Abu Bakar al-Siddiq
B.    Umar bin al-Khattab
C.   Nabi Muhammad s.a.w
D.   Usman bin Affan
                                                                                               
11.  Apakah maksud hijrah dalam konteks tamadun Islam?
A.    Beriman kepada Allah dan Rasul dan perjanjian membantu perjuangan Islam.
B.    perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
C.   perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.
D.   semangat ingin berubah .

12.  Di manakah Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi sebelum meneruskan hijrah ke Madinah?
A.    Masjid al-Haram
B.    masjid Quba’
C.   Gua Hira’
D.   Gua Thur
                                                                                               
13.  Apakah faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah?
A.    untuk menyebarkan Islam
B.    untuk menjamin keselamatan
C.   perintah Allah menerusi wahyu
D.   untuk melarikan diri
                                                                                               
14.  Ansar adalah daripada perkataan arab nasara yang bermakna 
A.    Berpindah
B.    Keselamatan
C.   Menolong
D.   bantuan
                                                                                               
15.  Kaum apakah yang sering bersengketa?
A.    Aus dan Khazraj
B.    Yahudi dan Nasrani
C.   Aus dan Yahudi
D.   Khazraj dan Nasrani


                                                                                   
16.  Apakah masjid pertama yang dibina dalam perkembangan sejarah Islam?
A.    Masjid Nabawi
B.    Masjid Quba’
C.   Masjid al-Haram
D.   Masjid Madinah
                                                                                               
17.  Apakah maksud Madinah al-Munawwarah?
A.    Kota berkilau
B.    Kota bercahaya
C.   Kota berlampu
D.   Kota berwarna
                                                                                               
18.  Siapakah saudagar yang kaya dan sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan?
A.    Abu Bakar al-Siddiq
B.    Ali bin Abi Talib
C.   Umar al-Khattab
D.   Abdul Rahman bin Auf
                                                                                               
19.  Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun
A.    620M
B.    621M
C.   622M
D.   623M
                                                                                               
20.  Berapa lamakah tempoh gencatan senjata dalam perjanjian Hudaibiyah?
A.    10 tahun
B.    15 tahun
C.   20 tahun
D.   25 tahun

21. 
Kami tidak akan menyekutukan Allah SWT, tidak mencuri, tidak meminum arak, dan tidak membunuh bayi perempuan.

 
 




Manakah antara yang berikut mempunyai perkaitan dengan kenyataan di atas?
A.    Perjanjian Hudaibiyah
B.    Perjanjian Aqabah I
C.   Perjanjian Aqabah II
D.   Pembukaan semula Kota Makkah

22.  Apakah   faktor   penting   yang   mendorong berlakunya penghijrahan orang Islam  dari  Kota Makkah ke Kota Madinah?
I.              Jaminan keselamatan
II.            Perintah daripada Rasulullah SAW
III.           Tidak sanggup mempertahankan Islam
IV.          Sokongan daripada penduduk Madinah
A.    I dan II
B.    I dan IV
C.   II dan III
D.   III dan IV
Perjanjian Aqabah I
 
Perjanjian Aqabah II
 
Penghijrahan ke Madinah
 
 




23.  Antara yang berikut, kenyataan yang manakah benar mengenai isi-isi perjanjian tersebut?
I.              Penduduk Madinah menjemput Nabi ke Madinah
II.            Penduduk Madinah berjanji akan taat setia kepada perintah Allah SWT
III.           Penduduk Madinah berjanji tidak akan melakukan amalan Jahiliah
IV.          Penduduk Madinah berjanji akan mem-bantu perjuangan Rasulullah SAW
A.    I dan II
B.    I dan IV
C.   II dan III
D.   III dan IV

24.  Para orientalis Barat mengatakan bahawa hijrah   Nabi   Muhammad   SAW   ke Kota Madinah adalah sebagai suatu pelarian. Apakah bukti yang  dapat  menafikan ke­nyataan tersebut?
I.              Nabi  telah  dilantik  sebagai  pemimpin Madinah
II.            Berhijrah atas jemputan penduduk Madinah
III.           Kedatangan penduduk Makkah disambut dengan meriah
IV.          Wahyu daripada Allah SWT
A.    I dan II
B.    I dan IV
C.   I dan III
D.   III dan IV               

Surah Al-Anfal
 
Mempercepatkan tindakan
 
 




25.  Apakah perintah yang terdapat dalam ayat di atas yang mempercepatkan lagi sesuatu tindakan dilakukan? 
A.    Penyebaran agama Islam di Madinah
B.    Gerakan penentangan terhadap puak Quraisy
C.   Penghijrahan ke Madinah
D.   Pembinaan masjid yang pertama di dalam Islam  

26.  Penghijrahan Nabi Muhammad SAW  ke Madinah telah mempersaudarakan orang Islam secara keseluruhannya. Manakah antara yang berikut benar tentang persaudaraan tersebut?
A.    Aus dan Khazraj telah disatukan di bawah nama Ansar
B.    Aus  dan  Khazraj   disatukan  di  bawah nama Muhajirin
C.   Nabi Muhammad SAW telah mengambil seorang wakil daripada kaum Aus dan Khazraj untuk membantu baginda
D.   Seluruh umat Islam disatukan di bawah nama Ansar
-Masjid Quba'                          -Masjid al-Nabawi

 
 


27.   

     Manakah antara yang berikut merupakan fungsi masjid di atas kepada umat Islam?
I.              Tempat beribadat
II.            Pusat pemerintahan Rasulullah
III.           Tempat belajar
IV.          Tempat perbincangan
A.    I dan II
B.    I dan IV
C.   II dan III
D.   III dan IV

28.  Penduduk Madinah telah memberi bantuan yang besar kepada golongan Muhajirin yang berhijrah ke Madinah.Manakah antara yang berikut adalah pertolongan yang telah diberikan oleh penduduk Madinah kepada Muhajirin?
I.              Tempat tinggal
II.            Menyediakan makanan
III.           Bantuan kewangan
IV.          Keperluan asas
A.    I dan II
B.    I dan IV 
C.   II dan III
D.   III dan IV

·      Khalid bin al-Walid
·      Uthman bin Talhah
 
 





29.    Apakah persamaan tokoh di atas ? 
A.    Pembesar Arab Madinah yang berpengaruh
B.    Membantu Nabi Muhammad SAW berhijrah
       C. Memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah
       D. Panglima perang Islam sebelum perisitiwa hijrah
“Islam tidak berkembang dengan paksaan malah perkembangan adalah secara sukalera dan toleransi.”                                  Sejarawan Islam
 
 





30.  Apakah perisitiwa yang dapat menyokong penyataan di atas ?       
A.    Perang Uhud
B.    Perang Badar
C.   Perjanjian Aqabah
D.   Perjanjian Hudaibiah

·      Uthman bin Affan
·      Suhail bin Amru
 
 




31.  Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?       
A.    Terlibat dalam peperangan Al-basus
B.    Berperanan sebagai orang tengah di Aqabah
C.   Mengawal keselamatan tenteranya di Madinah
D.   Sebagai utusan dalam peristiwa di Hudaibiyah

32.  Apakah nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh umat Islam dalam Perjanjian Hudaibiyah?
A.    Perdamaian
B.    Perjuangan
C.   Melepaskan kekayaan
D.   Mempertahankan maruah

33.  Apakah kepentingan umat Islam menyambut ‘Maal Hijrah’ pada setiap tahun ?
A.    Mengingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW
B.    Menyambut tahun baru bagi umat Islam
C.   Mengingati perjuangan Rasulullah SAW
D.   Menyedarkan masyarakat supaya berhijrah dari keburukan kepada kebaikan
                                                             
34.  Apakah kesan terpenting akibat daripada pencabulan Perjanjian Hudaibiyah oleh orang Quraisy?
A.    Berlaku peperangan Khandak
B.    Penaklukan semula Kota Makkah
C.   Orang Yahudi berpakat dengan Arab Quraisy untuk memusnahkan Madinah
D.   Berlakunya Perang Tabuk
    Penaklukan Kota Makkah
 
 


           

35.  Apakah kesan penting penaklukan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW ?               
A.    Pusat pemerintahan Islam telah beralih ke Makkah
B.    Makkah telah muncul sebagai sebuah kerajaan Islam yang memberi saingan kepada Kerajaan Madinah
C.   Agama Islam telah tersebar ke seluruh Tanah Arab
D.   Nabi Muhammad telah menjadikan Kota Makkah sebagai pusat kegiatan ekonomi umat Islam. 

36.  Nabi Muhammad s.a.w  telah menyampaikan khutbah terakhirnya kepada umat Islam dalam khutbah terakhirnya pada 10 H . Apakah mesej terakhir yang disampaikan oleh baginda kepada umat Islam dalam khutbah tersebut?      
A.    Perlantikan Abu Bakar sebagai khalifaH
B.    Kepentingan peperangan dalam Islam
C.   Memerangi golongan murtaD
D.   Perpaduan dan pegangan kepada al-Quran dan Sunnah

37.  Apakah tanggungjawab utama seorang khalifah?
A.    Menyebarkan agama Islam
B.    Menubuhkan Negara Islam
C.   Memperjuangkan hak umat Islam
D.   Memerintahkan Negara Islam berdasarkan undang-undang Syariah

38.  Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w ?                                                                                                 
I.              Mengaku sebagai nabi
II.            Menjadi ketua kafilah
III.           Memerangi pemberontakan
IV.          Mengingkari pembayaran zakat
A.    I dan II
B.    II dan III
C.   III dan IV
D.   I dan IV

Baiah
 
Perlantikan Khalifah
 
Musyawararah
 
 


39.  Rajah di atas menunjukkan proses perlantikan Khalifah al-Rasyidin. Apakah kepentingan musyawarah ?           
A.    Menjamin perlantikan khalifah yang sihat dan waras
B.    Menjamin perlantikan khalifah yang bijak dan berpengetahuan
C.   Menjamin perlantikan khalifah yang berkelayakan dan berhemah tinggi
D.   Menjamin perlantikan khalifah yang berat sebelah




Beliau telah dilantik melalui musyawarah
Pelantikan beliau dipersetujui oleh orang ramai setelah dicadangkan oleh Saidina Umar

 
 





40.  Berdasarkan maklumat di atas, siapakah tokoh yang dilantik sebagai khalifah?

A.    Saidina Ali bin Abu Talib
B.    Saidina Uthman bin Affan
C.   Saidina Abu Bakar al-Siddiq
D.   Saidina Umar bin al-Khattab

1. a) Senaraikan 2 golongan penduduk di Madinah.                                                 
      i.        ........................................................................................................................................
     ii.        ........................................................................................................................................       
                                                                                                            [2 markah]
a)    Apakah yang terkandung di dalam perjanjian Aqabah pertama?                             
i.              ........................................................................................................................................
ii.             ........................................................................................................................................
 [2 markah]
b)    Apakah yang terkandung di dalam perjanjian Aqabah kedua?         
i.              ........................................................................................................................................
ii.             ........................................................................................................................................
iii.            ........................................................................................................................................
      [3 markah]
c)    Siapakah yang berhijrah bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w selepas penghijrahan orang Islam yang lain?
........................................................................................................................................
[1 markah]                                                             
d)    Pada pandangan anda, apakah sifat yang harus kita contohi daripada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w?
i.              ........................................................................................................................................
ii.             ........................................................................................................................................
[2 markah]



Jawapan :
1.       A
2.       C
3.       D
4.       A
5.       A
6.       C
7.       B
8.       D
9.       A
10.   B
11.   B
12.   C
13.   C
14.   C
15.   B
16.   B
17.   B
18.   D
19.   C
20.   A
21.       B
22.       A
23.       D
24.       A
25.       C
26.       A
27.       B
28.       B
29.       A
30.   B
31.   D
32.   A
33.   A
34.   B
35.   C
36.   D
37.   D
38.   D
39.   C
40.   C


1.a) F1-nasrani
       F2-yahudi
       F3-arab                                                          (2M)

b) F1 - suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
F2 - mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
F3 - tidak akan lagi melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan membunuh bayi perempuan.                              (2M)

c) F1 – suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah  berhijrah   ke Madinah
F2- suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
F3 – mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk  baginda dan orang Islam serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.                       (3M)

d)   F1- Abu Bakar al-Sidddiq                        (1M)

e) F1 – cekal
F2 – berani
F3 – sanggup berkorban
(mana-mana jawapan yang munasabah)                 (2M)

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6