Wednesday, 9 January 2013

Esei bab 1 Tingkatan 4

Bahagian B
Soalan Esei

1.      Tamadun Mesopotamia ialah tamadun yang terawal di dunia yang muncul pada sekitar 35000 SM.

a)      Terangkan proses pembentukan tamadun Mesopotamia di lembah Sungai Tigris dan Euphrates.
(8M)
b)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bincangkan sumbangan tamadun Sumeria kepada peradaban dunia.
(6M)
c)      Berdasarkan pemerhatian anda, bagaimanakah sesebuah tamadun dapat mempertahankan pencapaian tamadunnya?
(6M)


2.      Tamadun Mesir dianggap sebagai anugerah Sungai Nil

a)      Huraikan ciri-ciri penting yang terdapat dalam tamadun Mesir yang berkaitan dengan sistem pemerintahan dan kepercayaan agamanya.
(8M)
b)      Mengapakah tamadun Mesir dikatakan amat bergantung kepada Sungai Nil?
(8M)
c)      Apakah yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin kita untuk mencapai ketamadunan bangsa yang hebat seperti tamadun Mesir Purba?
(4M)


3.      Kota Harappa dan Mohenjo-Daro ialah kota terancang yang tertua di dunia.

a)      Terangkan ciri-ciri penting bandar Harappa dan Mohenjo Daro yang berkaitan dengan aspek perancangan bandar.
(8M)
b)      Huraikan bentuk agama dan kepercayaan yang menjadi anutan masyarakat tamadun Indus.
(7M)
c)      Secara ringkas, nyatakan aspek yang memperlihatkan sifat keterbukaan tamadn Indus.
(5M)


4.      Sistem pemerintahan dalam tamadun Hwang Ho berasaskan konsep mandat.

a)      Huraikan konsep mandat yang terdapat dalam tamadun Hwang Ho.
(7M)
b)      Huraikan bentuk pemerintahan feudal yang diamalkan oleh Dinasti Chao.
(7M)
c)      Pada pandangan anda, apakah fungsi Tulang Oracle dalam tamadun Hwang Ho?
(5M)

1 comment: