Friday 2 November 2012

Fokus SPM 2012!



PEMBENTUKAN MALAYSIA
Jelaskan langkah-langkah untuk pembentukan Malaysia

Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah
untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia
Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu
dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah
Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
 yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
untuk dimasukkan dalam perlembagaan.
Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.
Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia.
JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah
ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB
untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah




Pada pengetahuan sejarah anda , apakah manfaat yang  diperolehi daripada
pembentukan Malaysia

Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
Menggalakkan pelaburan
Menggalakkan perkembangan industri pertanian
Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama


















Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah telah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.
(a)           Jelaskan maksud hijrah  
Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah
Usaha memperkukuhkan Islam
Strategi untukmenyebarkan Islam
Perjuangan untuk  menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan
Semangat ingin berubah
Perubahan sikap/ cara berfikir/ tingkah laku

(b)         Terangkan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. bersama umat Islam dari Makkah berhijrah  ke Madinah. 
(a)           Perintah Allah melalui wahyu
(b)           Allah menyatakan niat dan pakatan orang Quraish unruk membunuh baginda
(c)           Perintah ini melalui surah al-Anfal
(d)            
(e)           Untuk meneruskan penyebaran Islam
(f)            di Makkah ancaman daripada orang Quraisy menjejaskan aktiviti penyebaran Islam
(g)           merupakan strategi Nabi Muhammad untuk mengembangkan Islam
(h)           suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna
(i)             diwujudkan
(j)              
(k)           Jemputan masyarakat Arab Madinah
(l)             yang sedang menghadapi pelbagai konflik
(m)          Suku Aus dan Khazraj sering bertelagah sesame sendiri
(n)            ekonomi mereka dikuasai oleh orang Yahudi
(o)            
(p)            Memerlukan pemimpin berkaliber seperti Nabi Muhammad
(q)           untuk mengetuai kepimpinan mereka
(r)            untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang  bermusuhan.

                                                                                 
(c)       Pada pandangan anda, apakah kepentingan hijrah terhadap perkembangan Islam ?

Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan tanpa    berselindung.
Wujud kedamaian suku Arab di Madinah
Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan  Madinah
Wujud perpaduan  penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
Nabi Muhammad telah membina sebuah masjid iaitu Masjid al-Nabawi.
Memperkenalkan kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam.
Menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah/kota bercahaya.
Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong.
Hijrah berjaya dengan sokongan  dan pengorbanan sahabat nabi Muhammad
Wanita berperanan menggerakkan kemajuan sesebuah negara contohnya Asma’
Menunjukkan ketabahan dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad.
Menunjukkan kebijaksanaan nabi Muhammad mengatur strategi perjuangan.
Membawa penubuhan Negara Islam Madinah
Mewujudkan Piagam Madinah untuk mentadbir Madinah


Soalan

Butiran
1(a)
m/s 30
Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho
 Raja/ Pembesar/ Bangsawan/ Pegawai Kerajaan/ Petani/ Artisan/ Pedagang
/ Hamba

1(b)
m/s 31
Beri dua kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Hwang Ho

 Animisme /Upacara korban /Politisme /Amalan tilik/ramalan/tulang oracle
Menyembah tuhan syurga/ Menyembah tuhan bumi/ Penyembahan sungai/bukit/gunung/ Penyembahahan roh nenek moyang

1(c)
m/s
33
Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho?
 Menentukan musim menanam  / Menentukan musim menuai
 Menjalankan aktiviti harian  / Menentukan upacara perkahwinan
 Perburuan/  Pengkebumian

1 (d )
m/s
29
Dua ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Hwang Ho

 Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan/  Terdapat istana
 Kuil /  Pusat pentadbiran
 Tempat tinggal raja/pembesar/golongan agama
 Dilengkapi tembok pertahanan menghalang  pencerobohan musuh
 Dikelilingi perkampungan yang didiami oleh petani

1 (e)

Pada pendapat anda, apakah kesan peninggalan Tamadun Hwang Ho kepada   peradaban manusia kini?

Pemerintahan monarki/beraja   / Gelaran maharaja
Sistem pengairan/terusan  /   Teknologi pembajakan
Penciptaan peralatan pertanian/cangkul/sabit/besi
Penggunaan batas untuk untuk pertanian
Sistem tulisan digunakan oleh orang Korea dan   Jepun
Pemujaan roh nenek moyang
Konsep Yin dan Yang
Feng Hsui
Tilik nasib
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu diaplikasi dalam urusan perniagaan








a)         Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?    
-
Eropah mengalami zaman mundur
-
Kejatuhan empayar Rom di Eropah
-
merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
-
Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran
                                                                                                                                               
b)         Senaraikan dua ciri zaman gelap di Eropah .

-
Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan/ perdagangan/ kehidupan di bandar
-
Pentadbiran pusat yang lemah
-
Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
-
Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
-
Kegiatan ekonomi yang terhad
-
Sifat gereja yang mengongkong
-
Kemunculan sistem feudal
-
Kehidupan kacau bilau / peperangan / petani mencari perlindungan daripada tuan tanah


(c)        Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah  pada Zaman Gelap ?
-
gereja amat berkuasa
-
gereja memiliki hartanah yang banyak
-
kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
-
berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
-
gereja mengongkong kehidupan masyarakat

d)         Mengapakah pada zaman pertengahan kegiatan perdagangan tidak meluas ?

-
Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
-
Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
-
Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
-
Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
-
Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter
-
Penggunaan mata wang amat terhad
-
Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh


(e)        Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan  Melayu Melaka?              
         [3 markah]

-
Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
-
Raja memiliki tanah secara mutlak
-
Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
-
Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir
-
Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
-
Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
-
Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar
(a)        Maksud renaissance ?
-               Istilah renaissance berasal daripada perkataan Itali ‘renisciment
-               Bermaksud “kelahiran semula”.
-               Merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan Yunani dan Rom.
-               Kegemilangan tamadun yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap telah dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.
-               Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.

(b)       Faktor yang mendorong renaissance tercetus di Itali.
-               Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.
-               Bandar itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
-               Itali menjadi tempat persimpangan di Eropah.
-               Itali menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama.
-               Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
-               Di Itali banyak munculnya pedagang yang kaya.
-               Pedagang ini menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.
-               Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan.
-               Golongan patron menarik seniman dan cendekiawan terbaik ke bandar
-               Bandar-bandar di Itali berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan.
-               Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan tugasan masing-masing telah membantu menyebarkan idea Renaissance.
-               Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.
-               Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja.

 (c)       Tokoh renaissance yang muncul di Itali.
-               Francesco Petrarch
-               Niccolo Machiavelli
-               Giovanni Bocaccio
-               Galileo Galilei
-               Leonardo da Vinci
-               Raphael
-               Michelangelo

(d)       Sebab pihak berkuasa Gereja tidak berminat menaungi kegiatan ahli
           sains dan matematik pada zaman renaissance

-               Ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja.
-               Perselisihan pendapat antara saintis dengan pihak Gereja
-               Saintis menggunakan kaedah empirikal dalam kajian mereka.
-               Saintis menekankan penggunaan akal dan logik
-               Gereja menekankan penjelasan tradisional.
 [2 markah]

(e)        Iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan pada Zaman          Renaissance

-               Zaman Renaissance telah membangkitkan semangat inkuiri.
-               Semangat inkuiri mengutamakan keobjektifan dan eksperimen.
-               Semangat inkuiri menyebabkan berkembangnya bidang intelektual.
-               Zaman renaissance membawa perubahan dalam gaya hidup masyarakat.
-               Manusia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.
-               Perkembangan intelektual telah berjaya memupuk keyakinan diri masyarakat.
-               Perkembangan intelektual menyebabkan masyarakat mengutamakan pendidikan  yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .
-               Perkembangan intelektual melahirkan manusia yang mampu menggunakan pelbagai ilmu pengetahuan untuk memajukan kehidupan.
-               Perkembangan intelektual melahirkan sifat berani meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.





























a) Mengapakah Gerakan Reformation  berlaku di Eropah pada abad ke-16?
Berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan
Gereja Rom telah fokus kepada pembangunan keduniaan
Amalan golongan penguasa Gereja Katholik tidak selari dengan  kitab Bible
masyarakat mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katholik
Lebih cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah
Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil
Indulgences,/surat pengampunan
Tindakan Martin Luther menentang amalan Indulgences
Penciptaan mesin cetak oleh Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan dalam masa yang singkat dengan harga yang murah.


b) Jelaskan kesan zaman Reformation di Eropah.

Agama Kristian berpecah kepada Katholik dan Protestan
Mazhab Protestan pimpinan Luther berkembang ke Sweden,Denmark, Norway dan England
Di Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh
Huldreich Zwingli kemudian dipimpin pula oleh John Calvin
Berlaku perang keagamaan di Perancis
peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan
Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka
Kuasa gereja terhadap monarki berkurangan
membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom.

Mengikut pendapat anda, apakah ikhtibar yang dapat diambil daripada peristiwa Reformation yang berlaku di Eropah.

Bersatu pendapat dalam semua perkara
Kesederhanaan dalam kehidupan
Kemusnahan akibat perang
Berpegang kepada ajaran agama
Mengelakkan rasuah dan penyelewengan
Sikap bertoleransi akan membawa kemajuan
Tidak bersikap fanatik






Perkara-Perkara Dalam Akta Malaysia Yang Dimasukkan Ke Dalam Perlembagaan Malaysia.( hal : 155 )

Urusan hal-ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah Bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas hari  Malaysia
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal-ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu







No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6