Tuesday 31 July 2018

TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA] TAHUN 2018


TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA] TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa pencalonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018. Program ini merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester).

Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap dengan melayari portal https://moe.gov.my pada ruangan Pemberitahuan. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat) dan dialamatkan kepada :

            Setiausaha Bahagian
            Bahagian Tajaan Pendidikan
            Kementerian Pendidikan Malaysia
            Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
            63000 Cyberjaya
            Selangor Darul Ehsan
            (u.p.: Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6