Wednesday, 1 February 2012

contoh teks MC SMK Dato Sri Amar DIRaja :D

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan santun amatlah mesra,
Tak kira bangsa juga agama,
Tahun baru cina disambut gembira,

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YG BERUSAHA En Zulkifli bin Ismail ,PENGETUA SMK Dato Sri Amar DiRaja

YANG DIHORMATI

Pn Hjh Rashidah bt Yahya  PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Tn Hj Mohd Dani b Md Ali, Penolong kanan HEM

En Abd Shukor b Rahmat, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

En Md Yunos b Yusof,  Penolong Kanan Petang

En Mohd Idrus b Daud, Penolong Kanan Tingkatan 6

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK Dato Sri Amar DiRaja YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DIHARI  YG BERBAHAGIA DAN PENUH ANEKA BUDAYA INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2012..

HADIRIN SEKALIAN…

TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA JUGA MENJADI MEDAN BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN.

IBARAT PANTUN YANG BERBUNYI

ANAK MONYET ANAK KERA
ANAK SIANG BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM






PARA HADIRIN SEKALIAN.

SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, En Norashikin bin Abu Bakar SELAKU NAib PENGERUSI KELAB GURU SMK Dato Sri Amar DiRaja UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA En Norashikin bin Abu Bakar




SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, En Tan Teng Swee SELAKU Waki Guru Cina SMK Dato Sri Amar DiRaja UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA En Tan Teng Swee





MAJLIS SETERUSNYA, DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, PN Hjh Rashidah bt Yahya KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN Hjh Rashidah bt Yahya


Seterusnya, majlis menjemput Ustaz Mohd Hapip bin Othman untuk membacakan doa makan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Hapip



PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN  JANGANLAH MALU





HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN, MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN penyampaian hadiah kepada guru-guru yang lahir pada bulan January dan February. Dijemput Pengerusi Kelab Staf, Pn Raiha bt Md Yassin untuk menyampaikan hadiah kepada guru-guru.

Guru yang menyambut hari lahir pd bulan januari, dimulakan dengan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20


Seterusnya Guru yang menyambut hari lahir pd bulan ferbruari, dimulakan dengan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA penyampaian hadiah hari lahir  ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI

INI SEKADAR PENGHIBUR SAJA
MENJADI KENANGAN YANG ABADI
SEMOGA PERSAHABATAN LEBIH TERSIMPUL RAPI.


TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

No comments:

Post a Comment