Tuesday 4 November 2014

Sejarah kertas 3 SPM 2014

Manfaat yang diperoleh daripada keberkesanan amalan system Demokrasi Berparlimen

1.       Rakyat bebas menjalankan aktiviti ekonomi
2.       Menarik pelabur asing melabur di Malaysia
3.       Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia
4.       Menaikkan taraf hidup rakyat agar Malaysia terus maju
5.       Mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat
6.       Meningkatkan infrastruktur untuk kemudahan rakyat agar nasib semua kaum terbela
7.       Pencapaian ekonomi negara meningkat seterusnya pendapatan rakyat juga meningkat
8.       Rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga peringkat tinggi
9.       Pembentukan identity rakyat Malaysia yang berbilang kaum
10.   Negara menjadi aman dan terhindar daripada perpecahan kaum
11.   Ramai pelancong asing akan datang dan menaikkan imej Negara
12.   Rakyat boleh bersuara dan mengemukakan pandangan
13.   Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya
14.   Menjamin kerajaan yang adil dan stabil
15.   Menggalakkan perpaduan antara kaum.


Kejayaan mewujudkan pentadbiran yang cekap

1.       Penerapan dasar nilai-nilai Islam
2.       Memperkenalkan system kad perakam waktu
3.       Mengaplikasikan Kepimpinan Melalui Teladan
4.       Mewajibkan pemakaian tanda nama
5.       Mengamalkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah’
6.       Program Perkhidmatan Cemerlang
7.       Mewujudkan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Cemerlang
8.       Mengurangkan karenah birokrasi
9.       Mengadakan sambutan Hari Perkhidmatan Awam
10.   Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur.

Cabaran dan Langkah

Cabaran
1.       Segelintir masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi berparlimen
2.       Masyarakat masa kini terdedah dengan ideology baru dalam politik
3.       Rakyat mudah terpengaruh dengan banyak fahaman politik melalui teknologi maklumat
4.       Tuntutan rakyat yang melampaui peruntukan Perlembagaan
5.       Terdapat masyarakat yang kurang matang serta bertindak mengikut perasaan

Langkah
1.       Proses pendidikan bermula dari sekolah rendah hingga ke IPT
2.       Kerajaan mempergiat usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat.
3.       Kerajaan perlu memperkukuh semangat jati diri rakyat Malaysia
4.       Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas
5.       Mengenalpasti individu atau pihak yang mencabar perlembagaan

Nilai dan iktibar

1.       Perpaduan kaum dan toleransi dapat diperkukuhkan dalam kalangan rakyat
2.       Pentingnya muafakat antara pemimpin dengan rakyat demi kemakmuran Negara
3.       Kebolehan menerima perubahan memantapkan system pemerintahan demokrasi berparlimen
4.       Bekerjasama membangunkan Negara menjadi Negara yang cemerlang dan gemilang
5.       Berfikiran terbuka dalam menerima pelbagai pandangan untuk memantapkan pentadbiran Negara
6.       Rakyat mestilah taat dan setia kepada pemimpin
7.       Kerajaan mestilah amanah dalam menjalankan tanggungjawab mentadbir Negara
8.       Rakyat sentiasa cinta akan Negara dengan menyokong usaha kerajaan
9.       Bersyukur dengan kemajuan Negara dalam pelbagai bidang
10.   Rakyat mestilah patuh pada undang-undang

Pengetahuan

Negara Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlime sejak kemerdekaan Negara. System demokrasi berparlimen telah membentuk pentadbiran Negara yang mantap dan stabil.

Iktibar

Kita sebagai rakyat perlu menanam taat setia kepada pemimpin dan Negara agar kedaulatan Negara terjamin. Masyarakat juga perlu bersatu padu membantu kerajaan membangunkan Negara agar kemakmuran Negara dapat dikecapi bersama-sama

Harapan

Saya berharap agar amalan demokrasi berparlimen hidup subur di Malaysia dan berharap agar rakyat Malaysia bersatu padu bagi menjamin keamanan Negara terus terpelihara.


2 comments:

  1. selamat sejahtera.....cikgu tolong emelkan saya sejarah kertas 3 2014.....set 1 hingga set 6....(dashnachawal@yahoo.com)...
    terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. cikgu tolong emel kan saya kertas 3 .. safirah_97@yahoo.com

    ReplyDelete

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6